Sepatutnya dan sememangnya, taklimat untuk kitorang ialah pada hari  esok. Tapi hari ni pun ada taklimat yang sama untuk semua jabatan2 lain  di bawah kementerian ini. Tapi, dari anggaran 400 orang yang sepatutnya  datang, tak sampai 100 orang je kot yang muncul. Mereka ni terdiri  daripada staf2 kementerian sekitar negeri johor. Oleh sebab itu, bos  panggil lah kami ni semua untuk memeriahkan majlis. Besok still ada  lagi, cuma mungkin khusus untuk iljtmwilayahselatan kot. Bermakna besok  lagi ramai rakan2 seperjuangan la kan dan lagi senang nak bertukar2  pandangan sok sek sok sek di belakang hehe. Tadi ni ramai sangat dari  skim yang lain. Jadi, besok aku akan turun sekali lagi untuk mendengar.  Beriya je aku ni. Macam lah ia boleh mengubah apa2. Tapi sekurang2nya  ilmu aku bertambah sikit. Ko ada?
Lampiran ci oh! lampiran ci. Aku dapat lah tengok jadual gaji tu tadi.  Derang kata benda tu belum release. So, tak boleh potostet la. Jadi, ia  terakam dalam kepala je lah. Sebab apa yang terakam kat kemre aku adalah  blur. Nebes tak pepasal. Terus gigil gambar tu. Jadual gaji orang lain  pulak yang terang. Nyampah!
Tak pe lah. Yang penting gaji aku naik bulan 1 ni dan next increment  ialah pada bulan julai nanti. Lamanyaaa. Sekali imbas, jadual dia macam  menganiaya sikit la. Bukan apa. Contoh la he. Aku sekarang dok kat t5.  Pastu, untuk kenaikan bulan 1 (kerana 0psyen sbipa) ni, gaji aku adalah  sama dengan orang yang berada di t6 dan t7, yakni pada t4 (sbipa).  Bezanya, yang t6 akan dapat pergerakan tahunan pada bulan april,  sementara yang t7 akan naik bulan januari (bermakna 2 kali naik la bulan  1 nanti, tapi kena tunggu selepas settle skt bagai la, tapi dia akan  backdated la). Dan aku yang kat t5 ni punya pergerakan gaji ialah pada  bulan julai. Faham tak? Maknanya sekarang, walau pun t7 tu tadi terus  naik 2 kali, tapi masih dalam kadar yang sama dengan t6 dan t5, pada  tahun ini. Beza 3 bulan je, berbanding dengan 1 tahun (dengan t6) dan  beza 6 bulan je, berbanding 2 tahun (dengan t5). Kira t5 la yang paling  untung dalam kes ini.
Tapi, kalau compare pulak dengan t3 dan t4, t5 la pulak yang teraniaya.  Eh, bukan teraniaya la. Rugi sikit jek. Gini. Untuk orang yang t4,  kenaikan bulan januari (sbipa) dia ialah pada t3. Dan untuk t4,  pergerakan gaji tahunan dia ialah pada bulan januari. Bermakna, bulan  januari ni dia akan dapat 2 kali kenaikan la kan. Dan selepas pergerakan  tahunan bulan januari tu, dia akan naik t4 la kan. Dan ia adalah sama  dengan aku (t5) yang beza 1 tahun kekananan. Sementara yang t3 pulak  akan pergerakan gaji pada bulan april. Bermakna, pada bulan april, orang  yang 'muda' 2 tahun dari aku akan sama gaji dengan aku. Tapi bulan  julai aku akan naik t5 la pulak kan hehehe. Tapi, mereka yang 2 tahun  beza memang akan ketara la. Kelihatannya begitu lah. Nasib la korang  kalau tak paham.
Dan selepas aku membelek jadual gred 36 pulak, pergh! Memang untung la  siapa yang baru naik  baru2 ni. Dia dapat gaji sama dengan orang yang dah t2  dan t3. Dan derang mengekori je satu tangga ngan orang yang dah t4, t5 dan t6. Kenapa aku  rasa jadual ni macam menguntungkan orang yang baru eh? Haih... Saper  punya idea lah kekdah sifir cenggitu ye?
Okeh, habis bab gaji. Nanti aku citer bab pembetulan pada entry yang lalu.

93 SUNGAI EMAS
3 days ago


0 komen:
Post a Comment