Saturday 18 September 2010

Projek Mega Raya 2010M/1431H

Konon aritu aku nak wat entry ni sebelum balik kampung. Sekali, petang tu, lepas siap kemas rumah, encik hairul dah ajak balik. Dan2 tu jugak. Mungkin Allah memang tak kasik aku menunjuk2 di bulan Ramadhan. Dah raya takpe?

Oven adalah trigger point kepada projek ini. Mengikut perancangannya, aku nak buat benda ni dengan duit kw5p. Tapi, nak menunggu lepas raya (motif takmo kuarkan b4 raya, takut terperabis?), macam tak sabar pulak. Kebetulan encik hairul ada lebih sikit, dia lah yang membayonya. Opsss bukan. Ini bukan pakej beli oven dapat kabinet eh. Besok2 aku akan bayo balik lah... Mentara nak bayo tu, akan ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi, mudah2an encik hairul dilembutkan hatinya untuk tidak menuntutnya. Tak pun, dibuat2kan lupa ker.

Errr sepatutnya, tang sebelah oven tu je yang perlu diubahsuai sikit. Labih kurang sekaki jek. Tak sampai 500 kot. Tapi, dah alang2 tu kan, kiter buat lah terus semua sekali.

Okeh, ini ialah gambar sebelum kejadian.



Ada seketul tu je tempat sabun basuh dan kain buruk.


Tang sini masih lapang. Asal duduk makan kat bawah ni jek, ngadap benda ni sambil berangan nak buat apa kat sini.

Lukisan 3d oleh designer. Seperti yang aku bayangkan.

Semasa pemasangan.




Memang sengaja aku mintak dia buat tinggi.





Ini pulak belah lagi satu, sebelah tv.


Lukisan 3d. Tiba2 ada pintu pulak kat situh.




Pandangan sudut ke-3. Atas dapo tak buat e'apa sebab sekarang punya pun dah susah nak letak barang.








Ok, itu jer. Semua material dan paten adalah sama seperti yang sedia ada, kecuali yang kaler coklat tepi2 tu dia guna material yang sama ngan pintu (bertekstur). Yang lama jenis licin. Harga pun dapat harga lama. Now, kabinet kat bilik jahit dah lapang dan bolehlah ku sumbat dengan perkakas menjahit. Errr jom pergi langkawi...

2 komen:

kakLuna said...

cantik...cantik..bg markah A sikit-sikit

AyunasiA said...

tq tq. dah boleh la dapat scholarship jpa la eh.