Friday, 17 July 2009

100 Hari Najib Bersama Rakyat


Sambung cerita balik. Hari Jumaat tu, aku balik bawak mihun sup. Senang nyer idop ku. Tak payah masak. Malam, kami bertolak lebih kurang kul 11-12 malam. Sampai nilai, ada ila. Kekdahnya, ari isnin tu dia start internship kat esset. Bagus kan kerajaan malaysia? Graduan takde keje, di kasik training. Bukan free lak tu. Dapat elaun seribu sebulan lagi. Saper nak kasik, kan? Tapi, sampai biler nak training? Biler nak keje bebetul nyer?

Eh, gossip lagi. Dengar tak cerita faizal tahir tak dapat naik flight ke jakarta untuk gi apm sebab black listed tak bayo ptptpu? Wakakakakakak lawak paling lawak ler...

On the way kami jumpa eksiden. Baru je kami berenti kat hentian ayer keroh. Tengok gaya macam dasat. Bas langgar trailer. Ambik gambar, tapi gelap je ler. Time kami tiba situ, bomba sedang mengeluarkan mangsa dari bas. Tengok depan bas remuk teruk melekat kat belakang treler tuh. Dengar berita esoknya cakap, treler tu terus tak bergerak selepas perlanggaran ituh. Katanya bas tu baru lepas motong lori. Agaknya lepas motong tu dia nak masuk lorong kiri semula, tapi treler kat depan dia slow sangat, so dia hentam ler treler tuh. Biasa kan kalo lori memotong je, kete yang laju2 ni sodok dari belakang suh cepat ke tepi kan. Tu yang salu mengakibatkan eksiden tu. Salahkan kete yang laju2 tuh.

Hari sabtu, pepagi lagi aku dah bangun bersiap2 nak jumpa perdana menteri. Bersemangat nasionalis giler ah. Bukan senang aku nak bangun pagi2 buta pada hari sabtu nih. Kagum kepada diri sendiri. Aku ni cepat benar memaafkan. Bagi aku, mudah. Tak suka la cemana pon. Benci la banyak mana pon. Meluat la macamana pon. Itu lah perdana menteri kita. Nak tak nak, kiter terpaksa terima hakikat itu.

Mulanya ingat nak naik komuter, lrt je. Tapi biler pikirkan balik, tak sanggup de aku nak berbaju batik menapak dari stesen lrt ke klcc tuh. Agak2 la abang (gaya budak dalam citer syurga cinta). Maka kami pon naik kete je. Parking je la kat mana2 pon. Kata menurut perintah. Balik nanti claim le balik. Lagi pon ari sabtu kan, takde la jam teruk ke haper kan.

Sebelum tuh sarapan dulu kat bukit mahkota. Best nyerrr ari sabtu cenggini kalau melingkar atas tilam. Uhuksss masih rasa menyesal di situ huhuhu. Sampai2 je kat sana, baru kul 9.30 gitu. Paking betul2 kat belakang klcc tuh. Parking rm8 sekali masuk. 3 tahun lepas rm6 jek. Pernah park kat situ masa pegi test punb. Kalau ikut invitation tuh tempatnya kat dewan plenary, tapi nampak orang sumer pegi dewan kat tingkat bawah tu jek. Follow je la. Masa tu belum ramai orang lagi. Kami pon duduk je lah kat depan2 sket, duk tepi lorong utama. Kot2 leh salam2 ke kan. Hihihi giler jakun. Tak sangka perasaannya lebih kurang macam nak jumpa artis. Jangan tak tau, sepanjang masa aku keje menyenap gambar selebriti jek. Ini antara gambar selebriti yang aku ambik.

Presiden cuepecs ni pon kulu kilir jek.

Pang chin fei yang jelita sungguh

Add ImageJuma pon ada. Dah tak gemuk dah

Sebenonya dia bergambar ngan bebudak tu, aku menyelit ler sekali hihi

Aku salam ngan first lady time nih

Bila dah dekat2 nak mula tu aku dah was2. Naper takde sofa2 kat depan tu ek? Tah2 ni cuma dewan tayangan jek. Tah2 tempat sebenar memang kat dewan plenary tu tak? Tapi nampak memang ramai orang kat sini je. Nampak sorang aweks nih. Macam familiar je muka dia. Ooo ooo ooo baru ingat. Pang chin fei yang baca berita tv3 tuh. Dia ngan elly iskandar jadi mc. Cantik betul.

Makin lama makin sesak. Yang aku perasan ada sorang mamat ni, sibuk ngan henfon. Yang aku dengar dia sebut ksu, menteri, timbalan menteri. Mesti pa sesiapa lah tu. Sibuk cari tempat duduk untuk bos dia. Kerusi sumer dah penuh. Last2 dia mintak kusi ngan budak klcc tu, letak kat sebelah kami. Cis! Dah cukup strategik dah tadi, tetiba dia block plak. Bencik! Last2 tah pempuan mana tah yang duduk. Mana pegi ksu dia tah wakakaka. Padan muka. Lain kali datang awal, cop kan kusi tuk boss masing2 okeh. Takde label pada kerusi. Free sitting katanya. Budak2 sekolah disuruh duduk bersila kat depan pentas. Menteri2, vvip ada yang berdiri. Yang mula sekali duduk bersila ngan budak2 ialah shahrizat. Diikuti dengan hishamudin, sapiee dan tah ramai lah lagi. Rakyat la sangat tu kononnya.

Acara bermula lebih kurang 10.45am. Takde banyak protokol, terus je ucapan pm. Ini pertama kali aku mendapat maklumat premier dari pm. Kalau boleh dan2 tu nak update blog kehkehkheh, kalah sotkabar. Rasanya sumer korang dah baca dalam paper kan. Tak perlu lah aku detail2 kat sini.

Suka gambar nih

Dari jalan masuk, membawak ke tempat makan, tung tang kelentung kelentang je bunyiknya. Aku rasa sumer lagu sama je kedengaran

"Saya tak suka bila saya masuk (tanah) rancangan, ada rumah jadi banglo, tapi ada juga rumah tak berubah daripada rumah asal. Saya nak tengok rumah asal sudah tiada... Semua bina rumah baru supaya FELDA mendapat imej yang baik."


Gimik yang pertama, teks ucapan pm tiada di rostrum. Ropanya kengkonon ada sekumpulan budak berbilang bangsa nih sudah kidnap teks tersebut dan hanya akan diserahkan tepat jam 11.11am. Saper punya idea la gimik nih ek.

Selesai ucapan, gimik seterusnya ialah acara menanam pokok doa. Katanya, pokok ni daunnya menghala ke langit seperti tangan yang menadah doa. Tah apa simbolik nya, aku pun tak ingat. Pokok ini akan ditanam di putrajaya. Nanti2 aku nak gi putrajaya, nak tengok pokok nih. Kengkonon aku berada di sana semasa ia ditanam la. Kununnya.

Selesai sumer, kami dijamu dengan makanan yang enak. Kebetulan kami semeja ngan team organizer. Sempat la suami ku berbasa basi dengan mereka. Menurut kata mereka, kehadiran tetamu adalah di luar dugaan. Dan waktu makan tu sepatutnya seorang menteri duduk di satu meja bersama rakyat jelata. Tapi non ado! Sumer makan ngan pm jek. Kami rakyat jelata ni makan le sendiri2. Nak jugak aku duk semeja ngan hishamudin ke, subramaniam ke. Hampesss. Tapi elok la jugak. Boleh kami makan sesuka hati.


Ini yang aku makan.

Pelbagai bangsa dan golongan.


Ini lah pokok doa. Tapi ni yang dah besar. Yang pm tanam tu cinonet lagi.

Kengkonon kalau bosan leh baca.

On the way nak balik dah

Selesai event tersebut, kami solat di masjid assyakirin. Tengah renovate, sangat tidak conducive. Kendian kami masuk suria. Kali terakhir aku masuk sini is time gi rombongan cik kiah tahun lepas. Masuk isetan, terjebak ngan sale kat situ. Terbeli ler satu kemeja untuk aku. Akhir2 ni aku suker kompol kemeja la plak. Padahal bukan leh bawak gi keje pon. Kendian gi swatch polish cermin jam suami ku. Ada ke dia gi gosok cermin tu ngan span hijau yang wat cuci pinggan tu. Abis ler kabut kaca tuh. Now dah memancar2, terus campak jam alba baru tuh. Umpama dapat tanduk, gading tidak berguna lagi. Terbalik kot.

Lepas tu kami terus ke jalan tar. Paling mudah parking kat medan tuanku. Jauh pon jauh la, janji senang dapat parking. Puas la juga pusing2 kat pasar malam jalan tar tuh. Sempat makan laksa mahal lagi. Pat hengget tau. Cekik darah betul. Kendian kami pon balik.

Sebelum sampai rumah, singgah kat pasar malam bandar seri putera. Tah apa ke mimpi tah, boleh pulak aku beli ketam kat situ. Padahal tak tentu lagi ada periuk ke kuali kat rumah ngah tuh. Abis, geram aku tengok ketam tu ganal2. Musti banyak isinya. Time aku pilih2 ketam tu, ada sorang pakcik ni tanya, berapa sekilo? Kendian dia cakap, mahalnya. Tu dah berapa kilo dah tu (merujuk kepada 3 ekor yang telah ku pilih). Siot betul laaa. Dah aku takde mood nak beli banyak, takut sampai 10 kilo. Sekali bila timbang, alorrrr sekilo lebih sikit je ler. Cis! Rugi je ambik sikit. Maka, malam tu kami makan nasi ayam berempah yang sedap nyum nyum.

I'm Back!

Sadis betul aku melihat sitemeter report yang diemail setiap minggu itu. Mana tak sadis, boleh dia tanda dash dash je? Apa maknanya tuh? Maknanya takde saper ler yang menjenguk blog nih. Zasss! Terasa seperti di smash pada kelajuan 240km/j oleh lee chong wei jek.

Kini aku kembali dengan cerita berbakul2. Nakkk juga cerita kat uols. Dulik!

Hari Jumaat lepas, tengah aku mentreningkan diri, suami ku call bagitau bahawa dia diarahkan pergi ke satu event sebagai mengiringi students. Alerrr baru aku ingat nak lepak2 dulu weekend nih sebelum mengikut nya out station. 10 hari cuti aku dah dikorbankan untuk berada di sisi suami tau. Baru bulan 7 nih. Cuti raya, cuti hujung tahun, banyak lagi tuh. Adoiii cemana nak kompol 150 hari neh haaa???

Eh, sebelum berbicara lebih lanjut, meh gossip2 sket jom. Macam dah jadi biasa plak, sebelum stori mori mesti ada gossip sket ek. Kisahnya gini, baru2 ni, kira awal bulan ni la kot, aku nampak satu kad jemputan kawen kat papan memo kat opis. Siap ada tulis tuh, dalam kurungan 'bekas driver edtec' kat nama tuan jemput tuh. Aku pon tak la ambik port sangat sebab pakcik tu dah pencen pon time aku masuk sini. Cuma dulu pernah la dengar yayu citer anak driver edtec tu 'artis'. Biler dah masuk sini pon ada dengar2 cite pasal 'artis' tersebut, kengkonon pernah ler dia melatih bebudak2 nih bernasyid bagai. Kira cam mentor kepada kumpulan nasyid ni lah kekdahnya hihi (saje kasik cam gempak sket walau pon hakikatnya non ado!).

Kendian, dalam minggu lepas ke gitu lah, aku terbaca gossip kat biutifulnara tentang seorang lelaki ini yang sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lepas. Kira nikah gantung gitu kot dan telah bersanding minggu lepas. Ooo ok. Abis cerita tuh.

Tiba2, masa kat rumah eita, aku terbaca majalah ermmm hai ke urtv tah, gossip pasal perkahwinan gantung lelaki itu. Ehhh lelaki itu bukan anak bekas driver bas itu ok. Sila betulkan. Siap tunjuk gambar isteri beliau yang cun itu beserta nama latar belakang karier seni lagi. Alaaa kalau sebut nama mesti korang tak kenal punya la, komfem! Tapi kalau aku sebut kat mana dia pernah nyanyi, mesti sumer oooooooooo. Ok ok meh aku test. Nama 'artis' tu ialah Farazila. Hah? Saper tuh? Bukan farahdhiya, atau dia fadila, mahu pon fara wahida, jauh sekali fara fauzana. Komfem korang tak kenal punya la. Tengok muka pon tak kenal. Next, kat mana dia pernah nyanyi. Pernah tengok gedik santai tak? Alaaa rancangan tah apa2 tah kat tv3 dulu tu. Yang hos nya kak engku ngan shira tuh. Haaa ingat tak? Ada pun farazila ni lah awek yang nyanyi2 dalam program tersebut tuh. Hahahahahaha gelakkan aku sebab still korang tak kenal jugak. Tak kisah la.

Kita berbalik kepada lelaki itu semula. Sebenarnya nama lelaki itu ialah Sham. Tak kenal kan? Kalau Sham Kamikaze kenal tak? Haaa saper tak kenal kan, kecuali orang tak tengok af la kot. Al kisahnya, sham kamikaze sudah berkawen ngan farazila itu. Dan jemputan kawen tadi ialah atas perkahwinan mereka adanya. Kes kes kes best tak gosip ni? hihihi.

Dah, abis pasal gossip. Sambung balik pasal cerita tadi. Eh, apa kata sambung dalam entry lain?

Wednesday, 15 July 2009

Lama Juga Ya?

Adoiii rindu nya nak memblog. Sabar ek. Sedikit masa lagi. La ni aku mengambil kesempatan sambil2 mencekik di ikeaaa ni. Just nak bagitau bahawa aku sihat adanya. Nanti balik umah baru aku pung pang pung pang apa aktiviti ku seminggu ini. Sebagai trailer, aku nak bagitau bahawa aku berada di klcc semasa program 100 hari najib bersama peminat itu. Eh, bersama rakyat. Nantikan cerita ceriti ceritu tentang itu yah!

Thursday, 9 July 2009

Implikasi Kewangannya

Aku ni bukan ler geti sangat bab2 kewangan nih, tapi biler dah keje, gomen lak tuh, otomatik, nak tak nak kena terjun jugak dalam dunia kewangan nih. Saper lagi yang nak buat bajet2 tu sumer kalo bukan kiter2 nih. derang tu tau cut cut je. Nak2 pula katanya pitikay yang baru nih ada soalan wajib pasal kewangan/perolehan/perbelanjaan. Jadi hari ni, nak la coba2 wat paper work. Aku kan suka wat analisa2 ni, takdo kojo cari kojo kata orang. Salah satu section dalam paper work mesti lah implikasi kewangan kan. Jangan jadi macam orang tu, main hantam je suh orang buat itu buat ini, pergi situ pergi sini, tetiba kita nak claim, dia kata takde duit sebab takde peruntukan. Check punya check, dia tak buat paper work pon. Dusy! Sebelum tuh aku aku nak gossip2 dulu.


Dengar tak cite pasal rumah khir toyo*? Aku pernah duk seksyen 7 tu, so dapat imagine la kat mana kan. Dah tengok tak gambar rumah tuh? Ya, emang nya agak gedi ya neng. Tapi, nape aku tengok macam buruk je? Samada dia beli rumah second hand, atau pon memang bumbung dia jenis rustik kot. Pagar pon dah berlumut. Ke memang dah lama dia beli rumah tuh? Eh, lantak pi lah.


Meh, kiter citer pasal implikasi kewangan (gomen ya, bukan mak pak mahu pun pelajar itu sendiri) pemansuhan ppsmi. Kita tengok dari sudut positif dan negatifnya serta sudut yang tak berubah jika ada. Kita tengok dari aspek material dan aspek insaniah sekali, cewah! Cam bagus jek kikiki. Tapi aku tak specify kan mana satu +, mana satu -, mana satu material, mana satu insaniah. Pandai la sendirik.


Satu, buku teks. Masa zaman (dah boleh assign ppsmi tu sebagai zaman ke?) ppsmi, buku teks dirombak secara besar2an. Dah tentu lah kos nya pun besar2an, kan? Kendian spbt ditawarkan kepada semua pelajar. Maka kerajaan menanggung sepenuhnya kos buku teks nih. Waktu nak wat ppsmi ni, komfem la ada bengkel2 pembangunan buku tu kan. Duit tuh. Takkan derang wat bengkel kat bawah pokok, pada bulan puasa, kan? Kendian kos penerbitan pulak. Banyak banyak banyak.


Biler dimansuhkan pulak, kena stop publish buku smi. Masa buat dulu, mesti ada penambah baikan. So, buku teks zaman sebelum tu dah tentu tak relevan lagi. Kalau pun relevan, mana pergi buku2 tu? Dah recycle kot? Takkan sekolah nak simpan buku2 tu, kan? So, mestilah kena wat buku baru. Kena wat bengkel lagi, publish lagi. Sumer pakai duit.


Dua, laptop. Waktu diperkenalkan juga, guru2 smi ini diberi laptop kan? Tapi tak kisah lah, laptop tu hardware, yang dimansuhkan tu software je. Software boleh ditukar. Jadi, kena lah ada bengkel membuat software tu kan. Tu pon besar2an gak kos nya. On top of that, bi pon nak dimantapkan, so, cikgu english pulak la yang dapat laptop dan bengkel2 dan kursus2 pun berleluasa (hah?) lah.


Tiga, elaun cikgu. Guru smi ni diberi elaun untuk spiking london. So, elaun tuh dah mansuh jugak la ek? Berita baik untuk cikgu yang tergeliat2 nak cakap omputih, berita kurang baik untuk yang tak heran langsung, cakap omputih lancar macam air. Tapi penjimatan tu digunakan untuk benda lain gak, seperti mengambil lebih ramai guru bi di sekolah. Tutup lubang kat sini, gali lubang kat sana. Takde de jimat. Di institut seperti aku, kami dah dapat 2 orang cikgu bi. Ekceli cikgu ni pon ajar lebih kepada komunikasi ler. Bukan nak uji tahap grammar sangat. Macam ajar anak bercakap ler, takde ler kiter ajar budak umur 2 tahun isi tempat kosong dengan perkataan past, present, future tense ke hape yang salu buat aku tense tuh kan. Eh, apa kaitannya? Takde kena mengena, saje nak bagitau. Eh, macamana orang india salu pandai english dan jadi cikgu english eh? Aku pun masa darjah satu, cikgu india yang ajar english. Agaknya sekolah tamil ni ajar english cemana eh? Kena wat kajian la kan? Mesti ada rahsia. Kot genetik ker. Aku nak antar anak masuk sekolah tamil arrr cenggitu. Eh, eh mana anak aku? :P


Empat, exam. Sekarang ni soalan exam adalah dwi bahasa. Maknanya dua keje la kan. Biler dah dua keje, maknanya masa nak menyiapkan pon lagi lama la kan. Biler lagi lama bengkel duk kat hotel wat soalan exam tu, kos juga banyak. Jadi, biler dah mansuh nanti, soalan bahasa malaysia (dan bahasa ibunda) je, jimat masa, jimat tenaga, jimat kertas dan jimat duit). Eh, tapi kalau soalan satu bahasa, kebarangkalian soalan bocor bertambah kerrr berkurang?


Ermmm jom kiter cuba guna matematik. Eh, tapi lagi mudah kalau kiter tukar tajuk, 'kebarangkalian tak bocor'. Ambil sample satu subjek, kimia. Katakan ada 2 paper. Biler dwi bahasa, ada 4 set soalan (kertas 1 bm, kertas 1 bi, kertas 2 bm dan kertas 2 bi). Jadi, kebarangkalian tak bocor kertas 1 atau kertas 2 ialah 1/2 atau 50%. Tetapi kebarangkalian tak bocor subjek kimia ialah 1/4 atau 25%. Biler satu bahasa lak, ada 2 set soalan je (kertas 1 dan 2). Jadi, kebarangkalian tak bocor kertas 1 atau kertas 2 ialah 1/2 atau 50%. Tetapi kebarangkalian tak bocor subjek kimia juga 50%. Ok ok aku pon dah kompius. Cikgu Matematik, sila bantu saya pleaseeeeeeeeeeeeeee!!! Dah tonggang terbalik bocor tak bocor nih. Adusss... Matematik lemah! (kedengaran sayup2 suami ku berkata).

Kelima, dah, takde idea lak. Cop! Aku nak tukar topik sket. Sekarang kan, ramai budak pandai2 kan. Dah lah belajar ppsmi pandai, mesti nanti dia belajar ppsmm (eh, ni bukan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu tau, tetapi 'pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran dalam bahasa melayu' atau nak lagi senang, panggil je 'sistem asal') pon lagi pandai ek? Pandai ni maksudnya banyak 'A's la. Tapi lambat lagi la nak nampak resultnya.

Okeh, itu sahaja untuk kali ini. Naik pening kepala ku.

p/s kontraktor2 jangan bimbang, banyak job pasnih; buku teks, software, laptop, blablabla...
p/s2 kesulitan (membaca entry ini) amat dikesali...


Wednesday, 8 July 2009

PPSMI Mansuh : Berkuatkuasa 2012

Tak sia-sia aku wat analisis awani dalam entry ini. Mulai 2012, ppsmm lah semula. Harapan ku, ppbi akan digempur sebaiknya. Cikgu english la pulak yang kena masuk sekolah semula.

Kata beliau, kalau kiter boleh latih guru bahasa inggeris, kenapa kiter tak boleh latih guru sains n maths dalam bahasa inggeris? Adehhhsss... Tak tau la nak cakap macamana. Aku nampak bahasa inggeris dengan sains dan matematik tu adalah 2 dunia yang berbeza. Bahasa tu lain, ilmu sains tu lain. Alah, lantak la dia nak cakap apa, kan? Dia yang mulakan dulu, orang mansuhkan pulak, tentulah dia kuciwa. Masa ni lah baru cakap, siapa lah aku... pandangan ku sudah tidak dipandang lagi.

Tuesday, 7 July 2009

Gossip : Gugu Gaga Azira


Betul, aku tak salah eja. Memang tajuk tu gugu gaga azira. Sebab aku tengok dah macam bukan rancangan tentang kehidupan erra fazira dan anaknya, tapi lebih kepada rancangan vernon membuli azira. Lebih baik tukar nama rancangan tu kepada Siapa Buli Siapa, atau pun, Siapa Boss Azira, tak pun Erra Fazira, Pengurus & PA. Wah!

Yang musykil tu, lepas vernon membuli(baca: marah2) azira, kat hujung tu ada tips penjagaan bayi dari johnsons. Tah, apa kaitannya tah. Muka baby tu kuar tak sampai 5 minit, muka pengurus dan pa lak yang lebih. Alamat tak lama la ko keje ngan erra tu zira...

p/s saya pun kompius siapa bos saya, siapa yang bayar gaji saya. apakah?

Monday, 6 July 2009

Lagu Cinta : Kekasihku Uk's


Sesambil basuh pinggan berduet tadi, tetiba kami ternyanyi lagu nih

...tidak tergoyang keimanan ini sayang walau selautan kasih yang engkau berikan kepadaku itu tidak ikhlas ingin ku ketepikan rasa cinta pada seseorang kerna bimbang hilangnya setia bila mana hidup kita sudah tidak lagi ceria...

Tau tak lagu apa? Aku pun lupa hujung pangkalnya, tapi comfem la lagu uk's/ukays. Tak kisah lah tu. Yang penting aku nak citer kat sini bahawa zaman jiwang karat tangkap leleh aku dulu ialah zaman ukays/uk's nih. Memang best la kan lagu2 derang nih kan? Kira kalau tulis surat tu, mesti ada tulis lirik lagu uk's hihihi. Alaaa macam la korang takde cenggitu. Tah2 lagi over. Tah2 korang layan new boyz kihkihkih. Sejarah mungkin berulang... (nyanyi ngan gaya sakit perut okeh). Ok ok, takyah citer pasal orang. Baik aku citer pasal aku je. Takyah tambah dosa mengumpat sebakul dua.

Dalam banyak2 lagu uk's, lagu mana yang paling dekat dengan kuh? Of course la lagu 'Kekasih ku'. Jiwang karat wehhh. Tahun biler ek lagu tu kuar? 1995 kot. Memang sedang elok la tu kan, masa aku form 4. Dari album Tajam Menikam. Jom layanzzz...

Malam ku rasakan sepi (masa ni duk hostel, malam2 stay up dalam sunyi sepi)
Jiwaku dilanda rindu (biler dah sunyi sepi tu, terbit lah rasa rindu)
Terbayang wajahmu (kalo dah rindu tu, muka saper lagi yang kuar kalo tak muka dia)
Rasa cinta bergelora (langsung angau mata lembu meletup perut tinggal tulang)

Rindunya makin terasa (makin dilayan jiwang tu, makin menggebu ler rasa rindu)
Malam bagaikan lama (jarum jam pon rasa macam tak bergerak)
Menantikan siang (bila nak siang nih? tak sabar nak jumpa)
Resahnya jiwaku ini (gelisah dan takleh tido ler jadinya)

Harapan ku agar kau tetap setia (biler duk jejauh ni, kiter doa2 jelah dia setia)
Kan ku belai kasih sepenuh hatiku ini (kiter kat sini setia sepenuh jiwa raga tauuu...)
Abadilah cinta di lubuk kasih mesra (semoga cinta tu berkekalan hendaknya)
Kan ku jaga agar sentosa (kiter akan pastikan cinta kiter bahagia alwaysss)

Hebatnya api asmara (wah! ni sudah geli2 nampaknya)
Tak terdaya aku mengawal (sabar2 wehhh... macam dah parah je nih)
Moga engkau tahu (ketahuilah oleh mu)
Betapa tulusnya kasihku (cinta gua tulus mulus kudus okeh)

Kasih ku tak terbanding... (dan tiada tolok bandingnya. kira kalau jarum odometer tu dah terkeluar dari scale dah)

Selamat Bercinta!

Dilema Promosi

Naik pangkat adalah best. Sebab? Sebab naik gaji. Naik pangkat juga adalah tak best. Sebab? Sebab kerja bertambah dan mungkin kena pindah. Dalam jabatan aku, peluang naik pangkat memang cerah. Tapi, ramai juga yang 'mahu tapi malu' dengan kenaikan pangkat. Dah dapat offer tapi tak pergi. Lebih2 lagi kalo pompuan. Lelaki pon ada masaklah jugak, tapi tak sehebat masaklah pompuan. Dengan anak, suami, rumah, sekolah, banyak benda nak dipertimbangkan. Apatah lagi kalau tempat kerja suami tu dah tetap kat situh. Macam aku. Eh, aku lum naik pangkat lagi ler. Macam aku sebab kerja suami ku dah tetap kat situh. Dalam tahun ni aje, aku dah dengar 2 orang kawan kat sini yang terpaksa tolak tawaran naik pangkat sebab terpaksa pindah. Takde post kosong kat sini. Akan datang pon ada lagi. Haihhh sayang memang la sayang, tapi, mana lebih utama?

Aku Fening!

Hiyargh!!! Keletup keletup! Hehehe dapat bayangkan tak apa yang berlaku?

Weekend kali nih agak meletihkan. Orang time weekend la nak berehat. Ni tidak, time tu lah sibuk membizikan diri jalan2, soping2. Biler bunyi jam pukul 6 pagi, baru lah nyesal. Eh, uolsss ada tak rasa menyesal setiap pagi? Bukan menyesal sebab masih hidup, tapi menyesal sebab tidur lambat malam tadi. Aku memang tak kisah tido lambat. Tapi besok pagi, merasalah menyesal tak sudah dan berazam untuk tidur awal malam nih. Tapi tak jugak, tido lambat jugak. Abis, camno? Paling senang aku pass je tido ganti tu kat suami ku. Siap paksa2 tutup lampu bagai lagi time aku nak gi keje tu. Kira kalau dia tido tu aku pun tido la. Tak senonos.

Ari jumaat tu, malam lepas makan, aku potong kain. Dapat ler 4 pasang. Sekurang2nya ada gak progressnyer. Kenapa aku begitu rajin? Hahaha sebab aku dah beli kain lagi 3 pasang ngehngehngeh. Giler ah! Takpe takpe, janji tak susahkan orang lain, kan? Sukarela tau...

Esoknyer tak dapat tido lelama sebab pepagi lagi suami ku dah grung greng grung greng menebuk dinding. Saper suh gantung jam? Aku jugak, kan? Maka, terpaksa rela lah bangun jugak. Dah terlanjur tebuk untuk jam, suh gantung frame kat bilik sekali lah. Ingat lagi hasil seni ku awal tahun arituh? Haaa baru kemarin dapat digantung di dinding. Selama ni duk la dia kat frame katil tuh. Dah siap gantung2 tu, haruslah kena vakum pulak kan. Sampai ke tengahari barulah siap.

Tengahari lepas zuhur, keluar ke bp pulak. Takyah citer la... sama je seperti minggu2 yang lain.

Hari ahad, aku sambung jahit langsir. Yeay! Yahoo! Yihaaa! Wah, hepi sungguh nampak nya. Musti lah hepi, langsir ku dah siap lorrr. Yang tak tahan tu, siap aku suh abang bukak langsir sumer, pasang langsir baru, kendian ganti semula langsir lama. Hahaha well, u know me. Puas sangat la hati tu.

Pas siap langsir, jahit baju pulak. Ok, kali ni bukan baju raya. Baju kerja. Kena differentiate kan baju keje ngan baju raya tau. Baju raya mesti RM50 ke atas hahaha poyo.

Ok, itu jek. Tak larat pening arrr.

Thursday, 2 July 2009

Kejayaan FELDA, Kejayaan Kami


Aku kalau orang cakap pasal felda, cepat je terasa. Padahal bukannya aku ada menyumbang apa2 pon pada felda tuh. Lain la aku masuk asrama felda ke, kendian dapat biasiswa felda ke. Eh, tu pun belum tentu aku menyumbang apa2. Menghabihkan boreh ado. Cop cop cop, tapi aku beli minyak masak saji keluaran felda. Ok ok ada la juga menyumbang 0.2 sen kepada keuntungan felda kot.

Weiii jangan ingat, asal felda je, minyak masak, asal minyak masak je, felda. Sekarang ni, felda telah buat diversiti tau. Selain minyak (ladang), minyak (lemak dan minyak) dan minyak (oleochemical), kini felda telah terjun ke dunia logistik tau. Kan derang baru beli (ke baru plan nak beli tah) hotel kat mekah ke haper tah tu kan. Sebelum tu derang bukak hotel felda residence kat KT tu. Apa, korang ingat, kalau takde orang macam aku yang tukang kutip buah peroi masa zaman kecik2 dulu, ada felda boleh berjaya seperti hari ni? Wahahahaha saje wat diri macam penting. Bagus-bagus. Untung banyak2 eh, pastu kasik dividen 50% ke hehehe. Alerrr kiter keje gomen ni, mana nak dapat esos ke, bon ke kan. Nak tak nak terpaksa nompang2 untung nasib orang hukhuk.

Haaa meh aku citer sejarah kemasukan femli ku ke tanah rancangan felda nih. Aku tau citer nih pon pasal arituh ada peraduan cari barang tersembunyi beritaharian. Kisahnya, dalam peraduan tu kiter kena tulis slogan/kenangan manis bersama sotkabar tersebut. Maka, abah pon cerita lah cerita nih. Sori ek, cerita ni kontot je, jangan harap cerita yang sebak2 okeh hehehe.

Alkisahnya, pada suatu hari, abah ku telah pergi memakan nasi lemak bungkus di warung (eh, tempat ni aku reka je, tapi memang makan nasi lemak). Macam korang juga, kalau sotkabar tu besar, elok, duk kat library mana nyer nak baca sangat (tuduhan melulu). Cuba kalu sotkabar wat bungkus nasi lemak, bungkus ikan bilis, wat alas lauk, siap angkat2 lagi mangkuk lauk tu. Punya la nak baca kan? Hihihi sukati aku je wat spekulasi. Ok, sambung lagi. Makanya, sedang makan nasi lemak tu, abah pon baca la sotkabar yang bungkus nasi lemak tu. Dapat pulak keratan iklan kemasukan ke tanah rancangan. Dah rezeki kan... maka abah pon gi la apply. Dipendekkan cerita, abah pon dapat masuk felda. Kalau tak dapat, takde la aku cerita pasal ni kan?

Tahniah abah! Tiba2.

Dah, itu je ceritanya. Tak tau apa motif entry nih.