Thursday 5 November 2009

Crab Crab Crab


Huh! Reda dah cerita masuk u aku ek. Lega tak? Jangan risau, aku dah abis citer dah. Tapi jangan segan silu untuk kembali ke sana sebab aku akan letak gambar berkaitan kot. Kalo ado.

Ok, hidup perlu diteruskan. Dalam aku bernostalgia2 tu, banyak juga perkara berlaku. Tapi tak tau mana satu nak cerita kat sini.

Meh aku imbas kembali kegiatan aku hujung minggu lepas. Hari sabtu pagi, aku celik je mata, tawaf satu rumah. Abang! Abang! Abang! Macam baby carik mak kekdahnya. Nak nangis jek tengok dia takde. Hahaha over ek. Takde la aku sampai nak nangis. Aku berjiwa kental la. Nak sedih watpe. Bukan dia pergi memana pon. Pergi servis AH jek hehe. Tu pon katanya siap kul 2.30pm tau. Sedih la jugak sebab kalo lambat, musti tak sempat nak kuar soping moping.

So, untuk merawat hati yang rawan, aku pon kemas rumah. Grung greng grung greng bunyinya. Lain macam pulak vacuum cleaner tu punya suction power sebab baru tukar kantungnya. Selesai mengemas, aku pon mandi. Niat di hati yang kental ni, pas ni nak siap2 dan kuar naik bas jek begi bp. Punya lah semangat nak berkongsi rezeki.

Siap mandi, ternampak AH lalu seberang parit. Eh, eh, takkan dah balik kot? Ropanya memang betul. Tapi, macam tak patut la pulak kan, nak kuar dan2 tu. Jadi, lepak kat rumah je la.

Malam lepas isyak baru kami keluar. Kental tak kental? Memula gi makan dulu. Sup sitam. Hujan rintik2 dan sejuk cenggini memang sehsuai sangat la menghirup sup yang panas dan pedas ya ampun tu kan. Selesai makan baru pergi bpmol. Hari ni dia tutup kul 12. Ada pkad sale jugak. Boleh2 nak soping. Kira kalo balik lenggang kangkung tu macam berdosa la hohoho. Last2, bawak balik cadar, purse dan kemeja suami ku jek. Jek? Tak best eh? Memang tak puas ati sebab tak dapat beli kasut dan henbeg. Takde yang berkenan. Minggu ni kiter pegi parkson plak ek?

A'ah ek? Parkson tu macam tak wujud je. Sebab aku jarang pergi situ. Kataaa boikot k4 kan. Aku pon tak paham. Bukan tesco ker yang kena boikot? Apasal k4 pon masuk sekali ek?

Hari ahad, tak tau nak buat apa dah. Angin malas pulak datang, masak pon malas huhu. So, kami keluar makan nasi ayam. Isyyy apa dia letak kat nasik ayam dia ni tah? Enak sekali. Padahal ayam dia goreng biasa je pon. Nasi dia yang sedap tu.

Lepas makan, terus pergi ayer hitam. Ada apa? Takde apa2. Sajer. Balik tu konon nak minum abc. Pergi kat kedai cendol. Sekali, abc pulak dah abis. Terpaksa (saper paksa tah) lah minum cendol jugak. Aku kureng sikit cendol kat situ. Pelik la rasa cendol dia. Cendol mamak mersing jugak yang terbaik.

Kalo nak tau, batuk aku belum baik lagi tau. Asalnya dah nak baik. Sekali, aku yang tak sabo2 ni, terus minum air sejuk. Tak jadi nak baik la dia. Pastu, asik nak minum limau suam je la pulak. Mana boleh tahan. Tu pon tak baik2 jugak. Kalo gitu, baik aku lenjan air batu jek. Tu yang aku layan cendol tu. Tengok2, e'eh, dah tak batuk dah? Ada la sesikit, tapi tak sekuat sebelum tu. Ooo itu ubatnya eh...

Hari isnin, ruh rajin dah mari. Jadi, aku masak benda alah ni. Wallaweiii!!! Sejam setengah mengadap ko je tau. Sibbaik sedap.


Ok, divert cerita. Sejak sebelum puasa aritu, kan aku banyak makan beriani kambing kan. Pastu konon datang keinsafan untuk memerangi kolesterol. Iklan pulak asik kuar muka amy mastura promote kempen jantung sihat quaker. Nampak macam best je kalo kolesterol2 itu boleh disedut oleh oat tu ek? Maka, aku pon beli la benda alah ni.


Abis puasa, raya. Sambung balik makan beriani kambing super. Ehhhhhh dalam bulan puasa tu pon macam2 versi beriani kambing aku makan. Namun benda alah ni masih lagi elok duduk atas kabinet tuh. Ada laaa sesekali tu aku bawak turun dia, konon nak makan. Tapi, bila nampak makanan lain, langsung letak balik dia kat atas. Kalo cenggini, lama2 boleh expired.

Hari selasa tu, baru lah dapat nur untuk memerangi kejahatan huhu. Jahat ke kolesterol tu eh? Kalo ikut cadangan, kat pack dia, masukkan 250 susu dan 5 sudu oat. Camner nih? Kita tukar resepi je lah. Aku buat air milo semug, pastu letak 4 sudu oat. Untuk permulaan. Kang kalo tak sedap, takde la rugi buang banyak2.

Sekali makan, erm ermm ermmm boleh la kot. Seminggu sekali boleh la huhuhu. Untuk jadi ubat boleh la. Kalo nak dijadikan makanan ruji, malammm sikit kot. Kalo nestom aku leh telan lagi. Tapi oat, oh no. Sibbaik milo tu sedap. Pasni aku nak try makan ngan perl choco plak. Air dia kena sedap la kalo nak suh aku makan benda alah tu selalu. Boleh tak kalo makan dengan minuman yogurt tanpa lemak? Adehhh. Nak abiskan semug tu pon aku siap pejam mata 3x tau. Konon takmo tengok la hahaha. Konon bukak mata je, dah abis. Tak senonoh!

Kalo begitu lah kekdahnya, aku sanggup masak lauk dengan nasi. Biar lah penat sikit, asalkan puas makan huhuhu. Mengambil kira kata2 itu, aku pon masak la semalam. Asam pedas ikan terubuk. Dengar encik hairul makan, macam sedap jek hihi. Tapi memang sedap ar. Well... Huiiiii licin tu. Padahal aku masak bogel je asam pedas tu. Takde aksesori tambahan aka daun kesum. Orang terror masak memang cenggitu. Tak perlu bantuan daun berbau harum untuk menaikkan selera makan suami hahaha.

Ok, itu je. Ada sesuatu nak cerita, tapi belum masanya kot. Tunggu dia bersedia baru aku heboh kan. Tak lama, seminggu lagi kot. Tunggu eh...

6 komen:

yayu said...

Akak pun cuba nk mkn oat ni..konon nyer nk bykkan susu...tp tekak xleh terima gak

AyunasiA said...

huuuu pejam mata sambil makan hahaha

adipro said...

cendol mamak mersing kat belah mana stall dia?

AyunasiA said...

lepas tabung haji tu, belok kanan, celah2 situ la. dia restoran, bukan stall tepi jalan.

adipro said...

ooo..ok kat situ ye.

aitt.. situ dulu port aku mkn mi goreng mamak ptg2.

aku rs cendol situ cam biasa jek umphh nyer!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.