Masa kecik2, bila dah baca sayakulussufaha... taulah maknanya dah masuk juz dua. Masa kecik2 juga, masa sekolah ugama darjah 2 ke 3 tah, aku pernah join kelas mengaji pada hari sabtu. Yang mengajar nyer ialah seorang qariah di tempat kami.
Pada suatu hari, pihak sekolah ingin mengadakan pertandingan musabaqah (apa ek beza tilawah ngan musabaqah?) al-quran peringkat sekolah bagi memilih calon mewakili sekolah. Jadi, pada masa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah memilih calon2 musabaqah tersebut. Kalau tak silap aku musabaqah tu dibuat sekali dengan sambutan maulud nabi kot.
Semasa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah mengajar kami kekdah bacaan sekali ngan taranum. Ayat yang dibaca diambil dari surah al baqarah. Ayat berapa entah ek, tapi dalam awal2 juzuk ke dua lah. Antara ayat yang aku ingat sangat ialah ini (sebab part ni kena tarik tinggi sikit hihihi) :
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
Tengah aku membaca blog berkaitan umrah tadi, aku terbaca lah amalan sunat yang boleh dilakukan semasa saie. Antaranya ialah membaca sebaris ayat di atas semasa berada di atas bukit marwah. Patut lah ada bunyi safa wal marwah dalam tu.
Eh, berbalik kepada kisah musabaqah tadi. Selepas dilakukan ujian, aku adalah salah seorang daripada yang terpilih untuk menyertai musabaqah tersebut. Selain sidah (geng sweetheart ku hihi).
Tiba2, dalam masa yang sama, ustazah sekolah ugama juga sedang membuat pemilihan untuk nasyid semasa majlis tersebut. Pun aku terjoin jugak. Tapi, masalahnya ustazah takut peserta musabaqah tak sempat bersiap sedia untuk nasyid. Sebab peserta musabaqah kena pakai kain songket kot. Ke gitu lah. Takut kelam kabut pula. Jadi, dengan sesuka hati, ustazah telah menggugurkan nama aku dari peserta musabaqah untuk masuk nasyid. Sedih aku. Padahal cikgu mengaji (bukan ustazah sekolah ugama) yang pilih aku. Sidah dapat masuk pulak, tapi dia tak masuk nasyid.
Kecewa betul rasanya. Sebab itulah, sekarang ni, bila mengaji dan tiba kat ayat tu, aku akan baca dengan beriya2. Lepas gian hihihi.
Tuesday, 15 March 2011
Awal Juz Dua Surah Al-Baqarah
Monday, 14 March 2011
PTPTN=PTPTPU (Tiada dakwa dakwi lagi!!!)
Aku ni bukan nya nak mintak duit dia. Aku nak bagi duit. Itu pun susah ker? Dusy! Dusy! Dusy! Kebabom! Eee marah sungguh la. Kali ni aku betul2 terasa yang dia memang ptptpu. Buang karan betul. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
Wednesday, 9 March 2011
Penangan Rentas Desa (Betul Punya)
Penangan Rentas Desa... (Ker Komplen ptptpu?)
Tuesday, 8 March 2011
Awan Nan0 (teringat gula2 nano2)
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Bila Difikirkan
Cer korang tolong aku fikirkan sekali.
Kita kena saman trafik.
Diberi pilihan. Kompaun atau Mahkamah.
Selalunya kita pilih kompaun. Ok. Senang. Bila2 boleh bayar. Takde appointment.
Kendian kita tangguh2 bayar. Walau pun boleh bayar bila2 dan di mana2.
Tetiba kita ditawarkan diskaun. Cepat bayar! Pasnih takde diskaun lagi dah tau.
Berapa kali korang pernah dengar ayat nih?
Aku dah dengar banyak kali dah.
Cuma kali ni nampak serius. Jadi, sila patuh. Katanya.
Sebab baru2 ni derang baru je mewartakan ermmm pindaan akta kot. Siap dapat kuasa menyaman di jalan2 kampung ok (petang tadi nampak pulis operasi kat jalan kampung. awalnya!)
Maka berdoyon tiba lah mereka yang kaya2 ni ke pusat2 pembayaran.
Sampai hari terakhir, jammed!
Ikut logik, tak mungkin semua dapat bayar. Logik la. Line network mesti jammed jugak. Impossible.
Dahsyat, kan? Selalunya, kita, manusia, normal, punya lah berkira dengan duit. Tapi, bila kena saman, siap sanggup bersesak2, bersusah payah demi nak menghabiskan duit. Siap ambik halfday lagik, sebab nak beratur kat pejabat pos. Tengok ramai manusia, berlari pulak ke balai polis. Pon ramai orang. Macam soping baju raya kekdahnya. Laki beratur kat satu kaunter, bini beratur kat satu lagi kaunter. Yang hantar utusan anak beratur kat kaunter pun ada. Mana yang sampai kat cashier dulu, di situ lah tempat dibayar. Cuma ni, tak dapat baju, dapat angin je. Visi utamanya ialah, untuk membolehkan road tax kete direnew. Pon kena bayar juga. Haih... aku kagum sebenarnya dengan orang yang bersungguh2 membayar saman nih. Gua tabik spring ah! Kayes ar koranggg...
Aku cakap ni bukan sebab aku takmo bayar saman ok. Saman pun takde, nak bayar apa ek? Hehehe kerek tak kerek tak? Takde rahsia apa2. Takde tips mengelak disaman atau petua ilmu halimunan. Prinsipnya mudah. Semua orang pun tau. Kalau tak salah, takyah bayar kompaun, naik mahkamah mintak dibicarakan. Ini soal duit beb. Bukan senang nak dapat. Nak abiskan memang senang. Tapi kalau dah komfem korang memandu 140km/j, padan lah muka.
Perkara yang aku fikirkan sebenarnya ialah, sekarang ni tempoh dilanjutkan. Ramai orang lega. Kenapa lega? Tetap kena bayar juga. Lain lah kalau saman tu dimansuhkan ker. Pastu berdoyon lagi pi bayar. Lain lah kalau berdoyon tu sebab nak dapat duit macam masa dapat duit rebet road tax tu ker kan.
Kalau lah perkara sama dilakukan untuk membayar ermmm zakat ke, sedekah ke. Ye lah. Tak pernah pulak dengar pusat zakat penuh sesak time hujung tahun, ek? Sikit hari lagi tengok lah. Website efiling tu. Mesti cramp time hujung bulan pat. Ok, itu bab lain.
Aku ada soalan nak tanya. Saman ni kira hutang ker? Yang akan ditanya di akhirat kelak kalo tak bayar semasa di dunia? Ye lah. Selalu kan kalau orang meninggal, nanti warisnya akan buat announcement, kalo si mati berhutang ngan korang, boleh lah dituntut dari kami. Kalau ada 'saman' tak bayar?
Monday, 7 March 2011
Bukan Rezeki
Masa nak pegi kb itu ari (apasal asik intro pasal kb je ek?), kami ada singgah kat pasar malam membeli air. Air tembikai susu dan stroberi katira. Air tembikai susu, memang seperti biasa. Kesukaanku. Tapi stroberi katira adalah new invention!
Jumaat lepas, sekali lagi encik suami outstation. Kali tu ke kuantan pula. Sikit punya lama ke aku menunggu waktu itu. Sebab nak ikut serta. Sekali tiba masa, aku kena kerja pula. Kelas gantian untuk sebelum cuti wesak nanti. Tah, bulan 5 nanti kot. Cuti jatuh hari selasa. So, kiterang ganti yang hari senin tu. Boleh cuti stret.
Maka, petang jumaat tu, aku menyinggah lagi lah pasar tu. Niatnya nak cari nasi ambeng ngan air tu tadi. Dah dapat kedua-duanya, aku pun balik. Oh, aku beli air yang sama. Tembikai susu dan stroberi katira. Tamak. Macam takde air kat rumah. Padahal ada je kordial stroberi yang dibeli kemren tu ari yang boleh dibancuh2 menjadi katira. In fact, aku dah siap beli dah perkakasan nak membuat katira tu, termasuk la getah anggur yang tak pernah terfikir aku nak beli tu. Tapi, tak kosser aku nak membancuhnya.
Sampai rumah, terus taruk air atas meja kopi. Belum sempat aku mengunci pintu, gedebush! Jatuh secawan air stroberi katira. Di atas karpet!
Sebelum itu, malam semalamnya, terdetik dalam hati aku, setakat ni tak pernah lagi apa2 tumpah atas karpet ni. Pernah tak korang camtu? Terdetik sesuatu dalam hati, tak lama tu, terus berlaku. Aku selalu, tapi mana lah nak perasan. Dulu masa purse aku hilang, pun sehari sebelum tu, terdetik dalam hati, purse ni dah lama, belum pernah tertinggal. Isy, banyak lah lagi kejadian2 yang seumpama dengan nya. Kalau ikut logik, memang aku boleh mengambil langkah berjaga2 bila terdetik tu, tapi, memang Allah swt nak tunjuk, ambil lah langkah berjaga2 macamana pun, kalau Dia kata JADI, maka, jadilah.
Dalam kes air tumpah atas karpet ni, selain gerak hati, aku patut percaya tentang rezeki. Bahawa memang bukan rezeki aku. Buktinya, takde sedikit pun air tu yang bersisa yang boleh aku minum. Memang tumpah habis. Satu lagi pengajaran, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sepanjang jalan balik tu, aku dah plan, balik ni nak terus mandi, kendian nak makan nasi ambeng tu terus. Dah lapar sangat nih. Tapi, takdir menentukan, aku terpaksa membasuh karpet terlebih dahulu. Sempat pulak terpikir nak hantar dobi huhuhu. Haihhh banyak pulak yang aku pikir kan. Hanya kerana kejadian itu.
Sepanjang ketiadaan encik suami, tetiap hari aku menangis. Huuuuuuuuuuuuuuuu mengongoi2 lagi. Tapi takde kena mengena ngan ketiadaan suami pun. Nangis sebab tengok hindustan hahahaha.
Angin apa tah, ari jumaat tu aku layan K3G. Sabtu tu chalte2. Ahad pulak, devdas ngan mohabattein. Perasan tak, semuanya ada shahrukhkhan hehehe. Dalam 4 citer tu, aku paling suka part watak srk kat london dalam K3G. Sebab time tu dia serius dan matang. ???????
p/s betul lah. perasaan nya sama macam tengok jack dalam 24. getek!
Saturday, 5 March 2011
Petua Hilang Sakit Gigi
Time pegi ke kb itu ari, aku mengalami sakit gigi. Tak berdenyut, cuma mendatar je sakitnya. Sementara nak balik, terpaksa telan panadol je untuk tahan sakit. Memang hilang, tapi sekejap je. Konon balik tu nak pegi klinik lah.
Bila dah balik, cuti maulid pulak. Klinik pon tak bukak kot. Tetiba tengah berbloghopping, aku terjumpa petua menghilangkan sakit gigi. Tak search pun sebenarnya. Setahu aku, sakit gigi ni boleh baik kalau kita melakukan sesuatu ke atas gigi itu. Cabut misalnya. Tapi, gigi aku yang sakit ni tak boleh buat apa2 lagi dah. Sebab aku pernah buat root canal treatment dan pasang crown ke atasnya. Kira dah mati la gitu. Jadi, memang aku usaha untuk kurangkan kalau tak boleh hilangkan sakit je.
Mulanya aku macam tak yakin jek petua ni boleh berkesan. Tapi, dah takde cara lain, cuba je lah. Dan dengan sekali cuba jek, tiba2, hilang terus rasa sakit tu. Siap aku cuba set kan minda untuk ingat rasa sakit tu, tapi tak boleh. Magik!
Ok, kekdahnya senang ajer. Sebelum tu, thanks to entah siapa tah blogger yang tulis petua tu tah (aku klik link saper tah).
Langkah 1: Cari partner yang sihat.
Langkah 2: Suh partner tu letak jari telunjuk dia kat lelangit sambil membaca 'inna fatah na laka fatah na'.
Langkah 3: Suh dia letak jari tu tadi kat gigi yang sakit tu sambil membaca surah Al-Fatihah.
Langkah 4: Takde. Dah abis langkah dah. Kalau tak berkesan, sila cuba lagi. Insya Allah...
Selamat mencuba!
p/s saper tahu bahasa arab, sila terjemah bacaan itu tadi plis...
p/s dentist, kalau rasa hygiene pon boleh cuba kot. ewww!
Friday, 4 March 2011
Ex


