Thursday, 27 June 2013

Kerana Bola, Lelaki Itu Rela Berbaju Pink


Bila kali terakhir aku pergi stadiumlarkin tengok bola ek? Bulan 4 kot, sebelum pru. Sebab selepas pru aku dah pergi kerusus. Kiranya 2 bulan jugak lah aku tidak menatap wajah muhamat yo (sukati je kasi nama) itu. Takde lah rindu ke haper. Tapi 2 bulan itu telah mengurangkan keterujaanku dalam arena tengok bola kat stadium ni. Macam dah redho je tengok kat tivi. Sebab tu kot aku 'tergamak' cancel pemergian ke stadiumbukitjalil hari sabtu ni. Bosannya ko ni!

Tapi selasa lepas aku telah pergi menyaksikan bola sekali lagi. Lantak lah lawan team tak glemer pun. Buat lepas dendam tak dapat pergi bukitjalil kekdahnya. Sebelum pergi rasa macam serba salah pulak nak sokong saper. Sebab ni lawan feldaunited. Tapi bila masuk dalam stadium jek, terus terbit rasa menyesal sebab cancel pergi bukitjalil tu tadi. Halorrr ruginya. Dapat aku bayangkan macamana suasananya kat sana nanti. Dan tak dapat aku bayangkan macamana suasana apabila aku sibuk membuat kerja ketika orang lain tengok bola. Tekanan!!!

Game malam selasa tu agak membosankan sebab derang terpaksa turunkan budak2 reserve. Tapi ada lah jugak muhamat yo, nunez, awe plus alhafiz tu. Tapi tetap lah tak best sangat. TiMJ pulak tak senang duduk. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Belum bunyi wisel first half baginda (eh, baginda ke beliau? baginda la kan?) dah masuk bilik errr apa nama bilik rehat tu? Memula tu dah lead 1-0. Tetiba dah minit 80+ feldaunited gol pulak. Keputusan akhir seri 1-1. Biasa lah. Kalau tak seri takde lah jdt namanya, kan.

Tak ramai orang. Semua simpan duit+tenaga nak ke bukit jalil agaknya. Padahal kalau nak diikutkan perlawanan ni agak penting jugak sebab liga super kan. Tapi mamat kumpulan 2yol tu wajib ada. Kenapa tah, setiap kali mesti aku nampak mamat tu, tak kira lah kat mana aku duduk.

Tapi kawasan lain penuh la jugak. Bawah scoreboard tu je kosong.

Para pemain malam itu. Masa nak masuk tu aku terjumpa safeesali tengah makan kat kafe luar stadium. Komfem tak main la tu.

Ooo Johor!

Macam dah kurus sket si nenas tu.
 

 
Sepakan selepas gol jdt.
Dan sebagai bonus, ini ialah chant terbaru yang aku dengar malam itu. Comel je. Enjoy! (sebenarnya aku tepek je dulu video ni, tapi belum habis upload lagi. kalau ada tu maknanya dah siap upload la)


Kesimpulannya, yang penting takde yang injured. Selamat maju jaya JDT!

Dah macam waris jari hantu!

Pengalaman pertama duduk grandstand.


Monday, 24 June 2013

Hablur Mudah Larut


Dah lama tak story mory pasal hiburan ek. Almaklum, 2-3 bulan lepas kan sibuk dengan cerita politik, maka aku pun larut sama lah dalam kancah politik. 4-5 bulan lepas pulak sibuk dengan cerita bola, maka aku pun turut serta lah dalam arena bola. Hari ni tak nak cerita bola lagi dah sebab aku merajuk dengan bola. Aik? Haritu kemain berkobar2 prektis chant b.o.s.? Bukan merajuk sebab apa. Tapi sebab aku tak dapat pergi tengok bola kat bukit jalil 29hb nanti. Frust giler kot! Padahal dah bayar tempahan tiket dan bas nak ke sana. Tapi kita hanya merancang, kan.

Okeh, toksah sedih2. Baik kiter hepi2 (walau pun hatiku tengah bersedih pasal benda lain pulak ni) citer pasal hiburan pulak. Macam biasa lah, nak citer pasal drama tivi yang sedang aku layan sekarang ni. Ni satu lagi. Sebelum tu nak umumkan kat sini bahawa haritu, buat pertama kalinya BK telah naik pentas ambik trofi sebab menang anugerah tribute p.ramlee dalam kategori pelakon lelaki terbaik melalui telefilem selagi cinta berzikir. Alaaa citer yang kiter bengkak2 mata tengok tu. Aku tengok 3-4 kali pun still melalak part last tu. Pandai betul berlakon sedih tau. Akak tersentuh dik!

Yang pertama ialah drama dalam slot zehra tv3 iaitu sebenarnya saya isteri dia (SSID). Aritu lepas habis hanya padamu, aku kengkonon takmo layan slot zehra ni sebab susah kot nak commit. Plus letih kot nak tunggu seminggu sekali. Macam ni best. Dah hujung2, download banyak2, tengok sekali harung. Best best best.

So, memang aku tak tengok citer ni dari awal. Aku mula tertengok masa tengah kerusus kat kt. Tu pun sebab memang takde benda lain yang aku boleh buat kat sana. Ye lah, duduk bilik hotel, ngadap tv je lah kot. Itu pun aku tengok tak tengok jer. Cuma perasan la pelakonnya izzue dan tiz. Aku suka tiz sejak citer pencari jalan lurus. Izzue pulak aku mula kenal dalam citer cita dan cinta. Eh, tapi masa abpbh aritu aku undi dia tau hehe.

So, lepas balik kerusus tu, aku terus download citer SSID itu. Sekali lagi, kalau dah adaptasi dari novel, mestilah kisah kawen terpaksa kan. Dah macam2 jenis kawen terpaksa dah kita tengok ek. Cuma kali ni tidak lah pula pompuan itu menderita ke haper. Ala2 suwit gituh. Cumanya, yang ketara klise nya ialah part lelaki mesti anak orang kaya.

Dari segi pemilihan pelakon, aku rasa sangat sesuai. Lelaki jambu dan pompuan yang nampak matang (mekap kot). Cumanya kalau ikut pendapat aku. izzue tu tak berapa pandai berlakon kot. Especially part memek muka. Kadang2 agak janggal di situ. Tiz pulak sangat comel dan manis. Cuma nya aku perasan dalam banyak cerita, pakaian yang dipakainya selalu menampakkan ketidakkurusan beliau. Body dia lebih kurang fazura, kan? Tapi kalau kena gayanya, boleh je nampak slim. Tapi mungkin jugak, dalam citer tu kan dia bertudung, mestilah kena cover bentuk badan, kan. Eh, apa yg aku susah sangat dia nak slim ke tidak, eh? Sesuatuh tau!




Next ialah cerita cinta jangan pergi. Owh! Cerita ini sangat errr merilekskan (boleh?). Atau boleh aku katakan sangat dramatik. Aku tak tengok nurkasih tapi dah tengok nurkasihthemovie tak paham sepatah haram. Boleh, tengok citer melayu tapi tak paham? Tapi aku tau filmscape+khabirbhatia memang juara citer2 jenis macam ni. Tapi sama jugak macam ssid, aku tak tengok dari awal. Pon sama, aku rasa susah nak commit dengan citer kat tv pada weekend. Masa kuar promo sebrlum start tu memang aku dah berazam nak tengok, tapi boleh pulak terlupa. Sori abam wemi!

Sama macam ssid jugak, aku start download citer ni lepas balik kerusus. Tak, aku tak tengok masa tengah kerusus sebab tv tak dapat tv9. Tapi aku ada tertengok satu episod masa malam raya itu hari. Masa tu baru teringat yang aku pernah berazam nak tengok citer ni.

Yang aku suka tentang citer ni ialah satu pelakonnya, dua pemandangan dia, tiga lagu tema dia, empat watak2 dia dan yang utama ialah cerita dia. Semua best lah! Yang tambah best, sekali lagi sebab aku maraton citer ni sari episod 1 sampai 21 sekali harung. Selalu tau, kena kejar keretapi. Asik ketinggalan jek. Tapi best!




Citer ketiga ialah dahlia. Ok, lepas habis sehangat asmara, aku kengkonon buat2 lupa nak bukak mustikahd sebab malas nak tido lambat lagi. Dulu sebeoum adamhawa, pukul 10 aku dah boleh masuk tido. Sekarang, pukul 12 pun kekadang masih tengok tv. Not good tau. Pulak tu, aku dah jarang tengok csi dan yang sewaktu dengannya. Rugi jek.

Tapi tak lama la aku bertahan tak tengok dahlia ni. Episod ke-3 ke 4 tah (part razman confess tu), aku ter ter tertengok la pulak. Huaaa kesiannya. Terus melekat tetiap hari. Yang bestnya citer ni ialah kerana dahlia tu tidaklah merana beserta lembap seperti isteri2 mangsa kecurangan laki yang lain. Sebab kalau orang lain aku rasa kalau laki curang dengan bff sendiri selama 3 tahun, lembik dah pompuan tuh. Tapi dahlia ni bangkit. Inilah yang kita mahu!




Nampaknya aku dah lama tak tengok telefilem kot. So, tu jelah.



Thursday, 20 June 2013

Dari Bidan Terjun Ke Pakar Bidan

Masa nak kena pergi kerusus kat KT tu ari, bos cakap cenggini,

Pergi jer, tengok benda apa nak dibeli. Tangkap2 gambar.

Maka aku yang kengkunun naive ni pun pergi lah dengan kemre beserta 2 bateri dan 2 memory stick. Kunun macam pergi melancong la kan. Bila dah ada kat sana, ok, ini bukan setakat tengok2 benda nak dibeli, tangkap2 gambar ok. Ianya lebih dari itu! Belum pun sempat aku balik, surat dah keluar, suh aku pergi bengkel RnR pulak. Ok lah, aku pergi. Bila dah pergi bengkel, belum pun sempat aku balik, surat dah keluar lagi, suh aku pergi bengkel lagi. Ni, belum pun sempat aku pergi, ok surat belum keluar, tapi dah ada list beberapa lagi bengkel bulan puasa, dan lepas raya. Fuh! Mintak2 nama aku tak tersenarai lah... Tu belum sambungan kerusus macam itu hari bulan 11 nanti selama 3 minggu jugak! Kesimpulannya di sini, aku dah terjebak! Lepas ni, aku akan mula mengajar dalam bidang instrumen o&g. Bukan, bukan peralatan kat klinik perbidanan dan sakit puan. Setakat ni lampu kat dada ni dah blinking sekali sekala. Cemas nya!!! Kiranya kalau orang bertapa, belum cukup 7 purnama lah. Kalau kena cucuk keris memang lut lah. Keluar darah putih macam mahsuri.

Errr sebenarnya nak nyatakan di sini akan betapa cemasnya diriku kini. Sekian.

Ne nong ne nong ne nong (pernah dengar tak lagu neng nong neng nong?)...




Wednesday, 12 June 2013

Sebenarnya Saya Suami Dia

hari ni nak masak apa? asam pedas ikan merah
hari ni hari apa? hari selasa.
hari ni berapa haribulan? 11 haribulan
malam ni malam apa? hari selasa malam rabu
hari ni nak buat apa? nak kemas baju
esok nak pergi mana? outstation
esok hari apa? hari rabu
esok berapa hari bulan? 12 haribulan
ada apa dengan esok? eh, besday ayang la. 12 Jun. SELAMAT HARI LAHIR

...entri ini didedikasikan oleh suami kepada penulis blog ini kepada penulis denga tajuk entrinya 'sebenarnya saya suami dia'. Selamat hari lahir sayangku. Semoga segala yang dihajati dipermudahkan dan diberkati olehNya, impian dan harapan diperkenankan, ujian dan cabaran dapat ditempuhi dengan tenang dan redha serta pertemuan kita mendapat kerahmatan olehNya di dunia da berjaya di akhirat. Amin..  

Saturday, 8 June 2013

Kegagalan Dalam Ujian Yang Menggembirakan


Sebagai seorang penyokong pasukan JDT sejak bulan Januari yang lalu, hati ku melompat2 tak sabar nak menyaksikan perlawanan piala akhir piala FA pada 29 Jun ini. Masa semi final itu ari, encik suami ajak jugak pergi ke bukit jalil, tapi aku kan baru balik dari KT hari jumaat tu kan. Dah lah sampai rumah masa tu pukul 4 petang lebih. Tak sanggup aku nak melakukan perjalanan lagi, walau pun cuma duduk kat sebelah dan tido.

Berbalik kepada kisah aku balik dari KT. Hari khamis tu, lepas habis majlis penutup, aku terus cha alip bot. Dah bawak beg siap2. Sepatutnya besok boleh check out, tapi aku dah tak boleh pikir benda lain selain balik balik balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Sampaikan encik suami nak datang jemput pun aku tak bagi sebab macam buat penat je. Nak jalan2? Memang tak lah kan. Yang penting aku nak balik!!! So, aku bertolak dari inst3p lebih kurang pukul 4.30 petang dan sampai di rumah yayu pukul 9 malam. Tu pun dah rasa jauh giler kot. Memang patut lah aku tak balik time weekend. Nak sampai kontan pun dah rasa macam selama jek. Tido rumah yayu semalaman, besok pagi baru balik. Tu pun encik suami nak jemput kat kontan, pun aku tak bagi hihi.

Besok pagi, bangun2 je, dapat sms dari abang tp, pakcik meninggal dunia. Innalillah... Pakcik ialah abang kepada emak aku. Nampaknya tinggal mak long je lah femli belah arwah mak yang masih ada.

Pagi tu aku dan yayu pergi beli sarapan. Memula pegi dekat2 tempat kerja yayu, sekali nasi-lemak-sedap yang dicari dah habis. So, patah balik, beli nasi kerabu je kat rnr pandan. Laaa aku pernah makan kat sini masa nak pergi kb suatu masa dahulu. Tapi malam la. Lain kot. Lepas sarapan di rumah, aku pun bertolak balik. Lebih kurang pukul 11 pagi. Cuma singgah isi minyak kat segamat. Kendian terus shoot ker klinik kesihatan bp. Menyambung ujian saringan tibi yang tergendala itu ari. Macam dah tak relevan jer. Tapi batuk masih belum baik. Boleh la kot. Sampai kat klinik lebih kurang pukul 3 petang, tapi orang yang nak mencucuk tu tak sampai2 la pulak. Dekat pukul 4 baru dia datang. Maka, aku pun dicucuk di tangan kiri.

Masa kat KT tu ari aku ada pergi klinik, sekali. Tu pun sebab dah tak tahan sangat. Batuk sampai termuntah. First time pergi klinik bayar sendiri. Mahal tu, rm56. Malam, kan. First time jugak dirawat oleh doktor graduan dari belgium hehe. Boleh, satu KT tu aku pusing, semua klinik tutup? Baru pukul 5.30 kot. Takde klinik 24 jam pun. Ingat ada la klinik ciner ke yang bukak, tapi, semua pun sama. Last2 aku patah balik ke gong badak da tunggu klinik bukak pukul 8 malam. Dia bagi 2 jenis ubat batuk. Satu tak mengantuk, makan siang malam. Satu lagi ubat batuk+selesema makan malam jer sebab memengantukkan. Aku bagitau aku tengah kursus. Kang makan siang2, tertido plak dalam kelas. Dah lah tak makan ubat tu pun memang aku dah tersengguk2 dah. Segan je dengan cikgu. Dah lah cikgu henskem. Eh?

Ok, pas cucuk kat klinik kesihatan, aku terus balik. Oh rumahku syurgaku!

Hari isnin tu, paginya aku kena jaga exam. Petang nya baru aku pergi klinik kesihatan. Lagi pun memang result tu boleh tengok selepas 72 jam (3 hari). Kalau pagi tak cukup jam pulak. Sebelum buat ujian2 ni aku ada baca kat tenet. Ada yang kata dia positif tibi dan kena makan ubat selama 6 bulan. Ada yang 9 bulan, bergantung kepada jenis tibi. Ada tibi pulmonari (peparu kot ek?), ada tibi kelenjar dan ada beberapa jenis lagi. Ada pulak seseorang ni kata suami dia lambat dikesan kena tibi. Baru 2 bulan makan ubat dah jalan.  Serius? Menakutkan betul. Tapi doktor yang mula2 periksa aku sebelum xray bagai tu kata, aku macam takde simptom2. Tak susut berat badan (lagi naik, ada), tak hilang selera makan (pergh! sedap2 makanan kat inst3p), tak demam petang2 dan takde contact dengan pesakit tibi. Cuma batuk jer dah lebih 2 minggu. Bukan 2 minggu lagi. Dah 2 bulan pon!

So, untuk injection tuberkulin test tu, dia mencucuk sejenis cecair di bawah kulit. Siot betul la. Aritu masa dia cucuk tu, kali pertama tak masuk betul, dia keluarkan balik jarum dan tukar yang lain. Sengal betul kena cucuk 2 kali. Tapi tak sakit pun. Aku dah biasa diambil darah kat tangan. Cuma dalam proses tu aku akan tengok tempat lain. Takut. Tak tau takut apa. Maka, pada hari ini, dia akan tengok kesan cucukan itu. Dia akan keluar merah kat keliling tempat cucukan tu. Tapi yang nak diukur ialah bahagian yang menggelembung.  Entah, aku tak nampak ada gelembung pun? Tapi misi tu rasa2 je. Pastu dia tanda diameter gelembung itu dengan bolpen. Woi! Sakit la ko tekan mata pen tu kat tempat gelembung tu. Dan bila diukur dengan pembaris, tak sampai pun 1 cm. Kalau ikut kat tenet, dia kata kalau besar duit 20 sen maknanya ada kuman tibi. Tapi ni besar duit 5 sen jek. So, satu ujian dah negatif. Belum tengok result yang lain.

Kendian aku ke makmal pulak untuk ambik result ujian darah dan kahak. Kendian ambik xray. Pastu, baru lah aku register untuk jumpa doktor. Dan bila dibaca result2 tu semua, ternyata tiada jangkitan kuman. Alhamdulillah... Kiranya injection BCG aku berkesan la kot? Doktor cuma bagi ubat batuk yang rasa macam sabun dettol dan ubat kumur. Itu ajer?

You kena sentiasa ada strepsil dalam mulut. Tekak tu kering, masih merah lagi. 

Kiranya belum boleh minum ais la ek? (boleh pulak tanya soklan ni?)

Jangan lah dulu...

Huaaa... i miss chocolateblog so much!

Dalam kesyukuran itu, aku merasa frust lah jugak sebab macam dah takde rawatan yang boleh dijalankan terhadap diri ku. Kena cuba petua orang tua2 lah lepas ni. So, sekarang ni aku sedang undergo rawatan alternatif dibawah seliaan 'dr. friends' hehe. Segala mak nenek species limau dah masuk dalam tekak aku ni. Tak cukup masuk dalam mulut, yang disapu kat luar tekak pun ada. Macam dah ter'citrus overdosed' pulak aku rasa.

Eh, cemana cerita bola boleh masuk cerita batuk pulak ni? Lenkali lah citer bola, ye?



Friday, 7 June 2013

Kerusus Yang Paling Panjang Selepas Pedog (3 minggu je kot)

Usah kau bertanya, ke mana hilangnya bayangan ku ini...

Eceh... ada ke yang tercari2 akan diriku? Tak kosser kan... Sebenarnya banyak benda nak aku ceritakan pada encik blog ini, tapi tak tau nak mula dari mana. Nak citer pasal pru13 macam dah ketinggalan katebang dah. Kang nanti orang cakap, cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja pulak kan. Tapi sayang pulak kalau tak tinggalkan apa2 kenangan pasca-pru dalam blog ni. Bukan lah untuk orang lain, tapi untuk diri aku sendiri. Peduli haper dengan korang. Hmmm tengok lah nanti. Gambar dah siap upload dah, tinggal nak menulis je lagi. Point2 pun dah siap tulis kat draft sebenarnya, tapi tu lah, nak mula dari mana??? Paling koman pun aku mesti nak tulis pengalaman pada hari mengundi. Tapi bila, entah lah...

Lebih kurang 3 minggu sebelum pru (kenapa masih nak sebut pru sebagai reference point eh?), puanbos panggil aku ketika aku sedang asyik membebel di dalam kelas. Saspen ok. Rupa2nya beliau nak offer aku pergi kursus selama 3 minggu (12-30 mei 2013) di kuala terengganu. Ti... ti... ti... tiga minggu puan? Yang ada dalam fikiran aku masa tu ialah, abis laaa tak dapat ikuti perkembangan pasca-pru huhuhu. Anti-klimaks betul. Tapi, tanpa perlu berfikir panjang, aku terus setuju. Tak tunggu balik dulu bincang dengan encik suami pun. Takde sebab untuk beliau tak bagi pergi. Kan??? Lagi pun ia penting untuk kemajuan kerjaya ku. Eceh... Sebenarnya ada berita gembira yang aku dapat sebaik sahaja datang ke kerusus tersebut hehehe. Syukur kerana aku membuat keputusan yang tepat untuk menyertai kerusus ini. Apa dia? Biarlah rahsia. Tak, bukan aku dapat naik pangkat. Belum lagi.

Sejak itu, aku terus memasuki fasa ekspres. Kelas kena habiskan siap dengan carry mark sekali. Maknanya assignment kena siap tanda dan test kedua kena buat segera. Malah final exam amali pun kena settle kan jugak. Nasib korang la ya budak2. Alah, beza seminggu je kot dengan orang lain.

Maka, pada hari jumaat yang sepatutnya aku cuti-sebab-nak-tengok-siaran-langsung-solat-jumaat-yang-diimamkan-oleh-TGNA-tapi-tak-jadi-sebab-pr-tak-berjaya-menawan-putrajaya itu, aku telah membuat persiapan untuk pergi ke sana. Besok tu dah kena pergi dah. Satu persatu baju dalam gerobok itu aku punggah masuk dalam beg. Sudahnya, eh, macam semua baju dah masuk dalam beg jek? Aku memang cenggini. Kalau pergi mana2, mesti bawak pakaian seolah2 tiada aktiviti membasuh baju sepanjang pemergian tersebut. Maknanya kalau 3 minggu itu ialah 21 hari, aku bawa sekurang2nya 21 pasang baju darab 2 (iaitu baju kerja dan baju tido). Padahal boleh jer hantar dobi. Tapi sampai sekarang aku masih tak percaya pada dobi untuk membasuh baju aku. Macam malu lak nak hantar baju kat dobi. Macam pemalas sangat. Woi! Ni betul2 malu tak bertempat. Tapi itu lah aku. Hakikatnya, sepanjang berada di sana, aku basuh baju setiap hari, ok. Sanggup tu, demi malu tak bertempat hihi.

Sebelum tu, pada hari selasa (2 hari selepas pru - lagi), aku telah pergi ke klinik sekali lagi untuk memeriksa keadaan batuk ku yang masih belum sembuh. Oleh kerana dah lebih sebulan aku batuk, doktor tu suh aku wat ujian saringan tibi. Boleh buat kat klinik dia, tapi kena bayar sebab uni tak cover. Ok, benda2 yang boleh dapat free tak payah lah susah2 nak bayar. Maka besok tu aku terus pergi ke klinik kesihatan. Lepas jumpa doktor, aku pergi ambik darah dan xray. Dan ambik sample kahak jugak. Besok tu aku pergi lagi untuk hantar sample kahak pada pagi tadi. Dan ambik sample sekali lagi semasa di sana. Sepatutnya kalau ikut prosedur biasa, kena buat 3 hari untuk 3 sample. Tapi ni dia buat 2 hari jek. Senang sikit keje aku. Dan ujian2 itu takkan lengkap tanpa ujian mantoux/tuberkulin, tapi aku tak boleh buat ujian tu sebab untuk ujian tu, kiter kena datang balik 3 hari kemudian untuk melihat keputusan ujian tersebut. Oleh kerana aku datang mula2 tu hari rabu, maka 3 hari kemudiannya ialah hari sabtu (tapi aku baru perasan klinik tu beroperasi pada hari sabtu half day). Lagi pun memang dia dah mention, hari rabu dan khamis memang derang tak buat mantoux test. Hari jumaat boleh, tapi aku dah nak pergi kerusus tu hari sabtu. Maka, aku tangguh kan lah ujian tersebut sehingga lah aku balik nanti. Kalau dah baik batuk, takyah sambung kot huhuhu.

So, pada hari sabtu, aku pun pergi lah ke kuala terengganu. Bertolak dari rumah pukul 12 tengahari, singgah isi minyak kat kuantan. Akhirnya aku sampai di resort penginapan ku pada pukul 9 lebih malam. Lama giler kot. Sempat lah terlajak sikit. Dah sesat tu baru tersedar bahawa aku sepatutnya bertolak lebih awal supaya sampai sini masih siang, nampak papan tanda. Sebab aku memang ada perasan signborad kat simpang masuk resort tu, cuma ingat signboard iklan jek. Tapi taklah jauh sangat lajak tu.


Berenti sekejap di sini. Kenangan 8 tahun lepas.

Oh, yang bestnya aku dapat melihat sisa2 pru sepanjang perjalanan ini. Jumpa jugak botol pemberat bendera (jenis bendera seperti gambar di atas) berisi air hijau seperti yang aku baca.

Menyahut seruan pada hari itu, aku memakai baju hitam. Yang penting, gambar di baju itu hehehe :-)

Hari pertama kerusus, kami dijemput oleh bas untuk ke lokasi kerusus. Bos dari hq pun ada datang. Dia pun join kerusus sampai tengahari. Hari ni derang cuma cerita pengenalan kepada oil&gas industry di malaysia dan tentang safety. Kiranya selepas mengikuti kerusus ini, aku rasa lebih menghargai minyak dan projek rapidpengerang tu. Tapi blackout tetap blackout. Opsss...


Berkenalan dengan minyak-minyak.


Tak payah lah tengok perut orang tu :P


Hari kedua kami dah masuk ke kelas mengikut trade memasing. Aku 'ter'masuk dalam trade instrument. Boleh? Caca marba lah skill aku pasnih. Adeh... Tapi seronok jugak, belajar benda baru, kan. Teringat aku semasa aku kursus telekomunikasi kat mersing dulu. Macam ni jugak lah, benda baru, tak tau pape, tapi seronok.

Hari ketiga kot, kami dibawa oleh driver bas pergi ke ICT. Ikan celup tepung hehe.

Ada plak JJCM kat kedai ni. Rasanya biasa2 jer. Bayangkan jer macam pisang goreng. Sebijk rasa tepungnya macam tepung pisang goreng. (errr ni je gambar yang ada sebab segan nak ambik gambar depan kengkawan baru huhu)

Eh, aku belum bagitau, kan bahawa aku takde balik bp sepanjang kerusus tersebut? Masa belum pergi memang aku ada plan nak balik time weekend, atau sekurang2nya pergi rumah yayu kat kontan ker. Tapi selepas melalui perjalanan yang maha panjang masa pergi tu, aku surrender. Tak larat aku! Oleh sebab itu, pada weekend pertama tu, aku dan coursemate aku telah merancang untuk pergi ke kota bharu, yeay! Alah, 2 jam lebih jer dari situ. Lagi pun minggu depan dah cuti sekolah. Baik pergi minggu ni. Memang lah masa tu ada bola jdt lawan terengganu (ke t-team eh?) kat situ, tapi tak best ah pergi tengok bola dengan orang lain. Malu ar. Dah lah aku ada split personality. Aku yang di dalam stadium adalah totally different dari aku sekarang. Percaya tak?

So, pagi jumaat tu, kami pun bertolak ke kb. Terus menuju ke rantau panje. Punya lah panas sepanjang masa aku bersoping moping tu. Time nak balik, hujan selebat2 tidak. Sampai di kb, kami bersiar2 dulu di pcb. Tak pernah pergi lagi. Saje lah nak tau cemana ropanya.

Nampak ni kat tepi jalan. Teruja! hahaha...

Pantainya lebih kurang macam pantai apa kat rengit tu? Alahai... lupa pulok...

Mendung tak bererti hujan.


Dekat nak maghrib, baru lah kami mencari hotel di wakafche'yeh. Banyak je bilik kosong. 

Seroja inn. Murah jek, rm69 hehe.

Dan malam tu, kami pun berjalan2 di wakafche'yeh. Tak beli apa sangat pun. Rupanya2 malam tu mak'ani ngan hjh'ruzilah pun ada kat situ. Duk hotel sebelah lagi. Tapi aku tau selepas balik. Member sekursus yang bawak derang jenjalan kb.

Malam itu, lebih kurang pukul 3 pagi, pintu bilik kami diketuk. Weols kena 'tangkap basah' uolsss!!!

Kami dari jabatan agama, nak buat pemeriksaan... katanya. 

Dalam mamai2 tu, member bukak pintu. Aku pun menunjukkan muka.

Dengan siapa?

2 orang jer? (nak je aku jawab nak masuk 10 orang, tapi bilik ni kecik, tak muat) 

Kawan2? 

Maaf ye, ganggu. Lepas ni ambik la air semabhayang, solat tahajud ker...

Ye lah encik. 

Tapi aku terus tido. Besok pagi baru tanya kat member. Ok, bukan mimpi rupanya. A'ah ek, aku lupa berapa orang yang datang tu. Lantak ler. Orang kata kalau kat kb, serbuan cenggitu biasanya sebab ada orang report. Apakah? Aku saspek mamat jaga parking tu yang report kot (sukati je nak tuduh ek) sebab petang tu kami bertekak jugak ngan mamat tu. Sebabnya dia suh kami parking jauh sebab dia kata kalau kami park kat tepi jalan tu, kiranya parking tu mati lah sepanjang malam tu. Tak boleh lah dia kutip duit parking banyak2. Padahal tempat parking yang jauh sikit tu pun akan berlaku yang sama (parking mati). Cuma owner nya orang lain lah.

Besoknya, lepas check out, kami terus ke PSK. Lebih kurang pukul 12.30, kami pun balik.

Minggu kedua kursus, kami ada lawatan ke paka. Hari rabu. Memasing excited sebab dapat pakai baju kuning hahaha. Perasan betul.

Semasa sesi briefing.

Group instrument je yang berpeluang masuk ke dalam plant sebab cikgu kami ada orang dalam hehe. Yang lain tengok dari atas bas je. 

Errr sebenarnya tokleh ambik gambar kat dalam plant, tapi banyak jer aku tangkap gambar hahaha. Cuma tokleh la aku letak kat sini kot.

Belah petangnya. Sesi taklimat.

Nak dipendekkan cerita, akhirnya kerusus ini pun tamat pada 30hb mei. Banyak sangat yang aku belajar kat sini. Bulan 11 ni ada lagi sambungan level 2 katanya. 3 minggu jugak. Orang yang sama kena pergi huhuhu. Tapi tak tau lagi rezeki aku macam mana. Wait and see.

Majlis penutup. Kali ni TKP pun turun sekali.

Jeles... gambar dak mekanikal je ada...

CEO derang tak datang. Wakilnya.

TKP kitorang. First time jumpa.

Penyampaian sijil.

Akhirnya, ini lah salah satu benda yang aku belajar. Bukak dan pasang balik control valve. Babai!



Monday, 3 June 2013

Aduhai Hitam-Hitam Si Kicap Manis!


Ada orang tak boleh makan nasi tanpa kicap. Aku ok jer. Takde kicap pun selera jek. Cuma ada sesetengah lauk yang aku kena gu kan dengan kicap seperti kari. Nom nom nom. Aku bersyukur kerana hidup2 ajer, terus kenal dengan kicap manis jalen. Dah lah sedap, murah pula tu.

Kata abang ipar aku, tokei jalen ni asalnya partner dengan tokei kipas udang. Sebab tu rasa dia dekat2 sama. Entah ye ke tidak. Tapi kalau ikut lidah aku, rasa kedua2 kicap ni, macam lebih kurang jek. Dah tentulah tak sama dengan rasa kicap tamin atau cap ibu dan anak ayam, kan. Lain liga tu.

Setahun dua ni aku dah dengar orang cakap pasal kemahalan harga kicap kipas udang, tapi aku tak ambik port sangat. Sebab memang tak pernah pandang pun kicap kipas udang tuh. Tapi pada suatu hari aku terperasan tanda harga kicap2 nih. Banyak kali aku belek harga vs kuantiti kedua2nya. Sama kuantiti tapi harga, sekali ganda kot! Macamana boleh jadi macam tu eh? Rasanya kicap bukan barang kawalan, kan? Sebab tu dia boleh letak harga sesuka hati jek. Nak kata dia monopoli, tak jugak. Tapi memang ramai yang dah 'ketagih' dengan kicap kipas udang, kan? Mahal2 pun, tetap kena beli jugak.

Ini gambar yang aku tangkap kat aeonbig pada hari sabtu lepas.



Syukur lah aku bukan penagih kicaphabhalcapkipasudang ini. Alhamdulillah...


Sunday, 2 June 2013

Fenomena JDT : Bangga Woi!

Sila prektis ye uolsss... 29 Jun kiter gegar stadium shah alam  bukit jalil. Girls of Straits la pulok hehehe...


Luaskan kuasamu, oh Johor ku
Hancurkan semua musuhmu, pahlawanku
Setia bersamamu Johor, merah biru
Hidup mati Johor...

La la la...


Ayuh Johor 
Ayuh Johor
Luaskan kuasamu Johor
Kami ada
Kami ada
Setia bersamamu Johor

Ale ale ale...



Saturday, 1 June 2013

Itu Kawasan Parlimen Tempat Kerja Saya!


Okeh, aku ada masa nak story mory pasal pru13. Adeh... Aku rasa pilihanraya bangladesh yang 2 minggu selepas pilihanraya kiter tu pun orang dah tak citer lagi dah. Dah sebulan lebih, dekat 2 bulan dah pun. Eh, perasan tak peti undi kat bangladesh? Dia pakai kotak storage jek, kan?

Kan aku kata aku dah tulis point2 yang nak dihuraikan dalam entry ni kan? Masalahnya sekarang, aku dah lupa maksud point tu. Boleh? Kenapa aku tulis 'fikir 110 kali'? Ok, abaikan.

Dah takde feel nak analisis bagai. Aku nak citer pengalaman aku mengundi je lah ek.

Walau pun hari jumaat sebelum mengundi tu aku dah ambik cuti, tapi aku tak pun balik kampung awal. Sebabnya encik suami takde, pergi pesta buku. Jumaat malam tu baru beliau balik. So, sabtu pagi tu baru kami balik.


Besok nak ngundi baru ari ni nak pacak bendera, apa kes? Ni jiran sebelah rumah kami yang pasang malam2. Setakat ni belum ada cawangan ke ranting ke parti politik di taman aku ni. Baru nak tumbuh pucuk hehe. 

Tapi bukti ni dah cukup menggambarkan isi hati mereka.

Ini pula terpacak di tepi jambatan menghala ke taman kami.

Bendera kat atas jambatan tu pulak, sekejap je elok. Besok2 tengok ada yang dah koyak dan terbakar.

Ini pemandangan balik kerja, dekat jalan ke taman aku jugak, tapi dari arah paritlapissempadan.

Ok, mari lah mari balik mengundi...

Singgah sarapan dulu. Macam tak percaya yang kiter berada di johor. 2 calon pr tu ialah calon dunparitraja (pas) dan parlimensrigading(pkr). Masa hari bubar tu ari, kan hari rabu kan. Petang tu aku pergi pasar malam, ada lah mamat pkr tu datang salam2 encik suami. Tapi masa tu tak tau pun yang dia calon pr hihi. Kiranya 2-2 calon orang muda ar kat sini. 

Yang ini lawan dia. Beliau ni isteri kepada ex-yb srigading, tokmataziz  (now jadi speakerdunjohor). Pasni boleh la jumpa datin ni pulak time solat terawih kat surauparitjambol kot.

Jentera puteri.

Oleh kerana aku dah cuti hari jumaat tu, maka, tak dapat lah aku mengehon pada flashmob yang berleluasa hari tu kan. Macam best jek. Pastu  balik ni kengkonon lalu bandar kluang, kot la ada flashmob ke kan. Sekali, haram... takde.

Ternampak restoran ni dekat trafiklite ekonsavekluang. Sekarang orang suka taruk nama bahan memasak untuk kedai derang, ek?

Sampai kota, cam biasa lah, singgah membeli belah dulu. Pastu terus balik eto5. Kali ni aku tak balik semencu langsung. PIL pulak bizi memasak untuk petugas2 undi. Petang sikit, kami ronda2 eto5 dan eto4.

Memang takde harapan ler nampaknya...

aptb...

Kat kawasan gerai.

Budak2 eto5...

Kat blok A.

Nak pilih yang ini ker?

Aiyak, putus sudah!
Ooo inilah cikgu adela cap kunci tu ek... Agaknya calon bn tu pakai poster pru11 kot. Ye lah, sejak pru11 dia tak pernah bertanding, membazir plak kalau buang poster yang dah diprint banyak2 tu kan. Gambar pun ayu muda belia jek lagi. 



Maka pada pagi 5 mei 2013, lepas sarap, kami; aku, suami, eita, mak dan abah, pergi lah ke sekolahairtawar5, sekolah yang ku cinta, bergerak maju berseleogan kata, cita usaha jaya lalala

Sokong tak?


Kesesakan di depan sekolah.

5 tahun sekali.

Sampai2, terus beratur, ambik slip saluran. 

Memula aku beratur kat barisan yang pendek, redup. Tak lama tu lin datang bagitau barisan yang panjang dan panas tu pakai online, yang pendek dan redup ni pakai  manual. Terus kitorang pindah barisan panjang dan panas tetapi ekspress. Berpeluh keti.

Dah selesai. Aku lah tu! Gambar kat luar bilik mengundi ada kat henfon, lupa nak transfer.

Sengaja aku tak cuci dakwat ni seperti orang lain. 

Menunggu abah hampir sejam. Saluran 1 paling lama sebab pakcik2 ni beratur berlapis2. Takde pulak pulis jaga. Kat saluran 4 siap tido2 lagi pulisnya.

Sejak bila bervisi bagai ni eh?

50 meter.

Ok, jom balik...

Rumah guru. Tepi sekali ni dulu rumah cikgu matnoh yang garang giler. Banyak pokok bunga sekarang.

Banyak nyer buah sukun! (Takde kaitan dengan pru13)


Rumah gerakan. Tempat amik 'duit minyak'. Yayu dapat rm50 sebab duk luar johor.

Petang, dekat2 pukul 6, kami pun bergerak pulang. Kena sampai sebelum pukul 8 untuk mendengar keputusan.

Masih kekal.

Lebih kurang 8 jam kemudian.

Sampai rumah dekat pukul 8. Masa lalu kluang, nampak banyak kereta tepi jalan kat bilik gerakan calon dap dekat roundabout jalan bp. Memang kerusi sasaran pr pun.

Di rumah, aku mengikuti keputusan pru13 melalui tv @stroawani dan malaysiak!n!. Tapi kat tv lagi cepat kot. Menjelang tengah malam, terbaca status update dari parlimenbatupahat yang dijangka ada kejutan. Rupa2nya memang betul2 kejutan. Tak sangka orang yang langsung tak dikenali, boleh mengalahkan timbalanmenteri. Errr pasni boleh jemput yb rasmikan program kat opis kami tak? A'ah, cuba lah kalau nak mintak director ko kena transfer ke bintulu hahaha. Silap haribulan dengan ko2 sekali kena pindah ke lahaddatu.

Lepas pengumuman dengan muka masing2 yang monyok itu, aku pun tido. Kecewa. Kena pergi kerja besok...


.