Tiba2 aku terfikir, berapa banyakkah masakan yang aku masak mengikut resepi buku/internet berbanding yang aku masak dari resepi yang diperturunkan dari mak? Kalau boleh aku senaraikan masakan yang aku belajar dari mak...
1. Asam Pedas
2. Kari Pandai dan Bodoh
3. Nasi Goreng
4. Sambal Tumis Ikan Bilis termasuk ikan masak sambal
5. Rendang
6. Sayur Lodeh
7. Puri
8. Singgang
9. Jemput2 dengan sambal hihi (lada kering+bawang putih+gula+cuka+air)
10. Lempeng Keras
11. Sambal Menjeng aka sambal tumbuk
12. Goreng Sayur
13. ...
Masa zaman sekolah (sebelum masuk asrama), mak selalu ikut abah potong buah (nyawit). Tinggal kat rumah, aku, yayu, ina, mala, along dan farah. Jadi, bila time weekend atau cuti sekolah, kami lah yang akan memasak time2 tersebut. Selalunya aku ngan ina lah. Yang paling kami expert selalu masak ialah sambal ikan atau sambal tumis bilis. Sebab kenapa kami suka masak lauk tu ialah sebab lepas masak tu nanti, kami akan tinggalkan sikit sambal tu dalam kuali dan tuang nasik dalam tu, dan buat nasi goreng. Pastu berebut2 nak makan nasi goreng tu, instead of nasi lauk sambal ikan tu. Baik masak nasi goreng je dari tadi, ek?
Masa duduk kat rumah busu temah pulak, asal weekend jek, mesti kak te'ah (anak busu temah) buat jemput2 bilis. Cicah ngan sambal. Dah lama aku tak buat sambal tu. Kekdahnya senang je. Tumbuk cili kering (yang dah direndam) dalam 5-6 batang, pastu tumbuk sekali bawang putih sebiji dua. Pastu masukkan gula sesudu dua, genyeh2kan (orang kata takleh tumbuk, nanti pijar), pastu titiskan cuka dan tambah air ikut kepekatan. Boleh juga ganti cuka ngan air asam jawa (tapi aku tak pernah buat). Biasanya air tu pakai air panas/suam kengkonon macam masak la sambal tu. Mungkin boleh juga kita masak sekejap, kot la takut sakit perut ke kan. Tapi memang best cicah sambal ni. Sekarang, kalau buat jemput2, aku cicah sos cili je.
Masa tu, takut sangat kalau tak pandai masak. Macamana nak kawen??? Siap pikir, kalau setakat pandai masak sambal ikan je, boleh kawen ke ek? huhuhu...
Ini pula yang aku belajar dari MIL...
1. Sayur Bening hahahahahahahaha
2. Rendang Cili Api
Tak banyak yang dapat dipelajari dari beliau, sebab seperti yang aku cakap la, selalu yang memasak ialah adik atau kakak ipar. Belajar dengan derang je lah.
Selain dari ini, semuanya aku belajar sendiri. Dan ada juga yang aku reka sendiri hihihi. Sejarahnya cenggini.
Masa belajar dulu kan aku duduk luar kan. Kalau makan kat kedai, sehari kurang2 7-8 hengget. Tu baru sorang. Kalau berdua? Eh? Memang lah kami sama2 dapat ptptpu, tapi, banyak mana lah sangat kan. Dengan sewa rumah lagi, tambang teksi (class kau jah, pergi kelas naik teksi. dah, bas tak lalu intekmaresort tu, caner?), nota2, alatulis dan sebagainya, mana lah cukup. Bukan macam budak sekarang, tiap2 weekend, balik rumah, pastu mintak duit mak bapak, tak pun abang kakak. Taunya topup laptop berukband. Aku ada telefon rumah fix line tu pun dah cukup bersyukur. Kalau tengok adik aku yang tengah belajar kat kolej swasta tu, hmmm makan ati jer. Duit abah banyak2 nak buat apa? Baik lah bagi kat dia. Boleh? Hmmm rezeki dia. Husnuzon kekdahnya ya...
Teringat aku akan kelas aku kat intekmaresort tu. Bilik studio dijadikan kelas. Dah lah takde cafe kat situ. Kebuluran aku kalau ada kelas pagi petang. Pernah aku, konon nak jimat, jalan kaki je pergi situ dari rumah. Bayangkan, dari yunisel ke intekmaresort, aku lalu rumah2 banglo seksyen7 tu sensorang. Dah lah tak banyak lagi rumah kat situ, ada pulak yang tengah dalam pembinaan, menakutkan betul. Ye lah kan, pekerja pembinaan tu dah semestinya lah ind0n kan. Kalau nasib baik, sama2 ada kelas waktu yang sama. Boleh lah beliau hantarkan. Okeh, dah melalut pula.
Jadi, untuk menjimatkan kos sara hidup tersebut, maka aku decided untuk memasak untuk kami berdua. Ceh! Bila dah kawen tak pulak aku rajin memasak ek? Errr sekarang dah ada duit hehe. Biasanya aku masak untuk lunch merangkap dinner sekali lah.
Tapi, 'vocab' aku dalam memasak adalah terhad setakat yang aku belajar dari mak tu je. Takkan hari2 nak masak kari dan asam pedas je, kan? Pastu, kebetulan masa tu kakshila ngan abangtp baru je pindah rumah. Dan aku ternampak buku resepi kat rumah derang. Aku pun pinjam buku tu dan potostet. Maka bermula la siri mari belajar memasak dalam diari hidup ku.
Yang aku ingat, antara masakan pertama yang aku masak ialah kurma ayam. Eh, baru aku teringat, aku tak pernah masak kurma sejak berkahwin. Selalu lah jugak aku masak kurma, selain kari sebab ini yang paling senang di dunia. Pastu aku belajar buat ayam masak lemak cili api, kueytiow kerang, ayam masak merah (susahnya resepi tu? sekali je aku pernah try), ayam masak kicap, eh, macam2 lah. Hampir khatam lah jugak aku dengan buku resepi tu. Oh, ada satu resepi yang kami gemari, termasuk housemate beliau juga, iaitu sate goreng. Yang tu resepi dari sotkabo. Masa tu jugak, aku ada pinjam blender eita. Memang senang lah. Haaa masa ni jugak aku belajar masak nasi atas api hahaha. Kebetulan housemate aku bukan jenis yang rajin sangat masak hari2. Ada yang masak, tapi tak bertembung la. Yang bestnya, kat bawah rumah aku tu ada kedai runcit basah. Senang, balik kelas, terus beli ikan dan sayur di situ.
Maka selama 2 tahun itu lah aku memasak untuk kami. Tengahari kami makan berdua di tepi tasik shahalam, malamnya aku tapau siap2. Kadang2 aku tapaukan lebih, beliau kongsi dengan housemate sekali. Kalau tak makan kat tasik, encik suami akan datang ding dong rumah kami dan ambil lauk untuk hari itu. Sekali dengan pulangkan bekas makanan semalam hehehe. So sweet loh. Sebagai balasan, hihihi malu nak cakap. Kadang2 beliau tolong basuhkan baju aku sebab kat rumah dia ada wadhing machine. Tapi tak selalu lah. Sampai ke sudah beliau rajin membasuh baju rupanya. Ada sekali tu, tengah musim welkap 2002, beliau datang rumah nak ambik nasi, sekali, tergezzzut aku tengok dia dah botakkan rambut, pastu belah belakang tu dia buat bentuk huruf A. Sabo je aku. Masa tu zaman2 beckem ngan ronaldo hihi.
Bila habis belajar, aku stop memasak masa mula2 bekerja sebab rumah sewa aku takde kemudahan dapur yang lengkap. Aku mula balik selepas berpindah ke rumah teres. Tapi masa tu encik suami dah habis belajar dan balik kampung. Dah tinggal sensorang, rugi pulak kalau masak kat rumah. So, selalunya aku beli jer. Bila pindah terengganu, lagi lah aku jarang masak. Boleh dikira dengan jari kot. Sehingga lah aku berumahtangga, barulah skill memasak itu diasah semula. Setahun lebih menanam anggur, puas jugak lah memasak. Itu pun masa tu dah zaman2 internet kan. Nak masak apa2, gugel jek, ramai yang sukarela berkongsi ilmu masakan dan resepi.
Cumanya aku ni selalu hangat2 chicken shit. Memula je rajin nak cuba resepi. Dah 2-3 kali cuba, dah stop. Sebab kadang2 benda tu tak kena dengan selera aku huhuhu. Samada memang sebenarnya makanan tu tak sedap, atau masakan aku yang tak sedap. Maybe orang lain masak sedap kot. Kadang2 tu pulak, bila dah masak, tak de saper nak habiskan dan terbuang. Langsung merudum mood aku nak masak lagi dah.
Terkini, menu yang baru aku cuba ialah bakso sapi. Dulu pernah buat sekali, tapi tak ingat macamana rasanya. Aku pun tak pernah makan bakso kat kedai2. Jadi, tak tau samada bakso yang aku buat tu mencapai standard minimum bakso. Aku rasa macam sedap jek? hehehe. Cuma takde lah aku menggentel bebola daging tu sendirik. Kat kedai banyak.
Apa pula menu yang aku reka sendiri? Ada dua je yang aku rasa originally aku inovate, eceh. Pertama ialah sambal ayam thai. Fuh! Macam import ayam dari thailand pula bunyinya. Takde lah. Aku cuma guna sos thai jer. Sos ni pun aku kenal melalui kakshila. Kekdahnya, tumbukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumiskan ia. Masukkan cili blend. Alaaa macam nak buat sambal tumis. Lepas dah pecah minyak, masukkan hayam. Gaul2, tambah air jika perlu dan masukkan sos mae pranom itu barang 2-3 sudu. Kendian perasakan dengan garam dan perisa. Sos tu dah manis, so takyah letak gula dah. Pastu kalau nak masam sikit, taruk asam jawa. Tapi sos tu dah ada cuka kot. Masak lah sampai ayam masak atau kering. Macam masak ayam masak merah je, tapi guna sos yang lain dan hayam itu tak payah digoreng.
Yang kedua pulak ayam paprik. Ok, ni tak macam original resepi aku sangat. Ada lah pengaruh dari luar sikit. Paprik aku ni pun gunakan sos mae pranom itu. Kekdahnya lebih kurang sama, cuma yang ni tak pakai cili giling, sebaliknya gantikan dengan cili api yang diketuk sahaja. Kalau nak tambah bawang holland pon boleh (macam paprik kat kedai tu). Lelain lebih kurang sama ngan resepi di atas. Tapi yang ni boleh tambah sos cili dan sos tomato sikit. Nak letak sos tiram pun boleh, tapi aku tak suka bau dia bila letak sos tiram. Oh, kedua2 nya kalau letak daun limau purut akan lagi sedap baunya. Pastu, nak menyenangkan hidup, campakkan lah kacang panjang, keret, kubis bunga dan baby jagung ke dalamnya. Dah, takyah masak sayur lagi dah hehehe.
Dah caca marba dah entry ni. Sekejap nostalgia, sekejap resepi, sekejap belajar masak. Lantak ler...
Apa sebenarnya yang aku nak sampai kan eh?

Wednesday, 12 September 2012
Belajar Memasak
Monday, 10 September 2012
3 Kilo, 1 Inci
Terus terangkan ku katakan, kali terakhir aku berjogging ialah pada bulan 4. Giler lama! Aktiviti itu terhenti atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Sebab tu boleh elak, tapi aku pilih untuk tak elak. Maka, jogging lah yang mesti dielak. Whatever.
Selepas 4 bulan berjogging itu, berat badanku adalah maintain. Langsung tak bergerak. Gerak la 1/2 kilo sebelum makan. Pas makan dia kembali ke asal. Tapi tu bukan lah sebabnya aku tak jogging dah. Sepanjang semangat berjogging itu juga, dapur ku tidak berasap. Ini sangat tidak memberangsangkan. Bayangkan, aku beli beras serindit 9 kilo kat kelantan bulan 12, sampai sekarang pun tak habis2. Yang baiknya beras tu bukan jenis beras kita yang baru sebulan bukak, bubuknya lebih banyak dari beras. Ni berasnya masih beras, belum hancur dimamah bubuk. Ok, itu juga bukan sebab aku berhenti berjogging.
Dipendekkan cerita, sebelum puasa berat aku masih begitu. Ingat, bulan puasa boleh turun lah kot kan. Tapi, tak turun pun? Turun lah sekilo kot. Sebelum buka. Besok pagi, masih begitu. Ingat, ok lah, kadar metabolisme aku semakin rendah. Dah tak boleh kurus lagi dah. Sob sob sob...
Hari sabtu lepas, aku memberanikan diri memanjat penimbang. Dekat sebulan tak timbang ni. Tapi selalunya lepas raya harus lah naik, kan? Sebab pernah sekali tu dia naik sekilo. Pengsan! Bila aku naik, eh, turun balik. Naik lagi. Isy, tak mungkin. Turun balik. Nak naik ke tak nak? Sempat berfikir, masa sekolah dulu, bila buat eksperimen sains, bila ambil bacaan atau ukuran, kita kena ambik 3 kali atau lebih, kan? Pastu ambik purata. Pastu kena mengambil kira ralat paralaks. Aku belek jarum tu, pastikan betul2 kat 0. Ok, naik lagi.
Waaa berat ku telah turun 3 kilo! Yihaaa!!!
Suker! Suker! Suker!
Petangnya pulak, aku terjumpa tali tape menjahit ku. Nak try ukur lah.
Waaa pinggang aku dah kurang 1 inci! Yahooo!!!
Ok lah, mungkin kelihatannya seperti tak banyak beza pun kan. Tapi dah cukup memuaskan hati ku.
Mungkin masa puasa tu berat tak turun sebab aku buka nasik, sahur pun nasik. Serupa time tak puasa. Tapi lepas raya aku tak sahur atau sahur roti sekeping, buka roti+rendang (balance open house aritu. makin dipanaskan, makin sedap pulak hihi) dan malamnya makan sikit time baraan. Fuh! Ni kalau aku puasa lagi sebulan, mau tinggal tulang je kot.
Kasi chance la aku hepi2 sekejap sebelum kembali membina badan lepas habis raya nanti. Banyak benda dah plan nak makan.
Lalalalalalala...

Thursday, 6 September 2012
Hilang Di Dalam Hilang
Jadi, kami ambil lah wallet tu untuk dipulangkan kepada tuannya. Cuba bayangkan, orang yang jumpa tu orang kota, jumpa di kulai, tuan nya orang batu pahat. Kalau ikut logik mudah, toksah harap lah nak jumpa balik. Paling kuat pun penjumpa boleh hantar ke balai polis dan polis akan melakukan nothing. Kenapa aku cakap begitu? Sebab semasa encik suami membuat report tarik balik report itu hari, polis tu boleh cakap, oh, YB ada call sini bagitau kereta awak ada di jalanlambang, bukan di jalananugerah. Maknanya? Maknanya polis dah tau bahawa kereta tu tak hilang dan dia tak melakukan apa2. At least dalam tempoh tersebut la. Padahal dia ada jer nombor handphone aku. Satu lagi yang memperkukuhkan hujah ini ialah, semasa report dengan sarjan, beliau ada call balai polis majidee untuk menyuruh mereka menghantar patrolcar. Kalau dia ada meronda, tidakkah dalam sekelip mata jer dia boleh jumpa kereta tu? Sebab kawasan keliling masjid tu takde lah besar mana. Nak lagi kuat, sebelum bas ekspress jalan kan kami ada call sarjan tu menyatakan bahawa menurut rekod selkom, handphone encik suami masih berada di sekitar kgkurnia dan tamansuria (mungkin berdasarkan base station/antena terdekat). Dan encik sarjan juga kata, beliau akan hantar peronda ke situ. Tapi kami fikir positif, polis banyak kes lebih berat lagi di musim perayaan ini. Kot. Setakat hilang kereta. So what?
Ok, dah habis mengutuk orang (tak insaf2 jugak ek).
Jadi, dipendekkan cerita (dah panjang baru nak pendekkan ya), bila kereta kami hilang, aku menganggap, wallet itu hilang lah juga. Maka tak dapat lah kami beramal di hari raya. Tak tau lah, adakah kami telah pecah amanah? Erk...
Tapi, bila kereta tu telah jumpa balik, kami pun meneruskan lah niat untuk memulangkan wallet itu kepada tuannya. Kalau ikut alamat, takde nombor rumah. Cuma nama kampung. Memang gitu ek? Kalau kampung2, selalu takde nombor. Kira posmen kenal la semua orang kampung tu. Ada kampung guna nombor pos. Kira ok la kan. Ini, just nama kampung jek. Maknanya jugak, semua penduduk kampung kenal penduduk kampung yang lain. Very good!
Maka, pada hari ahad itu, kami pun pergilah. Pukul 12.30 tengahari kami keluar. Singgah minum cendolmakenot sat. Aritu pernah try cendol tu kat open house ybjakpor. Cendol sagu rumbia. Aku tak suka cendol madu. Pelik rasanya. Tapi cendol sagu rumbia ni sedap. My type. Dan cendol dia kaler pink.
Memula aku ingat kampung tu dekat dengan opis aku. Sebab opis aku ni km8. Dia km9. Tak ke sepelaung je tuh? Sekali dah dekat, baru aku terfikir, selalunya kampung2 tak guna km, tetapi batu. Kan? Sekali aku tengok balik ic dia, opsss betul lah, batu9. Maknanya jauh la kan. Area tanjunglabuh. Jadi, kami decided untuk singgah solat di masjid tanjunglabuh dan tanya lah kat orang kat masjid tu nanti. Sampai di masjid itu, ternampak dua orang budak lelaki tengah tunggu bas. Nampak gaya macam baya2 lepas spm jugak. Kalau area sini mesti lah sekolah pun sama kot. Mungkin derang kenal budak tu.
Lalu encik suami pun tanya. Tak tanya kenal tak budak tu. Tanya kampung tu kat mana jer.
Ooo kat depan tu. Ada warung kat simpang kampung tu...
Aku pun, laaa baru ku tau ada kampung kat situ. Selama ni selalu lalu je (kekadang menyumpah jugak kat lori yang tetiba nak belok ke warong tersebut). Lepas solat, kami terus masuk ke kampungmuhibahjaya tersebut. Suasana jalan masuk dia macam jalan masuk eto1. Dekat jek nak jumpa rumah. Kiri kanan kelapa sawit. Tiba di tepi sebuah rumah, ternampak seorang budak lelaki naik basikal. Kami pun tanya.
Assalamualaikum, dik, tau tak rumah encik aziz?
Ha??? Errr...
Ermmm kenal tak orang ni.
Ooo safik (bukan nama sebenar). Rumah dia kat depan tu. Abang terus ni, kat selekoh tu ada simpang kiri. Masuk simpang tu. Rumah dia warna pink.
Ok, terima kasih.
Kami pun mengikut panduan budak itu. Encik suami pun pergi lah. Bla bla bla dah. Baru kami nak gerak, tuan rumah tu panggil. Singgah lah dulu. Tadi encik suami jumpa mak budak tu. Ni bapak dia yang panggil.
Pung pang pung pang, selesai lah sudah kerja kami. Semoga budak itu lebih berhati2 di lain kali. Sebenarnya budak tu dah patah balik, cari wallet dia kat jalan, tapi tak jumpa. Lalu dia terus membuat report di balai berhampiran. Cuma ic dan lesen tu dia belum buat lagi la. Mujur dalam poket dia ada duit raya untuk anak2 buah katanya. Terpaksa korek sampul untuk isi minyak hihi. Budak tu pulak tak dapat ditemui kerana bekerja. Di kilang roti depan bpmol katanya.
Akhir kata sebelum pulang, encik suami kata kat bapak budak tu, 'hari ni hari dia, mana tau esok lusa hari kami pulak.' (dia tak tau semalam dah 'hari kita' dah hihihi).
Wednesday, 5 September 2012
Rumah Terbuka 2012
| Mereka datang serentak pula. Sibbaik sempat siap masak. |
| Antara tetamu yang datang |
| Suasana ini lah yang aku suka. Banyak kereta di luar rumah hehehe. Petang tu ada juga sebiiji teana putih datang huhuhu. Jangan tengok lama2... |
| Kali pertama kak yus datang, tak disambut pula di muka pintu. Sorry eh kak... |
| Bersama kanak2 riang |
| Kek gula hangus rebah namanya. (1 1/2). Aku terlupa sapu butter kat loyang tu. Maka, dia melekat la kat bawah. Takde orang perasan kot, kan. |
| Roti jala (10), kari ayam (2). |
| Spageti (7 + 4) |
| Keputat (2) dan rendang daging (3) |
| Jiran2 pun kami jemput. |
Sementara tunggu eddy datang, kami pun makan. Ermmm sedap jugak aku masak hehehe (masuk bakul angkat sendiri). Sampai encik suami pun makan spageti itu tau. Itu adalah keajaiban ok. Sebenarnya encik suami tak suka makan spageti sebab masam katanya. Kan aku pernah cerita yang masakan pertama aku sebagai isteri ialah spageti ni. Dan ialah gagal huhuhu. Belum tau lagi selera suami masa tu. Rupanya dia tak suka. Penat je.
Tetamu terakhir kami ialah jiran selang sebuah rumah. Sampai maghrib baru dia balik.
| Orang dah balik baru sempat makan |
| Ok, jumpa lagi 4 tahun lagi. Eh? |
Aidilfitri 1433H - 4 Syawal Kembali Ke Kota via Kulai
Raya ke-4, kami di paritraja lagi. Kali ni lebih meriah sebab ada tambahan ngah, kakzela dan in sekeluarga. Kak long je takde sebab dia dah balik semalam. Maka dapatlah kami bergambar keluarga sekali lagi di lokasi yang sama.
| Aku lah yang tukang ambik gambarnya. Timer aku ada 2 dan 10 saat je. Berlari2 nak menyelit di situ. |
| Sekali lagi. |
| Jumpa pokok pisang berjantung 4. Pelik, kan? |
| Nampak tak nama Jelita itu? |
Dari rumah beliau, kami singah solat dulu di masjid feldabukitpermai. Best lah masjid mereka. Ada ekon, tempat wudhuk di dalam. Sangat selesa. Selepas itu, kami berpisah dengan ngah sebab mereka nak balik kontan dah.
Dari situ, kami terus ke kulai. Seperti biasa, pergi ke rumah cik man (adik fil) di kampungpertanian. Langkah kanan, ada mee dan mihun sup. Sedapnya la hai...
| Pa'kal sumer orang dah habis makan, kalau tak memang aku tambah lagi (tapi memang dah tambah pun sebelum tu). Sayangnya aku jenis makan slow. First in last out kekdahnya. Caner nak makan cecepat eh? |
| Beriya menyuap mihun. |
| Bersama mak andak |
Tuesday, 4 September 2012
Aidilfitri 1433H - 3 Syawal Di Parit*Yusof
Tertinggal pulak. Semalam sebelum sampai ke parit yusof, kami singgah di rumah tok asrok. Bapa saudara fil.
Hari raya ketiga bermula di rumah nenek. Lepas sarapan, kami semua bergerak ke kuburan. Ni first time aku pergi kubur belah encik suami. Pernah lah jugak aku terfikir, kenapa kita tak pernah pergi kubur ek? Datuk (abah mil) mereka dah meninggal lama. Persoalan terjawab pada hari ini. Tak perlu lah aku detail kan apa. Cuma dalam hati aku berkata, patut lah kita tak pernah pergi. Hmmm...
Dari kubur, kami terus ke rumah mak long lagi. Pagi ni ada baraan kat rumah mak long. Sebab tu kami pergi malam tadi. Tapi ni kami datang, baraan dah selesai. Dapat lah makan sedap. Soto ayam masakan abang ani (cikgunizam). Beliau memang handal memasak. Sebelum tengahari, bil sampai dari balakong. Pepagi subuh sepie lagi sil dah call, suh balik cecepat. Kalau tak, pergi beraya sendiri hihi (aku pun kalau beraya belah aku, pergi beraya ke sini sendiri je tau).
Kemudian kami ke rumah kak long idah. Sepelaung je dari rumah mak long.
| Gula2 sofea pelangi kasih! |
| Kak long idah dan mil-yang-tak-boleh-dipisahkan-dengan-pokok-punga. Raya2 pun cari pokok bunga. Ni tengah kemaruk pokok orkid dan puding. |
| Pokok bunga raya pun boleh. Semua kaler luna mesti ada. |
| Kami dan kak long idah and suami |
| Family abang noi (adik or abang cikgunizam) |
| PIL, mak long dan ngah udin (ni komfem abang sebab lepas long, ngah kan) |
| Kami dalam pink! |
| Baby terkini, cik siti humairah |
Dari rumah kak long idah, kami terus beraya ngan family mak long. Memula ke rumah errr dah lupa lah. Pak sedara mil kot.
| Kak lin dan kak pah. Kalau nak running number cecantik boleh contact kak pah ya. |
| Masa kat sini, ngah ngan kak long kami sampai. |
| Biler nak balik ni... |
| Rumah yang unik. Rumahnya tak unik, tapi ada benda yang unik. Basikal di atas dan... |
| Gendang2 kuda kepang |
| Dan replika kuda kepang juga. |
| Serta wau kuda kepang. |
| Lepas tu, kami serang rumah sepupu mil. |
| Sebahagian rombongan kami. |
| Encik suami sibuk mencatit salasilah keluarga. Penat2 catit, buku tu pun tinggal dalam kereta ari tu. |
| 3 pupu dan 2 pupu setengah |
Lepas tu kami ke rumah tokman di semerah. Takde gambar pula. Sebelah rumah tokman ni ada sebuah masjid kayu yang unik. Solat asar di sini.
Dari rumah tokman, kembali ke rumah mak long lagi. Kemudian baru ke rumah nenek. Malam, lepas isyak, kami semua balik ke rumah kami di parit raja. Letih.
Sekian hari raya ketiga.

