Eh, aku dah cakap ke belum ek? Bahawa aku telah dilimpahi rahmat bahagia, Tuhan kurniakan kerana takde kelas pada hari Jumaat? Belum ek? Sekarang, sudah. Iyerrr. Buat julung2 kalinya, aku dapat menikmati 1 hari cuti walau pun kena pergi kerja jugak. Namun yang pasti, nikmat syurga pastinya lebih hebat dari ini. Oh, insaf.
Sungguh pun begitu, aku adalah sesak pada setiap hari selasa rabu dan khamis. Gini, meh aku cerita pasal jadual aku. Kang korang kata aku ni takde keje asik online je kan. Dah, takde kelas, aku duk la kat bilik ni. Dah duk kat kusi empuk ni, takkan nak menung je tengok tingkap. Jadi, aku on la pc. Dah on tu, buat apa aku buang2 karen tak online. Benda dah ada. Kang dia putuskan network kang baru nak nangis, sia2 je. Oleh kerana gomen pon tak mampu nak sediakan pc untuk aku, aku pakai la laptop sendiri ni. Akibatnya, keje ke, personal ke, semua dalam satu harddisc, satu masa. Eh, apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya?
Ok, pada asalnya, jadual aku adalah biasa2 sahaja. Kira sama macam semester lepas (19.5 jam seminggu). Semua orang pun dapat dalam 18-22 jam gitu. Sekali, selepas budak baru habis daftar, tak cukup pun dua kelas. Jadi, kita buka 1 kelas je untuk budak baru. Jadual asal ada 2 kelas. Maknanya, sape2 yang ajar budak baru untung lah, kan, kurang banyak kelas. Aku yang mendengar pun jeles sebab derang dah hepi2 banyak free. Mana boleh??? Derang nyer contact hour cuma 12 jam jek. Cannot! Jadi, kb ku rombak jadual. Dan 1 subjek = 3 jam aku dah diambil orang lain, menjadikan jam aku tinggal 16.5 jam sahaja. Derang2 tu pun dalam 15 jam gitu. Ok lah, kira lebih kurang je lah. Boleh diterima.
Sungguhpun demikian (susah giler nak cari perkataan penyambung nih), terdapat seorang rakan sekerja ku yang sedang cuti sakit 2 bulan. Macam beranak je cuti dia, kan? Jadi, aku telah diamanahkan untuk mengganti tempat dia selama itu. Lebih kurang sampai raya la kot. Jadi, aku akan cover waktu dia dengan menghabiskan silibus aku untuk 1 subjek tu. Bermakna, aku kena pulun la habiskan sepanjang 3 bulan ni. Dan jam aku bertambah lagi 4.5 jam untuk tujuan itu. Bermakna, contact hour aku sekarang ialah 21 jam seminggu. Jadi, selasa rabu dan khamis aku nyer kelas adalah dari 8-5. Uhuk uhuk perit tekak aku.
84 ULU KASAR
17 hours ago
0 komen:
Post a Comment