Friday 11 January 2013

Wo Ai Beijing - Part 3 Tian'an Men Square & Forbidden City



Hari Kedua : Sabtu 29 Disember 2012

Permulaan pagi yang ceria! Dengan penuh semangat, pagi 29 disember, kami bersiap2 untuk melawat tempat bersejarah iaitu tian'an men square dan forbidden city. Tian'an Men ni maksudnya errr pintu syurga ke haper tah. Ia juga digelar 'gate of heavenly peace.' Kat sini pernah berlaku satu tragedi yang agak popular pada tahun 1989. Ala2 bantahan rakyat menuntut demokrasi la gitu. Katanya ramai yang mati masa tu dan ada juga yang kata kereta kebal tentera melanyak para pembantah itu. Tah ye ke tak tah. Forbidden city ni pulak ialah kota pemerintahan maharaja semasa zaman maharaja dolu2. Seperti namanya, rakyat tak boleh masuk ke kota larangan ni. Tapi sekitar kota ni ada banyak la opis2 gomen.

Kami diminta berkumpul pada jam 7.15 pagi setiap hari. Melalui pembacaan, kami dinasihati untuk memakai kasut bertutup pada musim dingin ini. Ok lah, aku pakai sport shoes, kira bertutup lah tu kan. Dengan stokin wool. Tutup telinga tidak ketinggalan. Nampak je macam aku pakai skap hitam je, kan? Sebenarnya aku pakai selapis lagi skap untuk winter. Salu orang tak pakai tudung yang pakai. Aku ni memikirkan takut beku plak otak aku huhuhu.

Eee gemuk nya aku! Salahkan baju.

Di lobi hotel jin hui.


Kesan2 snow malam tadi.

Di mana2 banyak ktv. Patut lah kat mesia pun banyak ktv ek.

Turun dari bilik, duduk di ruang lobi menunggu rakan2 yang lain. Tak rasa dingin lagi. Tapi bila keluar je dari hotel, terus dia menangkap kat kaki! Tapak kaki, bukan batang kaki. Suhu dah negatif. Boleh tahan lagi. Masuk bas, lega sekejap. Turun bas, terus berlari2 masuk restoran. Restoran lain dari malam tadi.

Kami makan dalam bilik kecik. Selepas ni geng semeja kami consistent sampai habis. Geng katering memang cukup 10 orang, so tambah ustaz, jadi 11. Kitorang plak memang 11 orang. 

Tentang geng semeja makan kami. Selain kami ialah satu couple yang aku katakan dari koler selangor dan femli dari kuching. Masa mula jumpa kat klia tu, aku tak tau nak panggil apa. Pakcik ke, abang. Yang encik suami, asal pakai kopiah je terus panggil haji. Tapi selepas berjumpa dengan isterinya, baru lah aku ooo baya2 kak uni je. So, terus panggil abang/akak. Derang ni kerja sendiri, berniaga. Menurut pendengaran aku, akak ni menjual beg. Malas lah aku nak ambik tau lebih detail. Sebab aku fikir, kalau orang tanya baru dia cerita, maknanya dia takmo orang tau.

Femli dari kuching tu pulak pergi bertujuh. Ibu, 2 anak lelaki, satu menantu, satu cucu lelaki umur 3 tahun, 2 cucu sedara (anak abang si ibu) sorang laki sorang pompuan. Ibu ni kerja ngan jkm dan berniaga foodcourt juga. Menantu tu tengah pregnant anak kedua. Cucu yang 3 tahun tu ok je. Meragam sikit, tapi tak melalak pun. Dia buat perangai ngan mak bapak dia je, tak kacau orang. Sorang lagi anak lelaki tu baru darjah 3.

Kat sini jugak aku jumpa banyak meja bulat dengan kaca berputar kat tengah. Macam orang ciner. Orang melayu kiter kan suka meja petak.

Derang ni takde pinggan besar agaknya. Patut lah tak nampak orang gumuk kat sini. Makan sikit kot.

Kalau lunch dan dinner kami mewah dengan lauk, untuk sarapan, agak simple. Tapi yang wajib tak dilupa. Telur dadar. 3 kali sehari makan telur ok.

Kat restoran ni je kami dapat makan cakoi. Sedap, lemak2 rasa dia. Kalau cakoi kiter selalunya macam plain je rasa dia.

Hari2 minum kopi dan susu. Kalau lunch samada air panas mati atau teh jasmine chinese style (tawar hebeh).

The real nasi goreng ciner. Asik makan lada benggala je lah kat sini. Semua benda dia nak letak lada benggala.

Dah cas tenaga. Bersemangat nak berjalan2

Masuk kandang kambing mengembek. Satu yang aku tengok, orang ciner ni sangat disiplin beratur. Tengok tu, belum pun berjalan2 dah beli barang ngan penjual jalanan. Setiap kali turun bas, mesti ada peniaga2 ni. Tapi aku berjaya tak membeli dari derang, sehinggalah hari terakhir. Tu pun sebab cantik sangat benda yang dijual tu.  Lagi pun duit tak pecah lagi. Derang kata jangan bagi duit besar kat derang ni sebab takut duit yang dia pulangkan nanti duit palsu. Kalau nak, bagi duit cukup2.

Yang gelung2 sebelah aku tu ialah tempat mngunci basikal.

Entah apa tah benda ni. Kalau kat mesia, bentuk bangunan macam ni tepe'kong jek. Kat sini belum tentu. Masjid pun rupa cenggini. Memang dah rekabentuk tradisi ciner kan...

Pemandangan biasa, anjing berbaju. Dia pun tau sejuk. Kat sini ramai orang bela anjing sebab terlebih kasih sayang. Ye lah, anak sorang je kan...

Turun agak jauh dari lokasi lawatan sebab tempat parking bas kat depannya. Kesejukan menggigit!

Jenama lindan. Kat mesia pun ada daaa. Tapi ni betul2 kat ciner punya. Tak sempat nak masuk. Eleh, kalau kat mesia kemain kutuk lagi.


Ramai sangat pelancong. Ramai gak jumpa orang mesia kat sini. Setiap TG memegang bendera kecik ejen masing2. TG kami memegang bendera hijau bertulisan 'halaltours.' Hidung ku dah macam clown! 

Di Tian'an Men Square, dataran ketiga terbesar di dunia. Tiang kat belakang tu ialah monumen peringatan pahlawan ala2 tugunegara la kot. Tapi tugu yang macam tugu negara (ada patung orang) ada gak, tapi tu tugu peringatan pemimpin parti komunis. Ok, masa ni dah tak boleh tahan. Kena tutup hidung. Jari2 kakiku dah kebas dan keras, tak rasa apa. Aku dah terbayangkan jari aku akan dipotong kalau dia dah kejung. Gangren ke haper namanya tu? Pernah tengok citer omputih yang dia tersesat di salji dan jari dia mati, kena potong huaaa... Hingus dah meleleh tanpa sedar. Terus rasa, nak balikkk!!! Huaaa!!! Kalau kat opis ni, memang aku dah tutup ekon dah!

Monumen ini dibina pada tahun 50-an. Lepas perang dunia la kot. Memperingati pahlawan perang tu lah kot.


Gambar sumer cuma nampak mata jek. Bangunan tu kat seberang jalan sebelum masuk ke dataran ni. Tu muzium, tapi kami tak pergi pun. Takde dalam agenda. Kalau pergi sendiri boleh la pergi situ. Aku suka je pergi muzium2 ni.

Bangunan di belakang tu lah menara pintu gerbang ke forbiden city. Kena melintas jalan besar  nak ke sana, tapi guna terowong bawah tanah.

Belakang aku tu lah couple dari koler selangor tu.

Gambar2 aku sumer tak nampak bangunan kat belakang tu. Aku siap cakap kat encik suami, kiter ni datang sini nak ambik gambar tempat2 ni, subject matter nya tempat2 ni, so gambar kiter tu kecik2 pun takpe, asalkan subjek matter tu nampak jelas.


Polis tu kemain kerek lari2 bila orang nak ambik gambar ngan dia. Sekali termasuk lak kat dalam gambar ni hihi.

Hai laaa saper lah tukang ambik gambar ni. Orang nak ambik gambar belakang tu, bukan orangnya sangat.

Laluan bawah tanah ke forbidden city. Masa kat sini kami berenti sat, nak sumbat beg aku dalam beg encik suami. Susah bebenor gayanya.

Dah sampai ke seberang jalan. Cer teka siapa ni. Haaa beliau ni lah mao tse-tung/zedong. Beliau adalah pemimpin tersohor parti komunis. Sebesar2 tidak gambar dia ditaruk kat sini.  Bila dia  meninggal pada tahun 1970-an, mayatnya diawetkan dan disimpan dalam keranda yang dibuat dari kristal. Siap dilantik satu pasukan pembuat keranda tu. Sekarang pengerusi team tu dah jadi tokei kristal dah. Kiranya dulu orang ramai boleh la tengok mayat dia. Sekarang ni dah disimpan dalam hospital tentera. Lupa lak aku nombor pasukan tentera tu. Tapi dalam citer silent war yang aku tengok dalam katebang tu pasukan 707. Tah, katanya bekas pemimpin vietnam ke myanmar tah yang baru meninggal tu pun mayatnya disimpan di situ. Ker aku dengar citer ni dalam mimpi? Sebab aku banyak nau mimpi. Tetiap hari mimpi. 

Forbiden city ni ada berlapis2 pintu gerbang macam kat belakang tu. So kena tempoh beberapa gate sebelum sampai ke istana maharaja.

Ni kat lapisan pertama kot.

Lapisan depan2 ni tempat tinggal pegawai2 kot. Sumer 'kot' sebab aku lupa.


Dah lapis ke berapa pun aku dah tak ingat dah. Masa ni dah tak terfikir nak dengar sejarah ke haper dah. Sejuk! Sejuk! Sejuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang ni lepas gi toilet sebab hood aku dah ok. Tadi dia takmo lekat kat kepala. Macam orang eskimo, kan?

Ini sebelum masuk ke kawasan istana. Kat sini kot baru beli tiket dan melalui pemeriksaan sikit.

Haaa betul la, tempat beli tiket.


Sorry, kalau takde caption tu maknanya aku dah lupa apa dan di mana tempat tu. Tapi ni area opis2 gomen zaman maharaja la.





Entah ni tak tau apa motif.

Akhirnya ni baru nak masuk ke pintu masuk ke istana maharaja.

Pintu kayu yang bertombol2 (asalnya emas, tapi sekarang dia dah tukar tembaga kot). Ada maksud tombol2 tu. Tah, pasal panjang umur ke haper tah. Woi! Apa je yang ko ingat? Pasal soping aku ingat la hehe.

Meninggalkan jejak-jejak salji katanya.

Hah, tu lah dia istana maharaja nyer. Kalau nak tau, aku sebenanrya baru tau yang ciner ni dah takde maharaja hahaha. Ye lah, kalau mesia kan walau pun diperintah kerajaan, kita masih beraja lagi kan. Sekarang ni ciner adalah sebuah negara komunis di mana ia diperintah oleh satu parti sahaja. Kira takde parti pembangkang la. Abis, takde check and balance la? Tapi sekarang katanya mereka dah agak demokrasi la. Ada lah juga longgar sikit. Mereka mendengar juga suara rakyat. Lebih2 lagi sejak peristiwa 1989 itu.

Istana maharaja... tah, sejak maharaja apa tah. Banyak nau nama maharaja. Ming kot. (boleh je gugel kalau nak tau. aku malas)

Kami ambik gambar dari jauh jek. TG tak bawak kami ke sana pon. Kejar masa.

Ramai je yang masuk ke dalam. 


Tah kat mana tah bilik gundik2 yang ada 1000 katanya tu tah. 

Tempayan ni ada banyak di sekitar istana. Dulu takde bomba, so tempayan ni disediakan untuk kemungkinan berlaku kebakaran.


Ni bangunan pejabat pegawai. Tokleh masuk pun. Tiba2 kat sini aku rasa terharu bila mengenangkan maharaja dah takde.   Menurut ceritanya, masa perang dunia pertama kot, istana ni digeledah oleh askar amerika dan maharaja telah lari ke entah, aku pun lupa ke mana. Mongolia kot. Eh, sekarang aku dah tau dah mongolia tu kat mana hehehe. Dan ada tempat dipanggil inner mongolia.     

Ada sungai buatan. Yang dah beku pun.

Sekitar taman istana. Tengok lah TG kitorang tu. Nak cepat jek. Kitorang ni nak bergambar2 pun kena cepat2. 




Ada muzium tembikar seramik. Tinggalan dari dalam istana. Ada la sikit2. Banyak dah pecah kot masa perang.

Tentang seramik. Kalau kat mesia, ingat seramik, ingat ayerhitam (slogan claytan) hehe.

Antara tembikar yang ada dalam ni. Bilik ni suram je sebab takmo lampu memudarkan warna asal tembikar ni. Flash pun dia tak kasi on.


Tak lupa untuk perati bumbung bangunan ni. Kat mana2 ada corak2 atas bumbung camni.



Besooo nyer...











Ni mesti satu set ngan yang atas tu. Bunganya sama.


Bestnya... salju di danau rindu...



Dan kami pun berjalan keluar menuju ke bas. Ni kira kami pusing bulatan sebenarnya. Masuk pintu lain, kuar pintu lain.

Pengangkutan utama selain kereta. Motor tak banyak kat sini sebab menurut cerita TG, masa dia remaja, dia nak beli motor pun mak dia tak kasi sebab takut eksiden. Ye lah, dah lah anak boleh sorang satu jek kat sana. Kalau eksiden, mati, dah takde anak lagi dah. Tapi basikal bermotor ada banyak.

Dari sini, kami terus ke restoran untuk lunch. Dekat 2 jam jugak kat sini.

TBC... 


1 komen:

Anonymous said...

Very nice post. I absolutely love this site. Thanks!