Semenjak entry pasar malam itu ari, asik laaa encik suami nak berdebat ngan aku. Dia sokong pasar pagi di paritraja ni yang diadakan setiap isnin dan khamis serta menyokong ketiadaan pasar malam di sini. Kebetulan isnin beberapa minggu yang lepas cuti awal muharam. So, aku berkesempatan pergi ke pasar pagi tersebut. Dan akhirnya aku terpaksa setuju juga dengan beliau. Antara hujah2nya :
1. Pasar malam menggalakkan isteri tidak memasak makan malam. Terutamanya isteri yang bekerja. Ini perkembangan yang tidak sihat. Pasar pagi menggalakkan isteri memasak di rumah. Pergi pasar waktu pagi, dan balik tu terus memasak. Boleh masak untuk malam sekali. Kalau pasar malam, walau pun ada jual ikan dan sayur juga, tapi balik tu dah penat atau tak sempat nak masak makan malam. Tapi, kalau kerja, mana boleh pergi pasar lagi?
2. Salah satu cara bersenam. Pasar pagi bermula jam 8-12 tengahari. Oleh kerana pasar tu luas, kita terpaksa berjalan jauh untuk menghabiskan'tawaf'. Kena pulak matahari pagi, berpeluh2 dibuatnya. Pastu kesesakan lalu lintas memaksa kita memarkir kereta agak jauh. So, berjalan jauh lagi. Eh pasar malam pun boleh bersenam juga? Tapi bersenam malam tak sama ngan bersenam siang. Peluhnya lain, tak kena matahari pula tu.
3. Takyah mandi pun takper hihihi. Sebelum pergi pasar pagi tu tak perlu mandi pun tak per. Sebab kita akan berpeluh sakan dan kembali busuk dalam masa tak sampai 30 minit. Kalau pasar malam, balik tu penat, kena mandi pula. Tak elok mandi malam.
4. Kurang gejala sosial. Kalau masa aku kecik2 dulu, pasar malam umpama lesen keluar malam bagi anak2. Malam, gelap dan mengundang bahaya. Kalau pasar pagi, mana ada budak2 bujang rajin nor nak pergi pasar tu kan. Lagi pun keje kan. Kalau pasar pagi hari cuti pun, baik lah derang tido (eh, tu aku) daripada membeli jersi bola di pasar tu kan. Kalau pasar malam, balik keje boleh terus singgah atau pergi berkonvoi dengan kengkawan untuk membeli popcorn sambil mengorat (ni zaman dulu la, sekarang tak tau ada lagi tak).
5. Tapi pasar malam banyak menjual makanan2 sedap. Pasar pagi takde.
Hah! Ni ada satu cerita. Hari jumaat lepas, aku kengkonon nak lah bertukar angin. Asik pegi pasar gate air je kan, nak lah cuba pasar yang lain pula. Yang aku tau ada 3 tempat, square1, peserai dan dekat2 sekolahvokay/maktab. Oleh kerana peserai tu macam terlalu jauh la pulak, aku pun try pergi kat square1. Pusing punya pusing, last2 aku park kat belakang square1. Lalu aku pun berjalan ke pasar. Mula2 sekali aku nampak pakcik jual ayam kawan encik hairul. Dulu kami selalu beli tongkeng goreng kat gerai dia (eh, dia ke yang dulu keje bahagian ayam kat k4 ek? lupa.) Tapi sejak aku beli tongkeng rm2 dan dia bagi dekat setengah kilo, terus aku tak beli lagi dah. Bukan kesian ke apa. Tapi sebab aku terpaksa makan tongkeng yang banyak itu sampai loya tekak aku. Sibbaik tak trauma.
Ok, bukan itu ceritanya. Pastu aku pun jalan la kat pasar tu (di johor biasa dipanggil pasar lambak dan majlis pun ada pacak papan tanda tertulis di situ, pasar lambak square1 hari jumaat). Lepas separuh perjalanan, baru aku perasan. Eh, mana orang melayu? Serius! Pakcik jual ayam tu je lah satu2nya orang melayu yang aku nampak. Kemudian baru lah aku perhatikan betul2. Lorrr semua orang ciner lor yang berniaga. Pengunjung nya pun orang ciner jua. Ada la sorang dua budak melayu, itu pun tengok pada pakaiannya macam staf parks0n kot. Tengah belek2 bra (nak beli) pulak tu huhuhu. Bila dah sedar yang aku dah salah tempat, cecepat aku patah balik sambil menyedapkan hati, alah kengkonon aku nak beli buah2an ke, tiset ke, logik gak kan. Dan aku pun pergi ke pasar yang dekat sekolahvokay/maktab tu pulak. Dua je gerai yang aku familiar. Pakcik kebab dan wedges sedap ngan akak nasi lemak ayam bbq bermadu. Tengah aku berjalan2, hujan la pulak. Haisyyy ni lah sekali je aku pergi pasar ni. Takde nya aku nak pergi lagi dah pasnih. Nyesal pulak tak pergi pasar gate air jer hahaha.
p/s macam banyak lagi hujahnya, tapi dah lupa la pulak. kang teringat aku tambah lagi ek.
4 komen:
sejak dah kawen ni sgt susah nak gi pasar malam..cik laki takut anak hilang.huhu
pasar pagi..pun tak pegi jugak.beli kat mini market biasa je,sayang nak bangun awal..kah kah kah
alasan cik laki tak boleh blah! huhuhu.
pasar pagi memang menggalakkan bangun awal. kalau pergi lambat, dah panas dan barang pun dah habis. dan tak mencapai matlamat untuk mendapatkan bahan2 segar sebab dah layu dah sumer.
hehe.hujah en.somi akak brnas tau.hehe.tp pasar pg x best sgt.xfeel cm pasar lmbak kn?
pasar pagi xde nasi kerabu. jgn kan nasi kerabu, nasi ambeng pun takde.
Post a Comment