BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di  sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah  bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka
1. Barang siapa  yang berpuasa 1 hari dalam bulan  ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar  dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai  2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3.  Barang siapa yang berpuasa 2 hari  di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4.  Barang siapa yang berpuasa 3  hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14, 15, 16 Jun 2010)  maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan  menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang  siapa berpuasa 5 hari dalam bulan  ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...  InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka  Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8  pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan  mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua  kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari  puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda  Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari  madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi,  lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai  ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk  engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban  bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah  kubur, lalu Rasulullah saw  berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa  kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya  Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda, "Wahai  Tsauban, mereka itu sedang diseksa  dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt  meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban,  kalaulah sekiranya mereka ini  mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab  nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban  bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah  satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"  Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya  sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan  solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt,  kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu  tahun."
93 SUNGAI EMAS
3 days ago


0 komen:
Post a Comment