Wednesday 22 August 2007

REZEKI

Semalam, Selasa, abang dah mula kerja. Cuti MC 2 bulan macam orang bersalin. Masuk je kerja, terus pindah bilik office. Dah tak sebilik ngan Hazli dah. Pasnih abang kena jaga lab pulak, jadi office dia kat dalam lab lah. Anyway, tempat tu privacy sket sebab sorang2 1 bilik. Actually dah lama abang kena pindah, tapi sebab cuti tu, tangguh la dulu.

Antara update terkini abang ( aku tukang tulis supaya ada rekod, nak harap abang update blog dia, berjanggut... ) abang telah voted sebagai pensyarah paling skillful ke hape tah istilahnya oleh student votes. Hihihi. Kelakar pulak dengar ada anugerah cenggitu. Penyampaian hadiahnya pada hari penyampaian anugerah dekan, tah bile tah tak ingat.

Kedua-dua paper abang accepted untuk presentation pada November nih. Satu kat KL, satu lagi kat Penang. Tarikhnya berturutan lak tu. Memang straight ler dari KL ke Penang tuh nanti. Aku? Harus ler nak mengekor hehehe. So, cuti raya kasik cut sket untuk ambik cuti tuh nanti. Seminggu? Mintak2 ler belum time exam. Amin…

Dua hari ni, setiap petang, balik keje, aku terus mandi, solat, kunci jam kul 6.30pm, dan terus memotong kain. Isnin aku berjaya memotong 3 pasang. Semalam, 4 pasang. Harini, ada 3 lagi. Purata sepasang 45 minit. Kalau kain jenis melekat, 30 minit dah siap. Jahitnya biler? Erm... minggu depan lah. Yang aritu pun abang lum anto jahit tepi lagi. So, jumlah keseluruhan, 12 pasang. Yeay! Padan muka aku, sape suh ambik order banyak2. Tapi yang bestnyer, dengan upah tu, aku takyah kuar duit sendiri beli baju raya. Yeay lagi sekali!

Konvo abang 2hb September nih. Surat sampai Semenchu last week. Memula suh abah pos jek ke BP. Sekali abah tengok Ulin balik, suh Ulin bawakkan je arinih. Ulin nak lepak umah ke weekend nih? Uwaaa tak besh nyer…

INSEP sedang berjalan. Sedang elok je abang masuk kerja, memang students tengah buat projek. Abang kena ajo part praktikal je. Tu tak masuk lecture biasa yang dah diganti selama 2 bulan tuh. Dah nak bersalin kot kawan yang pengganti tuh. Sedang elok lagi timing nyer. Tapi INSEP tu lain kira, MOF yang bayo. Memang patut la, keje lebih, bayo pon lebey lah. Aku, sukerrrrrr je. Rezeki jangan ditolak.

Cakap pasal rezeki, aku nak komen sikit pasal komen orang terhadap aku. Seperti sedia maklum, kami dah kawin hampir 3 tahun. Biasalah, mesti ada soalan wajib tanya atau FAQ, bile lagi? Dah ada ke? Dah berisi? Merancang ker? Yang tak leh tahan tuh, soalan nih, memang takmo ke? Wah wah wah. Cepu emas gitu kan? Bertanya tanpa memikir risiko2 tekanan emosi gitu. Aku? Tertekan? Tertekan ngan soalan adalah, bukan tertekan sebab takde lagi tau.

Cakap ler aku takde naluri keibuan ker hape ke, yang pasti aku takde ler tertekan pun? Sunyi? Erm... sunyi tu cemana? Kekosongan? Erk... tak tau lah. Aku rasa derang je yang rasa cenggitu. Aku ok jek? Cuba ikhtiar? Erm... mesti ke? Kena gi ke? Mungkin lum sampai seru aku sampai tahap teringin giler cam teringin makan char kuey tiow kot? Setakat nih, aku happy dengan apa yang ada. Happy dengan kehidupan sekarang. Abang? Erm... dalam hati tak tau lah kan. Tapi dia takde la paksa2 gi berurut ke, makan obat ke, jumpa doktor ke. Tapi aku ada la ambik inisiatif buat check up, ambik darah 2, 3 kali. Keputusannya tak tau lah lagi sebab jumpa doktor pon lum lagi, awal bulan depan kot. Tu pun salah satu ikhtiar gak, cuma aku rasa cam aku buat tu pun untuk memuaskan hati orang2 yang suh aku berikhtiar jek? Teruk kan aku nih?

Ada yang cakap, cuba lah berubat kampung, sementara nak tunggu appointment ngan doktor tu. Aku? Buat2 tak dengar jek. No, aku bukan ler tak percaya kekdah tradisional ke hape. Maybe sebab masa sekolah dulu aku masuk science stream, maka aku lebih percayakan sains. Erk, ye ke? Takde lah. Aku memang nak cuba kekdah perubatan saintifik dulu. Takmo lah tergesa wat serentak. Karang doktor nak buat report, tak tau kekdah mana yang sebenarnya berjaya. Saje bagi doktor tu senang keje. Kikiki percaya je lah kata ku ini. Anyway, ibuk2 sekelian, dengan penjelasan ini, tak perlu ler lagi ibuk2 menyoal aku dengan soalan cepu emas sedemikian lagi. Tak payah lah sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Nampak aku sihat segar bugar, perut kempis dan langsing, tau2 je lah. Kalau ada, pandai ler aku buat press conference nanti. Buat aku fobia nak balik kampung jek. Elok2 aku rajin balik sebulan sekali, jadik setahun 3, 4 kali jek. Confirm takde sorang pon
yang bertanya tu, baca blog nih. Lantak ler. Anyway, daripada tanya aku, baik gi tanya CT Nurhaliza ker... Dia pon dah setahun kawin kan? CT merancang ker? Erk... ni bukan soalan aku.

Rezeki kan ada macam2 bentuk. Anak tu rezeki. Duit tu rezeki. Kereta tu rezeki. Rumah tu rezeki. Rezeki aku dalam bentuk lain dari rezeki orang lain. So.... why matters?

0 komen: