Ini lah dia destinasi kami seterusnya dari muzium noritake tu. Alah, dah pernah pergi kan tahun 2014. Tahun lepas aku tak pergi, kenapa tah? Musim bunga ros ni tiba di hujung2 musim bunga. Kira dah mula hangat ar cuaca. Ini pun kami pergi belum semua yang dah kembang. Ada certain jenis yang masih kuntum lagi. Tapi susunan kedudukan pokok bunga ni sama je lah kalau pergi bila2 tahun pun. Pokok yang sama je dengan tahun2 yang sudah. Tinggal lagi bunga nya banyak ke tidak, itu bergantung la pada ketentuan Ilahi. Gitu tau.
Okeh, oleh kerana kami bertolak dari toyota tu pun dah dekat pukul 6 petang kot, maka sampai ke tsuruma park ni pun dah dekat2 nak pukul 7 la jugak. Atau lebih tepat lagi dah nak maghrib. Dah la nak maghrib, parking pulak kemain kedekut, parking kat aeon chikusa. Free hehe. Sanggup tu menapak ke situ demi percuma. Errr ini sebenarnya alasan la kenapa gambar2 berkualiti agak malap. Kengkonon cahaya rembang2 gitu susah lah nak dapat gambo yang cantik. Padahal memang tak geti pun nak setting. Balik mesia besok aku berazam nak pergi kelas asas fotografi lah. Kesian tau. Masa beli dulu orang kedai tu boleh je ajar. Memang dia sediakan pun servis tu kepada pembeli sekalian. Cuma masa tu aku dah nak pergi jepun sangat. Non sempat kekdahnya.
Okeh, takde benda nak cerita lagi. Meh layan gambar bunga ros. Lebih kurang je dengan yang aku tengok dulu. Posing pun nak sama. Sila pasrah.
Sahara nama dia. |
Yang ini berbau wangiii... |
Encik kumbang kitew. |
Lembut nya warna dia. |
Belum kembang. |
Sekian, terima kasih.
0 komen:
Post a Comment