Hari raya ke-6, Jumaat, kami pon balik semula ke parit raja. Memang sungguh penat hari raya tahun ini. Kami bertolak sebelum tengahari.
Memula gi raya umah najib. Tengok2, naim dah gondol rambut semula. Dalam masa 3 bulan, 1 inci rambut dia tumbuh. Terpacak plak tuh. Cepat betul. Cuba tengok gambar sebelum dan selepas nih.
Dari rumah najib, kami menuju ke kota. Singgah jumaat kat masjid kampung makam. Bilal dan khatib dia sungguh la sedondon. Siap berlagu. Baca khutbah pon berlagu, suh jemaah luruskan saf pon berlagu jugak hihi.
Kat masjid ni lah terletaknya makan sultan mahmud mangkat dijulang.
Lepas jumaat, kami terus ke jb. Kononnya encik hairul nak pergi beraya di rumah cikgu sekolah vokay beliau. Nak pegi ngan adik kak ani la kununnya. Sebelum puasa itu ari, tiba2 cikgu tu call, sembang2. Pelik jugak. Try call banyak kali, tapi tak angkat. Mula la fikir yang bukan2. Dulu pernah dengar citer cikgu ni sakit. Entah2, dia call tu ari tu untuk kali terakhir ke haper ke kan. Mudah-mudahan cikgu rohana masih panjang umur hendaknya. Kot sape2 kenal cikgu rohana sekolah vokay tanjung puteri, sila la update, okeh?
Sampai ke jb, still tak dapat contact cikgu tu, so kami melencong ke jusco. Tak sampai sejam dah kuar balik. Takde benda yang dicari. Dah terlanjur kat jb tu, pegi je lah ke taman u. Actually nak cari notebook sleeve ngan cooler. Banyak pon kat taman u tu. Suka!
Dah kat situ, perut mula lapar. Pagi tadi sarap ubi rebus ngan sambal tumis jek. Aku makan fries jek. Mana tak lapar. Dah pukul 4.00pm. Sampai kulai, try call member yang buat open house tuh. Boleh datang lagi tak? Katanya, lepas jumaat. Boleh lagi. Sampai umah dia ni, aku makan cukup2.
Sesat la jugak nak menyampai ke rumah dia. Dia kata, pintu rumah dia ada gelung 3. Aku dah imagine gelung rotan tuh. Kenapa pulak nak letak gelung rotan kat pintu eh? Ropa2nya, gelung yang dimaksudkan itu ialah erkkk cemana nak terangkan eh? Alaaa kalo kat beranda ke, jalan masuk tu kan ada lengkung bentuk kubah gitu kan. Benda tu lah yang dia maksudkan gelung. Cuba tengok gambar nih.
Masuk2 je rumah, terus minum air dengan banyak nya. Macam kebulur je kekdahnya. Kendian dia suh makan. Mula nampak mihun kosong atas meja. Ingat, alamakkk makan mihun je ker? Aku dah lapar gilos nih. Ropanya ada nasik dengan lauk bermacam2. Daging masak black pepper, asam pedas ayam, ikan keli bercili, ulam2an, kerabu mangga, sambal belacan dll. Apa lagi, makan ler dengan lajunya. Encik hairul siap tambah dan makan 2 ekor ikan keli lagi hihi.
Selesai makan, balik ler. Kata datang open house untuk makan kan. Oh, bermaaf2an juga. Kendian, kami pon balik. Singgah solat kat simpang renggam. Tetiba, encik hairul dapat idea nak balik parit yusof pulak. Kebetulan ngah pon nak pergi sana, ada la geng. Biar penat sekaligus jek. Kalo tak, kena pegi jugak hari lain. So, calling2 ngah, dia baru sampai parit sulong. Boleh la. Kami pon pecut ke sana lalu yong peng. Singgah maghrib kat parit yaani.
Sampai umah nenek, derang baru nak makan. Makan lagi. Lom hadam ikan keli tadi. Tapi, rezeki jangan ditolak. Lauk sup ayam ngan telur dadar dan ikan kering je, tapi menjilat jari tuh. Huhahuha, pergi pulak umah maklong. Dah jumpa maklong kat umah nenek tadi. Saje pegi umah dia, jumpa sepupu2 pulak. Oh, sedapnya dodol di rumah itu. Lepak2 sekejap, pukul 10.30pm baru kami balik. Sampai rumah lebih kurang 11.30pm. Feh! Lega. Yang tambah lega, cherry dah jejak ke rumah ini hihi. Dari aritu dia tak balik lagi.
Hari sabtu, hari lepak. Tak kuar rumah pon. Aku masak kari bungol jek. Tengahari, abang yus pulak datang. Kak ada cerita, dia baru je keguguran. Anak pertama dia dah 8 tahun. So, biler pregnant tu, suka ya amat la kan. Sekali, baru 2 bulan, jantung baby terhenti. Terpaksa gugurkan. Dia kata, dia ada buat treatment ngan sorang pakcik ni kat skudai. Umahnya dekat2 hotel goodhope tuh. Siap mandi air kelapa malam2 lagi. Laki bini kena mandi. Sebulan kemudian, terus lekat. Tapi, takde rezeki. Kata maklong, tanah dah lama kering, tiba2 lekat, tu yang tak tahan tu kot. Perumpamaan orang tua2. Dia kata, lepas 6 bulan baru dia nak pergi semula. Kalau ok kali ni, dia nak suh aku pergi. Kiter tengok nanti macamana.
Lepas derang balik, ramai pulak budak2 datang beraya. Derang nampak pintu terbukak kan. Kang baraan aku akan pastikan derang tak dapat duit raya kali kedua. Aku hapal muka korang okeh. Huhu kedekutnya.
Hari ahad pulak, kami keluar ke bp. Dah sebulan tak makan beriani super. Padahal, bulan puasa tu, selalu jugak makan beriani. Tapi bukan super la. Tak sama. Lepas makan, kami uruskan hutang2 bank. Bayar cc siap2. Lega rasanya. Dah bayar untuk cherry dan kemre tu sekali. Dah takde hutang dah.
Kendian, pegi summit pulak. Sekali jalan je, terus beli beg untuk cherry. Beg putih yang dalam entry cherry tu lah. Jangan main2, LV lagi tau hikhik. Orang beli LV rm5k, aku beli rm50 jek hikhik. Takde saper kisah pon. Kemain lagi ko ek. Sumer nak baru. Alah, sekali sekala. Sekali ni je lah kot.
Malam, baru iron baju. Oh! Dah masuk keje semula. Hiyarghhh... Keletup!