Friday, 24 May 2013

R u ok?


Malam semalam, aku sms encik suami. Tiada balasan sampai tengah malam. Hati dah mula risau dan berdebar2. Jantung dah berdegup laju. Kali terakhir beliau telefon ialah pada malam semalam, ketika keluar dari stadium. Macam2 dalam fikiran aku. Sejak kes kereta di hari raya aritu, aku cepat berburuk sangka. Tak jumpa kereta lagi ker? Kereta terbabas masuk gaung takde orang tau ker? Henpon kena curik ker? Pengsan sensorang ker? Macam2 lah lagi.

Dari pukul 11.30 malam sampai ke pukul 12.15 pagi, aku tak berenti mendail. Semuanya tak berjawab. Sampailah kedengaran suara perempuan. Jeng jeng jeng. Sebenarnya aku dail tapi tak dengar direct. Kira sayup2 je lah bunyi deringan tu. Dan bila sayup2 dengar suara perempuan, lagi lah laju degupan jantung ku huhuhu. Bila aku dail semula, perempuan tu cakap, the number you have dialled is not reachable, please try again later. Fuh! Lega dari satu sudut. Bukan perempuan 'lain'. Tapi hati tetap risau sebab kemungkinan telefon dah habis bateri pulak. Dah siap terfikir, nak call saper ek? Jiran sebelah? Mak mertua? Adik ipar? Hah! Telefon  sapit lah, suruh dia tengok kat rumah. Tapi dah tengah malam, macam tak patut pulak nak call.

Banyak kali jugak perempuan tu menjawab. Air mata dah bergenangan. Ya Allah, selamat kan lah suamiku. (huhuhu poyo je macam drama). Tapi serius, masa tu rasa macam hopeless. Hanya padaNya tempat bergantung. Sampai terpikir jugak nak drive balik malam ni jugak.

Tiba2 telefon kembali berdering. Tapi masih tiada jawapan. Ku cuba berkali2 dan akhirnya panggilan itu berjawab.

Abang pegi mana? Kenapa dengan telefon abang?

Oooooo abang tertinggal telefon. Abang pegi sekolah ayang la, sekolah sains, dengar forum perdana ehwal islam.

Huuuuuuuuuuu...

Terharu, sebak, lega hahaha.

Ekceli last week aku yang bagitau pasal siaran langsung ehwal islam kat sekolah aku tu, tapi tak sangka lah pulak beliau ingat dan betul2 pegi hihihi. Aduhai...



6 Tahun


Diam tak diam, hari ini genap 6 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan MALAYSIA. Pada hari ini, dalam tahun 2007, (baca di sini, takkan nak ulang kot). Kalau masa tu, aku memandang orang yang senior 3 tahun je pun, aku dah fikir, uiii terel dah derang ni... Tapi bila aku sendiri dah melaluinya, malah lebih 3 tahun pun, aku masih rasa banyak kekurangan pada diri aku. Tak tau lah orang lain pandang macamana. Mungkin sebab kebanyakan derang yang aku temui dulu, kalau kat tempat kerja, jadi ketuabahagian. Sedangkan aku, tak pernah pun memegang apa2 jawatan 'ketua'. Pendek kata, tak pernah ada anak buah lah. Atau tak pernah jadi PegawaiPenilaiPertama lah. Sebab tu kot aku rasa kurang.

Tapi kalau nak dikira dari sudut pengalaman mengajar, mungkin aku boleh jadi juara kot (di kalangan kawan2 sebatch je lah) huhuhu. Memang dari mula menjejakkan kaki ke institut lagi, aku dah memang mengajar. Even masa kat mersing dulu pun, kawan2 lain kat institut lain semua rilek tak mengajar dan tumpukan pada mendapatkan sijil skm. Tapi aku, jadi student, dalam masa yang sama jadi pengajar jugak. Errr apa yang aku nak sampai kan sebenarnya eh? Sebenarnya just nak ucapkan selamat ulang tahun perkhidmatan yang ke-6 kepada diri sendiri dan rakan2 sebatch yang berada di jpk&jtm dan di mana jua berada dengan ucapan, macam biasa lah, hari ulang tahun kiter mesti merangkap hari gaji. So, selamat semua lah!

Tuesday, 21 May 2013

Jangan Rindu


Blog ini berhibernasi untuk 2 minggu lagi.

Saturday, 11 May 2013

Yang Tidak Disiar Dalam FB


Satu yang aku suka tentang blog, berbanding laman sosial lain ialah, aku 'bebas' menulis apa sahaja (kecuali soal dasar, betul, tuan director?) tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Sebab orang baca blog sebab dia 'nak' baca. Tidak seperti di laman sosial yang selalunya kiter 'ter'baca. Sifat streaming laman sosial itu kadang kala menjerat kita, kan? Walau pun kadang kala kiter bukan lah nak sangat baca entry orang tu. Tapi dah sifat semulajadi, bila nampak orang tu baru update, kita terus klik link dia dan errr 'ter'baca jugak. Tapi kalau tak suka dengan entry tu, dah, jangan masuk blog dia lagi dah. Buang link dia dari bloglist kita (aku tak buang sebab masih menjaga hati hahaha) dan lupakan. Bukan kiter kenal dia secara personal pun. Kecuali lah kalau pembaca blog kiter tu ialah kawan2 kiter.

Terlintas di fikiran aku akan jenis2 kawan pada hari ini. Kawan di alam maya ini. Satu, kawan lama di alam realiti yang kiter temui balik di laman sosial. Sebahagiannya menjadi kawan di blog juga. Tapi aku tak ramai kawan jenis ini yang baca blog ni sebab tak mahu kebebasan bersuara ini tersekat. Kalau pun terlepas jugak sorang dua, korang terpaksa lah pasrah kalau entry2 aku tak kena dengan selera politik korang. Atau paling mudah, buang link aku dari bloglist korang, berhenti 'melanggan' blog ini dan lupakan saja. Kita tetap kawan walau tidak berkomunikasi.

Kedua, kawan yang originally dari alam maya dan terbawa2 ke alam realiti. Atau yang memang tak membawa ke alam realiti langsung pun. Tak pernah blind date. Walau pun sikap menjaga hati itu masih perlu, ia tidak lah sampai tahap jingga sangat. Jadi, secara pukul rata, aku anggap pembaca blog ni ialah dari kategori kawan kedua ini. Boleh jugak aku tambah kategori ketiga tapi ni tak masuk kategori kawan, tetapi orang yang baca blog ini kerana ter'paut' dari keputusan enjin carian. Ni yang lagi ramai sebenarnya (untuk blog ni lah. blog korang mestilah lagi ramai regular reader, kan). Kesimpulannya (kesimpulan bagi intro ni, bukan entry ni. belum lagi) apa yang akan aku tulis di bawah ini ialah segala yang tercetus ketika menghadap fb, sudah tertaip di ruangan 'what's on your mind?', juga sudah customized untuk dikongsi, kepada siapa dan tidak dikongsi kepada siapa (eh, tak, aku guna english kat fb aku) tetapi tak tertekan butang 'post'. Banyak sangat yang difikirkan.

Pertamanya yang ingin aku dibangkitkan ialah tentang pengalaman sehari semalam berada di kampung halaman sebelum pru. Benda pertama yang aku temui di atas meja tempat abah selalu membaca sotkabo ialah sebuah buku tanpa nama penulis dan penerbit bertajuk (lupa tajuk sebenar tapi lebih kurang cenggini la) 'kenapa mereka tinggalkan anwar'. Aku percaya buku ini diedarkan kepada seluruh warga kampung ini. Di dalamnya diceritakan kisah2 oleh para bekas kawan dan penyokong dsai tentang sebab2 kenapa mereka meninggalkan dsai. Antaranya ialah zulkiflinordin. Tapi secara rawak (aku baca skip2), dua sebab utama mereka meninggalkan dsai ialah kerana soal moral dan kerana sikap gila kuasa. Ada satu kisah tu, mamat ni kata dsai pernah bukak pintu hotel dengan memakai long john. Maksud dia, kalau orang tu 'bermoral', mestilah dia suruh tunggu jap, pakai baju, sebelum buka pintu tu. Apakah? Tu baru satu kisah. Ada banyak lagi, termasuk yang terlibat dengan kes 1998 dan 2008. Ada la dalam 20 orang kot.

Aku juga percaya, sesiapa yang membaca buku yang muka suratnya tunggang terbalik itu, jika tidak mendapat maklumat lain yang membela, akan percaya sepenuhnya cerita2 itu. Tapi aku rasa abah tak baca habis buku tu sebab ada mukasurat yang melekat dan tak diceraikan lagi. Aku pulak yang berusaha menceraikannya hahaha. Tapi nak sampaikan di sini bahawa masyarakat kampung tidak mendapat maklumat yang seimbang. Walau pun ada anak2 muda yang terdedah dengan maklumat2 ini, maklumat2 ini tidak cukup kuat mesejnya untuk mereka terima, apatah lagi nak disampaikan kepada ibu bapa mereka. Ye lah, mereka tinggal dalam persekitaran itu kan.

Kedua. Selepas menarik nafas yang agak dalam, mengira tolak tambah kali bahagi aku dah boleh menerima keputusan pru13. Aku percaya kepada qada' dan qadar. Memang itu yang sudah tertulis. Kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi kita masih boleh memperbaikinya pada masa akan datang. Akan datang tu bukan lah 5 tahun lagi. Lama sangat tu. Derang ada masa 21 hari untuk menghantar petisyen. Aku memang tak mampu berbuat apa2 lah. Biarlah mereka yang sepatutnya yang melakukannya. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan mereka. Doakan yang baik2 saja.

Ketiga. Tentang isu yang berbangkit sebaik sahaja pru13 melabuhkan tirainya. Isu racist. Sebenarnya sebelum pru lagi orang dah cakap, tapi ia meledak selepas itu. Tsunami ciner kataya. Memang, kebanyakan ibu negeri telah ditawan pr, kecuali jb dan melaka kot (malas nak carik, tapi rasa 2-3 buah jer). Semorang tau ciner ramai kat bandar2, apatah lagi ibu negeri. Tak termasuk terengganu dan kelantan la tapi. Tapi sebenarnya orang ciner pangkah sesiapa sahaja selain bn. Aku pun terkejut bila batu pahat boleh jatuh ke tangan pkr. Bukan apa. Kalau nak diikutkan kawasan bp ni dari bandar bp tu sampai ke rengit. Sepanjang tu banyak kampung2, parit2 yang ramai melayu. Kalau ikut tempat2 lain di negeri johor ni, kalau kata kampung, mesti be end pegang punyer lah. Apatah  lagi calonnya ialah bekas timbalan menteri pelajaran. Tapi, bak kata (opismate) aku, 'dah, aku mintak tukar laki aku dia tak nak tolong, padan lah muka aku tak pangkah' hahaha. Husband dia asal cikgu, naik pangkat pindah ke iab gentinghighland. Tapi bila dun penggaram (area bandar) pun pr (dap) menang, aku yakin udi ciner turut membantu. Hakikatnya, parlimen tu malay lawan malay, manakala dun tu ciner lawan ciner. Takde pilihan.

Eh, pasal analisis pru, biarlah selepas aku selesai mengkaji ek. Ni nak citer pasal isu tadi. Bila orang ungkit pasal 13mei, aku selalu terkaitkan dengan kisah jepun. Bila jepun menyerang mesia? 1941? Ke 1945? Boleh tak dah lupa? Tengok! Bukan aku je yang lupa. Ramai lagi yang dah lupa. Bukan setakat lupa tahun, kekejaman yang dilakukan oleh jepun ketika itu pun orang dah lupa. Errr tu bukan lupa sebenarnya, tapi orang yang melalui zaman tu yang dah takde lagi dah. Kalau kita tengok, masa tu adalah zaman datuk nenek dan moyang kita. Tetapi pada zaman 80-an, ketika dasar pandnag ke timur diperkenalkan, masa tu ialah zaman mak abah kiter. Masa tu datuk nenek kita mungkin masih ada lagi. Kita pun ramai yang dah ada. Tapi masa zaman jepun tu mak abah kiter masih kecik atau belum ada lagi. Sama lah juga, masa tahunn 80-an, kiter masih kecik atau belum ada lagi.

Nak sampaikan kat sini ialah, macamana kiter dan mak ayah kiter boleh 'memaafkan' akan kekejaman jepun, sebaliknya boleh pergi kerja di kilang jepun, hantar korang belajar ke jepun, kawin dengan orang jepun, tengok rin hani koma dan oshin, maero attack dan chiaki (eh betul ke tajuk ni?), seolah2 jepun tidak pernah menjajah negara kita. Ada lah marah sikit2 bila tengok citer sarjanhasan dan embun kot. Adakah kerana kita tidak berada pada zaman itu dan hanya membacanya dari buku sejarah?

Tengok pulak pada kejadian 13mei. Masa tu kiter belum ada lagi. Sebahagiannya dah ada, tapi masih kecik, tak tau pape. Kiter tau pun dari buku sejarah dan cerita mulut ke mulut. Tu pun mungkin orang kl je tau cerita sebenar. Sotkabo pun tak banyak masa tu. Kalau ada pun, entah2 (spekulasi) 'sama macam sekarang'. Tapi kenapa sampai sekarang kiter masih tak mahu memaafkan kaum itu? Padahal derang sama jugak macam kiter, pegang ic biru? Aku bukan nak memperjuangkan kaum derang, atau mengenepikan hak bangsa kita. Walau pun aku tak berapa nak suka dengan bangsa yang lagi satu tu, tapi tu 'tak berapa nak suka terpilih'. Sikap sesetengah mereka yang aku tak suka. Namun, terimalah hakikat bahawa keberadaan mereka di tanah air kita ini banyak manfaatnya kepada kita. Betol tak? Banyak sangat sebenarnya. Errr jangan suruh aku pindah ke singapore pulak ek?

Akhir kata,

Kepada pr, dalam kesedihan akibat kegagalan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kemenangan yang besar. Mungkin itu boleh merawat hati.

Kepada be end, dalam kegembiraan atas kemenangan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kekalahan yang besar. Tapi kenapa aku lihat derang tak berapa nak happy eh? Lagi mau tanya ker?






Thursday, 2 May 2013

Oh, Tribal!


Pada suatu hari, sorang student pempuan ni beritau, "puan, sekarang dah ada tudung bawal tribal..."

Apa benda tu?

Alaaa tribal. Puan tak tau?

Entah? First time dengar.

Tribal tu macam kasut puan la...

Haaa??? (sambil tengok kasut)

Ooo ini ker tribal? 

Kiranya corak zig zag ala pua kumbu ni la tribal kot ek?

Aku pun tak tau yang kasut tu bercorak trend masa kini hihihi. Aku beli sebab nampak cantik jek. Tak sangka pulak. Dah lama gak aku beli kasut tu. Agaknya selama ni student tu dah lama perati kasut aku kot.

Pastu aku cakap, ooo patut lah aritu saya ada nampak sorang pompuan ni pakai skirt corak cenggini, dengan tudung pun corak cenggini. Cantik jugak.

Haaa ye lah tu. Sekarang ni baru keluar tudung bawal corak tribal ni. Sebelum ni skaf/shawl jek.

Ok, maknanya sekarang ni tengah musim tribal la kan? Maka aku pun tidak mahu ketinggalan mengikut trend ini hehe. Mula2 sekali nak cari skirt dulu.


Memula berkenan yang ini. Banyak warna, sesuai untuk kebanyakan baju yang aku ada.

Pastu tengok yang ni pun nampak cantik jugak. Ok, beli 2-2. Tapi sebenarnya ada berkenan lagi satu. Tapi lain kali lah. Ini kali lah beli yang ni dulu.

Pastu, jumpa tudung pulak. 

Kesimpulannya, aku sudah ter'tribal'. Anda bila lagi?

Wednesday, 1 May 2013

Retak Seribu

Pada suatu hari rabu, aku bawak kereta kancil ke tempat kerja. Sebelum bergerak tu, baru aku perasan yang side mirror belah driver tu dah pecah. Selisih dengan kereta orang, kata encik suami. Aku pun terus pergi. 

Sedang aku dok layan radio, tiba2...

POM!

Mak! 

Terkejut aku. Rupa2nya cermin windscreen keretaku retak. Ooo dia meletup ek. Tak pernah. Aku ingat dia akan retak tiba2 jek. Dan aku ingat dia pecah bila terlampau panas waktu tengahari jek. Ni pagi, sejuk, ada ekon lagik.  

Nak buat apa ni? Boleh je teruskan perjalanan sebab boleh nampak jalan dari celah2 retakan. Tapi aku decided to berenti kat tepi jalan. Terus call ayu. Kot2 dia belum sampai situ, boleh tumpang. Tapi dia dah sampai la pulak. Telefon encik suami, dia suruh terus jek. Tapi aku pikir, kalau terus, aku kena pandu slow. Sekarang ni waktu puncak, orang berkejaran nak pergi kerja. Tak pepasal kena sumpah kalau bawak macam siput. 

Last2 aku teruskan perjalanan dengan di escort oleh ayu dari belakang hehe. Kebetulan pulak, depan kete aku ialah sebuah bajak. Ok lah, bukan aku yang punca slow tu. Sampai opis, terus park kat depan. Punch card merah. Tulis kat kenyataan, 'cermin kereta pecah'. Macam takde kaitan jek hihi.

Gini lah keadaannya semasa aku berenti di tepi jalan. Masa ni masih berbunyik krik krik krik.

Petangnya, pukul 5, encik suami datang nak bawak kete berjumpa doktor cermin. Entah kenapa line celcom pulak tokleh buat call. Memula aku ingat nak terus balik jek. Sekali pikir balik, apa2 hal jadi tengah jalan, macamana dia nak telefon aku? So, aku follow jugak ke kedai doktor cermin.

Belah bawah retak seribu, belah atas retak seratus jek, Ok lah. Kiranya tahan 13 tahun la jugak cermin ni sebelum pecah.


Nak dijadikan cerita, pagi tu aku dapat sms dari AG, bagitau claim aku pergi melaka tu ari dah di bank in kan. Dan rege cermin yang aku ganti ni lebih RM7 jek dari claim aku tu tadik. Alahai. Kalau dah bukan rezeki, dah masuk dalam perut pun boleh termuntah balik.

Sembang2 Bersama ABU (anak belum-cukup umur, bukan asal-bukan-umno)

Situasi 1

Student: Puan, kenapa orang keje kerajaan tak nak undi kerajaan?

Puan: Eh, mana ada kerajaan bertanding dalam pilihanraya. Yang bertanding tu be end ngan pr.

*dah macam jawapan UAI lak jawapan puan ek ekekek.

Student: be end tu apa?
Puan: be end tu parti. Dalam be end ada amno,m1c,mc@,parti sabah sarawak sumer bla bla bla. Ada 14 parti dalam tu. be end la kerajaan dari dulu sampai sekarang. Sebab tu orang (termasuk awak) ingat be end tu ialah kerajaan.
Student: pr tu apa pulak?
Puan: pr tu pakatanrakat. Dalam pr ada pkr,pas,dap. Derang pembangkang sekarang.
Student: Abis tu, kalau be end kalah, pembangkang jadi kerajaan lah?
Puan: Sekarang ni kiter belum ada kerajaan. Yang ada kerajaan sementara. Lepas pilihanraya nanti, kalau be end kalah, pr la jadi kerajaan. be end jadi pembangkang la pulak.
Student: Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Naif nyer.

Situasi 2

Puan: Awak ni macam be end tau!
Student: Puan! Politik!
Puan: Tak lah. Awak tu, kalau buat assignment, semua jawapan sama. Macam be end. Potostet! Saya tanya ciri2 bahan magnet, sorang tulis ciri2 beban magnet, semua tulis ciri2 beban magnet. Sorang salah, semua salah.

Situasi 3 : Sedang membuat Ujian pukul 2 petang.

Puan: Ujian kali ni awak tak boleh pergi toilet. Nak buang air, pergi sekarang. Lepas tu, letak semua henfon kat depan.

30 minit kemudian, salah satu henfon berdering. Puan pun melihat skrin henfon itu.

Puan: Alamak, 'Emak memanggil'! Sorry mak! Anak mak tengah test (puan tekan butang cancel).

Owner henfon tersipu2.

So sweet kan? Emak telefon petang2 macam ni. Beberapa minit kemudian, sms pulak masuk.







Wednesday, 24 April 2013

Sultan Muhammad Al-Fateh Moden


Laaa kata nak pasang lampu lip lap lip lap sempena hari raya ni. Mana??? Adeh... bukan takde idea, tapi takde masa lor. Dan kadang2 idea  yang keluar juga tidak sesuai untuk tatapan umum. Kang kena tangkap dek akta-kesalahan-pilihanraya-1954-seksyen-11(1)-d-dan-c (takde kena mengena), saper nak jamin aku? Tapi hati tetap2 gedik2 nak mengulas tentang pru. Rugi oh. Bukan setahun sekali.

Aritu aku kata datukhusammusa (DHM) tu hero of the hero kan? Tapi ada orang lain gelarkan dia 'sultan muhammad al-fateh moden'. Isy, aku ni dah lah sensitif kalau sebut pasal sultan muhammad nih. Tapi bila pikir balik, ada betulnya jugak. Sultan muhammad pembuka pintu kota konstantinopel, manakala datukhusam bakal pembuka pintu putrajaya. Saper pulak nak jadi hasan tukang pacak bendera tu eh?

Dan baru lah aku terfikir bahawa walau bagaimana sekali pun, beliau mesti kena menang di putrajaya. Ye lah, apa cer pulak kalau beliau kalah, tapi kerajaan pr dah tawan putrajaya? Kalau beliau menang, tapi pr masih tak dapat masuk putrajaya takde lah pelik sangat kot. Ok, itu biar orang putrajaya yang pikir.

Pada hari penamaan itu ari, banyak video yang aku tengok, tapi tak boleh lawan video pencalonan dhm di putrajaya. Sebak dan terharu pulak. Sambil2 tu aku layan jugak filem fetih1453. Tambah lagi rasa terharu. Isy isy isy. Kan best kalau aku mengundi kat sana? Rugi pulak tak join mana2 penamaan calon. Abih, malam tu aku gi tengok bola, balik dekat pukul 2 pagi. Ngantuk lorrr. Bangun2 tengok kat tivi je lah.

Tapi, jangan pandang rendah calon di kampung ku. Kalau selama ni lepas penamaan, azalina boleh bungkus kain baju duduk diam2 kat rumah, tetapi tidak kali ini. Bukan sahaja beliau dilawan oleh calon pr, tetapi juga oleh seorang calon bebas. Yeay! Maknanya aku boleh mengundi la. Walau pun pru12 aritu dah pernah mengundi, tapi tu cuma undi satu kertas jek. Kali ni boleh pangkah dua kali. Jakunnya!

So, siapakah calon di kampung halaman ku? Haaa bukan orang biasa2 ok. Retis lagik! Ko ade? Azalina akan dicabar oleh penyanyi 80-an dayangku intan dan seorang lagi calon bebas lelaki, errr apa nama dia ek? azman ke haper tah (malas nak carik) Lantak ler. Yang penting aku berbangga kerana akhirnya, wujud jua seorang pemimpin di kalangan pr. Biarlah tak menang pun kan, asalkan tidak lah azalina tu menang gratis je kan. Eh, itu untuk kerusi parlimen. Kerusi dun pulak calon bn ialah yb yang lepas, hamimah, manakala pr memperkenalkan seorag calon paling muda, anis-afida-mohd-azli yang berusia 25 tahun. Memula aku ingat entah siapa lah budak ni. Tiba2 hari isnin lepas, ada seseorang update pasal ex-cikgu sekolah semencu yang meninggal dunia. Aku tak terfikir apa2 masa ni. Tapi tak lama tu, salahuddin-ayub (tak kenal sudah!) pulak update pasal ayah anis-afida tu baru meninggal. Dan nama ayah dia ialah cikgu-azli-jopri. Eh cop cop! Kompius jap. Maknanya anis tu anak cikgu-azli lah? Dan cikgu-azli ialah orang eto5 (anak peneroka) blok 12 (abah blok 13 ok). Ok, cerah sudah. Maknanya, takde sebab kenapa aku tak pangkah cucu peneroka eto5! hahaha.

Best kan, musim pru kali ni? Tak dapat (dan tak boleh) pergi ke 'rapat umum' pun, masih boleh dengar atau tengok secara live kat tenet. Terutamanya yang penting2, macam kat desapinggiranputra tu ari. Live kat cilifm. Hari tu, mula2 dsai ada kat dewan ciner mana tah, kunun ada debat dengan najib anjuran bersih. Ada live jugak kat radiobangsarutama. Sekali, najib dengan selamba dok lancar manifest0 selangor. Baru dsai nak sampai desapinggiranputra, dia terpaksa patah balik ke hq ada emergency. Maka keciwa lah orang2 putrajaya malam tu. Pendek kata, tetiap malam ada je live streaming dari tempat kejadian. Kalau nak dengar suara DHM tetiap ari, sila lah klik cilifm.blogspot.com hehe. Tapi bukan la tetiap ari. Kerap kali la.

Ok aku nak buat pengakuan di sini bahawa aku sebenarnya baru tau yang auku dah dipinda. Lorrr mati2 aku ingat masih sama macam dulu. Rupanya yang dipinda ni dah membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik.  Patut lah ada mahasiswa yang nak bertanding kat pekan tu ek? Tapi tak jadik. Aku pun ada perasan, dalam bukujingga ada mention, nak mansuhkan auku. So aku ingat, memang auku yang lama tu lah. Rupanya walau pun dah dipinda, pr tetap nak mansuhkan jugak.

Ni semua salah errr media (nak juga cari kambing hitam). Macamana lah aku nak tau, kalau dah pinda ke tak pinda, takde beza pun? Semua yang berlaku selama ni aku tengok dan aku dengar tak menggambarkan auku yang dah dipinda pun? Dia lebih kepada, mahasiswa bebas berpolitk, tapi di luar kampus. Macam baru ni yang forum kat uia yang tak boleh buat kat uia tu. Derang kata mahasiswa ni dah macam bonzai. Walau pun auku dah dipinda, mahasiswa masih lagi bersikap dingin terhadap aktiviti politik. Dah terbantut. Tu yang aktiviti politik tak berapa meriah di kampus. Ok, aku banyak dengar forum dan debat pra-pru, tu yang baru tau hihi.

Ari tu aku ingat, kempen paling tak boleh blah ialah lagu sayangiselangoryakinibn tu. Sekali tengok tivi1, ada lagu yang dinyanyikan oleh pompuan onenationemcee sambil tergeliat2. Siapa lah yang teruja nak keluar mengundi kalau dah gitu kekdahnya. Alaaa kalau tengok tivi1 ada dia tunjuk simulasi mengundi, pon pompuan tu pelakonnya. Tak nyanyi pun memang dah gedik dah. Eee meluat! (saper suruh tengok tivi1?) Aku bukan apa, kan kau suka tengok program analisis kan. Tu yang mana2 tivi pun aku layan. Memang lah tivi2 tu sumer tak boleh pakai, tapi ada juga yang relevannya. Antara program yang aku layan ialah lanskap-pru13, respon (tv1), malaysia-memilih, vantage-point (awani), rakyat-memilih (tvalhijrah), chat-pru13 (tv9) dan mandat-pru13 (tv3). Oh, a'ah ek, aku lupa nak tengok ntv7 dan tivi8. Masa hari penamaan aritu aku layan awani je, selain alhijrah. Tapi tiba2 hari isnin kot, derang jemput fathul-bari, langsung cancel nak tengok alhijrah dah huhuhu.

Macam2 berlaku setakat ini. Dari isu calon bukan pilihan rakyat setempat, roket mendarat di bulan, tak tercalon lalu mencalonkan diri sebagai calon bebas, calon-bebas-mesra-bn, eh, macam2 lah lagi. Kang berjela2 pulak entry ni.

Apa2 pun kiter kena ingat, hati manusia ni dipegang oleh Allah swt. Jadi, boleh jadi pilihan kita hari ini tak sama dengan pilihan kita ketika memegang pen untuk memangkah tu nanti. Doa je lah yang baik2.




Thursday, 18 April 2013

Bola Lagi dan Lagi dan Lagi



2 minggu berturut2 pada awal bulan april ni ada bola kat larkin. Mula2 ligasuper cam biasa, lawan terengganu. Kendian pialaFA suku akhir lawan selangor. Seperti yang sedia maklum, jdt menjadi lauk ketika di selangor itu ari. Kekalahan tu tidak lah aku sedihkan sangat sebab dah dapat agak. Tapi yang aku sedihkan ialah bila timbul pertengkaran selepas selesai pertandingan. Katanya encik-bekas-keeper-kebangsaan tu marah2 kat syafiqrahim. Media melaporkan jdt telah mula retak menanti belah. Alamak! Dah lah presiden kena gantung (masa tu lum resign lagi). Camne nih? jdt nak bubar ker? Nanti lah dulu. Tunggu parlimen bubar dulu boleh tak? Tapi encik suami meredakan kerisauan aku. Katanya, orang tu dah kalah, penat main, kena marah pulak, memang lah berdesing telinga kan. Lagi pun kan tu liga super. Banyak lagi perlawanan. Ok, lega sikit. 

Nak dijadikan cerita, masa game dengan terengganu tu, manusia luar biasa ramai. Dari tengahari, masa beli tiket pun dah ramai orang. Kami masuk macam biasa, lepas maghrib. Tapi sedih, takde tempat duduk dah. Terpaksa duduk kat tangga, bawah, mengadap pagar besi, tapi kat tengah,. Cumanya nampak la semua muka players. Baru aku tau yang aidilzafuan tu sebenarnya tinggi orangnya hehe. Dari sini jugak, aku rasa kalau kiter jerit kat player, derang boleh dengar. Bunyi speaker pun jelas kedengaran dari sini. Cuma suara kelab penyokong je yang tak berapa nak dengar. Sayup2 jek.

Tengok lah ni. Tak menarik langsung view nya. Terpaksa main acah2 dengan tiang pagar. Lepas ni berazam nak beli tiket grandstand la pulak. Tapi tu lah, tengahari memang dah habis dah. Kena pergi pepagi kot. Takpun kirim kat budak alip yang dulu tukang belikan tiket tu.

Untungnyer jadi orang yang rendang, dapat tengok seluruh padang. Kalau tinggi sikit nampak padang, tapi tak nampak player la.

Setiap kali aku akan ambik gambar scoreboard supaya aku ingat kat mana aku duduk.

Menang melawan terengganu, tapi lupa lak berapa gol huhuhu. Habis game terus balik kota.

Minggu seterusnya, suku akhir pialaFA. Alaaa kan aritu menang dalam kumpulan lawan kedah kat kedah yang penalti tu. Ni suku akhir pertama la. Bila ingat kekalahan kat shah alam tu ari, kecot perut aku nak pegi tengok game ni. Tapi, rasa rugi pulak kalau tak pergi. Ni bukan liga lagi. Dah masuk quarter final dah. Maka, sekali lagi kami ke larkin. Dah macam kampung kedua dah larkin tu. Dah naik hapal dah jalannya.

Lepas beli tiket, kami terus ke kampungkurnia. Nak solat kat masjid tragedi hari raya kununnya. Sejak jumpa balik aritu kami tak pernah pergi situ lagi. Pergi kali ni baru lah aku nampak gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.

Oh, ok, kampungkurnia ni rupanya kat belakang stadium jek. Nampak tu.

Memula ada naik bukit. Hujung bukit tu ada simpang tiga.

Masjid di sebelah kiri, kereta park kat belah kanan.


Encik suami masuk ikut pagar ini.

Tapi keluar ikut pagar sana yang dekat rumah oren tu.

Masuk sini, keluar sana. Dari sana, dia belok kiri. Ada turun bukit. Kat situ lah kereta tidak ditemui. Tapi kalau aku pun boleh keliru jugak sebab suasana nya sama hihihi.

Padahal kereta park kat hujung bawah bukit kat depan tu.

Ok lah, sajer menyakat.

Ni minggu lepas nyer, kami lalu kat kawasan perindustrian tebrau IV untuk ke jasko. Sajer nostalgia de amor. Memula pergi kilang pne elektric. Lepas spm aku kerja kat situ, manakala encik suami kerja kat situ lepas grad degree. Hidup lagi kilang ni. Kendian kami ke pne pcb pulak. Ni kami sama2 kerja masa cuti semester ke 3 diploma. Aku dengan eita. Selalu kena shift malam. Tapi encik suami tak sama shift. Masa tu BIL pun kerja kat sini, tapi engineer la.

Tempat jatuh lagi dikenang.

Teringin nak masuk. Harap2 satu hari ada la student buat praktikal kat sini ke dan aku yang melawat derang.

Masa game dengan selangor ni, kami dapat masuk stadium awal. Aku tokleh solat dan encik suami senang nak solat kat mana2. So, kami masuk pukul 6.30 petang. Umangaih... serupa je masuk lepas maghrib. Dah penuh dah. Ingat dapat lah duduk kat tempat duduk yang sebenar. Last2 dapat duduk kat tangga jugak. Tapi kali ni rasanya ini lah view terbaik dalam banyak2 kali yang aku pergi, tapi tempat duduknya adalah yang terburuk sekali. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit montot ok. Pulak tu tangga ni adalah laluan utama orang yang dari bawah nak keluar. Sekejap2 orang lalu je lah. Sempit pulak tu. Tapi tu semua boleh dilupakan bila game start. Memang lah tak sebaik duduk di grand stand atau di tingkat atas, tapi dah cukup baik dah ni. Ni baru lah carrre...

Tapi, lama lah pulak nak tunggu pukul 8.45. Sibbaik dah bawak majalah sebagai bekalan. Tapi rasa macam poyo lah pulak membaca kat celah2 keriuhan gitu kan huhuhu.

Dan senja pun berlabuh. Rupanya orang lelaki ada tempat solat sendiri. Tempat terbuka dan berjemaah lagik. Ramai jer yang solat, tapi lebih ramai yang tak kot huk huk huk. Tapi untuk pompuan tak tau pulak cemana.  

Penyokong selangor datang berbas2. Ni rasanya penyokong pelawat yang paling ramai setakat ni. Kelantan belum turun sini lagi. Dan gendang derang lagi kuat dari tuan rumah sendiri. Fikir logik pun, derang biasa main kat stadiumshahalam kan. So, kekuatan gendang tu pun kena lah berkadar langsung dengan kapasiti stadiumshahalam. Tetiba masuk stadiumlarkin, tenggelam terus suara penyokong jdt uhuks.





Kiranya ini lah pertama kali aku tengok jdt kalah kat stadium larkin. Selama ni menang atau seri jek. Sampaikan aku terlupa yang jdt pernah kalah mula2 dulu kat pahang dan yang terbaru kat selangor. Tapi kalah kali ni tak lah lauk sangat. 1-2. Nampak melawan la jugak. Oh, malam tu juga merupakan kali terakhir guiza dan nero bersama jdt. Lepas abis game tu derang buat acara perpisahan katanya. Tapi aku dah balik la. Selalunya aku akan bergerak keluar bila cukup 90 minit. Standby depan tangga. Abis je masa tambahan, terus berlari turun tangga. Setakat ni kekdah tu berkesan la untuk mengelak kesesakan.

Dan selasa kemarin, suku akhir kedua pulak kat shahalam. Ni lagi lah kecot perot nak tengok. Tapi kecot perot kat rumah je lah. Bukan apa. Sebelum ni aku rasa jdt sangat bergantung pada guiza. Dan bila dia dah takde, pada siapa lagi hendak disandarkan harapan? Rupa2nya jdt dah ada pengganti. Sorang dipinjam dari johorfa, andrezinho, sorang lagi diambil dari argentina, leonel nunes. Masa leonel masuk menggantikan awe, aku terus, mak oi, kenapa gumuk beno? Lagi gumuk dari safiyangmenunggang (dia takde lah gemuk, cuma berisi jek huhu). Tapi bila dia masukkan gol yang pertama, ok, ini lah yang aku katakan fokus semasa menendang masuk ke dalam gol. Kalau kita fokus, tendang dari jauh pun boleh masuk. Tahniah nunes!

Dan akhirnya jdt melayakkan diri ke peringkat separuh akhir piala FA ini tahun. Tak sabar nak tengok jdt lawan pahang nanti. Ikut track record, tu ari jdt kalah di tangan pahang. Tapi tu dulu, game pertama. Apa2 pun, tengok dulu game besok dalam liga super. Biler tah semi tu. Semoga jdt lebih maju pada masa akan datang. Luaskan Kuasamu, Johor! (aku baru perasan yang 'luaskan kuasa' tu ada dalam lirik lagu bangsa johor hehe ... luaskan kuase menaungkan kami, rakyat dipimpini lalala).

Monday, 15 April 2013

Demam Pilihanraya?



Semalam aku demam. Demam pilihanraya kot huhuhu. Alah, nak lah jugak kaitkan dengan pilihanraya kan. Kalau musim bola orang panggil demam bola. Ni musim pilihanraya kira demam pilihanraya lah kan. Boleh?

Tapi encik suami kata demam nebes. Kisahnya, hari ahad kemarin, aku kena bawak student ke mrsmbp untuk melakukan gimik perasmian program derang. Orang yang sepatutnya melakukannya tengah study part time kat uthm. Orang lain pulak masing2 tak boleh bekerja di hujung minggu kerana komitmen terhadap keluarga masing. Kiranya aku je lah yang boleh diharap, sebatang kara, takde keluarga kot. Member suruh ajak sesaper, tapi aku pikir, nak ker derang? Melainkan ada arahan dari bos lah kot.

Maka, aku pun menerjunkan ilmu kebidanan ke dalam program tersebut. Hari rabu tu, kami pergi ke sana untuk rehearsal serba sedikit. Adoiyaiii... aku ni dah lah sepatah haram tak tau pasal robot-mobot nih. Kalau apa2 jadik, aku pun tak tau nak buat apa huhuhu.

Maka pada hari kejadian, di subuh hening pagi ahad nan permai, aku pun menggagahkan diri pergi ke sana, ditemani encik suami. Giler ah nak suh aku pergi sensorang. Sekurang2nya beliau tau pasal robot-mobot nih hehe. Malam sebelum tu, aku tak boleh tido kooo. Dah bangun buang air 2-3 kali pun tak pagi2. Tekak dah perit, sendi dah sakit2, tapi masih gagah lagi. Baliknya, badan dah dedor2 sikit, tapi tak pergi klinik sebab tak rasa panas sangat. Sempat singgah solat kat k4. Tapi tak sempat nak pergi himpunan kat parit besar, TGNA turun sini. Ingat dapat lah solat zohor dengan beliau. Sepatutnya program tadi abis kul 12, tapi startnya lewat sejam. Maka abis pun dekat pukul 2. Program himpunan tu pulak abis pukul 2. Hmmm...

Balik rumah, terus tido. Tak laratnya... Bangun2 terus minum 100plus. Terus panas badan dan seram sejuk berlaku. Adeh, melawan nampaknya virus nih. Lepas maghrib, pergi klinik. Dapat mc satu hari. Jadik lah, buat ganti kerja hari ni. Eh, kenapa aku citer pasal demam ni pulak eh? Sebenarnya nak cerita pasal lain.

Lain kali lah!