Okeh, jadual di atas adalah apa yang sempat aku tengok dan rakam tadi. Dalam blur2 tu, nampak lah jugak figure2 tu. Nama pun mata duitan kan. Haruslah terang benderang je mata kalau tengok duit kan hihihi. Lagipun figure tu ada pattern sebab kenaikan tahunan tu sama je setiap tahun. Cukup kalau kita tahu 2 tangga, dah boleh predict jadual gaji ni.
Dan jadual ni spesel aku dedikasikan pada rakan sepejuangan diamond leader ku sekalian. Kalau gugel asik2 kuar jadual dg je madang. Jadi aku mengambil inisiatif ini untuk membuat jadual untuk gred (DL I-I).
Seperti yang boleh dilihat, yang atas sekali tu, TPG iaitu tarikh pergerakan gaji mulai tahun depan. Actually ada yang kekal dengan tpg lama, tapi untuk gred aku ni, dia berubah seperti yang tertera. Dan dalam table tu aku dah kasi color siap2 untuk memudahkan pemahaman. Jadi, mari kita lihat contoh pertama (berdasarkan entry yang lepas).
Kes 1
Color : Biru
Tangga sekarang : P1T5 = RM2455.61
Tangga gaji baru : T4 = RM2765
Tarikh pergerakan gaji : 1 Julai
Toksah pening. Sama semua jadual2 dalam entry ni. Aku copy paste je sebab aku rasa macam cantik pulak warna warni hehe.
Kalau boleh diperhatikan, yang color biru tu ada 3 column, di mana ketiga2nya nilainya berada di bawah RM2765 pada gaji baru. Jadi, ketiga2 tangga ni akan dipindahkan ke tangga T4 dalam gaji baru pada bulan januari 2012. Tapi, bagi yang PIT7, nampak macam teraniaya, kan? Tapi sebenarnya kalau tengok pergerakan gaji dia ialah pada 1 januari. Bermakna, selain gaji pindah skim, mereka juga akan terus dinaikkan ke T5 atas dasar pergerakan gaji tahunan pada bulan januari ini. Manakala yang berada pada PIT6 sekarang pula akan mendapat pergerakan gaji tahunan pada bulan april nanti. Dan akhir sekali PIT5 pada bulan julai. So, tidak lah teraniaya sangat sebenarnya. (teraniaya la jugak sikit2 hehe. nak juga rasa teraniaya).
Kenapa boleh berlaku sedemikian? Okeh, kalau ikut pekeliling tu, first, dia anjakkan satu tangga ssm, kendian baru dipindahkan ke tangga tertinggi yang terhampir sbipa. So, kalau contoh PIT5 tadi, bila dianjakkan satu tangga, PIT6, tangga tertinggi yang terhampir dalam sbpa ialah T4. Sebab itu lah dia duduk kat T4 selepas sbpa. Untuk PIT6 pulak, kalau dianjakkan ke P1T7, pun yang tertinggi terhampir ialah T4. Begitu juga PIT7, kalau dianjakkan ke PIT8 pun, still di bawah paras T4. Sebab itu dia tak boleh pergi ke T5. Itu lah formula sebenarnya. Anda boleh main cuba jaya di sini.
Kita bandingkan pulak dengan mereka yang berada di PIT3 dan PIT4. Pada bulan januari, mereka berdua akan pergi ke T3 kalau memilih sbpa (ada ke yang tak memilih?). Tapi, bagi PIT4, pergerakan gaji tahunan mereka juga pada bulan januari. Jadi, pada bulan januari ini, mereka yang PIT4 juga akan terus pergi ke T4, sama macam mereka yang di PIT5 dan PIT6. Sementara yang PIT3 akan menyusul pergi ke T4 juga pada bulan april. Remember, pada masa itu PIT5 masih lagi berada di T4. Jadi, boleh lah disimpulkan di sini, pada bulan januari hingga mac, terdapat mereka yang PIT3, PIT4, PIT5 dan PIT6 pada tangga T4. Pandai, kan, mereka membuat sifir?
Tapi takpe lah. Bagi PIT6, bulan april tu dia dah naik T5. PIT5 pun akan naik T5 pada bulan julai. Bersabar sajalah. Balik ke prinsip asal, bukan rugi, tapi tak untung je.
Maka, entry ini ialah duplikasi entry sebelum ini, tetapi yang ini dengan bantuan visual hehe. Dah faham tak? Tak tau lah aku nak terangkan macamana lagi dah. Huh!
Dah macam jawab soalan analisis carta dalam kertas bahasa melayu spm pula.
p/s jadual ni aku buat sampai t9 jek sebab aku menganggap, tak sempat nak sampai t10 mesti dah naik (dl-1-2) kot ngehngehngeh...
11 komen:
hi...sory nak tanya perkara yang tak berkaitan dengan topic....boleh tanya tak camner nak letak waktu solat jakim kat tepi sidebar awak tuh....
awak comment kat blog saya bleh???
http://kauakudiakita.blogspot.com
lagi satu camner letakkan signature ni dalam blog post ea? saya try buat signature kat http://www.mylivesignature.com/ tapi nak letak dalam blogpost tu tak jadi.. camner nak buat ea kak
emm, time kaseh share knowledge ea
wah den uga naik nama.haha...lombap jugak den punye otak kira duit.hehe.
Tak paham TPG tu. Mknanya TPG dah x sama mcm dulu ke?
a'ah. tp ikut jadual masing2. ada yang kekal, ada yg berubah. biasa yg kekal tu kalau dia punya perubahan ke sbpa tu tak combine ngan tangga sebelah2. dia sorang2 je. mcm org ni kan combine 2 atau 3 tangga kan. tu yang saper yang paling tinggi naik bulan jan tu. yang paling rendah naik julai.
salam..sy pn PLV(PLK)..tp xde penjelasan ttg gaji baru lg..elaun kritikal still dpt ke?
anon: awak dok mana? rasanya hari ni encikmalik(ksm) tu gi @tecmelaka, esok ke pedas kot. sy xtgk gaji gred lain selain 36 n 41. kritikal setakat ni masih dpt, sehingga pekeliling yg 14 lg tu kuar.
sy dr MARA.isnin ni baru ada taklimat..oo,,okla kalo kritikal still dpt.tp tgk dlm blog mcm DL kurang dr J je..rugila skit..huhu
DL1-1 mmg kurang sangat dari J1-1 ..
kira proses downgrade gaji kita lah tu...
elaun kritikal betui ka dapat?
DL1-1 mmg kurang sangat dari J1-1 ..
kira proses downgrade gaji kita lah tu...
elaun kritikal betui ka dapat?
Post a Comment