Wednesday 9 January 2013

Wo Ai Beijing - Part 2 Permulaan Perjalanan


Entah bila zaman lah nak habis entry beijing ni tah. Aku ingat nak tulis detail sikit. So, memang kena cari masa lapang untuk menulisnya. Kalau takat tulis caption kat gambar, satu hari pun dah boleh complete. Ni banyak benda aku nak cerita. Harapnya aku masih ingat lah. Ada juga aku tulis kat notebook sikit2, tapi kadang tu tak sempat. Balik bilik dah penat, ngantuk, terus tido. Dalam bas pulak nak menulis, sayang pulak tak tengok pemandangan.

Ok, mari aku ceritakan tentang perjalanan kami. Aku mula cuti pada 26hb. Lupa nak mintak cuti hari isnin. Maka terkontang kanting aku sensorang kat opis tu. Untung lah sekarang ni kami ikut sistem mqa, panjang lah sikit cuti semester. Kalau tak tu, 2 minggu jek derang cuti. Tak sempat nak rindu derang dah balik. Sekarang dapatlah sebulan bebas dari mengadap muka bebudak tu. Sempat lah menarik nafas lega panjang sket. Tapi tulah, mqa ni tekanannaya lain pulak. Banyak beno titik bengiknya.

So, hari khamis 27hb dis, lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun bertolak ke kl. Takde berenti makan pun. Cuma berenti solat kat petronas rnr seremban. Sepanjang hiway, asal nampak je signboard kawasan pengawasan kemre, aku perati betul2, mencari kat mana duduknya kemre. Tapi, takde pun. Bila dah sampai kl baru jumpa. Laaa besar gabak cenggitu ke kemrenya...? Memang tak logik la kalau aku tak nampak sepanjang perjalanan tu. Sebab memang aku fokus ok. Itu pun kemre yang duduk antara exit kajang-bangi tu muncul selepas 3 signboard peringatan. Maknanya, derang belum pasang la lagi kemrenya ek?

Kendian kami  terus ke pejabat kpf. Dah lain sikit. Dah ada receptionist. Dah ada nombor giliran elektronik. Dah ada kaunter kpf2. Settle di situ, kami terus ke mines. (oh, ada satu persamaan antara mines ni ngan sesuatu di beijing, karang aku citer). Lama nya tak pergi sini. Dah petang, perut dah lapar. Pusing punya pusing, akhirnya masuk ke nandos. Ni pun dah lama giler tak makan. Kali pertama dan terakhir rasanya kat kajang kot. Tak ingat kenapa aku dah tak pernah makan kat sini lagi. Tapi selepas makan ni, baru lah aku ingat sebabnya. Biarlah rahsia. Lepas ni tunggu 10 tahun lagi baru makan ek. Bila dah lupa sebabnya.

Lepas makan, terjumpa daiso. Terus masuk situ dan terbeli hanger besar macam yang aku jumpa kat kedai dalam ksl sebelum kes kereta hilang itu. Puas ati lah dapat hanger besar cenggitu. Lagi pun orang universaltraveller cakap, longjohn tu tak boleh digantung kat hanger cam biasa (lepas basuh). Dia kena sidai. Tah, takut graviti akan menarik baju tu lalu menyebabkan ia hilang keelastikan kot. Kot. So, sesuai sangat lah hanger besar ni. Ngan aku beli benda alah penyangkut beg kat meja. Hek'elehhh aritu aku tengok orang jual benda ni online kemain mahal lagik. Kat sini 5 hengget jek. Sibbaik aku bijak (dulu dah nak terorder gak online hihi).

Haishhh bila nak pergi beijing nya nih? Ok, lepas gi daiso, kami pun pergi ke balakong. Ingat nak terus je ke rumah bil. Sekali derang tengah kat jasko pulak. Ada jkad sale. Maka kami rakyat malaysia berikrar pun join sekaki. Giler ramai maknusia. Tak pernah aku jumpa jkad sale sebegini meriah. Dah macam pasar pun iyer jugak. Kendian aku pergi mencari tako. Tapi takde takotao. Ada tajuk lain. Beli je lah sekotak. Sekali, lagi sedap dari takotao lah! Sker sker sker! Ok, dah ada pilihan lepas ni. Masa kat sini terjumpa ngan sil dan biras. Derang pun belum balik rumah lagi dari tempat kerja. Lepas maghrib kot baru kami pergi ke rumah derang. BIL takde, gi buat wiring kot. Aku tido pukul 10.30 malam. Tapi, sama macam masa nak pergi umrah aritu. Aku tak boleh tido!!! Sekejap2 tersedar. Isy, memang tak boleh berubah, kan? Dulu kecik2 nak pergi rombongan sekolah pun cenggini.

Hari Pertama : Jumaat 28 Disember 2012

Lebih kurang pukul 5 pagi, aku dah bangun dah. Siap2 sumer, lepas subuh, kami pun keluar rumah. Kononnya nak naik erl, tapi tengah jalan bil kata nak hantar ke klia. Lagilah senang. Dah dekat nak sampai tu, tour leader (TL) call. Dah terlambat sebenarnya. Sampai2 jer terus check in bagasi di kaunter H18. Pastu TL suh gi sarap dulu, jumpa balik kul 7.30. Kami pun pergi minum kat oldtown. Makan nasi lemak, coklat ais dan kopi. Tepat 7.30 pagi, kami terus berkumpul. 21 orang + 1 TL. Berkenalan dengan TL, baca doa dan terus turun ke departure hall. Semua berjalan lancar. Sementara menunggu nak naik, sempat lah berkenal2an dengan rakan seperjuangan. Ceh, berjuang apanya. Kiranya group kami ni ada 4 femli je. Kami, satu couple gak dari kuala selangor, 10 orang satu femli tokei katering dari muar dan 7 orang satu femli yang mula2 aku ingat orang banjar, rupanya dari kuching. Betul lah, bahasa banjar ni ada sikit2 macam bahasa saghawak.

Masuk dalam pesawat, kami dapat duduk baris tengah, sebelah ustaz TL. Ooo baru aku tau rupanya mulai tahun lepas, kiter dah guna mutawwif dari malaysia, takyah guna muasasah. Ye lah, kalau tak tu, tour leader macam takde fungsi jek. Setakat urusan kat airport je. Sekarang ni, dia lah tour leader, dialah mutawwif. Dan derang ni kebanyakannya graduan mesir (termasuk ustaz ni), kuis dan darulquran (dia sebut DQ). Dan beliau kiranya batch kedua untuk andalusia. First batch 30 orang, second batch 30 orang dan baru2 ni 3rd batch 40 orang. Bagus, kan? Takde lah asik dapat mutawwif ind0n jek.

Sebelum menaiki monorel ke terminal satelit.


Menunggu di pintu gate.

Bersedia untuk terbang. Seat 52 D/E. Sebenarnya aku adalah gayat naik katebang. Macam2 difikirkan. Banyak sangat tengok citer oramputih la ni.

Lebih kurang pukul 9.50 pagi, katebang pun berlepas. Kami menaiki cathaypasific (hongkong). So, cabin crew sumer amoi2 la. Santek. Makanan pulak, syarikat dah request halal foods. So, derang serve kami dulu. Penerbangan 3 jam (lebih kurang 2390km) je, so makan sekali je lah. Sempat juga aku menonton citer taken 2 dalam tu. Memang aku dah plan, takmo tido dalam flight sebab waktu kat sana sama je ngan mesia. Takut terlebih tido.

Menu kuetiao ngan sawi dan ikan beserta yogurt. Sedap jek.
Selepas kuar masuk toilet 2 kali, kami pun tiba di airport hongkong, lebih kurang pukul 1.25 tengahari. Sebelum landing aku solat dulu. Katanya tak sempat nak solat di airport sebab katanya airport hongkong tu tersangat lah besar dan tempoh transit pun sangat singkat. Turun2 je, crew cathay dah tunggu dan terus bawak kami ke gate seterusnya ikut shortcut. Kelibang kelibut TL bagi boarding pass dan kami ditampal stiker di dada.

Tak sejuk pun lagi. Hongkong memang tak berapa sejuk.

Sementara menunggu femli lain. 

Jalan laju2 sebab dah final call. Masuk2 je, cabin dah penuh. Memang dia tunggu kiter.
Settle je kami duduk, katebang pun berlepas. Kali ni kami naik katebang kecik sikit, anak syarikat cathay, dragonair, no. penerbangan KA992. Tadi seatnya 3-4-3, kali ni 3-3-3. Dapat seat tengah lagi, 37D/E. Jarak perjalanan kali ni lebih kurang dengan yang tadi. Sempat lah tengok citer ciner, silent war, lakonan tony leung chiu wai. Kebetulan pulak. Baru je sebut2 nama dia aritu. Cerita pasal tony ni buta selepas jatuh pokok semasa kecik. Tapi dia ada kelebihan pendengaran yang tajam. So, heroin dia seorang tentera perisik menghire dia untuk mengesan frekuensi sistem komunikasi yang digunakan oleh musuh. Dan dia berjaya mengesan kesemuanya! Pastu heroin tu suh bedah mata dia dan dia dapat melihat semula. Pastu heroin tu menyamar masuk dalam geng jahat tapi terkantoi lalu dibunuh.So, tony ni rasa bersalah lah sebab dia gagal mengesan kekantoian itu lebih awal kerana pendengaran dia dah kurang sejak dah celik ni. So, dia pun jadik kassim selamat cucuk mata kasi buta balik hihihi. Akhirnya dia dapat kesan frekuensi geng jahat dan mereka dapat menghapuskan geng jahat itu. Tapi tony ni kawen ngan pempuan lain; memang awek dia awalnya. Heroin tu  sendiri yang suruh tony kawen ngan pempuan tu sebab pempuan tu gi jumpa heroin sebab dia rasa macam heroin tu nak caras dia hehehe. Derang kawen selepas bedah mata tu tadi. Best lah jugak citer ni sebab ada elemen kassim selamat di situ hihihi.

Sambil2 tengok citer, makan lagi. Kali ni lagi sedap! Nasi minyak ngan kurma kambing kot. Habis aku makan nasik tu. Roti yang macam roti canai tu pun aku makan habis huhuhu. Kebulur ke haper ni?

Sedap nasi dan lauk dia. Cuma yang sayur apatah yang oren2 itu, aku tak makan. 

Sedap gak roti ni cicah ngan kuah kurma tu tadi.

Entah, lobak kot. Aku memang tak berapa suka lobak. Eh, buah dia pun ikut tema, dragon air = dragon fruit hihi

Oh, ada aiskrim juga. Sedap! Aiskrim ceklat. Terus aku terfikir, rasanya aku bayar pakej ni takde lah mahal sangat, tapi semuanya cukup (termasuk semasa di beijing).

Lebih kurang pukul 5 petang, kami pun selamat landing di beijing capital international airport (bcia). Fuh! Alhamdulillah, selamat. Dah maghrib dah. waktu ni. Keluar2 jer dari pintu katebang, angin sejuk mula menerpa. Tak sempat check out kitorang dah sarung baju sejuk dulu.

Sejukkk... best! (mula2, sebab boleh tahan lagi sejuknya, macam esbok tingkat bawah jek)

Mulai sekarang please excuse qualiti gambar yang agak kurang sebab kebanyakan masa kami berglove. Boleh? Ia samada bukak glove, kuarkan kemre cecepat dan tak sempat fokus dah snap, atau pun tangkap gambar dengan berglove, maka ada efek glove di penjuru gambar hehehe. 



Dah lepas imigresen. Luas lapang. Kat belakang tu lukisan tangan.

Ukiran kayu kat belakang bawah tu ala2 kemelayuan sket.

Sempat memerhatikan binaan sekitar airport ni yang dibina sempena olimpik tu ari. 








Ok, tunggu beg pulak. 

Ini je beg yang kami bawak.


Seterusnya, kami terus bertemu dengan tour guide (TG). Namanya tony, orang beijing yang boleh berbahasa indonesia.

TL dan TG

Sebelum keluar dari airport.

Menuju ke bas. Sejuk gilerrr. Ni baru betul masuk dalam freezer. Cumanya kali ni dah masuk freezer, tokleh keluar. Gitu analoginya.

Bas kami dari mula sampai akhir. Ejen di sana bernama halal tours. Tapi tony ni freelance katanya.


Waktu sekarang. Tapi rasanya jam ni lambat 15 minit.
Dan, yang bestnya, kedatangan kami disambut oleh snow! Wowwi!!! Mula tu aku buat dek je sebab aku ingat snow ni macam hujan, selalu je turun musim2 tengkujuh. Rupanya itu lah kali pertama dia turun untuk musim ini. Dan dia bukan turun selalu pun. Itu pun satu2nya kali (ada ke frasa ni?) dia turun sepanjang kami di sana.

Jalan agak jem kerana jalan licin.
Dari airport, kami terus dibawa ke restoran untuk makan malam. Lupa pulak aku nak kira berapa buah restoran yang kami makan sepanjang di sana. Rasanya ada dalam 5-6 buah kot. Restoran pertama ni kami pergi 3/4 kali rasanya. Setiap kali lunch dan dinner kami dihidangkan dengan 8 jenis lauk + nasi. Banyak sayur. Dan dia banyak guna capsicum. Lauk wajib dia ialah telur dadar. Lauk of the day malam ni ialah kambing dengan labu. Bagi aku, dari segi rasa, ok jek. Takde lah sampai tak selera dan masak megi di bilik. Selera jek. Terlebih2 lagi. Banyak giler aku makan. Ingat nanti balik mesti naik 3-4 kilo sebab masuk je, keluarnya tidak. Bab ni aku bersyukur sangat sebab berusus panjang heheh. 

Tapi bab terkucil memang susah sikit. Aku dah buat research, so aku dah bersedia lah. Aku bawak botol air mineral dan bekas taufufah kecik satu, besar satu. Ke mana2 aku bawak benda ni. Sebab toilet dia takde air. Air cuma ada kat sinki. So, kena lah ambik air dulu kat sinki sebelum menunaikan hajat. Selepas beberapa kali percubaan, aku menggunakan kekdah ambik air satu botol jek. Gayung guna bekas taufufah. Pelik gak aku tengok orang lain cuma bawak air dalam botol jek. Camner dia cebok takde gayung eh? (Takyah lah imagine). Pastu yang susahnya sebab baju yang berlapis2. Lagi lah bila dah pakai longjohn. Boleh tergeliat dibuatnya. Kadang tu toilet duduk, kadang tu toilet cangkung. Selepas beberapa percubaan juga, aku lebih selesa toilet cangkung. Memang kena guna kekdah cuba jaya di situ. Takut air sebotol dah habis, cebok nya tak kena hihi. Practice make perfect katanya.

Di dalam restoran pertama. 

Kobis bunga

Kentang

Nasi dia jenis berkanji.

Ayam. Entah, ayam ke itik tah sebab kadang tu sekali makan ada beberapa lauk ayam tapi rasa macam lain sikit.
Ayam lagi.

Cendawan.

Kobis.

Di luar restoran, ada sate!

Nama restoran ni. Kat sini restoran halal berpapan tanda hijau dan ada tulisan bahasa arab (makanan halal kot perkataannya). Ada cawangan gak restoran ni. Selalu gak kami pergi cawangan dia.
Sampai di hotel. Dilitupi snow.

Baru lah feel pergi time winter, ada snow.

Hotel penginapan kami. Rasanya kalau ikut andalusia memang duduk sini.

Macam kat china!

Check in dan serah passport. Katanya tak pernah lah polis tahan orang tengah jalan mintak passport. So, baik tinggal jek, daripada tercicir.

Oh, ada drama jugak kat hotel ni. Derang bagi kad kunci tu kat aku, so aku pun terus lah naik ke bilik. Cuba bukak, tak boleh. Encik suami pi pinjam tefon bilik sebelah, panggil staf dia. Bila orang tu sampai, dia tengok nombor bilik, opsss tersalah bilik hahaha. Sepatutnya 3325, aku bukak 3323 kihkihkih. Ni gara2 masa aku naik tu, aku terdengar ustaz cakap, apa2hal boleh call bilik dia, 3323. Langsung aku set dalam kepala, bilik aku 3323. Alasan. Alahhh at least ada kenangan nak diceritakan, kan?

Akhirnya, bilik kami. Tingkat 3.








Ok, dah, berehat. Besok banyak berjalan kaki.









4 komen:

Alub said...

oo dia tulis 'At-tho'amul Islami' - makanan org Islam.

Anak aku tgk entri ni dia kata 'bestnya pakcik khairul dgn kawan mak g masa salji'

hehe dia ingat nama pakcik khairul je. (salah aku jugak la sbb x introduce nama ko) kekekekeke

Alub said...

ops bukan 'at-tho'am' tapi 'al-math'am' (restoran)

AyunasiA said...

baru nak ckp mcm lain jek. a'ah btol2. nanti kalo ada gambo signboard nya aku bitau.

mmg rezeki kitorang dpt jumpa salji...

AyunasiA said...

baru perasan yg kat gambar restoran kat atas tu pun ada tulis almat'am al islami.