Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Wednesday, 28 April 2010

Cerita Balik Kampung

Hari jumaat lepas, buat pertama kalinya dalam tahun ini, aku keluar waktu rehat. Itu pun memfollow kawan jek. Derang ni memang jarang sungguh keluar hari jumaat. Alah, apa la yang ada kat bp ni kan. Sebab tu aku pun selalunya mengambil kesempatan itu untuk tido sahaja. Cuma, sejak dua tiga menjak ni, opismate aku kerap membawa anak2nya ke opis waktu si bapak solat jumaat kat surau sini. Akibatnya, aku dah takleh tido lagi dah. Bukan sebab tidak boleh, tapi sebab budak2 tu dibagi main game, pastu jerit2, gado2 atau bahasa kasarnya, memekak. Bengkek betul. Jadi, daripada aku mengumpul dosa menyumpah2 di dalam hati, elok ler aku ikut kawan aku kuar jenjalan buang duit. Boleh juga memacu ekonomi negara.


Jadi, kami keluar bertiga. Tak pernah umur kami keluar bersama2. Sebelum ni, pernah la jugak aku kuar, tapi selaluya sensorang jek. Memula kami pergi samit. Susah betul nak decide mana nak pergi sebab masing2, ikut la, sukati la, mana2 la. Sibbaik aku tak suh pegi wirakot.


Tak sempat jenjalan sangat pun. Masuk watsen sikit punya lama ker. Aku rasa, test kit simplisiti tu sekejap je dah abis kot. Ramai bebeno nak mengetestnya. Kendian kami ke nagoia. Masuk sini kita kena tengok satu2 tau. Kalau tak, memang terlepas pandang kain2 yang cantik. Sebab dia campur2 kan. Tak tau mana yang lama, mana yang baru. Sibbaik aku ni jenis memerhati lah juga trend2 fesyen terkini. Boleh la kenal corak yang baru dan corak2 yang lama. Last2, aku pon terbeli sepasang baju. Dan dah berkenan satu langsir. Eh? Aku nak buat langsir ker? Buat jangan tak buat. Tengah semangat nih.


Keluar samit, kami ke kedai alfa. Sebenarnya tujuan asal kawan aku tu kuar nak beli komponen sket. Lama la jugak tunggu sebab kerani yang tukang carikan komponen tu cuti la pulak. Semalam tokei tu suh datang arini. Arini pun cuti jugak. Last2, tokei tu yang carikan. Sibbaik sikit je. Dia kata, kalau banyak, dia kena tutup kedai tu 30 minit untuk mencari.


Sampai opis, kami terus gi kafe. Konon tak lapar sangat, nak minum2 je. Sekali terorder pulak nasi goreng kampung. Umak aiii. Banyak giler portion dia. Sekali makan, ermmm sedap jugak. Last2, abis jugak. Tu maknanya betul sedap la kot. Boleh abis walau pun tak berapa lapar.


Belah malam, konon takmo makan. Sekali dia ajak kuar makan pulak. Alerrr. Ada ke patut umpan dengan sate dan bubur ayam. Camne nak tolak?


Balik makan, dia kuarkan beg. Jadik? Alerrr nyesal aku ajak2 ayam. Bergerak kul 10 kot, sampai semencu kol 12 lebih. Dari kuar tol ayer hitam lagi aku dah tido. Sado2 je dah sampai rumah hehehe. Suka la tu. Dapat tekan minyak kuat2.


Hari sabtu, takde buat apa2. Fil keje, mil gi kenduri kawen. Petang, bantai tido je. Karen pulak takde. Ni mesti rumah pengantin tu terlebih pakai karen ni. Apa tak nya, tengah malam time aku sampai tu, derang tengah melalak2 karaoke. Tak patut betul. Sampai rumah tu boleh dengar. Padahal jauh gak rumahnya. Kalau kat rumah aku tu, komfem dah kena sound ngan jiran tetangga huhuhu.


Pepaku untuk menyakitkan kaki cik mon.

Lepas isyak, kami balik at5. Mak ngan abah takde. Pergi kedah hantar pengantin. Umak ai! Jauh nyer? Oleh kerana takde karen, takde la aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan. Jadi, tido pon awal. Tapi, lebih kurang kul 12 kot, lampu pun nyala.


Bangun pagi, mak abah dah ada. Derang sampai kul 3 lebih. Terus abah kasik sijil saham. Yeay! Alahai... biler la felda nak umumkan dividen nih?

Tengok2, abah dah beli sarapan. Sebenarnya aku memang plan nak pegi beli, tapi dia cakap, malam tu kan takde karen. Mesti orang tu takleh masak kot. Rupa2nya ada jugak.



Nasi lemak ni masa aku darjah 6, harganya seposen. Sekarang 4 posen. Rasa sambalnya sebijk macam 18 tahun dahulu. Macam tak caya jek. Cuma sekarang dia pakai ikan bilis yang besar. Dulu ikan bilis kecik2, best.




Pau sambal dari sambal nasi lemak dan popia kurus inti karipap.


Karipap ni pun dulu seposen, tapi sekarang, singgit 7. Kena bawak kalkulator la kalu nak beli seketul je. Rasa pun masih sama seperti dulu. Walau pun rupamu kurang menyelerakan, tapi rasanya amat lah sedap.

Sebelum balik, dia balik semencu dulu. Adalah pelik kalau dia tak balik rumah dia dulu sebelum balik. Aku tak ikut. Ada je trick nya. Tertinggal towel la, tertinggal itu la, terlupa ambik ini la. Padahal semalam dah salam2 sumer dah.

Tiap kali balik kampung, aku risau betul kalau ada adik2 yang balik. Mesti kena hantar balik. Kali ni, nampak gaya takde yang perlu dihantar. Tapi, tiba2, pil beli sabun2, suh kami hantar. Adoiiii...

Tenghari, lepas makan, kami pun balik. Singgah nurseri kat kota, beli pokok bunga kertas 3, pokok limau sambal, pasu 1 dan tanah 2 beg. Susah nak pilih bunga kertas sebab kebanyakannya tak kuar bunga.

Dari situ, kami ke jb. Singgah jasko tebrau, cari tako. Ada, tapi bukan tako tao. Tak berapa sedap. Macam takde sayur kubis jek? Memuakkan. Pastu sos dia ada rasa/bau sumthing. Lenkali takmo beli lagi.

Dari situ, kami ke tampoi. Singgah ar1ani pulak. Oh, dia baru pindah kat seberang jalan. Corner lot. Ada jualan perpindahan. Kemudian terus ke pontian. Singgah lagi kat ekonsave. Aku, kalau dalam seminggu tu tak gi soping kat pasaraya, rasa tak sedap je badan huhuhu. Bukan nak beli e'apa sangat pun. Beli air mineral je bebanyak.

Owh, lupa nak citer. Catuan air bersambung lagi lor. Kalau ikut jadual, esok la last day nya. 2 minggu lepas tu memang derang dah lepaskan air 3-4 hari. Tapi tu sebab nak test je kot. Dengarnya, selepas ujian, didapati air di empangan masih kekurangan. So, bersambung la lagi. Nak tengok lusa ni, kot2 dia dah stop ke. Hujan pun macam tak berapa lebat akhir2 nih.

Dari ekonsave, kami terus ke tempat sil. Mak aihhh buruk gilo tempat ko nih. Bekas kilang nenas ke haper tah. Dah la aku sampai tu maghrib. Meremang2 je aku rasa.

Haaa ada satu citer. Masa kat rumah, aku ada terbaca satu buku. Memoir stepo kot tajuknya. Bukan la buku cerita. Macam majalah sekolah la gitu. Cumanya buku ni dibuat khusus sebagai kenang-kenangan sempena penutupan sekolah t3knik p0ntian yang telah diambil alih menjadi kolej matriks teknikal. Sebelum ni bil sekolah kat situ. Kira batch terakhir la. Kesian tau derang. Waktu nak spm, keadaan kat situ kira macam dalam proses transformasi. Cikgu2 pun ada yang mintak tukar awal2. Tengah tahun lepas, derang dah ambik student matriks. Jadi, budak2 yang nak spm ni macam dah terabai. Sibbaik ok gak la result budak tu. Tapi, sepatutnya lebih baik kot.

Dalam buku tu, ada segmen ucapan/nukilan dari guru2 dan ex-guru2 di situ. Aku boleh menangis terharu membacanya tau. Padahal bukan sekolah aku pun. Tapi, aku dapat menyelami perasaaan guru2 itu. Rata2, kalau boleh nak duk situ sampai pencen, tapi, apakan daya. Ada la beberapa orang yang berjaya diserap sebagai lecturer koleh matrik, tapi tak ramai. Kesian derang.

Tapi, situasi yang sama juga berlaku di tempat aku pada masa yang sama. Bermula 2010, tiada lagi post j2puluh9 kat sini. Jadi, lebih kurang 28 orang staf dah dipindahkan. Sedihnya... Mudah-mudahan aku akan kekal lama di sini. Tak kisah la kalau lambat naik pangkat pun. Ada tu, sampai tak mo ambik ptk sebab takmo naik pangkat lagi dah.

Erkkk dah, tak tau nak tutup cemana.




































Tuesday, 2 June 2009

Balik Kampung Bulan Mei

Gambar takde kena mengena ngan entry nih. Cuma nak bagitau, banyak isi berguna di dalam majalah nih.

Jumaat lepas, kami balik kampung. Dah dekat kul 10pm baru bertolak. Terus balik semencu. Esok nyer, pagi, cam biasa, mil gi ngaji. Kami kat rumah melayan hujan. Best sangat suasana tuh. Memula mendung, awan berarak. Kendian hujan renyai2. Sejuk je pepagi.

Tengahari aku masak. Makan sendiri2 jek. Wat macam umah sendiri. Petang bantai tido jek. Langsung tak produktif. Malam lepas maghrib baru balik at5. Mengambil iktibar dari kepulangan yang lepas, kami singgah makan kat 'depan'. Aku makan mee bandung. Sape ke nama member yang empunya kedai tuh. Tau nama panggilan dia ani jek. Sejak zaman berzaman kedai makan dia tuh. Ada jual sop juga. Abang makan/minum sop tulang. Rupa sop nya tak pekat, tapi rasa dia, pekat lekat betul.

Sampai rumah, abah takde. Gi kenduri kat blok 12. Jauh bebeno la pulak. Salu kenduri sesama blok jek. Mungkin sebab ahli blok sekarang dah berkurangan, so kena la panggil blok2 lain. Tah2 dah ada blok 'merging' kot. Walau pon kami blok 13, tapi blok 12 berselang dengan blok 20.

Abah balik, sembang2 pasal kenduri tadi. Orang tuh kasik 'berkat' kuih. Banyak betul. Katanya kenduri tu sempena anak orang tuh tak jadik kawen. Aiyak? Boleh pulak? Ingat anak pompuan ke. Rupanya anak lelaki. Kisahnya, lelaki tu keje dresser (ke haper ke nama pekerja spital tuh tah, salu orang sebut dresa dresa gitu) je. Bapak pempuan pulak, mintak hantaran 20k. APA? Artis popular kah? Ok ok persoalannya, kenapa dia tak jadi kawin, boleh wat kenduri? Hehehe mungkin kebetulan je kot. Itu bukan sebab kenduri tu diadakan kot. Sukati dia lah.

Pastu, abah kasik sijil. Wah! Sungguh cekap la derang nih. Ikhlas pulak tuh. Arituh kan orang pejabat kami tolong hantarkan abang punya sekali kan. Dia cakap, nanti sijil dihantar ke pejabat kampung abang. Sekali, dia hantar kat kampung aku jugak. Errr lain kali boleh lagi tak?

Esok pagi, abah ngan mak gi kursus haji kat semencu. So, balik tu tak jumpa derang lah. Pagi aku buat jemput2. Sebelum balik aku cabut pokok pandan kat sempadan belakang rumah wak jongkong. Pastu paksa abang cabut pokok kari. Mak aihhh! Tak padan wei pokok kari tuh. Besar dia, ada lah dalam ermmm sejengkal gitu. Tapi, akar dia, akar tunjang kot. Berpeluh la jugak nak mencabut nya.

Kami balik kul 11.30am. Balik semencu dulu sebab abang tertinggal towel. Elehhh padahal takpe je tinggal towel pon. Sajer tak nak pecah tradisi. Memang setiap kali balik, mesti balik semencu dulu. Padahal pil takde pon. Derang dah gi bp, ada kenduri kawen. Eh, member cerita, ari ahad tu jammed jugak kat ayer hitam. Macam hari raya kekdahnya. Ramai nyer orang kawen.

On the way balik, kami banyak persinggahan. Memula singgah kipmart. Saje, beli buah. Kendian gi kedai kemboja. Saje, beli kain hehehe. Kendian kami gi jb. Memula singgah persada. Ada furniture fair katanya. Pusing2 cari idea. Sudahnya, bukan dapat idea furniture, idea mezzanine floor yang dapat. Tak sabar nak buat loteng.

Pastuh, dah terlanjur sampai jb, kami gi jomhebuh pulak. Tak pernah pegi! Kelakar je, jumpa ikram dinzli tuh. Ramai aweks ambik gambar ngan dia. Aku pulak, bila teringat dia berlakon auw!, terus cabut. Apa kes tah, dah 2 drama dia auw! Pastu ada sorang awek ni duduk pegang tabung bersama mu. Sambil2 tu dia sign otograp. Aku ngan abang saling berpandangan, 'sape tuh?' Tak kenal pon. Sebelum maghrib, kami blah.

Maghrib kami kat angsana. Akhirnya aku dah beli benda alah tuh. Takmo tepek gambar. Saje nak simpan untuk hari raya hehehe. Tah kul baper kami balik. Sebelum keluar tol kulai, singgah tesko. Semata2 nak beli komfort rege rm4.45. Boleh pulak? Tak boikot pon?

Keluar tol, tengok2, toilet tengah renovate. Adoiyaiii. Terpaksa gi petrolnas. Selesai hajat, laaaaaa jumpa plak pil kat situ. Dah jodoh. Balik tu singgah makan kat pak long. Sampai rumah dekat kul 12pm. Fenat nyerrr!!! Sibbaik keje 2 ari je. Esok aku cuti sampai jumaat! Yeay!