Saturday 21 July 2007

Plan Minggu Hadapan

Semalam aku dapat sign in YM thru' meebo. Baru lah rasa best sikit. Dapat chatting ngan abang, Yayu dan Eita. Sekarang ni memang musim baju kurung Riau, kan? Ramai yang dah buat. Aku baru nak buat untuk raya nanti. Aritu ada buat satu customer punyer. Senang je jahit dia, tak banyak jahitan. Kat admin paling ramai pakai baju ni. Sesuai nya kalau kain jenis nipis dan ringan. Cantik je melayang2 baju tu nanti. Setakat ni kedua2 kakak ku itu dah tempah untuk raya. Entah bila aku nak mula menjahit ek? Next week lah aku nak bawak mesin jahit ke Mersing.

Baru kejap tadi, kami pergi K4, Summit dan Elyza's. Memula gi K4 dulu. Beli satu storage box, Shokubutsu dan fail. Fail tu untuk aku buat portfolio SKM aku nanti. Murah sket kat situ. Last week tengok kat Pacific, 8 hengget lebih. Pastu beli silotep kat kedai buku. Nak buat tampal kotak yang aku bawak semalam. Oh ya, semalam aku nampak kat luar bengkel tu ada beberapa bijik kotak nak buang. Aku pun ambik, bukak dan simpan dalam kete. 4 bijik gak tu. Boleh la buat simpan pinggan mangkuk. Kalau ikutkan abang, segala benda yang dibeli, mesti dia simpan kotak. Dia kata, nanti ada gunanya. Aku lak, tak suka menyemakkan bilik yang dah umpama stor tu. Last2, time nak pindah gini, memang berguna pon kotak2 tu. Hehehe suka lah abang tu.

Pas gi K4, kami singgah Elyza's jap. Saje je survey2 kain langsir dia. Hmmm boleh tahan mahal. Satu meter je dah RM26. Alamatnya, beli kat Nilai je lah nanti. Kendian kami gi Summit. Makan kat McD. Dah sampai situ baru teringat nak beli baju baby. Ok lah jugak, kat situ pun banyak pilihan. Tapi Pacific lagi banyak rasanya. Boleh lah. Belikan untuk Apis ngan Amin sekali. Aritu masa Amin lahir, kami beli sepasang untuk si baby jek. Sekali Apis nye jeles. Kali ni beli untuk 3-3 orang senang. Boleh pakai buat raya. Pastu kami pun balik.

Malam ni nak sambung kemas barang lagi. Pagi tadi dah half way. Oh, pagi tadi kami sarap kat Buana. Aku makan soto, abang makan roti prata jek. Masa kat kedai tu, Daud, tokey lori, tefon. Ok lah, dia boleh sewakan lori. Dia nak bawak sorang partner buat tolong angkat2 nanti. Kendian, kak Yus tuan rumah baru lak tefon. Dia kata dia tengah memasang lampu2 dan kipas2 kat rumah tu. Hm... ari Jumaat boleh lah dapat kunci. Kendian abang nak kerah e'adiknya mencuci rumah. Bagus bagus... So, Sabtu tu tinggal pindah jek.

Ahad pulak rasanya kena balik rumah ni untuk clearkan semua lah. Banyak wiring nak kena buka semula. Pastu nak bukak tikar getah dan buat clearance lah. Ari Isnin tu dah boleh pulangkan kunci. Jumaat ni jugak, dah boleh settle kan termination tefon dan Streamyx. Rasanya dah takde sape nak guna kat rumah. Takat aku nak update ni, boleh pass kat abang jek tugas nih. Astro pun nak tukar alamat. Bank2 dan kad2 keahlian The Store, Pacific, semua kena tukar alamat. Abang lah yang kena settle kan semua tuh. Kesian dia. Isnin ni baru nak bukak simen. Maybe Selasa tu dah start keje pulak.

Okeh, tu je untuk arinih. Minggu depan, ada 2 benda baru dalam hidup kami. Apa dia? Aku akan buat press conference untuk mendedahkannya nanti ek. Tunggu...

1 komen:

Anonymous said...

good news ni....siap nak buat PC :) apa2 pun congrate in adv.