Wednesday, 25 April 2007

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

Kenapa dah lama tak update? Sibuk menyiapkan jahitan. Hari ni derang dah gaji, maka kalau siap cepat, cepat lah hantar dan dapat payment. Review sikit aktiviti sepanjang 3 hari. Erm... abang balik dari kursus hari Ahad pukul 6. 45 petang. Aku dah suh SMS bila sampai exit Yong Peng. Sedang elok la, 5 minit je aku tunggu, bas pun sampai.

Semalam dan kelmarin takde apa2 menarik. Hari ni, pagi2 lagi kami dah keluar. Memula gi pos kain. Kendian ke Putra Specialist Hospital. Bukan ke hospital sebenarnya, kami pergi ke Makmal Pathology Gribbles jek. Ini first time aku dicucuk di lengan. Sampai tak leh tido memikirkan takut nya tu. Sebab tu lambat buat keputusan nak buat ujian ni, walau dah gi LPPKN bulan 11 dulu lagi. Setelah mendapat inspirasi dan kata2 semangat dari pelbagai pihak, (chewah! macam bagus jek) aku pun memeberanikan diri. Bila dia cucuk je, la... sakit sikit je. Pastu takde rasa apa2 pon. Sakit lagi cucuk kat jari. Tapi aku tak tengok le masa dia sedut darah tuh. Memang takleh jadik doktor la aku ni. Habis tu, dia suh tefon lagi 2-3 hari, untuk ambil result nya. Kena charge RM 93.60. Takpe, nanti claim 'SARA UBAT' ngan gomen. Langkah seterusnya, ujian ujian pada pertengahan menstrual cycle dan 21st day. Tu kena pergi sendiri sebab abang ada kursus lagi.

7, 8 dan 9hb Mei, abang ada kursus apa tah kat Shah Alam. Tak tau lagi nak pergi ke tidak sebab 10hb plak nak pergi kursus induksi plak sampai 24hb Mei. Yang tak best nya, 24hb tu kan aku nak lapor diri? Huhuhu kena gi sendiri gak. Sob sob sob. Tak cukup dengan tu, 4 - 8hb Jun ada lagi, BTN pulak. Isk isk isk berlagu-lagu sedih la pulak. Selalunya bulan Mei orang cakap banyak sambutan; Hari Guru. Hari Ibu, Hari Nurse dan apa2 lagi tah. Tapi bagi aku bulan Mei diistiharkan sebagai bulan Lone Ranger.

Balik dari hospital tadik, kami pergi bayar hutang. Memula pergi Ambank, bayar Iswara. Dapat sesuatu! Tara! Gula-gula Ambank...





Pastu pergi Courts Mammoth settle kan ansuran peti sejuk. Eh, tinggal RM 129 jek rupanya. Rebet pon dapat singgit jek. Peti sejuk tu dibeli masa Kak Zela nak kawin. Aku yang mendengar cite abang tentang peti sejuk nya yang dah nak roboh dengan confidentnya mendulukan bayo 3 bulan fridge tu. Time tu abang lum keje pon. Guna nama In. Akhirnya dah abis pon bayar. Selesai satu hutang. Tapi fridge tu sampai lambat, dah lepas kenduri kawin 2-3 hari baru sampai. Cheh!

Pastu pergi Maybank, bayo Kancil pulak. Kendian ke pasar, beli minyak Wak Dakam ngan pisau 'rewang' yang Yayu kirim. Balik tu dah lapo. Terus lunch kat kedai kuning walau baru pukul 11.30.

Dalam sedih2, plan hujung minggu ni ada best sikit. Jumaat malam, kami akan ke Kelantan lagi. Balik hari Ahad. Isnin tu pulak nak balik Kota. Sampai ari Rabu kot. Tak decide pon lagi. Seronoknya, nak jalan2 cari makan...

Sunday, 22 April 2007

Misi Yang Bukan Nurse

Misi aku semalam boleh dikatakan berjaya la. Cuma tak dapat mengepos kain sebab orang yang nak kain tu lambat bagi address dia. Pejabat Pos ngan Poslaju bukak pulak semalam.

Memula sekali aku hantar kain jahit tepi. Pastu aku gi Summit. Pusing 3 level, tak beli apa2. Saje habiskan masa. Dalam sejam gitu, aku pergi semula ke kedai jahit tepi. Sibbaik dah siap. Beli benang ngan kun sekali.

Lepas tu aku pergi K4. Tengah kat dalam tu, hujan turun dengan lebatnya. Masa tu baru kul 4 lebih. Aku duduk sekejap mentara tunggu hujan berenti. Dah pukul 5 lebih, hujan mula reda, aku pun pergi ke kereta. By the time aku jalan, hujan pun makin lebat. Huh! Ingat nak terus gi pasar malam. Kalau balik, dah malas nak kuar balik. Jadi aku pun pergi ke pasar malam, tapi tak jalan ler. Duk dalam kete dulu. Lama jugak aku tunggu tu. Tengok peniaga2 tu siap pegang2 tiang payung lagi. Angin pon kemain kuat.

Dalam pukul 6 gitu, baru aku jalan. Kebanyakannya baru nak mula memasak. Sementara tu, aku beli bawang dulu lah. Ya, aku suka beli bawang kat situ sebab aku boleh belek bawang tu sebijik2. Lama2 pun dia tak kisah. Aku memang teliti memilih bawang sebab takmo ada yang terpaksa dibuang. Kalau beli kat pasaraya kekadang dia dah siap paket. Tah2 separuh je yang elok. Kat sini, aku boleh pilih mana yang aku suka. Aku suka bawang yang kaler pepel tu. Dan aku pilih bawang yang betul2 bulat atau simetri. Aku tak suka yang kembar kat dalam. Kembar kat luar takpe. Selalunya, bila gi ngan abang, aku akan pilih bawang, abang gi cari makanan. Jimat masa. Akhirnya, aku balik dengan bawang kecik, kentang, ikan bilis, tauhu panas, kebab daging dan kuih donut dan popiah sambal. Nyam nyam...

Konsert AF. Rizal terkeluar. Bila dia kuar je, abang terus SMS. Dia pon tengok gak? Tengok hujung2 je kot. Mmm Meremang bulu roma dengar Aizat nyanyi lagi Perpisahan. Mungkin, sesiapa yang tengok filem Cinta akan turut menangis bila menghayati lagu tu sambil teringat2 cite tu. Kan?

Takmo komen panjang2. Cuma nak ulas ringkas je. Heliza, suara dia takde peningkatan. Makin turun ada. Aku makin tak selesa ngan vokal dia. Mila, terlampau lontar tanpa kawalan. Macam menjerit pon ya. Candy ok, tapi aku tak minat suara dia. Lagipon sebutan dia macam pelat sikit. Aswad, tak dangdut ar suara dia. Tarian out! Syawal, erk dah lupa lah persembahan dia. Dafi, memang species suara alto, nak wat camne? Ebi, dengar macam suara rakyat biasa je. Tak macam penyanyi. Rizal, sama je, takde perubahan.

Lepas abis konsert, sambung tengok cite Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan. Patut pun bleh menang pelakon terbaik. Lakonanmu cemerlang kak!

http://ayunasia-batik.fotopages.com/ - Trippy Text

Saturday, 21 April 2007

Sebulan Lebih Sikit

Beberapa hari yang lalu, aku menelefon Hafiz lagi untuk menanyakan tarikh lapor diri. 24 Mei 2007, Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Parcel B. Maknanya, ada sebulan lebih sikit lagi untuk aku bersantai2 di rumah. Pasni, selagi belom tutup mata, keje keje keje.

Semalam pagi, aku pergi ke Uni untuk menghantar abang. Abang sedang berada di Taman Agrotek Ulu Langat sekarang, menghadiri Kursus Pekerja Cemerlang. Semangat gitu. Sebenonya yang tambah semangat tu, dia nak rasmi kan beg yang baru beli aritu. Ngelat! Pukul 8 pagi kami bertolak. Sampai sana, sarap dulu kat cafe. Jumpa kawan abang, Mukmin. Dia ni tengah buat master. Kira passing baten gak la. Abang abis, dia pun sambung. Kat sini, kalo course yang kite nak tu ada kat sini, dia tak kasi buat kat luar, melainkan oversea. Jadi memang kebanyakan student master kat sini juga merupakan staf di sini.

Lepas sarap, abang gi ambik selipar kat ofis, then gi tempat tunggu bas. Tak lama, bas pon jalan. Satu bas jek. 40 orang. Officemate abang pon pegi. Tapi ramai staf admin daripada academic. Pas tu, aku pun balik rumah. Malam tido bukak lampu. First time tinggal sensorang sejak duk sini. Jap lagi nak pergi bandar, antar kain jahit tepi. Sementara nak tunggu tu, nak pergi poslaju, pos kain. Tah bukak ke tak? Pos rasanya masih ikut cuti yg minggu pertama ngan ketiga cuti tu sebab kekadang bukak ari Sabtu, kadang2 tutup. Ni minggu ke-3, tah2 tutup gak. Kalo tak pon, memang aku kena pergi somewhere sementara orang tu jahit tepi kan. Mmm nak pergi Summit, K4, BP Mall. Mana satu ek? Abang suh SMS kalo nak kuar. Ok, SMS 1 sen je sekarang, Go Celcom!

Pagi ni aku tengok kat belakang rumah ni, cili masak lagi. Aritu abang dah kutip. Dia kata tak kutip yang kaler ceklat. Nanti dia tukar kaler merah kan? Hehehe. Arini yang kaler ceklat semua dah kaler merah. Ada lagi ceklat yang baru. Banyak pulak buahnya. Kat depan pun banyak kaler merah2. Petang nanti lah kutip. Aku memang malas nak melayan pokok2 nih. Pepandai lah dia, nak buah ke, bunga ke, langsung tak menarik minat aku. Patut kalo pokok bunga dah berbunga tu, teruja lah kan? Kalo pokok pisang berbuah, melompat gembira la kan? Kalo cili merah2, berjoget2 lah kan? Ni pon abang yang suh kutip, baru aku kutip. Hehehe very the tak senonos. Kalo MIL datang, dia yang kutip bawak balik. Dah bila dia tanya, makan pucuk manis? makan pucuk ubi? makan jantung pisang? semua aku sengih je. Sahih lah dia dah tau kan. Sampai kan kalo dia nak masak pon, akan tanya aku, makan ke tak? Abis, karipap pun aku tak suka, nak wat camno? Agaknya dia pikir, aku ni makan apa je lah ek? Patut lah keding jek. Kalo tefon siap pesan kat abang suh aku makan. Hihihi. Mak, saya suka makan nasi beriani, nasi ayam, soto, roti bom, rotiboy (mexican bun), pizza super supreme kat PH, char kuey tiow, mee bandung, nasi goreng paprik ngan sup gear box cam kat kedai tu. Nanti mak masak kan ek? Nak tambah lagik? Popiah basah, donut biasa/sambal, tauhu panas, kebab daging erk... ini bukan anak menantu, anak hantu! Ekekeke

http://ayunasia-batik.fotopages.com/ - Trippy Text

Thursday, 19 April 2007

Hari Sukan Sekolah

Lepas je aku post entry semalam, abang call dari ofis. Dia ajak aku gi tengok dia berlari malam nanti. Best jugak! Kali terakhir aku tengok dia main bola sepak kat padang tu tahun 2005. Terus aku masukkan balik sotong yang baru aku keluarkan dari freezer. Takyah masak, makan lepas berlari je.

Malam lepas Isyak, kami pun pergi. Sampai sana, baru abis acara 3000 meter kot. Ada satu group budak2 cina. Jemputan. Memula abang masuk 4 x 100. Abang pelari terakhir, maknanya pelari pecut la. Harapan tinggi diletak di bahu tu. Untuk acara tu, cuma ada 5 team. Dan team abang mendapat tempat ke-4. Hehehe nyaris nak corot.


Abang sedang memakai kasut spike dia. Mula2 aku ingat dia tak bawak kasut, ropanya semalam kawan dia pinjam.


Abang baru mendapat baten (tah macamana ejaannya). Tak berlatih, siap toleh2 nak ambik baten.

Tetiba tak de orang nak lari untuk 4 x 400. Belasah je lah. Abang pun masuk sekali. Kali ni acara terbuka, maknanya termasuk lah pemain jemputan. 3 team jemputan, salah satu dari High School.


Abang ngan 2 lagi geng dia menuju ke garisan untuk acara 4 x 400. Lagi sorang mana tah, pakai baju merah.

Tengok ada gaya 'atlet' bebudak sekolah tu. Sekali lagi abang pelari terakhir. Baru satu pusingan dah tertinggal 100 meter. Masuk pelari kedua, tertinggal 200 meter dari tempat pertama tu. Tiba giliran abang, erm lagi 100 meter budak tu nak abis. Ngan yang nombor 4 pun beza 100 meter. Huhuhu. Abang siap berposing masa lalu depan penyokongnya (ambik gambo). Aku gelak tak hengat punya. Memalukan sungguh. Tahun depan berlatih at least 3 bulan sebelum okeh?


Abang sedang menunggu baten. Dah takde harapan dah, tapi demi semangat kesukanan, abiskan lah jugak. Yang pakai topi tu tukang tembak. On Your Mark, Get Set, Go!


Abang baru dapat baten, konon boleh kejar lah tu. Baru 200 meter semua dah pancit. Budak sekolah tu berdesup je lari.

Balik dah pukul 11 malam. Singgah makan kat Seri Kenangan. Sampai rumah dah 12.15 malam. Lepas mandi, terus titon. zzzZZZzzz

http://ayunasia-batik.fotopages.com/

Wednesday, 18 April 2007

Keturunan : Melayu

Hari ni abang balik malam lagi. Semalam pon. Petang semalam dia masuk lumba lari 100 meter. Lepas saringan, dapat masuk final belah malamnya. Tak menang pon. :( Arini malam ada final 4 x 100 plak. Takde saringan bagai, terus je final. Tak ramai kot. Ada tu, semalam punya final pon tak datang. Malas tul. Takde semangat kesukanan langsung.

Mesti ramai yang menyangka aku ni keturunan Jawa, kan? Oh no no no. Aku memiliki darah Banjar sebenarnya. Memang la BP banyak orang Jawa, tapi kampung aku Mersing. Mersing ramai orang Banjar nih. Orang Terengganu pon ramai. :)

Semalam aku try search pasal Banjar dan aku dapati rupanya ada 3 kategori Banjar. Setelah diteliti, aku dapati aku termasuk dalam Banjar Hulu. Sebab apa? Sebab aku bukak kamus dia, pastu perkataan yang masuk dalam Banjar Hulu tu selalu aku dengar dalam perbualan family aku. Sesekali dengar orang banjar cakap, rasa best plak. Aku nak cakap tu susah sikit. Vocab tak cukup. Takat dengo, faham boleh lah. Kalau abang, dia tau, 'kayak warik' je. Tu pun aku yang ajo. Dia pun bukan pandai cakap Jawa pun. Masa raya aritu, dapat SMS pantun Jawa pon dia tak paham.

Masa memula tengok Tirai AF aritu, terkejut aku dengar Farha tu bercakap. Sebijik macam orang Banjar. Maksud aku tonasi dia lah. Orang Banjar bercakap guna bahagian hujung mulut. Pastu ada 'k' kat hujung perkataan. Eh, camne aku nak buat demo ek? Farha tu pun dah keluar. Tapi ada tu aku dengar Sarimah Ibrahim dalam Fail Sulit, dia ada cakap bahasa Banjar. Ha kau, memang pekat makhraj dia.

Mak tiri aku plak mix Banjar ngan Malbari. Banyak lah vocab dia ek? Melayu, Banjar, Tamil. Kalo tengok cite Tamil tu, memang dia paham sangat. Tapi tak de mananya dia nak ajar aku bahasa Tamil tu. Karang susah plak kalo aku paham apa yang dia bualkan, kan? Takpe lah. Tak luak pon.

p/s 'kayak warik' : macam monyet

Tuesday, 17 April 2007

Campur Aduk

Masing-masing nak beri pandangan tentang penemuan semula adik Yin. Kalau sape2 tengok MHI semalam, bapak dia dijemput. Yang aku tak tahan menengok nya tu, si Mazidul tu kemain lagi provok bapak dia supaya menyatakan perasaan sebenar dia. Bapak dia cakap, dia dah maafkan, berterima kasih dan serahkan pada pihak polis untuk siasat. Yang si mamat ni pulak siap meletakkan diri dia dalam tempat bapak dia ni, pastu nak suruh bapak dia merasakan yang sama. Tah pape je. Dah orang tu agaknya dah dinasihatkan oleh polis supaya jangan membuat apa2 kenyataan pada media. Sampai satu tahap, bapak dia ni pun dah tercakap gak, memang ada sikit musykil lah, tapi dia serahkan pada polis je. Tak puas ati je aku tengok Mazidul tu. Cukup2 lah tu. Dia pun ada keje kat Ipoh tu. Ke nak tunggu dia saman baru orang puas ati? Tunggu je lah siasatan polis. Tau ler derang buat keje. Yang aku musykil, dalam Buletin Utama semalam, cakap pasal penahanan orang Myanmar tu, tapi, apasal gambar tunjuk ramai2 orang pakai baju lokap? Tak paham aku.

Kebetulan pulak, aku baru teringat pasal kawan aku. Umah parents dia kat Sentul. Dia ada seorang adik angkat Myanmar tau. Dia cite, parents dia jumpa budak tu kat pasar Sentul kalo tak salah. Pastu derang siasat gak la, untuk cari parents budak ni. Tapi tak jumpa kot. Pastu derang report polis sumer dan ambik budak ni jadi anak angkat legally. Masa dijumpai tu rasanya dalam 2-3 tahun la umurnya. Sekarang ni dah 7 tahun rasanya. Bijak budaknya. Masa musim AF2, dia minat gile ngan Adam. Pernah la kawan aku bawak dia duk kat Tganu sekejap masa parents dia gi buat Umrah bulan pose 2004. Aku rasa memang kat Sentul memang ramai orang Myanmar kot? Tak tau kebetulan ke hape, tapi ayah kawan aku ni (dah arwah pun) pun asal dari Myanmar/Laos. Bijik mata dia kaler hazel lagi. Eh, hazel ke kalau kelabu tu? Ke biru baru hazel? Lantak ler, janji kaler dia lain la dari aku. hehehe.

Dafi akan nyanyi lagu Meteor Garden! I like. No, no, no. I don't like him. I like the song very much. Aku siap beli VCD original dia tau. Tahun lepas ada MG 2, dapat tengok sikit2 je dan tak best sangat. Tapi still mencari2 VCD MG 2 yang murah. Derang ni pandai je, buat 2 pack. Kalau yang pertama tu 1 pack je, baru 69.90. Ni dah berganda plak. Beli aritu kat Speedy Shah Alam Mall (apa ke nama dia sekarang?). Teringat masa tayangan cite ni, tahun 2003. Time tu baru je keje FTPT. Ngan Min lah aku berkejar2 balik nak tengok cite tu. Betul, memang kami berkejar2 sebab masa tu lum ada kete. Balik jalan kaki je dari UiTM ke Seksyen 2.

Terlanjur sebut Seksyen 2 ni, baik aku cite sikit pasal rumah ni. Rumah sewa kami tu terletak di Jalan Kemunting (or Kemuning, tak ingat). Rumah teres setingkat. Ada 3 bilik. Satu bilik, sewanya 400. Kami berempat sewa satu bilik ni. Aku, Min, Kak Yus dan Kak Dee. Ada 2 katil double decker. Almari plastik sorang satu. Memang berlaga bontot bila semua ada dalam bilik. Bilik lagi 2 tu ada student sewa. Bilik airnya cinonet je. Ada satu ruangan tu, ada tingkap kecik di atasnya. Jadi ruang tu memang terang. Tempat sidai baju pon ye.

Satu masalah rumah ni ialah cik T. Area Seksyen 2 ni memang terkenal dengan cik T nya. Spesis nya pulak bukan macam kat rumah aku ni, comel. Ini jenis besar2 belaka. Takde makanan boleh letak gitu je. Tak lama hilang ler. Nak selamat, kena gantung. Aku ada gak letak biskut dalam tupperware. Boleh dia gigit tupperware aku dan memakan biskut ku itu. Beg aku pun digigitnya. Beg kanvas tu aku sayang sangat. Beli kat CM masa degree. Dalam beg tu aku simpan kain ela. Boleh pulak dia gigit beg tu ngan kain ela tu sekali. Sibbaik kain tu dia tak sempat gigit banyak. Tapi beg tu dah berlubang2 la. Aku masih simpan lagi. Sayang sebab abang yang belikan. Sungguh kijam. Apa kala dia semakin mengganas, kami pun pantas mencari rumah sewa baru.

Ada satu kejadian litar pintas berlaku di jalan tu pada satu hari. Dengarnya ada satu rumah ni yang short circuit, which affected rumah yang lain. Masa tu ada la orang TNB datang tanya kalo ada kerosakan alat letrik, derang nak bagi ganti rugi. Tapi masa kejadian tu kami takde kat rumah dan semua barang dah switch off, kecuali fridge. Tapi tak pulak rosak. Yang rosak cuma circuit breaker/fuse extension wire aku je. Tak berbaloi je aku nak mintak ganti rugi. Lagi pun masih boleh guna lagi.

Sekarang ni kat 8TV ada cite Ugly Betty kan. Dia ceduk cite Yo Soy Betty La Fea. Abang le yang suka tengok. Aku tengok macam janggal je telenovela omputih nih. Best lagi versi asal. Suka Armando. Dah lama tak tengok telenovela. Tak macam fulltime housewife je aku ni. Dulu boleh pulak tengok, siap tengok kat ofis lagi. Bersambung2 dari tengahari ke petang. Siap sanggup balik lambat sebab nak abiskan telenovela kat ofis. Zaman2 Juana, Maria Clara tu sumer la. Paling best masa Rosalinda la. Aku lum keje time tu. Boleh tengok tiap2 ari. Abis tu, bukak TV Indon plak, cakap pon Indon. Yang bagusnya, lain channel slot nya lain2, bersambung2. Jadi takkan bertindih la. Masa belajo dulu tengok gak sikit cite yang ada lagu, "Vida, give me back my fantasy" tu. Tapi tak berapa sangat sebab masa study dulu aku jarang tengok TV. Bagus kan? Very the concentrate. Takde lah sangat. Aku lagi suka dengar radio. Dengo Hindi Power. Siap boleh salin lirik lagu hindustan lagi. Ngan dengo program tengah malam yang "uh, manjaaaa" tu. Hehehe. Best ar... Sekarang tak de perasaan nak tengok. Sinetron yang orang sebut best sumer aku tak tengok. Channel Aruna ke, Prima ke, amat jarang aku bukak. Tak tau lah kenapa.

Semalam aku masak lauk sotong ngan kangkung goreng belacan. Semua lauk aku letak cili yang baru aku petik kelmarin. Selama ni tak perasan pun pokok cili kat sebelah pokok bunga kertas tu wujud. Setahu aku aritu dah kiok dah. Tetiba aritu tengok merah2 je buah dia. Kiut plak tu. Bagus gak, rezeki kan?

Malam tadi, ibu (salah sorang jiran kami) datang. Tergezut I. Dia nak bincang ngan abang pasal pelancaran skuad aedes di taman ni. Apa ke namanya dia sebut semalam? Eee cepat lupa la aku ni. Skuad ni ditubuhkan untuk menangani masalah skuad swasta yang suka2 buat fogging tengahari buta dan mintak bayaran sesedap rasa dia je. Setahu aku kalau jabatan kesihatan buat fogging, dia akan buat announcement dulu. Sempat ler kami tutup makanan semua. Ni dia main fogging suka2 ati, pastu dtg rumah, mintak bayaran. Banyak cantik. Tengahari buta mana ada aedes kan? Pelancaran akan dibuat pada 29 April ni. Kami pun nak ke Kelantan pada tarikh tersebut. Pointnya di sini, masa ibu tu datang, aku tengah tunggu CSI:NY. Makanya, aku tak dapat tengok permulaannya sebab masa dia datang tu aku tengah tengok RIA. Maka, pukul 3 nanti aku nak tengok la ulangannya. Sekian, terima kasih.

Sunday, 15 April 2007

Merepek Meraban

SABTU, 14 APRIL 2007

Tengahari, rasa teringin nak makan nasi beriani. Lepas Zuhur, kami pergi benteng pekena beriani kambing Mohd Shah. Pergh! Sesedap rasa. Sedang elok semua perisa dia. Sepatutnya lawan beriani is sirap bandung. Tapi aku minum sirap je.

Abis makan, singgah PC Fair kat Summit. Tak de benda nak cari pun. Saje cuci mata. Tak lama kat situ, pergi K4 plak. Aik? Kedai baju yang aku anggap pesaing aku tu, dah pun tutup. Sayangnya... Baru 6 bulan. Tapi aku tengok, memang jarang nampak orang masuk kedai tu. Dia bukak kedai tu pun tanpa buat survey tentang crowd sumer. Bukak saing ngan K4 tu juga. Mana nak tau sape yang datang tempat tu kan. Syukur lah aku dah belajar tu semua masa try mintak loan aritu. Tak pe lah. Dia ada kedai lama dia kat Summit lagi. Tapi sayang gak, kedai kat K4 tu dah di renovate cantik2 kaler hijau epal (my fav color). Sayangnya... Mungkin orang BP belum pandai beli baju kat kedai ala butik kot?

Kat K4 aku beli ayam n barang dapur. Tak ramai sangat orang sekarang. Singgah beli majalah, Women's Weekly, cover Angelina Jolie. Suka ar tengok dia. Oh, dia ada darah campuran ropanya.

Sebelum balik, singgah Prima Moda plak. Saje lah pusing2 tengok kain. Susah tul nak jumpa kain yang aku berkenan kat situ.

Pastu kami ke Bintang Emas pulak. Pergi sini memang takkan kecewa punya. Kain semua up-to-date dan corak memang kena ngan citarasa aku. Pusing satu kedai, ada lah 5-6 pasang yang aku berkenan. Tapi aku beli 1 je lah. Berapa banyak baju da... Lum keje lagi dah 5 pasang baju baru aku. Takpe, kurang2 2 minggu pertama nanti aku pakai baju yang tak berulang. hehehe.

Lepas tu, jenjalan lagi kat bus stand. Ini 2nd time aku masuk dalam bangunan tu. Pertama kali, tak ingat bila. Ooo banyak kedai pakaian lelaki; jeans, t-shirt, kasut. Kedai majalah pun banyak. Kedai kaset pun banyak. Ada Hot Market juge.

Tak de yang menarik sangat, kami pun keluar. Cop cop cop, tak balik lagi. Kami singgah pasar malam pulak. Aku je yang turun. Abang order je. Beli tauhu panas 2, kebab daging 1 ngan kuih donut sambal singgit, popia sambal singgit. Cari kedai mi ngan kuetiow goreng selalu tu tak de pulak kali ni. Konon nak kuar makan je malam nanti. Sampai Bukit Perdana, baru teringat, malam ni konsert. Tak kuar makan la nampaknya.

Lepas Isyak abang balik lambat, ada kenduri rupanya. Hah, elok lah tu, aku pun boleh makan makanan pasar malam tadik lebih sikit. Sungguh menjimatkan. Dah lah Khamis malam Jumaat memang malam jangan rajin sangat bagi aku. Abang bawak balik 2 bungkus nasi. Jumaat malam Sabtu, abang bawak nasik lemak sedap gilo pulak sebab ada ceramah kat surau. Hari ni je abang tak bawak balik. Maklum le, kat rumah orang, takkan nak tapau gak. Tapi kan... patut ke kami makan dr surau je ek? Dah orang kasik, ambik je lah kan? Rezeki jangan ditolak. Tak kisah lah. Ok kot.

Konsert AF kedua tak best selepas konsert kedua juaranya. Dafi, ko memang out ok? Memang patut kau tak lagi berada di tempat pertama tu. Peminat ko yang minat kat muka kiut ko pon dah naik menyampah dengo sore ko yang macam tak nak naik sikit pon tu. Kurang2 kalo high note tu, jerit lah sikit ke, kalau pun takleh sampai kan. Ni, mana satu high note ngan low note pun aku tak dapat beza. Sama je, mendatar je sore ko. Kontrol je sore ko tu tahap Pencinta Wanita. Apa ke he?

Eh, best gak mengulas AF ni. Sape lagi aku nak kritik? Ha... Dekna, ko lagi sorang. Aku tau ko memang kontrol je muka ko dari menunjukkan reaksi yang Jee tak suka tu. Aku pun tak suka, ko tau? Bukan, bukan aku tak suka ko kontrol tu, aku tak suka ko buat muka mencebik bile orang cakap apa2 kat ko tu. Tapi, lagu ni, ada high note gak, ada emosi gak. Aku yang mendengo je pun dah tau dah. Tunjuk kan lah muka yang sesuai ngan lagu yg ko gali tu. Adeh lah. Boleh dia selamba pulak nyanyi lagu tu. Nak je aku pang!!! Tapi ko dah takyah cakap apa2 lagi. Aku pun dah takyah tengok ko nyanyi lagi pasni. Ada takde, kalo ada pun time konsert reunion atau Dari Studio 1 je. Ngan AF Raya. Hehehe.

Heliza. Adeh la minah ni. Ko tau ke aku suka sore ko? Tau takpe. Yang ko sibuk nak mengada2 ngan Syawal tu sepanjang lagu tu apa hal? Tak bleh ke ko carik sesiapa tuk wat video klip tu? Ko tau tak sore ko pun kejap ada kejap takde. Aku ni peminat Kak Melah tau. Dah ko nyanyi pun sedap sikit je dari aku nyanyi, sape nak jawab? Ke ko sebenonya nak masuk Audition tapi sebab rancangan tu dah takde, ko masuk gak AF nih? Ko nak ambik final exam gak ke? Sempat lagi ni kalo ko kuar minggu depan. Hehehe.

Candy, sorry, aku tak minat sore ko.

Mila, sore ko best, lebih kurang sore Ekin AF3. Aku suka sore camtu. Kesian ko, selalu corot masa start, tapi sekarang ko selalu naik bila last. Sebab apa ko tau? Sebab sore ko tu sedap. Jadi, jangan buat benda2 mengarut time nyanyi cam Heliza buat tu tau. Maintain jaga sore ko tu.

Rizal, lakonan mu mantap dek.

Syawal, walau pun orang cakap persembahan ko best, tapi aku rasa tak sebab aku hafal lagu ni dan aku minat lagu ni masa aku sekolah rendah dulu tau. Kau punya Aduh3, dari telur lagi dinanti, tu pun dah sumbang je aku dengo. Nak kata rap ko best? Huh! Jauh panggang dari api. Ko ambik nafas tapi x ckp oksigen untuk abiskan satu ayat tu. Adeh lah...

Aswad, aku suka ar ko nyanyi lagu Iklim last week ke... Tapi minggu ni, sorry bro, aku tengok macam persembahan budak tadika je, terlompat2. Ko nak tolong washing baju aku ke?

Ebi, aku tak dengo sore ko. Lagu sedap, tapi ko... Ko ingat lagi aku kutuk ko nyanyi al Jannah tak sedap? Sore ko ada bunyik sumbang sket ar. Prektis lagi ek.

Seperti SultanMuzaffar aku tak nak komen sorang budak tu. Hehehe.

AHAD 15 APRIL 2007

Pagi pergi pasar. Beli udang sekilo, sotong sekilo, ikan kembung sepinggan, sayur kailan, kangkung dan pucuk paku. Juga beli 2 bilah pisau. Semua pisau2 aku dah terbuang. Memula yang hujung tajam tu, dah lama tak pakai, baru perasan hilang. Yang satu lagi pisau kontot, tak lama baru perasan hilang. Terbuang sebenonya. Beli pisau yang serupa gak. Pisau kontot tu orang kedai tu kata 'pisau rewang'. Ooo...

Balik pasar, sarap soto. Dah beli siap2 b4 gi pasar tu. Jadi, tak makan tengahari. Petang, tengok final badminton BAC. Memula plan nak tengok kat JB, tapi satu je yang Malaysia main, rugi lah pulak. Dah lah aku anti-Taufik Hidayat. Tapi, Koo Kien Kiat ngan Tan Boon Heong kalah kepada senior mereka Lee Wan Wah dan Choo Tan Fook. Terinspirasi dari tu, dalam pukul 6 gitu, keluar gi Hutan Lipur Soga Perdana. Gi panjat gunung sket. Adeh, pancit gue. Balik tu main badminton sket lagi. Azam kemain kuat nak bersukan, tapi tak tau lah sampai bila bertahan. Chaiyok!

Friday, 13 April 2007

Raya? Gilo Ko Opo?

Aku baca arkib seseorang. Tetiba nak cite pasal raya. Oh tidak! Aku belom gilo lagi. Saje. Tak bleh ek?

Aku selalu dengar, orang cakap, raya sekarang dah tak macam dulu. Dah tak meriah. Kalau ikutkan, yang lain nya cuma takleh main mercun. Itu je. Event lain masih sama. Sembahyang raya, baraan, beraya, makan2. Adakah bebudak sekarang rasa raya tu meriah seperti mana aku rasa meriahnya raya dahulu? Dan adakah abang2 atau mak aku rasa raya time aku rasa meriah dulu tu tak meriah macam aku rasa sekarang terhadap budak2 sekarang?

Raya dulu, seronok dapat dan bagi kad raya. Raya sekarang, seronok dapat dan hantar SMS 'raya'.

Raya dulu, seronok beraya keliling kampung, even tak kenal pun tuan rumah. Raya sekarang seronok tour open house setiap hujung minggu.

Aku rasa kat mana2 pon raya, zaman bile pon, yang seronoknya ialah dapat berkumpul satu keluarga. Betol tak? Masa ni lah semua boleh balik kampung serentak.

Mungkin skop pemikiran aku agak sempit sebab aku merupakan generasi ke-2 FELDA. Maknanya kampung halaman aku merupakan tempat baru bagi orang tua ku. Tiada datuk, nenek atau moyang dalam komuniti tu. Bagi aku, zaman kanak2 dan remaja generasi ke-2 ialah kemuncak Hari Raya. Mungkin parents kami ada zaman kemuncak hari raya mereka sendiri semasa muda dulu. Tapi macamana pulak dengan dengan generasi ke-3? Adakah mereka merasai kemuncak hari raya seperti kami? Atau mereka rasa raya tu biasa aje. Adakah sekadar dapat pakai baju baru, makan ketupat, kuih-muih raya, tengok AF Raya, tengok filem best2 dan kutip duit raya dari generasi ke-2? Adakah mereka menikmati raya seperti kami?

Gilo ko op aku ni? Dah lah post pasal raya tak kena masa, entry pulak mengarut plak. Jap, tanya abang samada aku gilo ko tidak.

Thursday, 12 April 2007

Double Jeopardy Lagi

Tengahari semalam, aku makan lauk malam kelmarin. Kari daging. Sedap ar aku masak kari sekarang. Hihihi Ting! Dah masuk bakul dalam lif dan dah sampai tingkat teratas pon.

Petang, tengah lepak2, abang call. Dia lapar. Lunch pun dia tak ambik sebab tak rasa lapo. Tah pape. Dia ajak makan. Yey! Tak yah masak malam ni.

Pukul 6 lebih, abang sampai. Hujan gerimis dan sejuk. Terus je ke kedai makan. Mungkin benar kami ada chemistry, aku terpikir nak pekena sup Sitam. Dan abang pun bawak aku pekena sup Sitam. Tak yah request pon. Hehehe.

Sup kali ni tak pedas sangat. Sedang elok je. Dalam gerimis gitu, dapat sup panas pulak tu, memang heaven lah! Abis makan, dah pukul 7 lebih. Terus balik. Abang terus gi surau. Tak sempat mandi. Lepas Maghrib abang balik. Abis ngaji abang mandi dan pergi surau lagik.

Apa ke he nye aku nak cite satu persatu ni ek?

Pukul 10 malam, aku dah stand by nak tengok CSI. Tengah abang tengok info, terjumpa info Double Jeopardy kat 8TV. Eh, eh, baru start. Tak jadik tengok CSI. Boleh tengok ulangan esok atau ari Ahad. Terus melekat di 8TV. Kalau nak tau sinopsis nye, tengok entry 9 March 2006 di sini . Tapi aku nak betulkan sikit dan tambah.

Angela ialah kawan baik derang dan seorang guru. Nama pempuan tu Elizabeth Parson aka Libby. Husband dia Nick Parson. Dia tukar nama pertama kali masa kawin ngan Angela, Simon Apetahakulupa. Terakhir dia tukar nama Apatahakulupa Devereux. Dia pemilik hotel. Masa konon2 mati tu derang pergi naik kapal. Pastu bangun2 je, Libby ni tengok banyak darah. Cari2, laki dia dah takde. Dia jumpa pisau dan pegang. Time tu lah polis sampai. Camne polis tu sampai? Sebelum tu laki dia dah telefon polis, cakap dia kena tikam dan bagitau kat mana dia berada. Maka polis pun datang ler. Lakonan mu cemerlang dik!

Suka ar cite tu. Tapi dah tengok 2 kali ni, takyah cari DVD dia lah. Tapi tak tau lah tahun depan kalo teringat, kena cari gak DVD dia. Abis cite tu, tengok bola. Ulangan Man U lawan Roma yang 7-1 tu.

Tuesday, 10 April 2007

Tak Geti Penat Ker???

Semalam petang kami sempat outing lagi. Kali ni pergi BPMall pulak. Tak boleh ke kalau tak pergi sini dalam seminggu? Saje jelah. Patut pun sale abis 9hb. Rupanya cuti. Pergi tu dah pukul 6pm. Bawak telekung siap2 dalam handbag. Muat tu. Tapi tak bawak kain. Pusing2 dalam tu, tengok2 kasut. Ingat nak cari satu kasut buat kerja nanti. Tak jumpa yang kenan pun. Kat BP ni satu masalahnya susah nak jumpa kedai baju Melayu. Maksudnya kedai yang jual blouse yang up-to-date lah. Semua kedai kat BPMall tu jual baju untuk amoi2. Leceh betul. Kalau nak beli blouse kena balik Kota lah nampaknya.

Lepas maghrib, jalan2 lagi dalam Pacific. Konon nak cari slack abang lagi. Sementara ada discount up to 20%+10%=28% kan. Dah jumpa yang berkenan, memula takde saiz. Last sekali pun dah berkenan tapi promoternya takde. Ye lah, kan nak bukak bill, jahit lagi. Mana tah pergi aweks promoter tu. Ke diorang tak mo jual harga murah kot? Tu yang derang sengaja MIA.

Memang letih kalau ikut abang pilih pakaian. Very the cerewet. Lapar pulak tu. Sebelum balik, kami singgah makan di TCRS. Kenyang nyer... Tapi tak sehsuai lah, makan nasi ayam, tetiba airnye, Pepsi Cola. Terkujat my tummy. Apa2 pun, boleh cuba lagi lain kali. Harganya mahal sikit dari set biasa kami makan di Pizza Hut. Dalam pada tu dah plan nak try mee rebus tulang Linda Onn bebila gi KL sok. Aritu dah cuba makan nasi ayam dia. Bila ek? Tahun 2005 kot. Makan kat restoran pertama dia kat Ampang Point.

Lepas makan, kami pun balik. Kat Pacific beli alas kaki 2 helai. Comel je corak daun. Dah lama dok usha, baru ni dapat beli. Tu pun dah tinggal 3 helai je color yang aku suka tu. Color lain banyak lagi pulak.

Hari ni konon nak cantum 2 pasang baju, tapi dah terjumpa blog baru untuk di baca, terbantut ler hasrat murni tu. Esok. Ya, esok mesti siap cantum semua.