Pengalaman yang aku nak ceritakan ni bukan lah panduan ke haper. Sekadar nak mengenang kembali bagaimana aku boleh termasuk ke asrama penuh.
Aku bercita2 nak masuk sekolah berasrama sejak bersekolah rendah lagi. Biasalah kan, lepas upsr, kalau result bagus, ada peluang untuk masuk sekolah berasrama. Masa tu yang aku tau, samada asrama penuh SBP, sekolah menengah agama atau asrama felda. Asrama felda ni sekadar asrama je, sekolahnya kat sekolah2 yang baik sekitar asrama tersebut. Nak masuk asrama felda tu kena ambik exam dulu. Ingat lagi. Exam tu dibuat kat sekolah aku, tapi dihadiri oleh budak2 sekolah lain yang berhampiran. Kira macam exam berpusat la. Biasanya lepas form 3, mereka2 ni akan masuk sbp atau mrsm pula. Ye lah, dah masuk asrama felda, mestilah pmr pun gempak kan. Pastu, boleh lah menyambung kecemerlangan itu di sekolah lain.
Kenapa mesti masuk asrama? Masa kecik2 tu takde sebab apa2. Ikut2 orang je. Mungkin juga sebab parampara hehehe. Tiba2. Parampara tu kira tradisi la. Dalam citer kabhi khushi kabhie gham, 2 kali derang sebut. Sekali amitabh cakap kat hritik masa hritik nangis2 takmo masuk asrama. Kendian hritik pulak cakap kat amitabh masa dia nak pegi london cari srk. Parampara, dad, parampara. Gitu. Ingat tak? Maka, oleh kerana aku tengok kak uni, abang tp, abang epet, eita sumer masuk asrama, aku pun nak jugak lah. Mesti best kot ek? Dulu2 setiap kali cuti sekolah, mesti tertunggu2 abang epet balik sebab dia akan bawak balik jajan. Biasanya dia bawak asam kecut dalam kotak plastik tu. Suka sangat lah kami. Tengok, masuk asrama boleh beli jajan hahaha.
Tetapi, masa form 1, aku tak masuk asrama pun. Abis, tak dapat 4A, cemana nak dapat. Tapi, masih ada peluang masuk asrama pusat. Kalau kat kota tu, derang sekolah kat sekolah tun habab kot. Konsepnya lebih kurang asrama felda la juga. Entah, asrama pusat ni di bawah seliaan saper ek? Ada la beberapa orang kawan aku yang masuk asrama tu. Aku ada terbaca satu surat yang abang tp ke kak uni tah, kasik kat abah menyatakan, kalo nga dapat tawaran asrama, tak payah lah pegi. Kenapa ek? Kot gitu lah yang aku ingat hihihi. Tapi, aku bersyukur jugak sebab tak masuk asrama seawal form 1. Kesian aku tengok budak2 form 1 kat sekolah aku tu. Kena buli. Ada kawan aku cakap, dia tak suka zaman sekolah menengah dia kat sbp sejak form 1 sebab bila balik kampung, dia takde kawan. Mungkin jugak sekolah dia memang tak best kot hahaha.
Masa form 3, keinginan untuk masuk asrama semakin membara. Eceh! Macam lah kalau membara tu ko akan belajar bersungguh2 untuk dapat 8A pmr. Hampeh! Tak dapat pun. Walau pun aku tetiba mendapat sorang pakwe yang tak mahu berpisah, tapi, peduli haper? Aku mesti masuk asrama supaya aku dapat buat spm dengan baik. Aku nak baiki bahasa inggeris aku. Entah, aku sangat berharap yang aku akan improve BI bila masuk sekolah yang baik. Tapi, hmmm... Apa2 pun, aku bersyukur sebab aku ada kesedaran untuk berjaya dalam pelajaran sejak kecil lagi. Kiranya kakak2 dan abang2ku telah memberi teladan lah juga.
Bila result pmr keluar, dengan tak sabonya, aku pun cecepat isi borang permohonan. Ingat lagi, besoknya aku pergi kota untuk beli borang mrsm kat bangunan mara, tapi dah abis. Kalau tak salah la, masa tu aku pergi ngan abah naik kete abang kawan aku, apand! hashim. Bila borang dah habis, abang apandi ajak kami pergi jb pulak. Tapi aku tak ikut kot. Abah je yang pergi. Entah ye ke imaginasi aku entah. Ada juga kawan2 yang beramai2 gi ambik borang sekolah teknik, tapi aku tak terbuka hati lak nak masuk sekolah teknik or vokay. Mungkin sebab masa tu aku sangat2 nak ambik prinsip akaun. Takkan nak masuk sekolah teknik kot. Kat semencu dah tentulah aku terpaksa masuk aliran sains plus subjek ekonomi asas. So, memang kena keluar dari sekolah. Help! Help! (tak tau apa motip).
Untuk sbp pulak, aku tak ingat la cemana aku apply. Ada borang jugak ker? Ada kot, cikgu yang bagi. Sebab aku rasa macam aku ada isi borang yang mintak aku senaraikan subjek apa yang aku nak ambik. Mestilah aku tulis prinsip akaun sebagai salah satu daripadanya. Tak kisah lah sekolah apa pun, janji dapat ambik PA. Aku sangat bercita2 nak jadi akauntan tau. Cecita tak kesampaian, oh!
tbc...
2 komen:
aha ada borang la..aku dpt SMAP Labu dgn SMKA ni, aku pilih SMKA, sbb dekat sikit...
tak ingat plak ada isi borang. kalo mrsm mmg ingat la sbb sblm pegi dpt kad makluman permohonan telah diterima.
Post a Comment