Tau apa ke benda kat gambar tu? Ya. Popcorn. Betul sekali. Bila ingat popcorn, anda akan ingat apa? Ya, tengok wayang. Tapi, aku bukan nak citer pasal aku tengok wayang citer liba5 hari sabtu lepas. Sebab memang aku takde tengok wayang pun. Tetapi aku nak kabo kan pasal popcorn itu semata2.
Ni semua gara2 mes1n jag0ng student aku tu lah. Akhir2 ni aku dihantui oleh mesin tu. Ingat dah tak dapat masuk bertanding tu, dah abis lah cerita. Rupa2nya kb aku masih tak berputus asa. Dia still nak mengetengahkan mesin itu ke persada dunia. Fuh! Takde lah. Dia suh aku cari maklumat lanjut mengenainya. So, aku pun gugel la pasal mesin jag0ng ni. Bila dah gugel tu, harus lah keluar segala benda yang berkaitan dengan jag0ng, termasuklah popcorn. Gitu lah sejarahnya. Lalu aku pun terjumpa resepi membuat popcorn.
Memula tu aku jumpa yang oramputih buat. Macam susah beno, nak kena pakai minyak kelapa (canola eh?) bagai. Sekali aku cari kat mairesepi, jumpa yang oramesia (apa punya kesalahan tatabahasa tah ni) punya. Laaa senang je ropa2 eh. Lantas, pada hari sabtu lepas, aku pun pergi lah mencari biji jagung itu. Memula carik kat PR je, tapi takde. Jag0ng ayam ada ler hehe. Last2 jumpa kat pasifik.
Hari ahad, aku pun membuat operasi membuat popcorn di rumah. Bahan2nya:
Mentega 1 sudu (lenkali taruk 2 sudu)
Minyak masak 2 sudu (lenkali taruk 3 sudu)
Biji jagung kering.
Memula panaskan minyak dan butter tu. Bila dah panaskan, campakkan biji jagung sebanyak 'menutupi dasar periuk'. Pastu tutup la piuk tu. Dinasihati agar menggunakan piuk kaca atau piuk berpenutup kaca kerana anda sudah tentu tak mahu melepaskan peluang melihat corn itu mengepop, kan? Hihihi. Review yang aku baca kebanyakannya excited melihat jagung itu meletop.
Tak sampai seminit, akan berlaku letupan pertama. Diikuti dengan letupan2 yang berterusan sehinggalah biji2 jagung itu semua habis meletup. Aku ingat dia meletup lambat lagi. Tu yang aku terus masak caramel dia terus. Bila dia dah meletup tu, aku pun kelam kelibut la menjerit, abang! tolong! tolong! Hahaha over di situ. Bila dia dah meletup, kita kena kuar kan dia terus. Habis tu, karang caramel tu hangus pulak (macam lah tak boleh matikan api tu dulu, ek? entah? tak sempat berfikir huhuhu). Maka, kami pun bergabung tenaga mengeluarkan popcorn dan memasak caramel. Senang, dari piuk, terus campak dalam kuali yang mengandungi caramel. Kendian, popcorn pun siap lah. Senang, kan?
Kenapa aku kata lain kali taruk mentega tu 2 sudu dan minyak tu 3 sudu? Sebab bila dah lama sikit, minyak+mentega dah kering, sedangkan biji jagung tak habis meletup. Dia takmo meletup bila takde minyak. Last2 aku buang je sikit sebab dah hitam piuk aku, dia takmo letup2.
Dan untuk membuat caramel tu, campak je 3-4 sudu gula dan 2-3 sudu mentega dan panaskan sampai cair dan kecoklatan. Pastu gaul la popcorn ke dalamnya. Eh, aku taruk garam sikit buat ada2. Lagi sedap ada masin2 sikit.
Oh, ekceli minggu lepas juga ada budak ie yang buat popcorn ni menggunakan mesin yang mereka reka sendiri. Itu juga menyumbang ke arah pembuatan popcorn ini.
Sekali lagi, presenting...
Popcorn sedap manis menawan. Rasa dia dah setanding pawagam dah. Memang sedap dan eh, sedap lah. Nom nom nom.
Tuesday 4 October 2011
Dihantui Oleh Jagong
Hasil karya AyunasiA pada 1:22 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
oh sedapnya.....mintak sikit boleh?...:)
jagung...jagung...hantu jagung...mane???tak bawak opis pon...makan sorang ea
yana: nah, amik sebalang!
ayu: kata aritu tak suka popcorn...
oh..senang je yer.laon kali wat byk2.curi2 wat masuk masa tgk wayang
Post a Comment