Friday, 10 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Namba, Dotonbori Glico Poster, Ketam dan Kaiyukan.


Dari golden pavilion, kami terus ke osaka. Sebenarnya macam awal lagi, tapi macam dah tak kosser nak pergi tempat lain, yang dah tentu2 shrine belaka. Aku tak pergi kyoto castle sebab tutup new year. Spare yang tu untuk pergi lain kali lah. Muzium pun tak pergi lagi, kan. Kiranya ada lah alasan untuk pergi lagi. Sebab nak naik romantic train tu. Kalau tak pergi takut 'habis' stok2 romantik dalam badan hahaha.

Kami gi osaka lalu jalan biasa. Lebih kurang 40+ km. Jalan 4 lorong, tapi biasa lah, banyak trafik lite. Cuma tidak lah rapat2. Sampai di osaka, dah malam. Maksud aku, dah gelap. Oh, lupa nak citer. Malam semalam, kami dah booking toyoko inn kat osaka ni. Mintak je ngan orang front desk tu booking kan. Kengkawan dia jugak, kan. Senang sikit dah ada buku panduan dia, senang nak booking lain kali. Kat osaka ni ada 5 kot branch dia. Dekat2 je. Kira line-of-sight antara satu sama lain. Dan kami pilih yang paling murah la semestinya hehe. Kengkonon pilih tu yang ada parking punya. Sampai2, parking dah penuh. Hello... 2 ketul je parking lot dia, ok. Hampeh je. Sia2 je pilih yang paling murah. Kena jugak bayar parking kat luar. Tapi demi nak menyedapkan hati, kan pagi tadi dah parking free kat 7E? Tak ingat?

Oleh kerana masih awal malam, lepas check in, kami terus keluar jenjalan. Nak cari ketam besar dan poster orang berlari. Apa kebenda tu? Entah, aku tengok sumer orang tayang gambar tu, aku pun nak tau jugak hehehe. Dah macam kucing yang ingin tahu dah aku ni. So, kami pun pergi ke satu tempat yang bernama namba. Eh tak, aku search dotonbori, tapi dua2 pun tempat yang sama. Bezanya maybe namba tu banyak kedai2 high end, dotonbori tu kedai2 rakyat marhaen kot. Dotonbori macam osu kannon? Kot. Namba macam sakae. Kalo kat nagoya ni. Kan sama, pun dekat2 jugak.

Suasana malam di osaka.


Apakala terlihat je kelibat orang berlari, cecepat aku suh berenti. Nampak tak kelibat orang berlari???

Ni lah dia. Aku pun tak tau apa motif nya. Oh, ok dah google. Company pengeluar makanan. Dia ada buat jajan biskut jejari celup ceklat brand pocky. Salu nampak kat supa.

Layan je lah, biskut jejari pun biskut jejari lah. Kat jambatan depan tu ada jalan. Situ lah area namba kot. Jalan tu ditutup, so manusia macam semut. Eh. malam tahun baru!


At the heart of osaka city.



Banyak papan iklan besar2.


Dah sampai sini, baru aku perasan yang kat kyoto takde tempat2 macam ni. Ke, aku yang tak terpergi? 


Jumpa juga ketam ni kat sini hihi. Restoran ketam je. Kat nagoya pun ada haha.


Penuh sesak. Sebenarnya kedai2 sumer tutup.

Kat seberang jalan yang lain, kelihatan pula dotonbori.

Bukti gambar tidak dicilok dari gugel.

Oh, dah improve nampaknya skill beliau.

Sama tak?


Seterusnya, kami berjalan2 di aquarium pula. Ni ala2 water world ngan aquaria la kot (2-2 pun aku tak pernah masuk hihi). Oleh kerana aku bukanlah jenis yang suka masuk ke tempat2 macam ni, kiter ambik gambar dari luar je lah. Memalam pun takper. Ada gak lampu2, kan. Mari lihat apa yang ada di situ...

Ada ferris wheel. Sejuk tak hengat!

Manusia, kereta dan mesin.

Salah satu benda yang aku tak teringin nak naik.

Please excuse him...

Erkkk otromen mendarat di osaka, kah?

Ada lampu ikan.





Ikan terlepas.

Ini lah tempat nya. Kirim salam je lah kat ikan2 tu.








Ok, dah habis jalan2, kami pun balik bilik makan roti dengan rendang ayam minang. Wah!

Bilik adalah sebijik sebijon ngan semalam. Beza tang katil je.

Takde beza langsung.

Takde botol2 sabun yang boleh dibuat kenangan.

Benda bulat kat dinding tu ialah termometer. 

Takde tv, tapi ada video-on-demand. Boleh beli 'tiket' kat vending machine kat luar. Banyak gak movie best2.

Teko comel.

Lampu picit pun ada.

Sekian... untuk malam ini. Besok gi jenjalan ke usj pulak. Tapi tu aku publish hari isnin lah, yea. Korang bukan baca blog pun time weekend, kan.


Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : The Golden Pavilion aka Kinkakuji


Destinasi terakhir kami di kyoto ini ialah kinkakuji temple. Dia ada pasangan, ginkakuji atau silver temple, tapi aku tengok gambar macam takde beza pun dengan temple2 yang lain, so aku skip. Pergi kinkakuji ni je lah. Menurut ceritanya temple ni berwarna emas. Entah memang disaluti emas ker cat je warna emas. Yang penting warnanya keemasan.

Rupa2nya kinkakuji ni terletak bersebelahan je dengan arashiyama. Patut semalam dari sana terus je ke sini. Tapi aku pun tak tau, kan. Study tak abis la katakan hihihi. Tak kisah lah. Janji masih dalam area kyoto. Takde lah jauh sangat dari higashiyama tu tadi. Kurang dari 10km kot.

Tempat ni nak masuk kena bayar. 400 yen seorang. Semata2 nak tangkap gambar bangunan berwarna emas tu jer? A'ah. Takde yang menarik pun selain tu. Tapi dah nama pun melancong, bayar je lah.

Itu lah dia benda nya. Kat dalam ni dia tak kasi guna tripod. Maybe sebab orang ramai tapi kawasan sempit, tu yang dia tak kasi kot. Tapi memang kecik je kawasan nak tangkap gambar ni. Manusia punya lah ramai. Memang susah nak ambik gambar kiter tanpa kelibat orang lain.

Lain kali belajar guna kemre sebelum melancong, ok...

Air tak tenang pulak...

Hentam je lah... janji nampak muka dengan bangunan tu, sudah.



Sebenarnya matahari tengah terik memancar kat bangunan tu, tu yang gambar dia tak clear. Heh.


Better.  Golden Pavilion / Kinkakuji Temple.




Kolam lagi... yey!








Emas ke tu? Cat kot...









Ni lah orang2 yang sama2 berebut bergambar dengan aku tadi. 




Tamat lah sudah cerita kyoto. Next, Osaka aku datang!