Monday, 17 August 2015

Flyers Aeon Big


Demi nakkan stiker raya yang comel2, maka terpaksa lah aku add aeonbig ni sebagai friend aku kat LINE. Sejak itu, selalu lah aku mendapat online flyers dia. Memula aku buat tak tu jek. Tapi satu hari tu, dia kasi satu flyer yang agak menarik. Terus aku tengok balik kesemua flyers yang aku dapat sebelum2 ni. Alahai, rindu pulak ngan mesia. Selalu bila hari jumaat je, balik kerja mesti bersepah2 benda alah ni kat depan rumah. Memang betul2 derang fly kan dia dari luar pagar. Tapi aku rajin jugak lah membeleknya. Selalu nak tengok harga air oren peelfresh ngan susu coklat dutch lady. Agak membantu jugak lah benda ni selalunya. 


Ubat gigi darlie pun aku selalu monitor harga dia hihi.

Chicken thigh tu murah!

Sabun shokubutsu tu murah! Baru je semalam stok shokubutsu yang aku bawak hari tu habis. Nama je produk jepun, tapi takde pun sabun tu kat sini.


Aku pasti akan membeli oren sanquick itu! Murah tu weh!


Eh eh sunquick tu lagi murah. Menyesal beli minggu lepas hihi.

Haaa ini lah dia flyer yang aku kata menarik tu. Siap ada resepi lagi. Walau pun dia cuma nyatakan harga ayam jek, tapi bahan2 rempah dia tu pun boleh dibeli di situ juga. Promosi secara tidak langsung la ni.

Ni satu lagi. Menarik, kan? Errr ke aku je rasa benda ni menarik?

Pergh! Tetiba aku rasa nak masak lodeh plak ni.

Okeh, itu je nak cite. Tata!

Saturday, 15 August 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Tokyo : Skytree, Kappa Bashi, Harajuku




Yah! Yah! Streching sket. Ini adalah episod terakhir bagi kisah cuti2 tokyo ini. Selagi tak habis ni, selagi tu lah cerita2 lain pun terbengkalai. Dah hujung2 ni kita tepek gambo2 je lah ek. Nak cerita pun dah tak berapa nak ingat dah.

Hari terakhir di tokyo,kami check out hotel tepat jam 10 pagi. Tak sempat turun housekeper dia dah tunggu depan pintu. Lepas check out, ambik kete dan terus pergi tengok skytree. Ok, skytree ni bentuk dia macam kltower jek, tapi badan dia ada kerangka2 besi la. Teringat zaman aku mengajar comm. dulu. Setiap kali aku lukis kltower jek, mesti bebudak ni gelak2. Sampai satu masa aku dah tak lukis dah kltower. Korang bayangkan jek la sendiri.

Sejam je kot kami kat situ. Tangkap2 gambar sikit, terus blah. Ini lah gambar2 nya.



























Sekian haha. Senang keje aku, tepek gambo je ek. Dari skytree kami pergi ke kappa bashi street. Orang kata kat situ tempat menjual barang2 dapur, periuk belanga, pinggan mangkuk segala. Sampai2 je, tengok macam lengang jek. Rupanya kebanyakan kedai tutup hari ni. Laaa tokyo ni cuti hari ahad ker? Ada la sikit2 kedai yang bukak. Singgah je lah. Untung2 ada yang berkenan. Ermmm memang baaanyak barang dapur. Dalam sikit2 kedai yang bukak tu, banyak jugak yang best. Kalau semua bukak, tak tau lah cemana, kan.

Sepanjang-panjang jalan ni semua kedai barang dapur. 

Setiap kedai ditanda dengan lambang kepala penyu tu. Dia macam logo persatuan peniaga kat situ kot.

Parking bermeter kat tepi jalan. Untungnya, hari ni meter parking nya tak hidup. Cuti jugak lah tu kan?

Ha tu dia kepala penyu.


Ni kedai alatan baking. 

Cetak cookies je dah bermacam2 bentuk binatang ada.

Cetak tat dan muffin.
Pinggan mangkuk seramik.


Kat sini baru jumpa lesung batu. Ada rupanya.

Pinggan mangkuk kayu.

Balang2 kaca. Teringat kuih raya.

Kat sini rupanya dia jual mende alah ni. Macam murah je rege selepas anak panah tu, kan?

Skytree dilihat dari kappa bashi street. Itu je hasil tangkapan ku hari tu. 

Dari situ, kami pergi ke nippori. Nippori ni pusat menjual kain. Semangat ni nak memborong kain. Sampai2 je sana, eh, pun sama macam kappa bashi tadi. Lengang jek. Nippori pun tutup hari ahad daaa. Choi! Frust betul. So, dari situ, kami terus ke harajuku. Saje lah nak tengok apa yang ada kat sana. Pusat fesyen katanya.

Ni kat area shibuya.


Berlawanan dengan suasana di dua tempat tadi, di harajuku, manusia ramai macam semut menghurung gula sekilo. Semut malaysia la tapi. Kat sini aku tak pernah jumpa semut yang hurung gula. Biar lah gula tumpah setahun pun, takde sape nak hurung. Lalat pun jumpa setahun sekali seekor.

Parking kat harajuku ni teramatlah mahal. Ada banyak parking bermeter kat tepi jalan, tapi tak jumpa yang kosong. Tak tau lah ada event apa2 ke apa tah.


Banyak jumpa maskot2 camni kat depan kedai.

Tu stesen JR harajuku. Betul2 kat depan takeshita street yang menjadi tumpuan manusia itu.

Tu diaaa. Derang ni shopping ke saje2 berjalan kat situ? Dah macam bazaar raya lorong TAR dah.





Orang kata boleh nampak kita dalam skrin kat atas tu. Tapi tak sempat la aku nak tunggu. Ni pun pergi semata2 nak tengok suasana jek. Giler mahal parking dia. Lain kali pergi naik train pulak, baru boleh jalan sampai hujung.


Daiso terbesar, 5 tingkat katanya.


Yang ni comel!

Pastu, kami pergi semula ke masjid turki. Nak balik dah.

Nampak sangat bukan orang jepun yang masuk dalam masjid ni, kan? Kasut bersepah!

Cer cuba kebab dia. Biasa2 jer.

Pastu kami pun balik. On the way balik tu, singgah ikea di yokohama. Saje la, dah lama tak pergi kan. Dalam tokyo je ada 3 ke 4 ikea tah.



Hahaha itu je yang aku beli. Harga bila diconvert, lebih kurang sama je ngan mesia.

Dari situ, tak terus balik. Singgah lagi di gotemba outlet. Akhirnya jumpa tudung periuk pressure cooker. Aku beli aritu tak dapat tudung tu. Pastu kami pun balik. Singgah sekejap di R&R mana tah.

Aku suka pergi toilet r&r kat jepun ni. Walau pun toilet r&r kat mesia dah banyak yang cantik dan bersih, tapi tetap takleh lawan kat sini punya.

Ruang legar luar toilet.

Toilet pompuan.

Toilet disable, kanak2 dan ibu mengandung.

Yang jalur biru tu baru toilet lelaki.

Dalam toilet disable tadi. Serba lengkap.

Powder room.

Ini 5S!

Jarang jumpa sinki dengan kepala paip pulas. Semua auto. Dan sabun tak pernah habis haha.

Selain sabun, tisu juga tak pernah habis haha. Siap ada standby kat sebelah satu gulung lagi. Pergi lah toilet kat hutan mana pun, tisu mesti ada. Dan tisu tu kena buang dalam lubang jamban terus. Nak guna toilet pun dia ajar satu2. Memula lap tempat duduk tu dengan alkohol. Dijamin bersih. Ini pasti akan menjadi satu benda yang akan dirindui bila balik mesia nanti. 

Sekian lah sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi!