Eh, aku dah cakap ke belum ek? Bahawa aku telah dilimpahi rahmat bahagia, Tuhan kurniakan kerana takde kelas pada hari Jumaat? Belum ek? Sekarang, sudah. Iyerrr. Buat julung2 kalinya, aku dapat menikmati 1 hari cuti walau pun kena pergi kerja jugak. Namun yang pasti, nikmat syurga pastinya lebih hebat dari ini. Oh, insaf.
Sungguh pun begitu, aku adalah sesak pada setiap hari selasa rabu dan khamis. Gini, meh aku cerita pasal jadual aku. Kang korang kata aku ni takde keje asik online je kan. Dah, takde kelas, aku duk la kat bilik ni. Dah duk kat kusi empuk ni, takkan nak menung je tengok tingkap. Jadi, aku on la pc. Dah on tu, buat apa aku buang2 karen tak online. Benda dah ada. Kang dia putuskan network kang baru nak nangis, sia2 je. Oleh kerana gomen pon tak mampu nak sediakan pc untuk aku, aku pakai la laptop sendiri ni. Akibatnya, keje ke, personal ke, semua dalam satu harddisc, satu masa. Eh, apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya?
Ok, pada asalnya, jadual aku adalah biasa2 sahaja. Kira sama macam semester lepas (19.5 jam seminggu). Semua orang pun dapat dalam 18-22 jam gitu. Sekali, selepas budak baru habis daftar, tak cukup pun dua kelas. Jadi, kita buka 1 kelas je untuk budak baru. Jadual asal ada 2 kelas. Maknanya, sape2 yang ajar budak baru untung lah, kan, kurang banyak kelas. Aku yang mendengar pun jeles sebab derang dah hepi2 banyak free. Mana boleh??? Derang nyer contact hour cuma 12 jam jek. Cannot! Jadi, kb ku rombak jadual. Dan 1 subjek = 3 jam aku dah diambil orang lain, menjadikan jam aku tinggal 16.5 jam sahaja. Derang2 tu pun dalam 15 jam gitu. Ok lah, kira lebih kurang je lah. Boleh diterima.
Sungguhpun demikian (susah giler nak cari perkataan penyambung nih), terdapat seorang rakan sekerja ku yang sedang cuti sakit 2 bulan. Macam beranak je cuti dia, kan? Jadi, aku telah diamanahkan untuk mengganti tempat dia selama itu. Lebih kurang sampai raya la kot. Jadi, aku akan cover waktu dia dengan menghabiskan silibus aku untuk 1 subjek tu. Bermakna, aku kena pulun la habiskan sepanjang 3 bulan ni. Dan jam aku bertambah lagi 4.5 jam untuk tujuan itu. Bermakna, contact hour aku sekarang ialah 21 jam seminggu. Jadi, selasa rabu dan khamis aku nyer kelas adalah dari 8-5. Uhuk uhuk perit tekak aku.
Tuesday, 27 July 2010
Penghulu Segala Hari
Monday, 26 July 2010
Undilah
Keputusan Rajah Tulang Ikan
Ooo aku dah tau, kenapa sil ku selalu sangat datang ke rumah ku akhir2 ini. Rupa2nya ia berpunca daripada satu benda yang ada di atas loteng ku itu. Apakah?Ini lah puncanya. Penat je aku buat gambarajah ishikawa bagai untuk mengesan punca masalah (masalah la sangat hihi), rupa2nya ada di depan mata sahaja.
Aku beli printer ni masa nak pitikey aritu. Kononnya, pasni, senang nak print2 gambar yang dah berlambak2 tu kan. Disamping menyenangkan hatiku yang selalu tiba2 rasa macam nak print. Takyah pikir nak print kat mana, kan? Takkan nak print kat ofis pulak. Jadi, masa pcfair kecil2an dalam uthm* bulan 2 yang lalu, aku pun suh encik hairul membeli benda alah nih.
Nak yang murah sekali tapi boleh scan ngan fotostet sekali. Ewah, nak yang murah, tapi tak mahu melabur. Akhirnya, terbeli lah printer ini. Siap dengan modified external cartridge lagi. Ok, aku tau, mesti korang nak cakap, bukan cepat rosak ker kalau modified2 nih? Alah, printer ni tak kira modified ke tak modified. Dia nak rosak, bila2 pon boleh rosak. Ecehhh lagi nak cover kebimbangan di hati. Tak kisah lah, kalau dah ditakdirkan tersurat, dia akan rosak tahun 2020 (takut nak cakap tahun depan sebab takut masin jari), aku pasrah. Tapi setakat ni, ok jek. Janji aku ikut peraturan dia, kena print seminggu sekali, supaya ink tak sumbat.
Yang best nyer printer yang dimodified ini ialah, ink nya cair di mulut. Eh, bukan, ink dia banyakkkkkkkk sampai ko rasa tak tau dah nak print apa lagi. Masa beli aritu isi penuh tank ni, sampai sekarang tak abis lagi. Ada lagi pulak stok 4 botol (1 setiap kaler). Kalau la pada zaman aku belajar dulu ada teknologi sebegini, tentu bahagia tak perlu membeli cartridge yang mahal itu. Dah la manja, takleh masuk yang cikai. Mesti nak bc20. Huh! Apa2 pun, itu bahagian aku. Kini, masa untuk generasi kini. Ya, dan masa untuk sil tu lah. Ceh! Sesuka hati je kan encik hairul tu buat printer ni rete keluarga? Bukan keluarga dia sahaja, termasuk la sekali kawan sil yang datang rumah aku pakai tudung tapi dah masuk rumah bukak tudung walau pun di hadapan lelaki yang juga suami ku itu. Kedekut betul.
Ehhh kata printer yang dah modified cepat rosak. Harus lah aku berkira tak mo orang lain guna. Kalau dah rosak, ado ko nak ganti? Takdo, kan? Paling kuat pun, encik hairul akan cover dan beli yang baru. Tapi, dia beli pakai duit saper? Duitnya duitku jua? Oh nahi nahi.
Dah lah aku sentiasa berdebar2 bila sil tu datang sebab takut2 dia nak pinjam si putih hehehe. Ye lah, dia kan belajo kursus menjahit pakaian wanita, mesti lah dia terliur je tengok si putih tu kan? ekekek Keji betul perangai kakak ipar ko ni.
Kesimpulannya, aku rasa kini, printer ini bukan lagi kelebihan, tetapi kelemahan. Sekian.
Friday, 23 July 2010
Bubur Ayamku Syurgaku ???
Rasa tak syok pulak bila tengok orang lain puasa di saat2 akhir ni. Aku pulak, nak niat puasa pun teragak2. Sebelum ni, biasa jugak aku puasa ganti, separuh awal, separuh last minute. Tahun ni, aku dah siap ganti masa bulan raya dulu lagi. Konon nanti dah bulan rejab syaaban, boleh la kerek2 dengan korang. Sebaliknya, aku pulak yang jadi malas nak puasa sekarang nih. Walau pun korang puasa ganti, yang pentingnya ialah momentum tu dah ada. Abis ganti besok, next week dah boleh puasa sunat sebagai persediaan menyambut ramadhan. Tapi aku, guna alasan, 'i'm on medication' untuk tidak puasa. Rasanya, tahun depan kena tinggalkan barang sehari dua untuk diganti disaat akhir kot ek? Tapi, tu kalau panjang umur, dapat jumpa saat akhir tu. Kalau tak, tak pepasal berhutang pulak, kan? Isy, tak jadi ler. Ok, mesti pegang pada prinsip, ganti puasa awal. Karang, nak kejarkan yang sunat (daripada momentum puasa ganti), yang wajib pula keciciran. Nanti macamana nak pegi kedaiku syurgaku nih? Hehehe tiba2 je masuk dalam tajuk.
Ekceli kedai ni ialah kedai bubur ayam yang selalu aku pergi tu, cumanya, kali ni dia dah offer minuman sekali. Sebelum ni dia jual bubur je, minuman order kat kedai sebelah. Dan baru2 ini, dia dah upgrade pemandangan di kedai ini dengan signboard2 yang menginsafkan ini. Insaf la bagi aku sebab terasa la macam dia nak cakap, ko ni pemalas betul masak kat rumah ek, sampai kedai aku pun ko buat macam rumah ko jugak. Camana la aku tak tukar tema rumah ku syurga ku kepada kedai ku syurga ku? Tapi, aku rasa dia maksudkan diri dia sendiri kot. Aku je yang sensitif tak tentu pasal.
Kedai ini juga sangat berterus terang. Walau pun kedudukannya agak terpinggir, tetapi mereka berusaha untuk menonjolkan imej kedai ini sebagai, very convenient, seperti dengan menyediakan surau yang bertanda 'surau awam' dan sign2board seperti di atas dan di bawah ini. Lets cekidaut apa lagi yang ingin diluahkan oleh tokei kedai ini kepada pelanggannya dan sesiapa yang lalu-lalang di hadapan kedai ini.
Thursday, 22 July 2010
Caraku Menghadapi Pujian
Komen 1 :
A: Sedap lah siahhh pulut ko nih. Aku tak pernah masak pulut. Rendang pun, kalau aku masak, sikit2 nak rasa, sikit2 nak rasa.
N: Alahhh saya hentam je kak. Masak ikot resepi. Pulut bukan rasa macam nasi ke? Tawar? Apa yang sedapnya? Tapi aku positif, mungkin macam beras, ada beras wangi, beras hancur 15%, ada hancur 5%, jadi ada la juga nasi yang sedap dan tak sedap kan... Macam nasi lemak juga, ada yang sedap, lemak, ada yang tida. Eh, tau tak? Aku lupa nak beli beras serindit masa kat kota baru aritu. plannya nak beli kat kb je sebab kalau beli kat rantau panje atau pengkalan kubor, terpaksa menahan perut buat muka berani kerana benar bila lalu kat kastam dan upp. Last2, lupa terosss.
Komen 2 :
B: Saya suka rendang. Ni kena belajar ngan kak siah nih...
N: He, sedap ek? Akak pun rasa sedap jugak hahaha...
Komen 3 :
C: Asiah, tadi akak makan rendang asiah. Sedap. Lembut. Camne boleh lembut ek? Rebus dulu ker?
N: Eh, lembut ke? Kenapa saya makan asik dapat yang liat jek? Takde la pulak saya rebus2 dulu.
Elehhh malu2 pulak. Cakap je lah, terima kasih, kan? Nyampah!
24 (Entry Ini Bukan Tentang Jack Bauer)

Hari ini ulangtahun ke-24 emak kembali ke Rahmatullah.
Mengimbas kembali 24 tahun yang lalu, petang itu aku balik sekolah berjalan kaki bersama kakak(2) ku. Sampai di belakang rumah, kelihatan pintu dan tingkap rumah tertutup rapat. Ah, ni mesti mak masuk hospital lagi. Kami dah biasa. Kalau mak masuk hospital, kami akan pergi tido di rumah wak ru atau mak nah. Biasanya rumah mak nah la sebab dia ada anak sebaya kami. Tengah malam, sampai berita, kak yah dah meninggal. Semua jiran tetangga bergegas ke rumah kami membuat persiapan. Esok pagi barulah jenazah dikebumikan.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibuku, Jariah binti Asri. Tempatkan rohnya dikalangan orang2 yang beriman dan masukkanlah dia ke dalam syurga. Amin.
Wednesday, 21 July 2010
Sabtu Yang Dingin
Bilakah kali terakhir aku pergi ke pasar? Jap, nak recall. Isy, lama sangat la, sampai takleh retrieve dari hard disc dah. Punya lah lama sampai gerai2 di pasar tu dah hampir bungkus semuanya pun aku tak tau. Tapi aku tau lah, bumbung dia dah rebeh sikit2 tu.
Walau bagaimana pun, tidak lah bererti aku dah lama tak masak. Ehhh ckt tu bukan aku ke yang masak? Bila? Bulan lepas kot. Mana nak datangnya ckt kalau takde aktiviti ke kedai membeli udang kan... Ye lah... selalu aku beli ikan kat ain ebergrin je. Abis, pasarnya bukak pagi. Pukul 6 petang apa yang ada? Ok, bukan salah aku, salah majlis perbandaran bp.
Hari sabtu lepas, aku dikejutkan oleh panggilan hangit dari opismate aku. Tanya nombor faks opis. Ces! Langsung takleh tido balik. Lalu, aku pon pergi ke pasar.
Alahaiii... adik ipo aku ni kan, kalau datang sensorang, aku ok lagi. Ini, suka bebeno dibawaknya kawannya sekali. Kawannya tu pulak, datang kemain sopan lagi, bertudung litup. Masuk2 je rumah, langsung terbang tudung nya. Tak ke itu menyumbang kepada dosa kering kepada suami ku?
Okeh, memandangkan ada tetamu di rumah, haruslah aku menyeru ruh rajin ke dalam badan ku ini. Sibbaik buka jin yang masuk huhu.
Sebelum sampai pasar, kami singgah sarpan dulu. Aku, order roti telur sementara encik hairul order roti sardin. Nyaman je suasana ketika itu. Duduk di tepi sungai, makan roti telu+sardin, menghirup teh o panas sambil membaca surat khabar flyer pasifik, ekonsave dan k4 yang baru dicampak ke dalam rumah ku pagi tadi.
Sesampainya kami di pasar, aiyok? Mana semua ikan2 ayam2 sayur2 dan daging? Yang ada cuma 1 gerai ayam, 1 gerai sayur dan 1 gerai ikan. Apakah mereka mengamalkan konsep 1 melesia?
Jadi, tak jadi lah aku nak membeli belah ikan. Baik la pegi ain ebergrin aje. Ada, kedai ikan yang agak popular bernama ikan bagus dan lubuk ikan, tapi, jauh sikit. Tak kuasa la aku. Bukan nak beli banyak pun.
Selesai membeli, singgah sebentar di kedai ini. Ada la dekat setahun aku tak masuk sini. Bukan lah nak beli e'apa. Cuci2 mata jer. Sanggup tu, pegi jejauh beli pinggan.
Dalam pada takde benda nak dibeli tu, terbeli la jugak beberapa item. Teruskan membaca artikel ini... untuk mengetahui item2 tersebut.
Lengkong kering
Biskut mazola
Kuih goyang
Kuih siput
Hahaha semuanya jenis leceh yang kena sehari suntuk membuat baru dapat setengah balang. Lengkong tu lagi lah, kena tunggu 10 hari kot baru leh siap. Tu pun kalau panas, tak hujan di tengahari. Walau bagaimana pun, yang penting, niat dulu hehe. Di samping kena siapkan baju cecepat.
Dah siap masak, baru boleh tengok hasil tangkapan di kedai pinggan tadi.
Tuesday, 20 July 2010
Pulut Kuning & Rendang Daging
Eee sedapnyaaa. Kalau lah pulut ni boleh dimakan macam nasik, memang la aku dah makan 3 pinggan. Tapi, apakan daya. Takleh makan banyak2. Karang masuk angin, boleh naik angin dibuatnya.
Petang semalam, aku dengan gigihnya memasak benda alah ni. Memula pergi kedai ain. Tengah aku membeli belah, tiba2 kedengaran wanita memekik2. Eh eh kenapa nih? Nak kata nampak eksiden, tak jugak. Suasana harmoni jek. Tapi, kelihatan mamat tukang potong ayam kecik2 sedang berlari2 menyeberang jalan. Sepulangnya mamat tu semula ke kedai, barulah tersebarnya cerita. Lorrr ada maling deh.
Menurut cerita akak cashier kepada adik cashier anak sedara mak aji jiran sebelah rumah di kampung ku itu, mula2 dia nampak maling ni masuk kedai dan terus memandang cctivi. Pastu dia pergi ke belakang. Akak ni dah suspek maling tu nak curik beras. Pastu dia pusing2 dalam kedai tu 5-6 kali sebelum dia cabut lari bersama2 helmet yang didakwa oleh akak itu mengandungi barang curi. Tah, tak tau pulak aku, apa ke bendanya yang dicuri itu. Adik cashier pulak cakap, maling itu ada menjatuhkan besi dekat2 rak ubat gigi sebagai modus operandi mengalihkan perhatian adik cashier. Aku pulak suspek maling itu cuba mencuri duit di cash register tapi gagal. Demikian lah kisah di kedai ain ebergrin pada petang semalam.
Ada lagi satu kejadian. Masa aku tengah tunggu mamat potong ayam kecik2 tu memotong daging untuk aku, kedengaran suara seorang gadis remaja,
"Bang, boleh siang kan ikan ni?"
Mamat menjawab,"Sorry dik, tak boleh la. Kalau ikan merah ke, boleh la."
Isy, malu malu malu! Ko pun, agak2 la. Ikan kembung pon nak suh orang siangkan ker? Nak kalo, pegi la pasaraya, atau pun time tak ramai orang. Ni tengah padat manusia. Malu la weiii...
Sampai rumah, terus arahkan (durhaka nyer!) encik hairul cabut serai dan mintak daun pisang kat jiran. Pas solat, terus klung klang klung kleng. Rendam pulut, siang bawang2, potong daging dll. Tengah nak blend bawang, baru teringat, terlupa beli kelapa parut. Rendang tanpa kerisek adalah sate goreng. Maka, dekat2 nak maghrib itu, encik hairul pergi la meround kot2 ada kedai yang menjual kelapa parut. Selalunya susah nak jumpa sebab derang jual kelapa dan santan pada waktu pagi sahaja. Sibbaik ada kat kedai dekat2 ess0.
Tengah2 blender pulak, alamak! Lupa siang lada kering pulak. Aduiii nampak sangat dah lama tak masak, kan? Dan2 tu lah baru nak siang lada. Tak sempat nak rebus (takde pon deadline, tapi tergesa2 tak tentu pasal), aku rendam je ngan air panas 2x. Sementara memasak rendang, konon nak buat kerisik, tapi, dah maghrib pulak. Tinggal lah dulu. Pas maghrib baru menyangai kelapa. Dalam hati dah agak cuak, lain macam je kaler rendang ni? Macam pedas je gayanya?
Dah siap kerisik, baru lah boleh mengukus pulut. Punya lah tak sabar nak kasik kuning, siap ku perah2 kunyit hidup yang ditumbuk ke dalamnya. Lepas kukus sampai agak masak, alamakkk bau kunyit la pulak. Mulut kumat kamit berdoa mudah2an santan akan menghilangkan bau kunyit itu. Eh, bukan orang panggil pulut kunyit ker? Normal la kot?
Lesai menyantan (ikut suka je tambah imbuhan), jam dah pukul 9.30pm. Biler nak makan nih? Sambil menunggu masak, baru teringat, tak tengok s0 u think u can dance. Dah nak abis pon. Huh! Malam raya pun tak sibuk camnih.
Akhirnya, dekat pukul 10pm baru kami bersantap. Fuhhh sedap bangat. Sebijik macam rendang mak siti (berapa kali tah nak ulang stetmen nih?).
Aku masak 1 kilo daging. Maka, pagi ini, kami semua makan pulut kuning dengan rendang daging sempena merasmikan kukus (yang tersurat) yang baru ku beli hihi. Tak sabar nak balik makan rendang lagi. tapi, pulut dah abis. :(
Fl0ria W!rajaya Doploh Seploh
Oleh kerana tak dapat pergi fl0ria kat putrajaya, aku pon buat fl0ria aku sendiri kat w!rajaya. Cumanya, ada 2 species flora je kat w!rajaya nih.
Monday, 19 July 2010
Di Mana Ada Aku, Di Situ Ada Hamper
Muka aku ni dah ada cop hamper kot. Sejak masuk sini, asal budak baru masuk je, aku jadi ajk yang buat hamper. Asalnya, ajk yang buat keje ni ialah ajk LDK*. Tapi, bila aku pegang ajk jamuan, dia pindahkan keje tu ke ajk jamuan. Semester lepas pulak, aku jadi ajk LDK*, pun dia pindahkan keje buat hamper kat ajk aku. Semester ni? Aku ajk jamuan balik dan... isi lah tempat kosong ni sendiri. Walau bagaimana pun, aku suka la jugak buat keje ni hihi. Seronok la jugak. Sambil2 buat hamper, sambil2 main congkak.Sebab apa aku kata main congkak? Sejak beberapa sem yang lalu, kami dah tukar kekdah membuat hamper nih. Memang ada lagi hamper biasa tu, tapi tu untuk aktiviti sukan je. Untuk aktiviti LDK* yang 'semua orang memang akan dapat hamper', kami bagi jajan dalam tapewer cenggini. Kiranya, takde la derang rebut2 jajan tu kan. Di samping boleh la guna tapewer tu untuk masak megi di kemudian hari. Tak pun, buat tapau ration kat dewan makan sebab puasa nak buka kat bilik. Teringat masuk dok asrama semejay dulu. "Tolong ambikkan ration aku..." kata seorang senior kepada junior. Huh!
Semester ni, ada 118 orang student baru. Jadi, kami beli 118 biji tapewer. Ada la, saiz yang berbeza, ikut kedudukan markah. Tapi, kebanyakan isinya hampir sama.
Sekian.

