Malang tidak berbau, itu lah yang boleh aku katakan berikutan kejadian lawak ngeri (bukan lagak ngeri he...) yang aku alami petang tadi. Kisahnya gini...
Seperti biasa, bila jam menunjukkan ke pukul 5 petang, aku akan membimbit beg komputer dan henbeg dan turun untuk pulang. Waktu tu, hujan baru mula. Waktu aku tiba di bawah, bunyi hujan yang turun kedengaran semakin kuat. Tanda hujan sedang melebat. Dan seperti biasa, aku akan meredah hujan untuk pergi ke kereta.
Alah, hujan air. Basah jer, bukan terbakar...
Gitu lah selalunya bisik hati aku bila dalam situasi ini. Lalu aku pon berlari2 anak. Satu tangan memegang kunci kereta dan satu tangan lagi menyingsing kain. Jarak dari bangunan nak kereta tu, lebih kurang 30-40 meter sahaja. Sejak beberapa bulan yang lalu, laluan terus ke parking lot itu telah direntang dengan sejalur tali dengan tanda amaran, 'DILARANG MELINTAS DI KAWASAN INI'. Mungkin sebab rumput di situ dah botak asik di lanyak jek. Untuk sampai ke kereta, aku perlu menyeberangi satu parit yang agak dalam. Kira2 1 meter dalamnya. Dan agak luas. Kalau nak langkah tu memang kena angkat kain sikit.
Dan sambil2 berlari anak tu, entah macamana, secara otomatik otak aku memberi arahan supaya aku melalui laluan bertali itu. Padahal, sejak adanya tali tu, memang aku tak pernah lalu situ. Kena pusing jauh sikit. In fact, dah banyak kali hujan pun aku akan lalu jalan jauh tu. Tapi petang tadi, memang dah tertulis dan ditakdirkan, aku pun melalui laluan bertali itu. Kiranya aku akan jumpa tali dulu, dan 3 langkah kemudian, baru jumpa parit.
Lalu, aku pun menunduk, mengangkat sikit tali itu (agak tegang dan aku perlu menunduk lebih sikit) dan kita berlari dan teruskan menyanyi... Bila kita jatuh nanti, kita siap tuk melompat lebih tinggi. Baru je aritu aku nyanyi2 lagu ni.
Dan, entah di mana silapnya, bila Allah mengatakan kun, maka aku pun tersungkur dan tergolek dan tergolek (1 tergolek atas tanah, 2 tergolek ke dalam parit). Sedar2, aku dah berada dalam parit. Uhuksss!
Dengan spontan otak aku berfikir, "Ada orang nampak tak?"
Aku pun bingkas berdiri. Owh, memang agak dalam parit ini (boleh2 tak ngaku bahawa sebenarnya longkang huahuahua kalau longkang macam busuk. tapi ni, takde air, bersih je). Dan apakala aku melihat ke luar (ecehhh macam tenggelam pulak), nahhh segerombolan students lelaki sedang berjalan pulang menyusuri susur gajah dan sekumpulan students pompuan sedang melopong di pinggir asrama dengan muka terkejut. Dan serta merta, satu wajah yang aku kenali menerpa ke tempat aku tergolek.
"Puan, puan, puan ok?"
Aku, blur. Dan blank. Tak tau nak cakap apa. Ada sedikit rasa sakit, dan lebih banyak rasa MALU huuuuuuuu. Kemudian, datang 3 orang lagi kawannya. Lalu salah seorang daripadanya menarik tangan aku dan aku pun keluar dari parit itu. Salah seorang daripada mereka menekan kunci kereta ku dan memasukkan beg komputer dan henbeg ku ke dalamnya. Owh, aku tergolek betul2 di depan kereta ku huhuhu.
Tiba2 aku berkata, "Saya hilang imbangan lah..."
Apa motifnya?
Selepas memastikan aku ok, aku pun masuk dalam kereta dan cuma sempat mengucapkan, "Thanks" kepada salah seorang dari mereka. Rasanya masa tu yang aku pikir hanyalah, nak menyorok cepat2!
Masuk je dalam kete, apa lagi, terus lah aku telefon encik hairul.
Abanggg maluuu... uhuk uhuk uhuk...
Aku pun bercerita sambil gelak dan sambil nangis. Perasaan bercampur baur. Masa punch card, takde sesiapa tegur. Lega... Mesti takde staf yang nampak nih. On the way pulak, telefon yayu. Gelak tak hingat kami berdua. Padahal kaki dah rasa nyut2 tu.
Dah sampai rumah, time nak mandi, aku gelak sorang2. Dah macam orang gila dah. Kelakar pulak bila aku bayangkan, macamana lah agaknya gaya ku tergolek tu ek? Lawak ngeri betul.
Dan bila air menyirami tubuhku, baru lah terasa pedih di beberapa tempat. Ada kecederaan kecil rupanya. Adoyaiii...
p/s agaknya inilah balasan atas entry tayang langsir ku semalam. padan muka, menunjuk2 lagi. tp, kan dari semalam juga aku dah tarik balik entry tu, kan?
p/s 2. anyway, terima kasih ye H.ilman, F.arid N.azmi (betul ke ada budak nih?) dan rakan2...
*UPDATED!
Ku sangka kan cerita ini hanya menjadi buah mulut student sahaja, rupa2nya ada saksi besar yang lain. Husband kawan aku yang berada di surau menjadi saksi kejadian itu. Dari jauh katanya dia nampak aku berlari dan tiba2 hilang. Hihihihihihi.
Pagi tadi, tiba2 kak bahi tanya, dengar2 cite asiah jatuh eh? Ha? Ko jatuh? Dah tersebar lak cerita aku jatuh huhuhu...
Dan sesampai je aku di tempat kejadian pagi tadi, bebudak ie yang melihat aku berdiri di tepi parit itu menegur, puan... baik2, jangan lalu situ hahahaha...
Dan masa yang tidak dinanti itu pun tiba bila mana aku menuju ke kelas budak yang menolong aku semalam.
Kami ingat puan dah mc tadi... (sebenarnya derang suka la kelas takde bila aku cuti)
Masing2 bercakap mengenainya. Salah sorang nya berkata, sibbaik bukan kat longkang tepi surau tu puan... situ lagi dalam.
Memang. Longkang kat situ dekat 2 meter dalam. Kalau aku jatuh sorang2, saper nak kuarkan???
Akhir sekali, aku tanya kat budak yang tolong aku tu...
H.ilman awak nampak ke masa saya jatuh tuh?
Saya nampak dari puan berlari2 lagi puan.
Alah, saya ingat takde orang nampak...
Ramai puan. Kan ramai budak2 ie kat tepi tu puan...
Errr tapi cemana ek gaya saya jatuh? Comel tak?
Memula puan macam nak tersungkur, pastu terus terjatuh dalam parit. KAKI KE ATAS.
Hah? Ye ker? Tak comelnya...
Berikut ialah kronologi kejadian...
6 komen:
Sakit perut ketawa tergolek-golek semalam bila dengar citer ni....
org sorang2 pon gelak jugak. glemer sudah...
Keluar airmata baca entry ni. Bkn sbb sedih tapi sbb terlebih gelak. Hikhikhik....
isyyy kalau tgk sendiri tah macamana...
aku gelak tak henti tgk objek yg jatuh dalam longkang tu...kuncup je..hahahaha
siot jer...
Post a Comment