Weekend lepas aku balik kota. Memula tu kononnya nak extend sampai hari merdeka. Sekali, takde geng pulak. Dah hari rabu baru yayu cakap, dia extend sampai merdeka. Aku pulak, dah plan nak buat test ari isnin tu. Dah terbalik kot pulak. Apa2 pon, yang penting balik kampung berbuka bersama keluarga.
Hari khamis malam jumaat (mesti nak tulis cenggini. kalau hari lain takde pulak tulis 'hari sekian malam hari berikutnya'), aku dah iron baju siap2. Sebab plannya nak balik sini semula malam ahad tu. Kang tak tenteram pulak hidup aku memikirkan baju yang tak beriron.
*IKLAN : eh, best ek, stats kat blogger nih? boleh la... detail jugak.
Jumaat tu, lebih kurang jam 9.45pm, kamu pun bertolak. Sampai semencu jam 12.05am. Ada PIL berdua je. macam perantin baru. Aku, terus tido. Tak basuh kaki. Bangun pagi tengok2 ada lebam kat tangan. Eh, betul ke orang cakap kalau lebam tu, kena gigit pelesit? Takde kesan gigitan pon?
Bangun pagi, layan mil menjahit. Sambil2 tu dia cerita lah, tak beli baju melayu fil lagi. Konon, kalau ayun balik, nak ajak gi kota pi cari. Itu bukan hint lagi, ok. Sudah terang lagi bersuluh. Maka, ke kota lah kami.
Memula pegi kedai mesin jahit. Tah, mana perginya benang getah yang aku beli aritu tah. Beli kat situ jugak, tapi, tak tau kat mana aku campak. Kononnya aku ni mengikut trend semasa. Sekarang kan musim baju kurung dengan tangan cerut tu kan. Tu yang beriya aku membeli benang tuh tu. Aritu kak ani dah ajar cemana nak jahit. MIL cerita, dia dah try jugak, tapi tak jadi. Aku tak try lagi, tapi aku menurunkan lah jugak ilmu yang diperturunkan dari kak ani tu. Kalau dah pegi kedai benang, tak sah kalau aku tak membeli butang. Rupa2nya, setelah ku selongkar2, aku ada baaaaaaaaaaaaaaaaanyak butang hihihi. Takpe, banyak lagi baju nak dijahit pasnih. Remember? Baju batik ku? Selai pun aku tak potong lagi. Satu dah aku jual kat member.
Dari situ, pergi kedai bahan kek pulak. Tah apa2 tah yang aku beli. Kendian, kami terus ke kedai baju. Oh, kedai kat depan kedai kemboja tu dah siap dan beroperasi. Ada beberapa kedai baju kat situ. Kami pusing2 area tu ngan kedai kemboja je. Tak pergi pun area kotmemot. Itu pun dah rambang mata. Punya lah banyak baju siap, macam2 pesen. Sekarang kan musim kain koten. Memang banyak sangat pilihan. Tu baru kat situ, belum masuk plaza kota lagi tuh.
Akhirnya ketemu jua dengan baju melayu. Kat kedai kemboja, belah belakang. Ada bangunan tengah buat kat tengah2 tu (dulu kedai makan. ct nurhalija, masa baru dulu pernah nyanyi kat situ, promosi album aku chenta padamu). Surau kot. Kat situ jua ada baaaaaaaaaaaaanyak tudung. Aku turut terbeli tudung lagi. Cemana aku tak beli, tudung sulam benang baru rm28 selai. Sama cam rege aku beli kat kota baru itu ari. Ar1ani kosong je pun leh dapat rm15. Pulak tu label natasha, kira antara yang terbaik lah dalam kelasnya. Kain tebal. Awning keras, jahitan kemas.
Hah, bercakap pasal jahitan ni, aritu, kan masa kat shah alam aku ada pegi kedai hajjra kan. Alaaa kedai ala ar1ani tu. Dari segi harga, memang la dia punya murah berbanding ar1ani. Tapi, dari segi kualiti, memang tak boleh lawan ar1ani la. Kain lycra dia nipis, gred apa tak tau lah. Pastu, masa aku nak beli aritu, cam biasa lah, aku akan belek2 jahitan dia. Selalunya, selain jahitan pada tepi tudung, aku akan belek jahitan kat awning (penyambungan awning dengan tudung). Kebanyakan yang aku belek, senget benget jahitannya.
Pastu, ada satu tu, kaler maroon, aku tengok, jahitan kat tepi tudung tu, kaler benangnya (yang 2 line tu) lain2. Satu maroon pekat, satu maroon cair sket. Aku try la tengok dengan bantuan lampu, memang komfem lain. Kot lah sebab pencahayaan ke kan. Pastu aku compare ngan tudung kaler lain, takde pulak perbezaan warna benang. Maka, aku yakin betul, memang benangnya lain warna. Tengok kat belah dalam pun memang jalinan benangnya tak sama warna. Eh, sama warna, cuma tonanya berbeza.
Pastu aku mintak lah kat SA tu yang lain. Time tu, boss dia ada dekat2 kami, lalu dia pun datang kat aku dan bertanya, apa masalahnya. Aku pun cakap lah, aku nak yang lain (kalau ada) sebab yang ni benangnya tak sama. Oh, sebelum tu, boss hajjra ni orang paki kot ek? Kendian dia pun defend la, mana ada, kita jahit pakai 3 benang, mana boleh lain (boleh apa???). Ni sebab lampu ni bla bla bla. Aku pun, malas nak layan, terus tak jadi beli.
Pastu dia cakap lah, ini perkara sensitif (ye lah, bisnes dia kan, aku pun faham). Tapi, kakak, mana ada orang datang tengok tudung u, cakap benang tak sama. Lain lah kalau ada batu ke, manik ke, baru orang tengok.
HELLOOOOOOOOOOO (dalam hati je)... aku tengok ok. Ko dah la lelaki, apa tau? Eceh, kalau dia tak tau, takkan lah dia boleh tau pompuan sekarang suka pakai tudung cenggitu, kan? hihihi. Tak kisah lah. Yang penting aku puas ati sebab dapat menyuarakan pendapat ku. Mudah2an pasni dia akan membangkitkan ke dalam mesyuarat bahagian production supaya dapat meningkatkan kualiti produk. Kalau tak, pon takper. Aku boleh beli kat kota, lagi bagus kualitinya.
Ok, apa ceritanya tadi? Haaa pasal tudung kat kota. Maka, aku pun terbeli 2 lai tudung bersulam benang. Cantik, kemas dan tebal. Oh, satu lagi. Kain lycra hajjra tu jua berkedut apabila dibasuh. Lantak la, aku condemn habis kedai nih.
Selesai membeli pakaian, kami singgah di pasaraya hwa tai. Ni kira pasaraya ketiga selepas arisun dan apa ek? Famili mart ke haper tah namanya sebelum nih. Kenapa eh, orang kota tak suka pegi situ? Aku rasa ok je regenya. Ke mula2 je ok? Kat situ, jumpa ngan cacal. Hampir aku tak kenal. Lain sungguh. Bila dia sengih baru aku kenal hehehe.
Pastu, kami terus balik. Eh, cop! Singgah bazar dulu. Baru je beroperasi, kul 3 lebih. Beli air tebu, putu piring, pecel dan kuih lopez yang comel 3 singgit. Punya lah halus kuih lopez tuh. Sekali ngap je dah abis.
Balik rumah, semua kepenatan. Lepas semua sedar dari pengsan, kami pun memasak. Aku masak ikan siakap sweet sour. Berbuka, kami berempat sahaja. Pelik betul. Ye lah, pelik lah bagi orang beranak sedozen, tapi berbuka dengan seorang anak dan menantu sahaja.
Besok pagi, kami balik eto5 pula. Mak tengah masak maruku. Tak lama tu, ina pergi rumah along. Jadi, tinggal mak ngan abah jugak. Dah petang baru yayu sampai. Pung pang pung pang (bunyi aku menjahit), petang tu kami mengutip buah manggis. Punya lah banyak, takde saper nak makan. Melacak2 atas tanah. Duku tak berapa masak lagi. Langsat dah abis. Rambutan kuning ada sikit2, tapi malas nak petik. Tinggi.
Kendian kami keluar ambik angin naik motor. Singgah bazar kat depan, konon nak cari karipap seposen. Rupa2nya, dia jual kat depan rumah. Kami sampai, tinggal popia je. Boleh la. Beli 2 hengget.
Malam, kami bertolak balik jam 9.45pm (sama macam datang). Dari kota sampai kluang cari shelll, semua dah tutup. Last2 isi kat sebelah nagaria inn kluang. Sibbaik isi minyak mahal sebelum tu. Lebih kilometer bagi setiap liter. Memang betul dan terbukti. Sampai rumah, terus tido. Penat amat. Tapi, fikiran lapang sebab esok pagi, kelas kul 8-9.30 je. Ujian pulak tu.
p/s tak tepikir lak nak tangkap apa2 gambar.
Wednesday 1 September 2010
Berbuka Di Kota
Hasil karya AyunasiA pada 12:15 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
a'ah ko ni details sgt la weh.. benang lain pun nak kira ke..
susah kalo dpt mertua mcm ko..kihkihkih
ko doakan la anak aku pompuan kihkihkih....
Post a Comment