Thursday 5 March 2009

Hujung Bulan Februari Awal Bulan Mac



Aku dah cakap, jangan bercakap dalam hati, nanti abang tau jugak. Alah… ni bukan aku cakap dalam hati, cuma cakap ngan yayu jek. Takkan tu pon bleh kantoi, kan.

Awal minggu lepas, aku ada cakap2 ayam ngan yayu, macam nak balik kota jek minggu nih. Tapi aku tak cakap kat abang pon. Tak beriya2 sangat. Nak cakap, tapi kalo cakap mesti komfem balik kan. Aku nak balik biler aku rasa betul2 nak balik.

Sampai lah ke hari jumaat, aku buat tak tau jek. Siap dah plan nak buat projek ’soyok’ lagi. Balik2 je ari jumaat tu, aku terus menyuarakan pasal projek tersebut. Saje kasik hint, nak bagitau, ari sabtu nak kuar gi bp.

Tetiba abang pon cakap, dia ada plan jugak. Aiyok! Plan apakah itu? Plan balik kampung! Hua hua hua. See? I told you! Ok lah, tapi dengan syarat, takmo kemas beg.

Lepas maghrib, kami keluar makan steak dan lamb chop. Sedap, tapi tak puas makan sebab nak cepat. Mengejar raja lawak. Lepas raja lawak, kemas2 beg dan terus bergerak pulang ke kampung halaman.

Sampai semenchu lebih kurang kul 1. 30am. Kengkonon ari ni last la merasa tol murah sket. Balik ari ahad dah naik. Sekali, ditarik balik pulak. Tah pape la derang nih. Sape yang sign suh umumkan tu tah. Tak pikir dulu ker? Camni lah pe’el derang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, boleh tarik balik. Cuba bawak bincang dulu. Ambil kira pendapat orang. Ni piem pon tak setuju, ko wat keje sensorang eh? Dush!

Pagi sabtu, awal2 lagi mak dah keluar ke kota. Memang setiap minggu mak pegi masjid kota untuk belajar ngaji + agama. Merasalah aku tido lama sket hehehe. Alah, yang tinggal adik2 ipar jek, yang sepe’el jugak hihi.

Lebih kurang kul 11.30am, kami pon gi kota jugak. Kengkonon nak jemput mak. Kekadang mak sampai rumah kul 4pm, padahal kul 12 lagi dah abis ngaji. Sistem teksi luar bandar memang cenggitu. Kena tunggu cukup 4 orang baru dia jalan. Kalo ko ada duit lebih, bayo lah untuk 4 orang, baru ko boleh suh teksi tu jalan terus. Dulu2 aku dah puas dah naik teksi. Kalo hari biasa2 nih, teksi banyak, orang nyer takde. Tu yang kena tunggu tuh. Kalau musim perayaan plak, ramai orang, teksi lak takde. Gitu lah cabaran hidup di luar bandar, kan?

Sampai2 je kota, terus pegi kedai alat jahitan. Kedai ni tenggelam jugak masa banjir arituh. Mak ada beli mesin jahit kat sini. Sampai sekarang tak abis bayar lagi. Masa banjir tu, kengkonon gembira la, kot kedai tu dah bungkus. Tak payah bayar lagi hihihi. Sekali, tak lama tu dia bukak balik. Dia cakap, buku hutang tu lah yang derang selamat kan dulu hahaha.

Lepas kat kedai tu, masuk plaza kota plak. Dah lama tak jenjalan dalam nih. Eh, tak lah lama sangat. Bulan puasa arituh beli telekung kat sini. Kalau korang tak tau, kota ni adalah pusat kain dan pakaian yang best tau. Baaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat kedai kain nih. Kebanyakan owner kedai ni ialah orang kemboja. So, ada satu area tu kami panggil kedai kemboja. Kalo kat bangunan plaza kota ni plak, derang panggil mini kelantan. Pon banyak kedai kain. Tapi kalo nak lagi rambang, pegi lah area kedai kemboja tuh. Macam2 ada.

Masuk je plaza kota ni, terus terjumpa kedai jam. Teringat plak, jam dinding tak beli lagi. So, kami pon masuk lah. Huhahuha, terus lah beli jam yang sama jenis yang kami dah berkenan kat parit raja, dan terengganu. Orient. Yang best nyer, kaler dia sebijik sebijon ngan kaler tv kabinet kami. Perfekto!


Memang sama kaler nyer



Tak sabar2 nak gantung

Pas beli jam, jumpa kedai cd plak. Kat sini bersepah2 kedai cd nih. Aku pon sambar 2 keping dvd, valkyrie dan bedtime story. Satu 5 hengget sahaja. Lum tengok pon lagi.

Time tu, ada plak pertandingan karaoke. Bingit laaa plaza kota tu jadik nya. Ramai orang berusia plak tu yang nyanyi.

Abis pusing satu pusingan, kami pon keluar. Nak gi carik mak. Memang bijak. Tak janji pon ngan mak, konon nak guna instinct hahaha. Sampai masjid, dah takde orang. Pegi teksi stand, pon takde. Kami pon makan dulu kat baser. Abis makan, gi carik lagi. Cerita sebenarnya, masa kami gi teksi stand kali pertama tuh, pakcik teksi tu cakap, dah ada 2 orang, jadi tunggu lagi 2 orang. Mak cakap, dari masjid, mak masuk plaza kota jap. Jadi, mungkin masa kami cari tu, mak tengah kat plaza kota. Bila kami makan, mak pulak dah naik teksi sebab mak berdua ngan kawannya. So, memang takde jodoh lah nak jumpa mak arituh.

Kendian kami pon gi carik kipas. Tengah kat kedai kipas, nana tefon, mak dah sampai. Dah tau tuh, kami pon meneruskan misi jenjalan. Pergi kedai kemboja lah pulak. Tengah kat sana, hujan turun dengan lebatnya. Tapi, sempat lah sambar kain 3 pasang. Saje beli kan mak2. Dan aku punya lah semestinya.

Pastu, kami pon pegi kipmart.

Aku Suka Kip Mart Kota Tinggi!

Pengakuan ikhlas ini aku lafazkan tanpa paksaan. Memang best ar. Bukan ada apa pon kat situ. Kontra habis dengan bpmol atau pon jasko. Tapi aku suka. Tempat tu very malay tau. Ada kedai kain baju, kedai jam, kedai runcit, kedai buah, pasar ikan, pasaraya, kedai cd dan macam2 lagi. Saper2 pon boleh pergi. Yang tak berduit, yang berduit.

Kat situ, kami beli barang dapo sket, buah dan ayam. Kenapa aku beli ayam? Sebab ayam2 di situ kelihatan sangat suci. Ada banyak gerai ayam kat dalam tuh. Dan setiap gerai menyusun ayam dengan kemas sekali. Sekali pandang, tak percaya area tu ialah pasar basah. Kulit2 ayam tu pon licin je dan begitu menggiur kan hahaha. Pendek kata, ayam tu nampak segar lah.

Selesai kat situ, baru lah kami balik. Hehehe nak jemput mak konon. Piiirah! Sampai2 je terus operasi pasang kipas. Ok, aku akan balik kampung selalu sebab dah ada kipas dalam bilik.

Malam tu pulak, lepas isyak, kami balik at5 plak. Dah tau, abang epet pon balik berkaitan dengan kes arituh. Nak cuba slow talk. Bila berada di sini, baru lah aku merasai, di sini lah kampung halaman ku. Kalau tiada rumah ini, aku dah takde kampung dah. Raya nak balik mana? Oleh sebab itu, ia mestilah dipertahankan. Bukan kerana tanah pertanian yang mula mengeluarkan hasil itu, tetapi kerana di sini lahirnya sebuah cinta, yang suci abadi sejati, di sini tersemai cita2, bercambah menjadi warisan... lalala. Owh! Tetiba rasa cam nak nangis. Tempat jatuh (basikal) lagi kan dikenang, inikan pula tempat bermain. In fact, tempat jatuh dan bermain adalah tempat yang sama. I love my hometown! Tiba2. Sampai2 sana, tengok mak takde. O ala... kan hujung bulan. Mak selalu pegi kota hujung bulan untuk ’belanja’. Abang long jemput malam semalam. Adik tak ikut plak.

So, malam tu sembang2 jek lah sambil makan keledek goreng bogel, minum teh o panas dan menonton bola di tv1.

Abis bola, aku try la picit remote control tuh. Sekali ternampak kat tv2 ada cite the negotiator. Baru cerita2 ngan luna. Tapi aku tak tengok sampai abis sebab abang dah ngantuk. Balik semenchu lah pulak.

Pagi ahad, abah ada kursus haji. Gi sensorang je, mak takde. Abang epet yang hantar ke masjid semenchu. Mil pulak, pepagi dah kuar gi gotong royong. Sekali lagi peluang aku tido lebih lama hehehe. Ok, aku akan balik kampong selalu sebab dah boleh bangun lambat hihihi. Tah pape.

Kul 11am, kengkonon abang nak gi jemput mak, tapi tak tau kat mana. Tah pape. Konon semenchu ni kecik jek, mesti leh nampak. Kata gotong royong, kan. Dah pusing satu semenchu dah. Semua tempat2 penting dah pegi; masjid, klinik, sekolah, library, balai raya, blok 6 (ada kes denggi kat sini), pon tak jumpa. Pergi lagi sekali, pon tak jumpa. Last2 mak pon balik. Mak kat klinik. Hahaha kata dah pegi semua tempat. Mana tau mak gotong royong kat ‘dalam’ klinik. Kesimpulannya, memang abang takde jodoh nak jemput mak balik kali nih.

Eh, kat at5 pon ada kes denggi lah. Jimah kena denggi lah yu! Eee takut nyer...

Tengahari ahad, lepas makan, lebih kurang kul 3pm, kami pon bergerak balik ke parit raja. Percaya tak? Kami singgah kip mart lagi hihihi. Nampak sangat dah jatuh hati ngan kip mart. Alahhh saje je beli buah yang sama cam semalam. Manis. Ada jugak kedai otak2 kempas kat situ. Aku beli keropok lekor ngan popia jek. Tak lama kat situ. Kendian terus balik. Sampai rumah lebih kurang kul 6.20pm. Terus pasang jam baru. Wahhh cantik nyer! Jam pon cantik ker?

0 komen: