Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Friday, 23 July 2010

Bubur Ayamku Syurgaku ???


Rasa tak syok pulak bila tengok orang lain puasa di saat2 akhir ni. Aku pulak, nak niat puasa pun teragak2. Sebelum ni, biasa jugak aku puasa ganti, separuh awal, separuh last minute. Tahun ni, aku dah siap ganti masa bulan raya dulu lagi. Konon nanti dah bulan rejab syaaban, boleh la kerek2 dengan korang. Sebaliknya, aku pulak yang jadi malas nak puasa sekarang nih. Walau pun korang puasa ganti, yang pentingnya ialah momentum tu dah ada. Abis ganti besok, next week dah boleh puasa sunat sebagai persediaan menyambut ramadhan. Tapi aku, guna alasan, 'i'm on medication' untuk tidak puasa. Rasanya, tahun depan kena tinggalkan barang sehari dua untuk diganti disaat akhir kot ek? Tapi, tu kalau panjang umur, dapat jumpa saat akhir tu. Kalau tak, tak pepasal berhutang pulak, kan? Isy, tak jadi ler. Ok, mesti pegang pada prinsip, ganti puasa awal. Karang, nak kejarkan yang sunat (daripada momentum puasa ganti), yang wajib pula keciciran. Nanti macamana nak pegi kedaiku syurgaku nih? Hehehe tiba2 je masuk dalam tajuk.

Ekceli kedai ni ialah kedai bubur ayam yang selalu aku pergi tu, cumanya, kali ni dia dah offer minuman sekali. Sebelum ni dia jual bubur je, minuman order kat kedai sebelah. Dan baru2 ini, dia dah upgrade pemandangan di kedai ini dengan signboard2 yang menginsafkan ini. Insaf la bagi aku sebab terasa la macam dia nak cakap, ko ni pemalas betul masak kat rumah ek, sampai kedai aku pun ko buat macam rumah ko jugak. Camana la aku tak tukar tema rumah ku syurga ku kepada kedai ku syurga ku? Tapi, aku rasa dia maksudkan diri dia sendiri kot. Aku je yang sensitif tak tentu pasal.

Kedai ini juga sangat berterus terang. Walau pun kedudukannya agak terpinggir, tetapi mereka berusaha untuk menonjolkan imej kedai ini sebagai, very convenient, seperti dengan menyediakan surau yang bertanda 'surau awam' dan sign2board seperti di atas dan di bawah ini. Lets cekidaut apa lagi yang ingin diluahkan oleh tokei kedai ini kepada pelanggannya dan sesiapa yang lalu-lalang di hadapan kedai ini.

Oh, ada juga 'rumahku syurgaku'. Tapi tu dah biasa sangat. Yang papan merah tu yang menarik. 'hai... orang jauh di mata dekat di hati belilah satu untuk dijadikan kenangan.' Kenangan hapernya kalau dah masuk perut tu, kan? Ohhh dia maksudkan bekas tu kot boleh dijadikan kenangan sebab bila kiter beli bubur ni tapau, dia isi dalam bekas macam tahu panas tu, tapi besar.

Hah! Siap masjid pun ado. Insaf, kan?

Abeh penuh gerai dia dengan signboard saja. Kerrr dia sengaja nak cover apa yang berlaku di belakang kedai eh?

Haaa yang ni memang dah lama ada. Sejak awal2 lagi. Tapi, macam tak nampak, kan? Meh aku fokuskan. Eh, sebelum tu, tengok, banyak telur masin, kan?

'Terasa nak makan bubur saya? sms *DAHULU kot* 013 7676237*' kot, tak nampak la pulak. Cer la call hihi.

Yang berkerumun tu kedai baru. Bila budak ito ada, penuh la tempat tu sebab dia jual nasik kerabu. Aku belum terbuka hati lagi nak makan nasik kerabu.



Thursday, 22 July 2010

Caraku Menghadapi Pujian

Komen 1 :

A: Sedap lah siahhh pulut ko nih. Aku tak pernah masak pulut. Rendang pun, kalau aku masak, sikit2 nak rasa, sikit2 nak rasa.

N: Alahhh saya hentam je kak. Masak ikot resepi. Pulut bukan rasa macam nasi ke? Tawar? Apa yang sedapnya? Tapi aku positif, mungkin macam beras, ada beras wangi, beras hancur 15%, ada hancur 5%, jadi ada la juga nasi yang sedap dan tak sedap kan... Macam nasi lemak juga, ada yang sedap, lemak, ada yang tida. Eh, tau tak? Aku lupa nak beli beras serindit masa kat kota baru aritu. plannya nak beli kat kb je sebab kalau beli kat rantau panje atau pengkalan kubor, terpaksa menahan perut buat muka berani kerana benar bila lalu kat kastam dan upp. Last2, lupa terosss.

Komen 2 :

B: Saya suka rendang. Ni kena belajar ngan kak siah nih...

N: He, sedap ek? Akak pun rasa sedap jugak hahaha...

Komen 3 :

C: Asiah, tadi akak makan rendang asiah. Sedap. Lembut. Camne boleh lembut ek? Rebus dulu ker?

N: Eh, lembut ke? Kenapa saya makan asik dapat yang liat jek? Takde la pulak saya rebus2 dulu.

Elehhh malu2 pulak. Cakap je lah, terima kasih, kan? Nyampah!

Tuesday, 8 June 2010

Setahun Tak Jumpa

Alah uncle tu. Cakap macam bff, tapi, diskaun sikit pun tak kasik.

Dua minggu lepas, aku nampak uncle tu jual rambutan. Itu petanda durian dah nak luruh sebab bagi aku, kumbang durian ngan rambutan ni sama kot. Mesti dia berpesta madu pada waktu yang sama. Tinggal lagi rambutan ranum dulu daripada durian kot. Isnin minggu lepas, dah nampak dia jual durian pulak. Nanti lah, tunggu lepas seminggu dulu baru aku beli.

Tapi, sampai hari khamis, aku dah tak boleh sabar. Berenti je lah. Turun2 je aku dari kereta, terus dia menyapa,

Waaa lama tak jumpa ha...? Sudah setahun.

(Sama je dialog uncle nih dengan dialog dia setahun lepas?) Hehehe.

Aku beli yang sekilo 5 hengget. Try 2 biji je dulu. Nak balik tu aku tanya, banyak ker durian kali ni? Wah macam pelik kan? Aku cuba berbasa basi di situ? Dia kata tak banyak sangat. Dan tak berapa laku. Maybe sebab cuaca panas kot. Alah, tak laku dia, bukannya rugi pun. Macam takde modal je bisnes durian ni ek? Ada laaa. Modal masa. Masa tunggu, kutip dan jaga gerai. Modal duit memang takde. Ada laaa, dulu2, modal tanam pokok dan baja gemuk dan baja buah. Berapa la sangat. Fuh! Mesti best ek? Untung kasar ngan untung bersih sama jek.

Durian kampung. Kalo durian kawen d101 tu, rm11 sekilo. Errr tunggu gaji nanti la ek?

Tengok warna kuning je pon dah terliur

Kucing tidooo. Aku punya!

Isinya dua lapis lagik. Ada 2 pangsa yang berlapis cenggini


Monday, 22 June 2009

Lepas Gian

Kali terakhir aku makan nasi beriani sedap gilos nih ialah pada hujung bulan 5. Maknanya dah dekat sebulan lah ek? In between tuh ada la jugak makan kambing seperti sup sitam dan lamb chop getah sekerap (liat giler) di bisik2. Tapi, mana nak sama dengan nasi beriani kambing, kan? Haihhh agaknya aku ni kena duk kat negara arab sana kot, baru betul, bau pon bau kambing.

Selain itu, kali terakhir kami soping2 ialah semasa outstation itu ari. Masa besdei aku tu kami tak masuk pasaraya pon. Maka, lepas gian kali ni ialah untuk beriani kambing dan soping barang dapo. Memang dah plan, ari sabtu ada majlis tu kan, ari ahad baru nak kuar. Memula gi makan dulu. Macam biasa, sedap banget. Cuma nya, aku dapat bahagian daging, kureng kick. Aku suka part tulang2. Tapi ok je. Janji kambing.

Saje nak jeleskan izan hahaha
Balik dari soping tu, kami buat gardening sket. Pindahkan bunga kul 10 tu ke dalam pasu panjang, pindahkan pokok heli kecik tu ke pasu kul 10 asal dan buat pancang untuk pokok bunga kertas. Berguna gak pokok heli tu tau. Derang pinjam buat hiasan kat papan tanda peringatan arituh. Padahal bunga nya dah gugur, tinggal kelopak luar jek. Layannn.
Ni kaler pink
Kaler oren muda

Ni kaler merah bata

Yang terakhir kaler pepel. Yang ni agak menyedihkan. Asalnya ada 2 tangkai lebat berbunga dan berdaun. Tetiba patah pulak hukhukhuk. Dahhh jadik renek plak dia

Perasan tak? Aku ikat pokok2 tu kat pancang ngan kain langsir? Saje, kengkonon sedondon arrr. Pokok bunga lantana tu pulak, dah ala2 nyawa2 ikan. Tak sangka lak ulat putih2 tuh leh membunuh dia. Semalam jugak aku beli racun dan kill kill die kan mereka ngehngehngeh. Nampak arini macam dah jatuh2 serangga tersebut. :P



Monday, 15 June 2009

Selang Bunga dan Menu Raya

15 Jun 2009, Isnin

Biasa kalo anak berselang laki pompuan kan orang panggil selang bunga kan. Tapi kes pokok bunga aku nih betul2 selang bunga. Arituh pokok taik ayam tuh galak berbunga, pokok bunga kertas pulak sekuntum pon tak kuar. Sekali tuh, pokok taik ayam tuh diserang serangga. Penuh putih2 kat daun dan batang dia. Langsung ilang sumer bunga dia.

Biler bunga2 tu abis, otomatik bunga kertas pulak memutik. Memula yang kaler pink tua tuh. Kendian yang pepel ngan oren cair. Kendian yang merah bata tu pulak, Makin ari makin banyak sampai senget2 pokok tuh. Siap kena wat pancang pulak sebab dah melayut ke tanah. Sekarang aku percaya, bunga kertas tak kuar musim hujan. Sekarang kan musim panas kan, tu yang dia syok kuar tuh. Aku sukerrr.

Hari sabtu lepas, seperti dijanjikan, aku tak kuar rumah. Tak kuar langsung tau. Lepas kemas rumah, aku terus nyambung menjahit langsir. Sampai sakit2 kaki aku melipat pleat tuh. Memula konon dah pro, nak terus jahit sambil melipat. Baru buat 2 dah putus asa.

Hari ahad, pulun jahit kepala langsir. Tak beli lagi manik2 kristal. Tinggal nak letak mende tu je lah. Legaaa dah siap. Tak sabo nak pasang. Tengahari, tetiba terajin pulak.

Apa yang dia beli tuh? Siap serai bagai.

Rebus ketupat mini.


Hampir siap.
Okeyyy dah siap. Jom makan!

Thursday, 11 June 2009

Kesian nyer...

Khamis, 11 Jun 2009

Balik kerja kelmarin, aku terbau aroma durian. Mesti jiran sebelah no makan durian. Biler abang masuk rumah, dia terus senyum2, ingat aku beli durian lah tuh. Kesian pulak nengok. So, semalam aku pon singgah ler kedai durian fevret ku.

Belum aku tarik hand brake, dia dah melompat (exxagerate sket).

"Lama tak datang..."

"Hehehe. (dalam ati : dah tak musim durian, cemana aku nak datang. gerai dia pon tak bukak)"

"Berapa biji mau."

"Eh eh tu berapa inggit tu?"

"Tujuh ringgit. Kasik lu nam ringgit la. Ni durian kawen, lu salu beli"

"Errr takmo la, nak test yang ni dulu. Yang tiga inggit nih."

"Ni durian kampung haaa isi tak tebal."

"Takpe takpe nak try yang ni dulu."

Huhahuhahuha aku beli 3 bijik, dia kasik free sebijik. Baik punya marketing strategy. Setiap bijik dia bukak.

"Tak masak kiter tak bagi..."

Ok lah, semua masak. Bestttt...

Larat makan sebijik setengah jek.




Thursday, 27 November 2008

Gambar takde sebab. Saje!

Petang semalam, dekat2 nak kul 5pm, dapat call dari kawan aku, shue. Dia tanya aku kalo nak beli kerepek nak masuk tol maner. Arituh dia cakap nak gi jb, ada meeting. Terus lah aku ajak dia datang umah aku. Kalo dah nak beli kepek tu, maknanya kena masuk tol ayer hitam la kan. Kalo dah masuk tol ayer hitam, maknanya 15 minit je lah nak nyampai ke rumah aku kan. Dia kata, tengok la dulu.

Time balik, aku singgah isi minyak. Tepat2 sampai petrolnas, lampu minyak pon nyala. Tak suka la pam yang satu tu, salu reject cc aku. Isi punya isi, e'eh, RM76 sahaja? Macam isi time baru2 beli AH dulu jek? Oh, actually sejak minyak rege 2 hengget, ini lah first time aku isi. Masa dia umum arituh, aku baru je isi penuh semalamnya. Dan aku pun pulang dengan hepi lalalalala.

Lagi gambo takde sebab.

Betul2 sampai depan rumah, shue call lagi. Dia jadik datang. Yeay! Tak pernah lagi kawan jayPK aku datang umah aku. Aku pun kasik la instruction. Suh abang tunggu kat petrolnas. Actually shue ni asalnya kawan abang. Derang satu batch time degree dulu. Dia jadik kawan aku selepas keje ni jek. Dan sampai la dia dengan 1 1/2 pupu dia. Haaa ni nak cite sket pasal hubungan keluarga nih. Biasa lah kan, kalo mak kita nyer adik beradik tu, kita panggil makcik kan. Pastu anak dia ngan kiter, kiter panggil sepupu kan. Kalo kiter ngan anak sepupu kiter? Biasa aku dengar orang panggil dua pupu. Tapi kalo ikut aku (bukan femli aku, tapi aku sorang2), dua pupu tu anak kiter ngan anak sepupu kiter tuh la. Maka, untuk kiter ngan anak sepupu kiter, aku kasik nama 1 1/2 pupu lorrr... Sukati aku jer.

Okeh, balik ke cerita kawan aku tadik, dia duduk sekejap jek kat rumah tu. Sampai umah tu lebih kurang kul 6pm, balik kul 6.45pm. Yelah kan... esok nak keje lagi, karang penat pulak. Tu pun sepatutnya dia balik esok (arinih) sebab meeting patutnya abis esok. Tapi, oleh kerana ada kroni kp yang 'over' dari kp, yang pegi sekali, dia pun terpaksa lah balik jugak. Tak sempat la aku ngajak makan malam.


Pas maghrib, aku pun masak. Yeeeeeha andre andre! Rupanya abang dah beli ketam. Huhuhu maka berketam la aku malam tadik. Adehhh tidur duduk la kekdahnya kalo dah kenyang cenggini. Takyah makan 3 hari la kalo camni punya kenyang.

Sedikit vitamin.


Dan sedikit protein dan zat besi kot.

Okeh, nak sarap mihun dulu. Tatata!