Thursday 9 July 2009

Implikasi Kewangannya

Aku ni bukan ler geti sangat bab2 kewangan nih, tapi biler dah keje, gomen lak tuh, otomatik, nak tak nak kena terjun jugak dalam dunia kewangan nih. Saper lagi yang nak buat bajet2 tu sumer kalo bukan kiter2 nih. derang tu tau cut cut je. Nak2 pula katanya pitikay yang baru nih ada soalan wajib pasal kewangan/perolehan/perbelanjaan. Jadi hari ni, nak la coba2 wat paper work. Aku kan suka wat analisa2 ni, takdo kojo cari kojo kata orang. Salah satu section dalam paper work mesti lah implikasi kewangan kan. Jangan jadi macam orang tu, main hantam je suh orang buat itu buat ini, pergi situ pergi sini, tetiba kita nak claim, dia kata takde duit sebab takde peruntukan. Check punya check, dia tak buat paper work pon. Dusy! Sebelum tuh aku aku nak gossip2 dulu.


Dengar tak cite pasal rumah khir toyo*? Aku pernah duk seksyen 7 tu, so dapat imagine la kat mana kan. Dah tengok tak gambar rumah tuh? Ya, emang nya agak gedi ya neng. Tapi, nape aku tengok macam buruk je? Samada dia beli rumah second hand, atau pon memang bumbung dia jenis rustik kot. Pagar pon dah berlumut. Ke memang dah lama dia beli rumah tuh? Eh, lantak pi lah.


Meh, kiter citer pasal implikasi kewangan (gomen ya, bukan mak pak mahu pun pelajar itu sendiri) pemansuhan ppsmi. Kita tengok dari sudut positif dan negatifnya serta sudut yang tak berubah jika ada. Kita tengok dari aspek material dan aspek insaniah sekali, cewah! Cam bagus jek kikiki. Tapi aku tak specify kan mana satu +, mana satu -, mana satu material, mana satu insaniah. Pandai la sendirik.


Satu, buku teks. Masa zaman (dah boleh assign ppsmi tu sebagai zaman ke?) ppsmi, buku teks dirombak secara besar2an. Dah tentu lah kos nya pun besar2an, kan? Kendian spbt ditawarkan kepada semua pelajar. Maka kerajaan menanggung sepenuhnya kos buku teks nih. Waktu nak wat ppsmi ni, komfem la ada bengkel2 pembangunan buku tu kan. Duit tuh. Takkan derang wat bengkel kat bawah pokok, pada bulan puasa, kan? Kendian kos penerbitan pulak. Banyak banyak banyak.


Biler dimansuhkan pulak, kena stop publish buku smi. Masa buat dulu, mesti ada penambah baikan. So, buku teks zaman sebelum tu dah tentu tak relevan lagi. Kalau pun relevan, mana pergi buku2 tu? Dah recycle kot? Takkan sekolah nak simpan buku2 tu, kan? So, mestilah kena wat buku baru. Kena wat bengkel lagi, publish lagi. Sumer pakai duit.


Dua, laptop. Waktu diperkenalkan juga, guru2 smi ini diberi laptop kan? Tapi tak kisah lah, laptop tu hardware, yang dimansuhkan tu software je. Software boleh ditukar. Jadi, kena lah ada bengkel membuat software tu kan. Tu pon besar2an gak kos nya. On top of that, bi pon nak dimantapkan, so, cikgu english pulak la yang dapat laptop dan bengkel2 dan kursus2 pun berleluasa (hah?) lah.


Tiga, elaun cikgu. Guru smi ni diberi elaun untuk spiking london. So, elaun tuh dah mansuh jugak la ek? Berita baik untuk cikgu yang tergeliat2 nak cakap omputih, berita kurang baik untuk yang tak heran langsung, cakap omputih lancar macam air. Tapi penjimatan tu digunakan untuk benda lain gak, seperti mengambil lebih ramai guru bi di sekolah. Tutup lubang kat sini, gali lubang kat sana. Takde de jimat. Di institut seperti aku, kami dah dapat 2 orang cikgu bi. Ekceli cikgu ni pon ajar lebih kepada komunikasi ler. Bukan nak uji tahap grammar sangat. Macam ajar anak bercakap ler, takde ler kiter ajar budak umur 2 tahun isi tempat kosong dengan perkataan past, present, future tense ke hape yang salu buat aku tense tuh kan. Eh, apa kaitannya? Takde kena mengena, saje nak bagitau. Eh, macamana orang india salu pandai english dan jadi cikgu english eh? Aku pun masa darjah satu, cikgu india yang ajar english. Agaknya sekolah tamil ni ajar english cemana eh? Kena wat kajian la kan? Mesti ada rahsia. Kot genetik ker. Aku nak antar anak masuk sekolah tamil arrr cenggitu. Eh, eh mana anak aku? :P


Empat, exam. Sekarang ni soalan exam adalah dwi bahasa. Maknanya dua keje la kan. Biler dah dua keje, maknanya masa nak menyiapkan pon lagi lama la kan. Biler lagi lama bengkel duk kat hotel wat soalan exam tu, kos juga banyak. Jadi, biler dah mansuh nanti, soalan bahasa malaysia (dan bahasa ibunda) je, jimat masa, jimat tenaga, jimat kertas dan jimat duit). Eh, tapi kalau soalan satu bahasa, kebarangkalian soalan bocor bertambah kerrr berkurang?


Ermmm jom kiter cuba guna matematik. Eh, tapi lagi mudah kalau kiter tukar tajuk, 'kebarangkalian tak bocor'. Ambil sample satu subjek, kimia. Katakan ada 2 paper. Biler dwi bahasa, ada 4 set soalan (kertas 1 bm, kertas 1 bi, kertas 2 bm dan kertas 2 bi). Jadi, kebarangkalian tak bocor kertas 1 atau kertas 2 ialah 1/2 atau 50%. Tetapi kebarangkalian tak bocor subjek kimia ialah 1/4 atau 25%. Biler satu bahasa lak, ada 2 set soalan je (kertas 1 dan 2). Jadi, kebarangkalian tak bocor kertas 1 atau kertas 2 ialah 1/2 atau 50%. Tetapi kebarangkalian tak bocor subjek kimia juga 50%. Ok ok aku pon dah kompius. Cikgu Matematik, sila bantu saya pleaseeeeeeeeeeeeeee!!! Dah tonggang terbalik bocor tak bocor nih. Adusss... Matematik lemah! (kedengaran sayup2 suami ku berkata).

Kelima, dah, takde idea lak. Cop! Aku nak tukar topik sket. Sekarang kan, ramai budak pandai2 kan. Dah lah belajar ppsmi pandai, mesti nanti dia belajar ppsmm (eh, ni bukan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu tau, tetapi 'pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran dalam bahasa melayu' atau nak lagi senang, panggil je 'sistem asal') pon lagi pandai ek? Pandai ni maksudnya banyak 'A's la. Tapi lambat lagi la nak nampak resultnya.

Okeh, itu sahaja untuk kali ini. Naik pening kepala ku.

p/s kontraktor2 jangan bimbang, banyak job pasnih; buku teks, software, laptop, blablabla...
p/s2 kesulitan (membaca entry ini) amat dikesali...


5 komen:

Luna said...

kos perbelanjaan utk PPSMI ialah RM16 billion..tetapi 'keuntungan' pemansuhannya kpd anak2 dalam menguasai asas matematik&sains,adalah jauh lebih bernilai.

AyunasiA said...

dalam maksud tuh luna. tahniah! tiba tiba.

blackpurple @ jowopinter said...

Letih la nak fikir benda2 ni semua. Banyak dipolitikkan... Hmmmm

ANAKIRANA said...

ekonomi politik

ko tka paham komen aku kan..ehhehe

AyunasiA said...

bp: i folowww je lahhh.

ana : mana satu komen nye eh?