Biasa kan, dengar ayat ni? Soalannya, adakah lelaki semakin pupus, atau perempuan semakin ramai?
Kalau aku lihat di sekeliling aku, kelahiran bayi lelaki takde kurangnya berbanding dengan bayi perempuan. Tak tau lah statistik sebenar di kementerian kesihatan kan. Tapi, dari anak sedara, anak jiran, anak opismate, anak kawan, ramaiiiiiii aje lelaki? Saper kater pengeluaran mereka telah dikurangkan? (boleh ke wat stetmen nih tah?)
Kat opis aku, dulu, (opis sekarang tapi, suatu ketika dulu, takde la lama sangat dulunya), timbul isu anak sejenis jek. Samada lelaki jek atau pempuan jek. Aku rasa ni isu sejagat, bukan opis aku jek. Kalau yang ada sepasang tu, kira satu kepuasan dan boleh berlagak arrr ngan orang yang anak sederet boys or girls gitu. Ye lah, aku ni satu pon tak nampak bayang lagi, mungkin la, tak dapat menyelami perasaan mereka yang mengalaminya. Oh, tu pon ada yang tertekan bila dipertikaikan keupayaannya melahirkan zuriat berbunga. Apatah lagi yang tak berbunga2, ek? Siap berazam untuk berusaha bersungguh2 untuk mencuba lagi sehingga berjaya. Berjaya kah kalo dapat 2-2 eh? Kalau yang jenis tanah gambut tu, setahun satu pon takde hal lah. Cakap je nak, esok dah boleh berisi.
Ok, patah balik ke kisah pupus tadi. Eh, best kan, lagu pupus dewa tuh? Aku start suka time mawi nyanyi dulu la. Alaaa dulu kan minat mawi kununnya, apa lagu dia nyanyi pon suka. Cuba la, ko nyanyi la srikandi cintaku ke, biarlah rahsia ker, semuanya bingit di telinga ku. Wah! Macam putus cinta kekdahnya. (Huh, nyampah aku tengok langkah mawi werld yang baru tu. Mesti ke bawak bini dalam ini pilem? Ada nada jeles ker??? hahaha. Saper suh tengok. Bukan tengok. Tertengok)
Berapa kali nak patah balik daaa. Ok, kali ni betul. Mengikut laporan kebanyakan media, bukti kepupusan lelaki boleh dilihat di pusat pengajian tinggi. Lebih tepat lagi, unibesti. Takyah panggil semua pon, tengok kat dalam 1 kelas je pon dah cukup. Bukan setakat bidang2 yang soft2, yang hard2 pon ramai gegirls. Persoalannya, mana pergi para lelaki? Aku rasa kat sekolah tak nampak sangat perbezaan bilangan lelaki dan perempuan nih. Lepas je sekolah, barulah derang hilang, pupus.
Ada beberapa kemungkinan yang dibangkitkan berkaitan kepupusan lelaki. Antaranya,
1. Ramai masuk pusat serenti. Isy isy isy dah takde keje lain agaknya. Memang la ramai penagih dadah, tapi takde lah sampai sama banyak ngan pempuan yang masuk unibesti, kan... Agak2 la abanggg (tonasi budak dalam filem syurga cinta)
2. Lelaki ni banyak tanggungjawab. So, lepas sekolah derang terus kerja, bantu keluarga. Sian tau. Ada tu, sanggup berkorban demi membesarkan adik2. Ko je yang tak nampak, dia keje kat kampung2 je. Mana ada pupus.
3. Ramai dah mati, merempit je tau nyer. Mana tak pupus. Isy isy isy, takde la ramai sangat yang mati sebab rempit. Ada, tapi tak la ramai sangat, hingga menyamai bilangan siswi sebuah unibesti.
4. Ada, tu haaa melingkor kat rumah. Mengabehkan boreh mak bapak yo kerojer eh. Dah gitu, pandai lak menagih. Takde duit, merompak, mencuri, peragut. Ada ko dengor perompak, peragut pompuan? Jarang, kan? Ada ke? Takde kot? Ha, tu lah pekerjaan lelaki. Mana ada pupus.
5. Heiii tak nampak ker tu? Ramai2 kat masjid masa ari jumaat? Korang sibuk menyoping, memang ler nak perasan. Coba ko dok tepi masjid tu, sambil dengar khutbah. Mesti ko takkan percaya begitu ramai makhluk itu.
6. Derang jadik askar la. Masuk kuar hutan, cemana nak nampak. Mereka lah perwira yang memastikan keamanan dan kedaulatan negara terpelihara. Nak nampak derang, time hari kebangsaan, hari angkatan tentera. Mesti kuar tv. Tak pon time ada demonstrasi jalanan, rusuhan. Baru derang kuar. Derang ni digelar, askar simpanan. Eh, ada ker? Tah, apa tah gelarannya. Satu lagi, derang kuar time pilihanraya ekekekekek. Ramaiiiii yang mengundi pos hihihi.
7. Dan ini, point aku. Derang tak masuk unibesti. Tapi kalau anda masuk ke institut latihan kemahiran, lelaki memonopoli tempat ini. Ambik je kelas aku sebagai contoh. Dalam satu kelas, 20 orang, 5 orang je pempuan. Ada tu, kelas 34 orang, 1 je bunga. Hostel lelaki 2 blok, hostel pempuan 1 je. Tu pon tak penuh.
Aku pernah interbiu student aku, kenapa masa sekolah tak belajar bebetul? Leh masuk unibesti. Derang kata, masa sekolah takde kesedaran puan. Mainnn je tau nya. Malas belajar. Tak pikir pon masa depan. Ngorat awek tau ler. Tapi, bab modify motor kasik laju, takyah diajar, berdesup je motor tu. Rempit la apa lagi. Tu yang jadi point ke-3 tu tadi. Dah lepas sekolah, keje kilang, gaji sikit, nak beli motor pon tak lepas, baru lah datang kesedaran. Tu yang masuk institut latihan jek. Nak keje baik sikit, leh beli motor, bleh kawen.
Betul kata orang, lelaki lambat matang. Sedar pon lambat. Ni bukan semua. Tapi kebanyakan. Kalo tak, takde la orang kata lelaki dah pupus. Pempuan pun ramai yang main2 masa sekolah. Tapi, bila cukup 'haul'nya, ada orang masuk meminang. Yang masuk unibesti, masuk. Yang tidak, keje, dok umah, kawen. Takde orang ambik kisah. Yang masuk unibesti dah ramai pempuan. Dah bleh cover yang tidak. Jangan orang lelaki. Nombor 1, ditanya bakal ibu dan bapa mertua, keje apa? Apa? Ahlil muzik? Ok ok, setuju terus. Esok jugak buleh menikah. Bagus la kan? Persepsi ibu bapa zaman sekarang dah berubah berbanding zaman p ramli. Cumanya, boleh cari makan sampai mati ke? Ada, ada yang berjaya di medan seni.
Dah, kering idea ku. Aku bukan berniat untuk membangkitkan semangat feminisme. Sekadar memberi pandangan.
Kesimpulannya, lelaki bukan pupus, tapi tak nampak, tak kelihatan. Media suka buat liputan waktu pendaftaran masuk pelajar ke unibesti. Cuba tiap2 ari derang wat liputan kelahiran bayi2, kot2 bukan kata pupus, e'eh, ramai nyer.... mana pergi derang ni biler besar ek?
Maybe cikgu sekolah boleh beri statistik rambang mereka di peringkat sekolah?
1 komen:
Salam singgah..
jom beli buku kt blog sy..hehe
Post a Comment