Thursday, 13 February 2014

Salju Di Danau Rindu


Nak wat cemana, dah itu je kot lagu yang ada tajuk salju huhuhu.

Alhamdulillah... pada hari sabtu, 8 Februari yang lalu hujan salji telah pun menimpa bumi nagoya ini dengan jayanya. Jaya tu maksudnya lebat lah jugak. Actually tu ari, 26 disember dah pernah turun salji dah, tapi tu ala2 malu2 gitu. Tak sempat jatuh ke tanah, dah cair. Sekejap je pulak tu. Tapi untuk kali ini, dia turun kasar2 dan melitupi permukaan tanah dan dedaunan. Ni baru lah real!

Malam sebelum tu, aku menonton bola jdt vs pahang dan final maharaja lawak mega. Sambil2 tu kami turut teruja menantikan hari esok yang diramalkan salji akan turun. Sebelum tidur pun sempat jengah ke luar, kot2 lah salji dah turun ke.

Bangun subuh, cecepat singkap langsir pintu. Waaa dah putih!!! Subhanallah... jakun sangat! Tapi masa tu dia tak turun lagi. Dah berenti kot. Tah pukul berapa dia start turun agaknya.

Selepas membuat pertimbangan bahawa perkara ini berlaku setahun sekali jer kot, maka kami terus bersiap2 untuk pergi ke padang depan toyoda auditorium dekat uni. Kang pergi lambat, ramai orang, dah tak cantik pulak. Ye lah, nanti banyak kesan tapak kasut pulak, kan. Tak menyempat, tak sabar2 nak pegang salji. Macam tak pernah je. Padahal pernah jer tahun lepas jumpa salji kat beijing. Tapi time tu tak dapat rasa dia jatuh atas badan. Dapat tengok je dari dalam bas.

Bila kami keluar dari bilik, salji mula turun semula. Kena bawak payung lah nampaknya. Sempat tapau kek dan roti lagi. Ko ingat nak berkelah ke haper asia oi!!!

Unfortunately, aku tai geti nak setting apa kat kemre ni supaya gambar ni jadi cantik. Realitinya sangat sangat cantik.


Pemandangan di luar jendela.








Macam gegula kapas.

Mari menikmati salji! Waktu ni lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Tengok je pun dah rasa sejuk.





Hanya kami berdua yang turun pepagi ni.

Sunyi sepi je. Kereta pun sekali sekala je lalu. Cuti kan... ke pagi sangat eh?






Cantik lah ranting pokok ni.


Bergambar dengan our future house hehe.


Belum nampak padang lagi.






Yeay! Takde orang langsung... Leh conquer!

Alasan: sejuk sangat, susah nak balance.

Bajet kebal la tu!

Payung ada 1 jek. Maka terpaksa lah selamatkan kemre lebih daripada diri sendiri.




Memang kena gaya mendepangkan tangan ek? Kengkonon bebas ar gitu.




Like!


Berehat seketika. Dah lapo sangat.



Sambung balik. Selfie lebih baik daripada selfish.

Errr...





Till we meet again, encik salji!



Balik tu baru lah aku sambung balik tido hahaha. Actually ni gambar2 tanpa 'jdt'. Pasni aku taruk gambar kami sebagai penyokong jdt di perantauan yang macam takde perasaan je malam tadi dah kalah lawan pahang. Tapi memang dari tahun lepas pun, aku keluar stadium macam takde perasaan jek, menang ke kalah. Masa tengok kemain lagi terkinja2 hihihi.

Stay tune!


Thursday, 6 February 2014

International Cooking Class II : Nihon Ryori : Roll Sushi


Tak tau lah kenapa, tapi setiap kali bukak blogger dashboard jer, terus idea hilang. Kalau tak bukak lagi lah. Bukan takde benda nak distori mori kan, tapi kreativiti nak menyanyah tu takde pulak. Ni kot yang orang panggil writer's block. Eceh. Teringat semalam, aku tengok forum penerangan pasal kajang move, rafizi citer sembang2 dia dengan wife dia bila seminggu ni dia dok sibuk kena bagi pencerahan, "macam ni agaknya jadi najib" wahaha. Ok, tak faham sudah.

Ini cerita pasal aktiviti masak2 bersama classmate. Dah lama pun, 24 Januari tu ari. Kali ni kami nak buat roll sushi sebab katanya, 3 februari adalah penghujung musim sejuk kalau mengikut kalendar jepun. So, pada hari tersebut derang biasanya akan makan roll sushi ni untuk luck katanya. Makan tu pulak kena makan macam makan kebab gulung tu. Takyah potong2. 

Hari yang sama jugak, mereka ada hari membaling kacang atau Bean-Throwing Festival. Kiranya kacang tu untuk baling nates la. Dah macam melontar jamrah pulak kekdahnya. Sambil membaling tu derang sebut, oniwa soko, fukuwa uchi! yang bermaksud devils out, good luck in! Kalau kat tadika derang siap ada yang jadik devils tu. Siap la ko kena baling ngan kacang. Pas baling ambik balik kacang tu, boleh makan hehe. Eh, tetiba cerita kacang pulak. Ok lah, taruk gambar kacang.

Aritu sensei nihongo bagi ni sorang satu kacang ni. 

Sekali balik tengok sensei encik suami pun bagi kacang jugak hihi.

Kat luar dia gambar devils kikiki. 

Berbalik kepada cerita memasak. Macam aritu, aktiviti start kul 10 pagi. Kali ni tak ramai macam aritu. Maybe sebab aritu aku tengok derang pernah buat sushi ni. So, yang senior2 tu tak datang dah kot. Mula2 sekali, aku ikut sensei gi soping bahan2. Kat bawah bangunan tu jugak. Ada coop punya supa.

My classmates, kecuali yang tengah tu.

Antara bahan yang dibeli.

Okeh, memula sekali kiter kena rebus cendawan shitake. Cendawan ni sensei bawak dari rumah dah siap rendam semalaman dah. So, pagi ni tinggal rebus je. Sampai lembut. Rebus dengan air rendaman sekali dan tambahkan sato (gula) dan shoyu (kicap). Boleh pakai gula pasir biasa, tapi ni dia pakai gula perang. Taruk agak2 je, buat rasa2. Cendawan tu yang nak guna, air dia tak.

Tak banyak sangat pun sebab nanti dah hiris2, pakai sikit je.

Syoyu

Sato

Sementara tu, kiter siapkan inti sushi. Antara intinya ialah telur, timun, sosej ikan dan cendawan tu tadi. Untuk telur tu, dia buat macam telur dadar, tapi digulung ala2 omelette kat hotel gitu.

Guna 10 biji telur ni. Boleh dapat dalam 20 roll sushi gitu.

Taruk garam dan gula. Derang memang suka masak pape taruk gula kot.


Macam cool je tengok derang pukul telur dengan chopstick.

Ni pan khas untuk telur ni kot.

Digulung.

Sementara tu, bahan2 inti lain di potong memanjang. Ini sosej ikan. Kalau bebetul guna ikan betul kot. Ni ala2 sushi bajet kot.

Jenuh nak bukak satu persatu.

Belah 2.


Shitake ni dibuang tangkainya dan dihiris.

Cenggini.

Timun pun sama.

Belah lah agak2 sama saiz ngan sosej tu tadi. Takyah la ukur.

Ini pulak satu lagi menu iaitu sup. Lebih kurang sama jer dengan sup yang aritu tu, cuma ni simple sket.

Isi sup tu boleh la dipelbagaikan. Dalam kes ini dia taruk cendawan nih.

Sayur ni nama dia mizuna. Macam daun tanduk rusa bentuknya.

Lobak putih diparut halus.

Memula sekali rebus cendawan apatah namanya tu yang dah dikerat dengan air dan shoyu. 

Masukkan uncang dashi. Ni ala2 stok bonito (fish flakes) la. Takyah la rebus fish flakes pastu sayang nak buang hihi. Tapi kalo rajin buat la stok sendiri. Kiranya base sup jepun ni sama je. Yang wat kami terkejut tu, sensei kata, sup udon, soba ke haper yang sup2 tu sumer sebenarnya sama jer kekdah membuatnya macam sup rice kek itu hari. Yang penting stok bonito dan konbu (seaweed), syoyu, gula garam. Dah. Bezanya kat kedai ada yang letak mirin. Sonang baitu!

Mizuna ni pun dikerat2.

Dan campak dalam sup ni.

Last sekali masukkan parutan lobak putih tadi.


Dah siap sup. Sedap jer walau pun tak guna bawang, jauh sekali ditumis2.

Next kiter sediakan nasi pulak. Nasi ni dah masak awal tadi. Masak macam biasa, kecuali dia taruk sikit air rendaman konbu dengan konbu2 nyer sekali. Ala2 daun pandan la gitu. Sukatan beras dan air nya 1:1. Kiranya kalau beras 12 pot, air rendaman konbu 2 pot + 10 pot air biasa. Dah masak, pindahkan ke dalam bekas nasi ni. Bekas ni standard untuk sushi kot.


Gaulkan nasi tu dengan cuka sushi ni. Dia nak bagi nasi tu berkilat kot.


Sambil gaul tu, kipas sekali sebab kalau nasi panas, nanti nori (seaweed yang balut sushi tu) dia lembik pulak.

So, ini lah inti sushi tu.

Oh, yang kaler oren2 ni ialah jeruk halia. Rasa dia macam asam halia tu. Boleh diterima tekak la.


Errr gambar apa nih? Orang tengah layurkan nori tu. Nak bagi rangup.

Masa untuk menggulung sushi. Memula taruk nori di atas tikar sushi. Tikar ke? Eh lantak la.

Taruk nasi 3/4 menutupi nori.

Tekan2 sikit dengan belakang jari supaya dia mampat bila digulung nanti. Guna cuka tadi kalau dia melekat2 kat tangan.

Pastu susun la inti2 dia.

Agak2 lah nak letak banyak mana.

Kendian gulung! Ada skill gak ni.

Gulung bagi padat. Kalau longgar nanti berderai sushi nyer bila dipotong. Tapi kalo  nak makan sepanjang2 tu, takpe kot.


Ok, ni aku rembat gambar dari blog sensei hehe.




Hasil keras tangan ku hehe. Terjojol2 intinya. First time ok...



Okeh, dah siap sumer, masa untuk makan. Kali ni sekejap jer dah siap masak. Simple je kot.

Lengkong kacang merah yang dibawa sensei dari rumah. Sedap! 


Sup sayur.

Ok, dah baringkan dia. Plating ok, plating.

Aku makan 3-4 ketul je. Cepat kenyang.

Sedap sangat. Aku makan 2!


Lebih2 inti dijadikan salad.

Feh! Lega dah abis gambar. Jenuh aku pikir nak tulis apa tau. Ok, itu jer. Selamat mencuba!