Tuesday, 19 July 2016

Iftar Ala Pasar Ramadhan


Raya dah setengah bulan baru nak up cerita puasa ek kikiki. Mohon diampuni la yea. Aku ni mengenangkan tahun depan nak balik je ni. Kalau tidak entah tahun depan pun belum tentu update blog ni. Dah imagine dah, bulan puasa tahun depan, kalau dah ada kat mesia (insya Allah), baca balik entry ni, mesti fefeeling nostalgia gitu kan. Alahai... belum balik lagi dah rindu jepun.

Okeh, acara wajib setiap tahun ialah majlis berbuka puasa beramai2. Tahun lepas takde orang yang duduk kat kaikan, maka majlis diadakan di rumah kami2 jer. Tahun ni pun takde orang duduk kat kaikan jugak (ada, tapi dah pindah keluar beberapa hari selepas puasa), tapi ada yang ada kawan duduk kat situ. So, kami tumpang kawan tu suh dia booking kan dewan. Dewan yang sama 2 tahun lepas, kat sakurayama.

Menu seperti biasa lah, potluck. Yang family masak main dish, anak2 dara masak kuih, manakala orang bujang sediakan air dan buah. Sementara itu, aku pulak macam dah takde benda lain nak dimasak. Balik2 itu lah juga. Cuma kali ni aku buat kuih yang pertama kali aku buat iaitu kuih kole kacang! Yeah, menjadi! Aku pun tak sangka.

Nampak macam jadi, kan?

Kole kacang pertamaku.

Ulangan menu setiap kali buat potluck.



Kami sampai paling lambat sekali. Sampai2 je, tengok seksyen kuih-muih, WOW!!! Banyak nyer kuih budak2 ni buat! Okeh, bukan lah semua anak dara yang buat, tapi sorang 2 jenis kuih kot. Tambah lagi dengan kuih dari ibu2, dah macam pasar ramadhan jadinya. Memang macam sebuah gerai yang menjual aneka kuih muih lah.

Jom kita belek kuih2 ni satu persatu.

Ini bukan kuih tetapi lasagna yang dibuat oleh saudara amzar. In bukan anak dara.

Lengkong sirap.

Kek sarang semut.

Puding roti.

Roti sosej.

Melon.

Buah melaka.

Pulut sekaya (sedap!)

Kuih ketayap. Dulu sebelum datang key el aku panggil kuih dadar.

Puding lapis oreo.

Semangka.

Keria.

Talam labu.

3 singgit 3 singgit 3 singgit.








Kita belek pula seksyen makanan utama.

Meehun goreng.

Sayur campur.

Ayam masak bali.

Rendang daging kambing.

Ayam karage.

Gulai ikan saba dengan telur (bersama nasi dagang).



Suasana sebelum berbuka.

Sikit betul orang yang tinggal sekarang.

Penuh mulut. (suka tengok warna warni).

Meriah.

Akhir sekali, group photo. Alahai gaya cik abang...


Next year tinggal separuh je kot?

Pandainya nuha buat thumb up. Budak tudung hijau tu macam muka anak sedara aku masa baya2 tu. Nama pun dekat nak sama. Diah - Dhia.

Sekian lah sahaja.

0 komen: