Tuesday, 8 June 2021

My IVF Journey Episode 2 : Cucuk Hari Ke-4

24 August 2020, Monday

Kalau ikut kan cucuk sendiri baru kali ke-3, tapi kan first time masa D2 tu doktor dah inject kan. Cuma nak cerita kat sini bahawa aktiviti mencucuk aku hari ini dan 2 hari berikutnya nanti dijangka akan kurang hygiene kerana aku tertinggal alcohol swab tu kat rumah. Tisu basah pun aku takde.

Mana tak tertinggal. Hari Ahad tu aku bangun kul 5 pagi mencucuk sensorang, pastu terus mandi, siap2 dan terus chow balik mersing. Siap pesan kat encik suami, tolong kemaskan perkakasan mencucuk tu. Dan aku terlupa ada perkakasan yang perlu dibawa bersama iaitu alcohol swab, kapas dan kain gauze wat pecahkan botol air tu. Sebab semua benda tu dalam plastik yang sama. Kain tu tak kisah lah, boleh ganti dengan kain biasa dan kapas ganti dengan tisu. Tapi alcohol tu tak tau lah nak ganti dengan apa. Masalahnya aku baru perasan yang aku tak swab alcohol tu hanya selepas sampai kat opis. Eh?

Kompiden je aku inject tanpa membersihkan lokasi kejadian.

Monday, 7 June 2021

My IVF Journey Episode 1 : Pengenalan

Nak mula dari mana ek? Ok, maybe aku boleh mulakan dari kisah pembedahan membuang fibroid yang lepas. Aritu aku tak cerita sebab musabab macamana aku boleh teroperate buang fibroid tu kan. Actually masa tu aku pergi berjumpa dr thokha untuk membuat rawatan ivf. Tapi tergendala sebentar kerana fibroid itu. 

Ingat lagi, masa tu appointment kami hari sabtu, jumaat depan tu terus surgery myomectomy tu. Masa doktor scan dia tanya, masa buat iui dulu doktor tak cakap ke ada fibroid tu? Entah. Macam takde pulak. Maybe sebab dah lama sangat. Last aku buat iui is pada tahun 2013, sebelum pergi jepun. Masa tu fibroid tu belum kelihatan la kot. Pastu takde simptom2 ke? Mungkin ada, cuma aku tak terfikir yang itu sebab keberadaan fibroid tu. Contohnya macam senggugut dan darah period yang banyak. Manalah kita nak tau kan? Ingat normal jek. Tapi selepas buang fibroid memang nampak lah perbezaannya. Senggugut dah takde, period pun 3 4 hari dah kering. Kalau dulu, kalau tak 7 hari tak sah. Cuma cycle period je jadi singkat la pulak. Kalau dulu 28 hari maintain jek. Sekarang 21 hari pun pernah.

Ok, habis bab buang fibroid.

So, lepas sembuh dari pembedahan tersebut, doktor kata lepas 3 bulan dah boleh proceed ivf. Maksudnya bulan 2 2020 lah. Tapi masa tu kan encik suami tengah sibuk dengan viva phd beliau dan aku pulak sibuk nak pergi konvo beliau bulan 3 tu. Makanya kami ingat bulan 4 lah nak buat ivf tu.

Tapi, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tiba2 covidnineteen melanda dunia. Maka lebur lah segala perancangan. Boleh kalau nak proceed time pkp dulu tu, tapi kena buat swab test la. Masa tu kan kos nak buat test tu mahal yakmat kan. Makanya kami tangguhkan dulu. Sehinggalah...

(Ok, catatan di bawah ditulis pada masa sebenar. So, mungkin agak pelik sikit ayatnya. Cuba bayangkan anda berada pada waktu tersebut ya)

Saturday, 22 August 2020

1 Muharam 1442H bersamaan 20 Ogos 2020 jatuh pada hari Khamis. Alhamdulillah, tak perlu ambil cuti untuk pergi berjumpa Dr. Thokha. Kalau kena pada hari bekerja, terpaksa lah pergi hospital secara berasingan. Seorang dari Mersing, seorang dari Pagoh. Tapi dah plan juga. Kalau kena hari bekerja, kami akan pergi belah petang atau malam. Sebab kalau pagi takut lambat, terkejar2 pula nak masuk office. Kalau petang boleh ambik half day. Kalau aku sensorang je takpe. Macam appointment kedua hari Rabu nanti, terpaksa lah aku pergi sensorang sebab encik suami ada meeting kat key el.

1 Muharam detik permulaan. Hari pertama aku datang period. Bermaksud esok tu aku kena berjumpa dr. untuk ambil ubat cucuk2 kat perut tu. Oleh kerana hari ni cuti, dah pukul 5 petang, aku call klinik dan henfon PA dr. pun tak angkat, maka aku suh encik suami whatsapp. Kenapa bukan aku? Sebab mula2 dulu encik suami yang set appointment dan berwasap dengan PA tu. So, appointment set besok pukul 8 malam. Saja aku malas nak tanya pukul berapa boleh datang sebab tahu hari jumaat is hari surgery dr. Aku pun tuari operate pada hari jumaat.

Last 2 weeks kami dah jumpa dr. untuk review sperm count. Bila victory lab tu dah boleh pergi tanpa covid test, terus encik suami pergi buat test. Masa pkp sampai pkpb derang kata kalau nak datang kena wat covid test dulu. Tu yang tergendala sebentar tu. Kalau ikut kan plan asal kami nak buat ivf ni bulan april aritu, lepas balik dari jepun. Tapi tak sempat apa2 dah pkp. Lepas pkpb pulak, cuti rehat aku kena beku sampai 31 ogos ni. Malas la aku nak gamble je buat tanpa standby cuti. Dan hasil review tersebut, we are qualified to do ivf procedure. Nak kena qualification jugak tau.

So, petang jumaat tu, lepas asar, kami pun bertolak ke jb. Senang sebut jb walaupun hospital tu terletak di masai. Tapi area jb lah tu. Memula kami gi makan mee rebus kat zz damansara aliff. Baru nak makan, klinik dah call nak bagitau, dah boleh datang. Lepas makan kami terus ke hospital. Betul2 time maghrib. Sampai2 je tengok tak ramai orang. Ok lah. Last 2 weeks kami pergi hari jumaat juga, apoointment malam, tapi tak cakap pukul berapa. Punya lah ramai. Mana tak nya, derang kata hari tu doktor ada 10 surgery! Sampai midvalley southkey tu tutup lah, baru klinik call cakap dah boleh datang datang. Tu pun sampai2 masih ramai orang lagi. Tapi bila jumpa doktor pukul 1.30 pagi tu, tengok doktornya steady je lagi. Makan apa la agaknya.

Jumpa2 je doktor, terus dia scan, nak tengok telur. Setakat ni dia nampak 4-5 biji je telur kat sebelah kanan. Maybe kecik lagi, tu yang tak nampak kat sebelah kiri. Tapi biasa lah, umur2 macam ni memang dah tak banyak telur pun. Ada rezeki, ada lah.

Pastu doktor sediakan ubat-ubatan. Memula aku nampak ada kotak ubat pubergen atas meja dia. Tapi doktor kata, untuk aku dia kasi ubat lain sebab umur dah meningkat. Pubergen tu untuk budak2 muda katanya. Tapi ubat aku lagi murah dia kata. Apa2 lah doktor. I follow.

Selepas ditolak tambah congak darab bahagi, akhirnya doktor mengesyorkan aku untuk menyucuk ubat Humog sebanyak 225iu dan Foliculin sebanyak 75iu. Total 300iu lah. Pastu dia pun buat lah demo cara2 membancuh 2 ubat tersebut. Meh aku ajar korang pulak.

Sediakan perkakas dan ubat-ubatan. Perkakasan nya cuma syringe, jarum panjang, jarum pendek, alcohol, kapas dan kain gauze.

Ok, ini adalah dos yang perlu aku ambil.

Mula2, pecahkan botol air ni. Cecair ini berfungsi untuk melarutkan ubat2 tu semua. Cara nak pecahkan dia ialah dengan cara mengepakkan ia. Tu gunanya kain gauze tu. Boleh je kepak gitu je, tapi lagi selamat lapik dengan gauze. Amatur kan. Doktor tu dah pro, tu yang dia kepak gitu je.

Eh lupa, sebelum tu pasangkan jarum panjang siap2 pada syringe. Karang kena buat sorang2, tunggang langgang, air kemana, jarum ke mana. Aku bukak siap2 tudung ubat2 tu sekali supaya tak kelam kabut.

Mula2 sekali sedut air yang dalam botol tu tadi. Air sodium chloride tu. Sedut sampai habis sebab ada 1ml dalam tu. Dah sudah tu, jentik syringe tu nak kasi bubble dia naik ke atas. Pastu buang air tu sikit, tinggalkan 0.6ml. Tu untuk kes aku lah. Orang lain mungkin lain. Air tu takleh banyak sangat sebab nanti sakit sebab banyak nak masuk kan. Lagi banyak air, lagi lama la nak tekan syringe tu kan. Lagi lama, lagi sakit la kan. Gitu matematiknya. Kalau sikit sangat pulak, nanti ubat tu akan pekat. Lagi pekat, lagi sakit lah jugak. So, kena man man gitu.

Ok, pastu baru lah mula bancuh air dengan ubat2 tu tadi. Mula2 cucuk jarum kat atas tutup botol ubat tu, dan release kan air tu ke dalam botol. Secara otomatik ubat tu terus terlarut. Goncang2 sikit nak bagi betul2 larut dan kemudian, sedut semula. Begitu lah seterusnya dilakukan ke atas ke-4-4 botol ubat-ubatan tersebut. Dah sudah botol yang terakhir tu, tukar jarum kepada jarum yang halus dan pendek. Pastu jentik2 lagi syringe nak bagi bubble keluar. Eh, aku lupa jentik2 ni sebelum ke selepas tukar jarum. Tapi tak kisah lah. Sama je outcome dia ialah syringe with bubble-free. Dah pastikan bubble dah ke atas, tolakkan syringe tu sampai cecair tu terkeluar sikit.

Kemudian, sapu lah tempat nak cucuk tu dengan alcohol. Ok kat mana nak cucuk? Bayangkan garisan pusat adalah imaginary line, cucuk lah di mana2 di bawah line tersebut. Ikut suka hati lah nak buat pattern zig zag ke, nak straight line ke, janji kat bawah pusat tempat lemak2 dan selulit bertebaran tu lah. Ada orang mengesyorkan agar diselang selikan kiri kanan setiap hari supaya tak sakit sebelah je. Tapi bagi aku tak kisah pun, asalkan bukan kat spot yang sebijik sebijon dah lah. Ini bukan pertandingan memanah pun. Cuma kena lah kiri kanan seimbang supaya kesan nya diterima oleh kedua2 belah ovari.

Dan, doktor pun mencucuk ubat yang didemokan tersebut di sebelah pusat belah kiri ku. Jangan teragak2, cucuk je katanya. Memula aku tak nak tengok sebab aku kan penakut tengok jarum dicucuk kan. Tapi ni doktor kata kena tengok. Ye lah. Nanti kau yang kena cucuk diri sendiri kan. Pas cucuk, terus lah tekan syringe tu secara perlahan-lahan. Jangan lelaju, karang bengkak dan sakit pulak. Sambil2 tekan tu doktor cakap, sakit sikit ya, ada rasa sikit ya, tahan sikit ya, nak baby kena tahan ya. Baik lah doktor. Pas habis, terus cabut jarum laju2 dan tekap ngan kapas. Sakit tak? Dah lepas tu baru sakit sikit. Tapi aku ok je. Rasa macam luka kena air je. Tu pun dalam 10 minit je. Pastu hilang dah.

Selesai mencucuk. Aku nak simpan lah botol2 ubat ni. Buat kenangan.

Tapi, untuk kali ini, doktor cucuk ubat lebih sikit. Homai! Apakah? Nak kena cucuk lagi sekali? Ya N0rasiah. Tah dari mana doktor tu dapat ubat tu tah, tiba2 dia cucuk je kat sebelah tempat tadi. Kali ni dia cakap, yang ni rasa sakit sikit ya, bisa sikit ya, nak baby kena tahan ya. Hadoiii psiko betul lah doktor ni hahaha. Tapi memang betul, ubat yang ni lebih berbisa sikit berbanding yang tadi. Tapi i is ok. Cabut gigi, cucuk gusi pun lagi sakit lagi lama kot. Ini 10 minit je dah hilang sakitnya.

Besok tu sampai termimpi2 lah aku pasal mencucuk ubat ni. 

Sebelum keluar, doktor bagi schedule appointment seterusnya pada hari Rabu ini dan kemungkinan ovum pickup akan dilakukan pada 1 September hari Selasa minggu depan. Takutnyaaa!!!

Hari Sabtu tu, aku bangun pagi2 untuk mencucuk sendiri buat pertama kali dengan pemantauan doktor. Tapi bukan dr. tokha. Dr. Hairul@azwan hehe. Beliau dah biasa menggunakan syringe ni masa buat research dulu. Penat kena bebel salah pegang syringe lah, salah sedut lah huhuhu. Dia tak tau, lepas seminggu ni aku akan lebih terer dari dia dalam bidang mencucuk ini.

Untuk percubaan pertama ini, aku mengambil masa 20 minit untuk mengcompletekan tugasan ini. Kali kedua hari Ahad, buat sorang2 tanpa pemantauan. Bangun pukul 5 pagi, terus cucuk. Ok, dah confident. Apa lah yang susah sangat tah. Eleh...





Sunday, 6 June 2021

Aku Kini Seorang Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada 12 Mei 2021 bersamaan 30 Ramadhan 1442H, aku telah selamat melahirkan seorang bayi yang comel lote cute cinonet. Selepas ini, aku akan ceritakan pengalaman yang aku lalui dari awal sehingga lahirnya baby comel lote cute cinonet tersebut, insya Allah. Terima kasih kepada semua yang pernah mendoakan selama ini. 



Monday, 17 August 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Hasil Tangkapan


Ini entry khusus mengenai barang2 yang aku beli dan bawak balik yang sampai 56kg tu. Eh bukan lah semua ni 56kg. Dah termasuk kain baju la. Ok, terus tengok gambar la ya.

Beli mangkuk ni kat bookoff sebab cantik. Satu set 500 yen rasanya.

Suka corak sakura tu.


Payung yang dibeli kat legoland.

Beg anello. Ada satu lagi encik suami bawak kan.

Periuk emas hehe. Aku buat rebus telur je selalunya. Siap beli 3 biji untuk 3 beradik. Senduk sedondon pun aku beli sekali. 

Ini kalau tak beli memang menyesal. Beli kat bookoff takabari.

Dah ada 2 biji, corak yang sama, pun beli lagi.

Ini encik suami punya.

Pocket file. Sebelum balik encik suami belikan lagi beberapa keping. Opis aku ni jauh dari admin dan meeting room. So kalau nak gi sana kena naik kete. Kalau bawak kertas a4 gitu je nanti renyuk. Gitu, sebab musabab aku suka beli file ni.

Rambang mata nak pilih pocket file.

Orang jepun suka kemeja putih. Sangat jarang jumpa derang pakai kemeja warna warni.

Eh, aku ada ek beg ni?

Masa balik 2017 dulu, kasut ni baru keluar dan harganya sekitar 10k+. Sekarang dah off season, dapat la harga 7k+ je. N for Norasiah hehe.

Encik suami punya. Berapa banyak kasiut da.

Niat sebelum pergi, nak beli jam digital yang simple satu, ngan jam model terkini satu.

Levis kat outlet sana memang murah.

Kan dah cakap, periuk kuali semua ada.

Bila dah balik mesia baru tau, lecehnya lahai nak menjinjing henbeg sepanjang masa. Maka kita beli la strap ni through yahooauction.

Sudu pun ado.

Sudip2. Sudip ikan tu beli kat daiso. Dah cari kat daiso mesia tapi tak jumpa pulak. Ni pun beli 3 untuk 3 beradik. Kalau jadi pergi jepun tuari memang aku nak borong jual kat sini.

Tangkapan di otsukaya.

Obviously.

Set cawan giant dengan piring kuih.

Ni beli kat legoland.

Sedapnya takoyaki!

Dan lain2. Tomica tu kawan encik suami kirim. Ada lagi benda2 lain yang takde dalam gambar.

Koleksi fridge magnet dan keychain untuk kali ini.

Stok makanan. Jajan, set takoyaki dan coklat. Banyak sebenarnya aku beli coklat sebagai souvenir untuk family dan kawan2. Untuk aku, ini je dah cukup.

Itu je lah cerita pasal percutian 3 minggu ni. Tak tau lah bila boleh pergi lagi. Sepatutnya tahun 2020 ni aku pergi akan pergi 2x. Lagi sekali bulan 11 nanti, nak bawak kawan2 ilp. Tapi tak jadi lah. Plan nak bawak adik beradik pun tak tau bila. Entah lah. Sebelum ni berangan, bila encik suami dah grad nanti, nak tour pusing jepun. In fact bulan 3 ritu kami dah plan nak gi sapporo lepas konvo lencik suami. Tinggal aku belum book flight je lagi. Nampaknya next trip memang kena gi sapporo la kot.

Sunday, 16 August 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Perjalanan Pulang


Hari ke-19 (Rabu) merupakan packing day. Sebagaimana aku datang, macam itu juga lah aku pulang. Kalau masa datang beg penuh dengan makanan, masa balik aku bawak segala macam benda. Makanan, periuk, kuali, beg, kain, kasut, eh macam2 lah! Pasni aku buat entry hasil tangkapan pula ya.

Hari ni kami makan di rumah muyi. Tak ingat la aku pergi pukul berapa. Yang aku ingat noor ada masak ikan patin. Lauk lain dah tak ingat.

Hari ke-20 dan 21 merupakan hari balik. Aku mengambil masa 2 hari untuk balik. Tak ingat kenapa macam tu. Mungkin tiket tu murah sikit kot? Flight Nagoya ke Tokyo pukul 2+pm, manakala Tokyo-KL pukul 11+ pagi besoknya. Maksudnya aku perlu bermalam di Tokyo! Ya, dan aku sangat teruja sebab dapat merasa tido di hotel kapsul, yey!

Hotel kapsul tu aku dah booking siap2 melalui buking.kom. Itu juga bermaksud aku perlu mengangkut baggage yang ku bawa bersama. Macamana? Haaa pandai2 ko lah. Takde saper dapat menolong.

So, hari khamis tu encik suami hantar aku ke airport dengan kereta muyi. Kami keluar rumah lebih kurang pukul 10 gitu. Sempat sarapan kat komeda's sakurayama.

Lepak kedai kopi dulu.

Fish fry burger lagi. Eh, tapi aku bawak sos kecik? Sos kehepsi aritu kot.

Encik suami makan roti bakar je.

Gegar pun nak letak sini jugak.

Awal sangat sampai, belum boleh check in. Lupa, ni kan flight domestik.


Macamana aku mengendalikan beg2 itew seorang diri?

Terminal di chubu airport.

Kali ni aku pilh seat belah kiri. Nampak fujisan jugak, cuma sayup2 je lah.



Sampai di Narita, aku terus mencari hotel kapsul yang telah ditempah. Menjajo juga lah. Macamana nak pergi ke hotel tersebut? Senang je. Cari je stesen keretapi. Kat situ ada signboard.

Nak cari tempat makan, rujuk je pamphlet ni.

Nak dijadikan cerita, dari stesen keretapi nak ke hotel tu dia tak kasi bawak troli. Ada dalam 100 meter kot. Bistu, camne aku nak bawak 3 beg ni dalam satu masa? Tak. Aku bawak satu2 je. Ulang alik 3 kali. Itu pun macam nak tergeliat bahu aku nak menurunkan beg2 tu dari troli. Turun ok lagi, besok tu kena naikkan pulak atas troli. Satu beg besar tu je dah 23kg masing2. Yang kecik putih tu 10kg. Bayangkan macam kau angkat beras jelah. Kau mampooo? Yang putih tu hand luggage pulak tu. Kau rasa macamana aku naikkan atas compartment dalam cabin? Haaa takyah bayangkan. Aku mintak tolong orang yang duduk sebelah aku je haha. 


Tak boleh bawak troli pulak.


Berjalan hantar bagasi.


Naik escalator dari train station ke hotel.

Antara perkara yang menghantui fikiranku sebelum duduk di capsule hotel ni ialah kat mana nak letak luggage tanpa melibatkan penambahan kos? Masa baca review, ada yang cakap loker dia boleh muat 2 luggage besar. tapi, macamana pulak aku nak tenggekkan beg tu ke atas? Sedangkan angkat dari lantai ke atas troli pun macam nak tergeliat bahu aku. Ini kan pulak setinggi itu.

Tapi rupanya diorang boleh simpankan 1 luggage kat reception. So, problem solved!


Menunggu nak check in tapi takde internet. Dia asing bilik lelaki kat depan tu, bilik pempuan kat belakang tempat aku duduk ni.

Nak dijadikan cerita, sesampainya aku di capsule hotel tu, internet derang tengah down. Aku pulak booking hotel tu through booking.com. So, tak dapat lah derang check in kan aku dan yang lain2 time tu. Bila orang semakin ramai, aku pun mengambil langkah berani denagn bercakap kat awek front desk tu, nak tak dia guna wifi aku? Sebab tadi aku nampak dia guna ipad untuk check in kan orang. Memula dia macam tak nak. Pastu aku cakap, takpe, aku pakai pocket wifi, unlimited data haha. Pastu dia pun setuju. So aku pun kasi la password dan aku pun dapat lah check in dengan jayanya. Dengan orang belakang aku pun dapat check in sekali.

Mungkin sebab tu kot dia kasi aku bilik kapsul tingkat bawah hahaha.


Cer bayangkan, cemana aku nak angkat beg ke rak yang atas tu?

Suasana ni locker room merangkap make up room merangkap changing room.

Waktu check in dia kasi beg ni. Ia mengandungi towel, pyjama dan toiletteries.

Keadaan di dalam.

Kapsul aku nombor 014.

Keadaan di dalam ruang yang menempatkan kapsul.

Gitu keadaannya.


Bantal je lembik sikit. Tu pocket wifi yang menyelamatkan.

Tengah musim drama ni masa tu.

Keadaan di dalam kapsul untuk yang tak dapat nak bayangkan macamana kehidupan di dalam capsule hotel.

Kapsul ni luas dan tinggi je bagi aku. Diorang dah ambil kira dah saiz oramputih. Dan kalau baca review pun oramputih yang tonjang2 tu cakap dia masih boleh duduk kat dalam tu. Apatah lagi aku yang ketot ni. Nyaris boleh berdiri😅. Ok tipu.

Aku teruja nak stay kat hotel ni selepas membaca reviews nya. Ramai yang kata terasa macam berada di dalam spaceship sebab semorang pakai pyjama yang sama.


Malam tu aku keluar makan di terminal 2. Ada 3 ke 4 restoran halal kat sini. Dulu masa balik pernah makan kat restoran latoque. Kali ni aku pergi restoran tempura.

Aku order set sumire.

Udang, ikan, sotong, sayur. Sedap je.

Mengenyangkan.



Pilih2.

Bawak beg ke terminal semula.

Kuli kilir.

Macam lori tanah.

Ikebana tahun baru berasaskan buluh.

Kamen rider 20 tahun.




Stewardess jal ni asik tertunduk2 je.



Akhirnya aku pun selamat berlepas pulang ke tanahair. Aku dijangka sampai pukul 7 petang waktu tempatan.

JAL hospitality. Tuala basah tak tinggal.

Makanan di dalam flight. Memang tak sarap lagi pun.

Kambing nasi butter ke apa tah. Tak sedap.



Sampai2 je terus wasap abang tp. By the time aku keluar derang dah sampai. Malam tu aku tido rumah abang tp. Besok petang baru balik rumah.