Aku ni jenis orang yang balik kerja, bukak pintu pagar, masukkan kereta, bukak pintu rumah, bukak tv, kuarkan lauk dari fridge dan tengok tv. Lepas hilang penat, tadah air, siram pokok, masuk rumah, tengok tv. Maknanya, takde lah aku ni nak menjenguk2 umah sebelah,
"Uiii, balik keje ke?"
Atau
"Uiii, siram pokok ke?"
Atau yang seumpama dengannya.
Kengkonon aku cuba lah jugak nak bersosial time pindah rumah baru ni. Time raya, aku join marhaban. Cuba la jugak bersembang2. Argh!!! So not me la. Camne aku nak masuk kalo topik perbualan dia, anak aku gini, anak aku gitu, anak kau camne, perangai anak aku gini, perangai anak aku gitu, perangai anak kau camne. So, kat mana aku nak masuk?
Sekarang, jiran kiri kanan rumah aku dah masuk. Kalo rumah kanan memang la tak nampak sebab tembok tinggi. Tapi belah kiri ni memang terang2an. Balik keje pon kadang sesaing. Takde pulak dia tegur aku ke time aku siram2 pokok tuh. Kalo dia jenis peramah mesti dia dah tegur kan. Patutnya aku lah yang tegur dulu ek. Isy isy isy teruk betul aku nih. Nak wat camne, dah memang aku camtu.
Kawan aku pernah cite, ada sorang staf tempat dia ni, lebih extreme dari aku. Kalo bertembung dengan dia, mesti dia buat2 bercakap dalam telefon. Tak pernah lah dia free dari menelefon biler bertembung tuh. Kawan aku cakap dia memang saje takmo tegur orang atau orang tegur dia. Aku takde la sampai tahap tuh. Aku cuma tunduk je. Kalo aku kenal, angkat2 kening ke, senyum ke, hai hai ke, gitu jek. Kalo pempuan yang aku tak berapa kenal, aku senyum jek. Kalo laki tak kenal sangat, aku tunduk jek. Aku bukan anti - sosial. Cuma aku tak peramah jer.
Aku dan abang memang kontra abis. Abang ni jenis kepochi sket. Kalo balik keje tu, tunggu2 dia masuk, eh, mana nih? Tengok2, dah berkumpul kat luar sembang2. Pantang orang lalu depan rumah, sumer ditegurnya. Siap orang tengah jalan pon leh stop kete, sembang dulu tu. Kalo ngan jiran sebelah ni lagi lah. Pantang nampak batang hidung, sembang punya lah. Dah la tiru dapo aku. Siap ngan blind yang aku beli kat kota pon nak suh beli kan yang sama. Orang laki ni memang gini ek? Takde perasaan.
Best je jadik orang laki ni ek? Balik keje, sembang2. Dekat nak Maghrib jek, baru nak balik. Pastu cecepat mandi ajak maghrib sesama. Kalo tak, hangin tak hengat. Lepas maghrib tengok berita sampai terlelap. Celik2 tinggal makan jek. :P
Ikhlas. Aku ikhlas memasak. Sebab tu sedap. :)
Thursday, 8 January 2009
Anti - Sosial vs Kepochi
Wednesday, 17 December 2008
Cuaca Lagi
Aku ni tak abis lagi tak puas ati ngan berita cuaca kat tv tau. Aritu hujan dikatakan cuaca buruk. Ni kat negara 4 musim, snow turun lebat pon dikatakan cuaca buruk. Kalo panas jek, hujan tak turun berbulan2, jadi kemarau, karang orang kata cuaca tak baik jugak.
Naper aku tak puas ati? Sebab bukan panas cerah tu je cuaca baik. Hujan pon baik. Winter pon baik. Syukur lah.
Wednesday, 30 January 2008
Lupa Nak Cerita
Opsss aku baru perasan ada benda yang aku lupa nak cite pada hari terakhir aku di Mersing. Adakah aku dah mula rindu pada tempat tuh? Huhuhu. Actually aku dah upload gambo2 ni lama, cuma lupa nak letak kat sini. Almaklum lah... busy la konon tu.
Kisah nya, kat kuarters yang aku duduk tu takde garaj. Ada satu garaj besar, tapi khas untuk kenderaan jabatan sebenarnya. Tapi banyak lah jugak kete2 park kat situ. Kete2 yang jarang kuar. Derang main parking double triple parking je kat situ. Penuh pulak tu. Makanya, sejak dari masuk sana lagi aku ada dengar derang tengah deal tender nak pasang garaj. Tapi sampai ke sudah, tak muncul2 pun garajnya. Pada 3 minggu terakhir aku kat sana aritu, bermula lah kerja memecah divider yang suka sagat AH ku itu. Masa tu aku ingat, mesti lepas raya aji siap lah kan. Tambah pulak aku cuti panjang, mesti balik2 je dah ada garaj. Tapi impian tak jadi nyata. Pada minggu terakhir aku kat sana, tiang dah pacak, tapi bumbung tak pasang lagi. 4 hari aku kat situ, pagi Jumaat, baru lah dia mula pasang bumbung tu. Isy... sempat ke aku merasa park bawah garaj ni? Tengahari, waktu aku pergi umah abang Epet, derang masih lum siapkan lagi. Adeh... Tiba pukul 4.30pm, time aku nak balik dah, baru lah bumbung tu complete. Tu pun dia tengah skru2 atas bumbung. Tapi, demi nak merasa, aku pun selamba park kat situ. Seploh minit pun jadik lah, janji ada. Dan, ini lah gambar2 yang aku snap dari atas rumah. Enjoy!



Friday, 14 December 2007
Cara Menghabiskan Duit
Aku pernah dengar ayat ni masa kat bilik rehat pensyarah 2 tahun lalu,
" Awal nyer gaji bulan nih. Gaji 3 bulan lepas pon aku tak usik lagi. "
Sampai satu peringkat, hutang dah langsai, duit gaji pun dah tak tau nak buat apa. Semalam, gaji dah masuk. Dicepatkan sempena raya aji dan krismas. Hutang si kancil dah settle bulan lepas. Bulan ni, abang la pulak bayo AH. Kebetulan pulak, memang abang yang akan guna AH bermula tahun depan. Aku pakai, aku bayo, abang pakai, abang bayo. No, bukan itu peraturan sebenarnya. Abang yang dah janji nak sambung bayo lepas abis bayo kancil. Aku cuma kena bayo hutang PTPTPu je. Rasanya ada lah dalam 15k lagi balance nyer. Abang bagi cadangan, duit gaji aku sumer bayo PTPTPu kami. Cukup setahun, settle sumer. Ah, tak payah lah. Perjanjian kata 15 tahun, ada lagi 10 tahun, watpe susah2. Tu pon aku bayo double dari ansuran yang dijanjikan. Insya Allah, habis lah tu nanti.
Elaun rumah aku naik? Alhamdulillah. Walau pon RM40 aje, tapi lepas gak duit api air sebulan tuh. Terima kasih gomen! Apa nak beli bulan ni ek? Banyak betul benda yang aku beli bulan lepas. Ada beso, ada kecik. Ingat nak beli saham K lagi, sekalinya dah closed pulak. Kena tunggu tahun depan la nampaknya. Aiyakkk dah kul 12pm, takde idea pulak. Lapar dan mengantuk nih. so, chow cin cau!
Eh, sambung balik la. Dah lepas tido sekejap tadik baru la segar balik. Tadik aku makan nasik ayam. Sedap pulak dah lama tak makan nasik ayam. Kalau dulu2, dalam biodata aku, makanan kegemaran : nasi ayam. Pernah sekali kami berbuka puasa kat CM (kat bumbung tuh)tapi sampai situ lambat, so kedai yang ada nasik ayam sedap tu dah penuh, sanggup merajuk tu. Budus nye lah. Macam la kedai lain takde nasik ayam ek? Tapi memang kedai tu je yang sedap ikut tekak aku. Time kat Dungun plak, ada satu kedai nasik ayam kat depan RH* Bank. Dia bukak tengahari je. Asal rasa nak makan nasi ayam (selalu la maknanya, fevret katakan...), mesti aku gi situ. Selain tu dia jual mee sup ngan mee kari kalo tak silap. Satu lagi yang best kat situ ialah Lai Chi Kang dia. Kalo abang datang Dungun, aku salu bawak makan kat kedai ni lah.
Belah malam plak, sebelah kedai tu ada kedai makan gak. Yes! Satu-satunya kedai makan yang jual CKT kat Dungun. Memang sedap dan pure citarasa Penang nya. Kedai ni pulak boleh dikatakan kekerapannya sama gak la aku pergi ngan kedai nasi ayam tu tadi. Kekadang dah malas sangat masak, aku pegi selang sehari. Takmo nampak kerap sangat. Hihihi. Tak tau lah, tapi aku memang cannot resist la ngan CKT. Tapi masa aku pegi Dungun awal tahun ni, tengok dah tutup dah kedai tu. Sedey ar. Actually masa dia bukak kedai tu, dia ada letak iklan dia kat pigeon hole kitorang. Asalnya menu yang dia highlight kan tu is nasi beriani. Tapi aku tengok ada CKT, tu yang aku try CKT dulu. Pastu dalam seminggu kemudian, aku pegi lah belah siang nak makan beriani, sekali dia tutup sebab ada kematian. Aku suspect tukang masak beriani tu lah yang meninggal sebab lepas tu dia terus tak bukak siang sekaligus tak jual nasi beriani. Gitulah kekdahnya.
Adusss sakit tangan ku. Tadi aku bawak turun beg baju. Dah mula mengangkut balik segala benda. Next week, dari ari raya, sampai la hujung tahun, aku akan bercuti. Tak cuti2 mesia kali nih. 23hb ada wedding sepupu abang, so lepas raya terus balik Muo, merewang. Lepas tu sampai abis tahun, kami nak cuti2 parit raja jek. Iyer! Kami ambik cuti untuk berehat di rumah. Tak lah juga berehat kot. Maybe kena entertain family abang yang mungkin lepak umah kitorang dulu kot. Tak kisah lah. Tapi 28hb tu pulak, akan bermula lah sesi sakit pinggang aku memandu dari parit raja ke shah alam. Abang je lah yang penat sebab mulai 7hb aku akan berada di Shah Alam selama 3 bulan. So, setiap Jumaat malam atau Sabtu pagi, abang akan bertolak ke Shah Alam atau singgah di Nilai. Aku pulak, akan ikut abang ke Nilai selepas abis kelas abang, kira2 petang Sabtu tu lah. So, Ahad, aku balik Shah Alam, abang balik BP semula. Memikirkannya pon dah rasa penat, apatah lagi melaluinya. Tapi, macam tu lah kalau nak cari rezeki, kan? Bukannya senang. Tapi, time masih muda ni lah nak kerja keras pon. Dah berumur sok, lagi lah tak larat. Cuba tanya orang yang mendulang emas tu. Dengar macam best je, 1 gram RM72, tapi nak cecah ke 1 gram tu bukan senang.
Tengah aku meng upload gambo Penang tadik, tah apa yang aku tekan tah, terus ter sign out dari blogger. Sakit ati betul. Dah separuh jalan dah. Jap aku try semula. Kalau tak lepas, sorry kawan, malas dah aku nak ulang banyak2 kali.
Dua hari ni panas pulak. Sebab tu banyak pusat pemindahan banjir ditutup, especially Kluang dan Kota Tinggi. Berita baik untuk aku yang akan lalu Kluang sekejap lagi. Tu pon aku bangun pagi tengok ada basah2 sikit, hujan renyai je kot malam tadi. Yang best nyer, tido malam sungguhlah nyaman. Sejuk. Tapi, bila nak mandi... adoi lah sejuk giler. Pulak tu pepagi air slow, lama la sket duk bawah shower tu. Brrrrrrr
Thursday, 13 December 2007
Entry Kontot
Langit cerah tengahari ni. Aku menuju pulang ke rumah. Bukak kete, ambik payung dan jalan. Eh eh eh dia pon bawak payung. Dia pon. Dia pon. Banyak nyer payung. Hujan dah berhenti. Tapi tengahari ini, aku, dia, dia dan dia sediakan payung sebelum hujan. Hujan belum berhenti. Cuma beralih ke tempat lain. Sekejap lagi, bumi ini akan disimbahi hujan lagi. Seperti semalam, kelmarin, semalam kelmarin dan semalam sesiang dan se se yang sebelum ni. Musim hujan.
* Boss tak balik lagi, takleh la nak sambung 24 kat opis ni. So, baik balik chow cin cau!
Monday, 10 December 2007
24, DVD, Sup, Kambing, Minyak
Apa kes! Dah bawak kemre, kabel lak tak bawak. Camne nak transfer? Dush dush dushum! Alamat nya basi lah gambar jom jalan-jalan tu nanti. Anyway, yang lepas, biarkan lepas.
Weekend nih sangat lah meletihkan. Letih marathon 24 sebenonya kihkihkih. Benarlah kata orang, kita selalu lupa menghargai benda yang ada depan mata. Bila dah hilang di mata, baru lah rasa rindu dan terasa kehilangannya. Gitu lah berlaku pada ku. Actually, selama nih DVD player kat rumah tu, adik ipar aku yang punya. Abang yang pinjam sejak 3 tahun lebih yang lalu. DVD tu dimenangi semasa lucky draw annual dinner kilang ape tah. Alkisah nak dijadikan cerita, time abang gi KL arituh, abang telah memulangkannya ke rumah Semenchu. So, cemana aku nak tau apa kesudahan kisah the longest day in my life oleh Jack Bauer? Nak tengok kat laptop/ PC, baik tak payah. Madaaang sangkut.
Makanya, tengahari Sabtu, kami pon keluar untuk menyelesaikan misi president Palmer assassination itu dengan menuju ke BP. Memula singgah kat factory outlet Claytan. Saje je nak tau, apa la yang ada kat situ agaknya. Pengaruh dari blog akak tu lah nih. Ok, dah tau dah. Puas ati aku. Cukup lah dah tau tukan. Bukan nak beli e’apa pon.
Pastu terus pegi BPM*ll. Tengok ATM kat depan P, offline. Pegi yang kat belah belakang Takas*ma plak, mak ai, panjangnyer. Aku ni kalau ikut kan memang dah serik kuarkan duit kat sini. Sebabnya, ramai sangat warga asing. Ramai tu tak kisah sangat, ni dia bleh beratur reramai, pastu time turn kawan dia, keromon reramai kat ATM. Pastu kalau kuar duit tu ok lagi, ni asik cucuk je, duitnya tak kuar jugak. Lepas sorang, sorang, sampai semua tu abis cucuk. Pastu ada sekali tu, aku tengah beratur, dia bleh selamba diri depan aku. Time tu depan aku ada 2 orang aweks sekampung dia. Dah lah tak mo tunggu giliran, yang tambah kan meluat tu, dia bleh sengih2 plak. Nak je aku dush dush dushum kat situ gak. Pa’kal je lelaki, aku takut sket la. Karang dia buat apa2 kang naya aku. So, nak dijadikan cerita, bila tiba je turn aku, mesin tu terus out of service. Wachaaa!!! Geram nyerrr. Penat aje. Dahlah time beratur tu pon aku dah sakit ati. Cite nya gini, ATM tu terletak kat depan kedai alat2 eksesais dan urutan Takas*ma. Tetiba, sedang aku melilau2 melihat gelagat orang, datang sekumpulan budak. Rasanya dalam umur 8-10 tahun gitu. Kecik2 je. Tak kisah la dia nak gi shopping complex kecik2 kan. Mak bapak dia kasik kot. Yang jadik masalahnya, dia bleh ramai2 panjat alat2 eksesais tu. Apa ke benda lah nama alat tu yang tempat jogging2 ngan kayuh2 tu. Apa ek??? Lupa lah. Ha benda tu lah. Ok lah, dia naik tu kayuh2 tak pe lagi. Ni dia boleh siap buat wili2 (camne tah ejaannya) lagi. Orang jaga kedai tu ada la tegur sekali and derang pon blah. Tapi tak lama tu dia datang balik. Eee aku plak yang over geram. Ok, dah, itu je kisah cucuk duit.
Sambil2 aku cucuk duit, abang tunggu kat kedai fofular. Lepas keciwa tak dapat kuar duit, aku pon naik ke kedai tu. Carik2 novel, jumpa 2 karya Abdul Rahim Awang. Aku memang suka tulisan dia. Takde lah jiwang karat sangat. Dia salu tulis cite kehidupan. Tak kisah lah novel tu dah lama, janji ada bahan bacaan aku lepas nih. Maklum ler, minggu ni la last aku menyudahkan SKM ku. Pagi tadi dah selesai satu amali. Petang nih ada satu, petang esok ada satu lagi. Lepas bayo buku, (best, dapat diskaun 15%) kami pergi kedai elektrik S*nQ. Saje nak survey rege DVD player. Pastu survey kat Pa*ific plak. Pas tu kami pon keluar. Oh, sebelum tu, kami shopping barang dapur sikit. Sikit sangat, tak penuh bakul pon, tapi regenya mencecah RM70. Zaman sekarang, troli penuh bleh cecah 3-4 ratus. Oleh sebab duit tak dapat kuar, terpaksa lah gesek biola. Lepas aje bayo, seperti biasa, bila beli barang sikit, aku akan check resit. Lenkali, beli banyak pon kena check okeh? Memula dia scan dua kali krim olay tuh. Pastu dia cancel. Tapi, camne pilfresh tu bleh jadik RM7.70? Kemain lagi mahal??? Masa ambik tadik memang dah tengok RM6.30. Tu pon kira mahal la, kalo nak banding rege offer arituh RM5.90. Tapi tak kisah lagi, masih underbudget. Tapi ni dah over banget. Beza RM1.40 tuh... So, kami pon suh dia check. Huhahuha kami memang betul. Pas settle, kami terus blah. Sampai kete, tengok2, laaa tak ambik pulak pilfresh tu tadik kat kaunter. Patah balik, dia dah simpan bawah meja dia dah. Tengok dia tampal kat plastic tu, ‘customer melayu’. Senang la nanti kalo jadik cam Yayu aritu, leh kenal sape punya barang.
Pas selesai kat situ, kami gi survey lagi kat K4 plak. Tak menarik. Kami terus gi pusat bandar. Gi survey kat H*L, ok, dah ada yang kenan. Tapi tak beli dulu, nak tengok harga kat hoeheng plak. Konon pastu nak gi S*ngHeng plak, tengok2 dah tutup/pindah plak. Tah ke mana tah dia pegi. Pastu pegi hoeheng, tengok brand yang dah kenan tadik, lagi mahal banyak! So, kami pon patah balik ke H*L dan terus beli.
Opsss lepas pegi H*L kali pertama tu, kami singgah ke satu ekspo PKS kat dewan Jubli Intan. Best nyer, banyak gerai2. Pegi kat satu booth kambing. Hihihi memang kambing la aku nih, Siap posing2 ngan kambing lagi. Gambo senyum kambing pon aku ambik. Minggu depan lah aku letak gambo nyer. Akhirnya, beli jajan miow2 jek. Kilang dia kat jalan nak ke Parit Yaani, salu lalu kalo nak gi hiway Yong Peng.
Abis membeli DVD player, pegi masjid lama. Asar dan Maghrib terus kat situ. Lepas Maghrib, kami pegi makan sup Sitam. Nyam nyam sedap nya kambing. Kambing lagi! Dah lama dah tak pegi situ. Masih sedap seperti selalu. Minggu lepas abang ada gi situ sensorang. Budak waiter tu tegur, ’sorang je?’. Kali ni, dia tegur lagi, ’arinih berdua’. Jumpa gak kawan abang kat situ. Macam familiar je muka pempuan tuh? Laaa... rupanya dia customer aku, patut la cam kenal hihihi. ’Couple induksi’.
Pas makan, balik singgah beli keropok lekor kat pasar malam. Balik terus goreng sambil erk erk erk tengok 24. Eh, tengok majalah tige dulu. Hihihi cite mendulang emas rupanya. Sehati berdansa pon tak tengok sangat.
Semalam plak, dari pagi ke petang, petang ke malam, tak abis2 pon satu season. Kata 24 jam? Nape 24 jam tak abis2 ek? Dah, asik berenti2 je. Masak la, makan la, kemas rumah la, tido la. Kesimpulannya, season 1, Jack lum terror lagi. Lambat je aku rasa. Sekarang, sampai sakit2 perut ngeri pulak aku tengok season 6 tuh. Arini aku nak try abiskan season 1. Huargh!!! Tak sedo diri tol.
Pagi tadik, aku balik Mersing cam biasa. Tiba dekat2 sebelum penjara, baru aku teringat, minyak abisss!!! Terus aku brek dan berenti kat tepi dan u turn. Sibbaik 2km je dari stesen minyak terakhir, C*ltex. Fuh! Leganyer... Sorry bang, isi minyak selain Pet*onas. Sibbaik bawak duit. Kalo last week, aku ada RM30 je, tak ke naya. Oleh sebab terpaksa berenti isi minyak, terpaksa la aku tekan minyak kuat sikit. Sampai ILP kul 7.50am. Pergh! Sibbaik tak banyak lori. Time nak u turn tu aku dah pikir amali aku je. Hihihi sempat sangat. Ok, itu je. Cau cin cau.
Friday, 7 December 2007
Jack Bauer My TV Hero
Ada satu entry terpaksa diperap seketika untuk mendapat approval dari Encik Hairul. Semalam, aku kena jaga pekse atau bahasa omputihnya invigilate. Pagi aku jadi ketua, petang jadi orang biasa. Tengah2 jaga exam sambil berangan tuh, mata pon melilau la keliling kelas. Tetiba terpandang papan notis kat belakang kelas. Background kain kaler purple, gambo miki n mini mouse. Maklum ler... budak lepas sekolah. Langsung teringat papan notis kat belakang kelas masa sekolah2 dulu. Ada column2 untuk setiap subjek. Yang paling best part Pendidikan Seni. Lukisan yang dapat bintang, atau markah tinggi, akan ditampal kat situ. Aku nyer lukisan? Haram... tak pernah kena tampal. Langsung tak berseni ar tangan aku nih. Sekolah sekarang masih cenggitu tak? Tah pape yang aku pikir ni tah.
Semalam jugak, parent housemate ku telah kembali ke kampung nyer. Maka, malam tadi, aku berpeluang menonton 24 dengan aman. Tak juga aman, sebab kena berenti2 sebab kilat dan petir sabung menyabung. Almaklum lah, baca sotkabo arini pon dah cite pasal banjir. Kat sini takde la banjir, cuma pagi tadik nak masuk kete, kena la pijak air bertakung berlumpur sket. Cuma risau gak nak balik BP petang nih. Baca kat paper, ada jalan tutup on the way tuh. Tutup kepada kenderaan ringan. Agak2, AH tu ringan tak?
Berbalik kepada 24 tadik, setiap ari minggu nih, aku stay back tau. Bukan setakat tak dapat tengok spa Q, depan TV pon aku tak duduk, segan. So, petang2 tu aku bukak la DVD kat PC. Hahaha menyalahgunakan harta kerajaan. Abis, tulis blog ni tak salah guna? Erk...
So, malam tadik, abis dah aku tengok season 6 yang tengah tayang kat NTVtujuh ari Isnin tengah malam. Sape suh dia tukar waktu siaran. Aritu ari Jumaat kul 10.45pm, aku leh tengok lagi. Ni dah tengah malam buta, tak kose aku nak berjaga. Kesudahan cite nyer... uhuk uhuk Jack, you are my hero. Syian dia, kena pisah ngan Audrey. Bapak Audrey tu plak dah jadik ala2 cite Natasya la pulak. Dia bleh cakap gini,
“You are cursed, Jack. Everybody you touched, end up dead.”
Gitu la lebih kurang. Aku bukan geti beno nak menangkap dia cakap. Tapi lebih kurang gitu la. Tak ke sebijik cam si Tipah tu kan? Hihihi sape tiru sape ni ek?
Kesimpulannya, aku akan carik lagi DVD season 3, 4 & 5 untuk kenang-kenangan. Paling best season 3 la kot, sebab aku mula jatuh chenta ngan Jack ni time season tuh. Huhuhu. Ada sesape nak pegi Batu Feringghi? Bleh kirim tak? Entah, kenapa aku tak beli terus je aritu ek? Heee nyesal pulak. Bile plak nak tengok cite Hindustan om shanti om tu ek? Ada Shah Rukh Khan tuh. Dengarnya dia ada 6 packs sekarang kikiki. Baru lah betul. Sebelum ni, dia kan ala2 tak kurus tak gemuk tapi tak tough la body dia. Apa ke hey aku belek body dia plak ek?
Portfolio aku dah penuh. Tak muat lagi. Ada beberapa task lagi takleh masuk. Camno? Adakah aku terlebih terampil? Atau aku sangat skillful? Yang pasti aku tengah nervous nak final amali next week. Kawan lain sumer dah lepas amali, tinggal aku sorang je terkulat2 tunggu giliran. Jangan ler hujan petang Selasa tu nanti. Ada kang aku buat keje dalam hujan tu nanti. Demi pengalaman, pakai kotor tidak mengapa. Ada kaitan tak?

