Monday, 22 August 2011

Dua Dulu


Seperti yang dijanjikan, aku dah mengambil gambar perkara yang aku kepochikan ari jumaat tu ari. Takde lah mende sangat.

Yang pertama mengenai tanah sekangkang kera di depan rumah ku itu. Sebelum ni ia adalah semak. Memang majlis mesin setiap bulan, tapi dia tak mesin tang celah2 pasu tu. Keje aku lah tu memotong rumput2 tuh. Nyampah giler aku. Jadi, sebelum aku betul2 giler, maka terjadi lah projek ini.

Semak! Semak! Semak!


Selepas dikorek. Berbulan2 baru siap ni tau. Banyak batu kat sini.

Ya, ada kekangan pili bomba di situ. Tapi aku think positive dengan membayangkan pili tu macam arca yang penuh seni huhuhu.



Beli pasir dan batu. Ok, paving stone. Bukan pebel huhuhu (tak paham sudah).

Sebijik singgit lebih. Anggaran 4 biji per square feet.

Kendian kiter curah pasir. Ya, benda ni tak diajar di sekolah ok. Tak masuk dalam silibus kemahiran manipulatif tambahan. Buat ikut logik jer.

Tiba2 dah siap. Lupa nak ambik gambar sebelum tu hihi.

Lagi ramai orang macam kami, ramai lah lagi kontraktor takleh cari makan hahaha.

Kami buat sekali rumah sebelah punya. Takkan nak buat separuh2 pulak, kan? Jiran muafakat membawa berkat.

Amacam, ada berani? Marilah kiter menyenangkan kerja pakcik pemotong rumput mpbpi. Kesian pakcik tu panas2 potong rumput tau.

Dan yang kedua ialah pintu pagar. Tak, aku belum pasang pintu oto lagi. Aku kan penjimat orangnya.

Cantik tak? (kata eric)


Perkara ketiga pula ada hint ditunjukkan dalam gambar di atas ini. Cer teka. Baper kali nak teka daaa.

Saturday, 20 August 2011

Break Up!

Yah000!!! G00gle!!! Ask!!! Amaz0n!!! Answer!!!

Ya semua tu searchengine ye. Aku nak sebut yah000!!! je sebenarnya. Masih lagi dalam mode gumbira. Kenapa aku begitu happy bebulan puasa cenggini eh?

Sebab akhirnya aku telah putus hubungan dengan nyamuk (ni iklan ind0n) break up dengan ptptpu. Tanggal 16 Ramadhan, aku telah melunaskan hutang piutang ku. Phew! Terasa kembali muda.


Ingat lagi kali terakhir aku menelefon ptptpu dan mamat tu kata pengesahan baki akan diberi dalam masa 7 hari dan aku memberi tempoh 14 hari? Ya, selepas 14 hari, aku menelefon lagi dan katanya, kami dah terima permohonan puan. Jadi, tunggu 7-14 hari bekerja baru kami email. Ok. Saya pasrah. Jap jap, aku nak tengok bila aku hantar surat permohonan tu. Ohhh haaa 13 julai. Jadi, kalau ikut kira2 jari jemariku, 2 ogos adalah due date nya. Namun, sampai ke 9 julai, masih tidak kunjung tiba.

Akhirnya, tepat 10 ogos, aku pun mendapat email dari puan salbyah. Nyaris aku nak delete email tu. Subjek nya nama penuh aku. Puan ni tak belajar format surat rasmi kah? Ok, sibbaik aku bukan pemeriksa kertas 2 bahasa melayu. Lenkali cakap je lah macam aritu, kami akan hantar jawapan pada setiap 10hb. Tidak lah aku asyik mengira jari jemari jek.

Keputusannya, selepas ditambah tolak, akhirnya baki akhir aku adalah lebih +- rm40 dari baki yang tercatat di efes. Lalu aku pun call lagi. Dia kata calculation tu dah termasuk caj2 yang aku pun tak tau apa tapi dah diujrahkan la. Dan aku perlu bayar sebelum 31 ogos. Kalau selepas tu bakinya dah lain pulak. Setelah ditimbang sukat, kalau aku tak bayar habis, aka bayar setiap bulan macam biasa, mungkin setahun baru abis. Dalam tempoh itu, aku dah kira, kos perkhidmatannya lebih kurang rm40 jua. Tambah lagi bukan ujrah. Kalau sign ujrah, kena mati setem rm20 lagi. Yang ni dah diujrahkan siap2 (tapi takyah sign agreement ???). Jadi, takde beza dari sudut nilai wang itu, tetapi ada beza dari sudut syariah.

Sebelum membayar tu, aku call dulu. Ye lah, kiter tak tau what's next? Adakah aku perlu buat dek sahaja? Dia kata, kena tunggu 3 hari untuk derang update, aka mebenk bayo kat derang. Dan hari ni dah cukup 3 hari, aku tak call lagi. Tapi aku dah check kat efes, dia dah deduct, tapi ada lebihan rm33+. Bukan aku terlebih bayar, tapi yang kat efes tu tak kira bayaran lump sum. Dipendekkan cerita, kiranya aku dapat rebet rm33+ je lah, kan? Betul tak betul? Takper. Minggu depan baru aku nak call derang. Derang kan mengalami tahap kelembapan yang tinggi kan. Masih kasi chance lagi.

Seronok rasanya bila dah bebas ni. Ini bukan pertama kali. Dulu aku pun pernah habis bayar pinjaman yayasan pelajaran j0h0r dan habis bayar kereta kancil. Sama la lebih kurang perasaannya huhuhu.

Ok, budak2 mara dan jpa, dah, takyah nak berlagak lagi yang korang dapat scholarship, takyah bayar. Kita sama sekarang.

Friday, 19 August 2011

Bebel

Yeay! Aku ni asyik bergumbira je. Bukan apa. Tahun ni buat pertama kali aku membeli 'henbeg raya'. Ya, agak ketinggalan di situ. Selama ni aku beli henbeg tak tentu masa. Kebetulan kali ni aku beli menjelang hari raya, maka jadi lah ia henbeg raya. Poyo.

Apa lagi benda baru di hari raya? Yeay! lagi sekali. Tanah sekangkang kera di sudut depan rumah ku sudah tidak menjadi ladang lalang lagi. Ini kerana aku telah melakukan langkah drastik dengan jeng jeng jeng... eh belum tangkap gambar lagi. Besok la aku citer eh? hahaha.

Lagi lagi lagi? Pagar rumah ku sudah berubah wajah. Yeay yeay! Pun tak tangkap gambar lagi jugak. Besok jugak la he. Woi! Baik buat entry besok je lah! Takde takde, nak jugak citer hari ni. Supaya korang ternanti2 hihihi. (ada ker?)

Ada lagi? Ada ada ada! Banyak juga projek aku tahun ni, tapi semua projek mini je. Tapi besok lah jugak aku citer. Ok. Bosan.

Oh, ni je gambar artis berkenaan yang aku dapat tangkap. Masa dia tengok depan aku segan nak ambik gambar. Maka dapat gambo montot je la. Cer teka?



Kisah Balik Kampung Ooo Balik Kampung

Dah lama aku tak merasai keseronokan balik kampung dengan menaiki bas ekspres. Seronok ker? Seronok sebab terasa seperti ada orang menunggu2 kepulangan kiter. Dulu masa kecik2, aku tertunggu2 abang2 dan kakak balik. Bila tiba giliran aku berada di perantauan, huh! dah takde saper nak tunggu aku. Cuma perasan je lah ada orang tunggu. Sedih. Tapi aku nak cerita jugak kisah suka duka aku balik raya semasa jaman sekolah dulu.

Pertama kali berpuasa di rantau orang ialah semasa form 4. Masa tu tak best sangat sebab dekat je. Sekolah aku kat kluang je pun. Takde bas ekspres. Jeles je tengok bebudak key el balik naik bas ekspres. Masa tu aku tertanya2 apa perasaan naik bas ekspres ek? Oleh kerana aku nak cerita pasal balik raya naik bas ekspres, maka kisah di jaman sekolah menengah ni boleh la di skip.

Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku pada tahun 1998. Masa tu aku balik beraya dengan kakak ku eita. Kiterang kan student yuitm. Lokasi stesen bas raya masa tu ialah di stadium nasional ke stadium merdeka tah, aku pun lupa. Tapi antara dua tu lah... dekat2 je kan. Dan kalau tak salah masa tu kami naik bas tambahan. Kot.

Jadi pada hari kejadian, kami pun berjumpa di basstandklang. Bukan bus stand di klang. Ni orang key el tau la kat mana. Bas yang kami naik tu bertolak pukul 5 ke 6 petang tah. Tapi petang la. Oleh sebab itu, kami terpaksa membeli makanan berbuka sebelum naik bas la kan. Aku tak ingat aku beli apa. Rasanya kuih kot. Dan eita pulak bawak creme caramel yang dimasaknya sendiri hihihi. Maka, untuk pergi ke stadium itu, kami pun berjalan kaki. Jauh tak jauh la. Dan bila tiba waktu berbuka di dalam bas, fuiyoh! creme caramel itu sudah bertukar rupa. Hancur lebur. Itu je lah kisahnya yang aku ingat hehe. Tak sedih pun.

Satu lagi balik raya yang aku ingat ialah semasa stesen bas raya (ke selatan) terletak di stadium nasi0nal bukit jalil. Entah, rasanya masa tu dah degree kot. Masa degree aku rajin pergi rumah abang tp. Jadi, pada hari kejadian, aku bertolak dari rumah abang tp. Dengan kata lain, abang tp anto aku la ke situ. Bas yang aku naik tu bas malam. Masa aku nak pergi tu, hujan turun dengan lebatnya. Oleh kerana tiada alternatif lain, maka kami pun meredah lah hujan itu dengan menaiki motosikal. Oh, sedih di situ.

Tahun2 yang lain aku tak berapa nak ingat. Maybe sebab yang dua ni bukan naik kat pudu kot. Tu yang boleh ingat tu. Masa degree aku selalu balik nak kete. Kadang naik kete kawan encik hairul, kadang naik kete kancil putih beliau. Nama je kete beliau, tapi orang lain yang bayo.

Pernah sekali raya tu kami konvoi dua kete. Boleh pulak, kami tumpangkan gelfren adik encik hairul yang study kat upm? Pelik ek? Kenal pun tidak. Kunun besok2 jadi ipar-biras la kot. Jadi, kami pergi ambik dia kat upm. Masa tu petang dekat nak buka juga la. Konon nak berbuka di melaka (?). Sekali tak sempat sampai. Maka, kami hanya berbuka air masak dalam botol pink 'yang aku bayangkan air bandung la kononnya' dan kerepek nangka (?). Ya, bakal ipar-biras tak jadi itu bawak bekal kerepek nangka. Oh, dia dengan kawan dia la, budak jb. Lepas tu kami berenti makan kat melaka. Aku pun lupa ya ke tidak benda yang aku citer ni sebab memang selalu gak kami balik berkonvoi. Yang mana satu tah. Tapi kami pernah la makan kat serkam. Time balik raya ni lah kot.

Sampai di johor, kami terpaksa menghantar kawan bakal ipar-biras tak jadi ni di tamantunaminah dan bakal ipar-biras tak jadi ni di rumah adik encik hairul. Bukan rumah dia, dia duduk dengan femli abang angkat dia. Eh, complicated lah! Kenapa tak hantar kat rumah dia terus? Sebab time tu dah jauh malam/pagi.

Ok, ni citer takde pekdah namanya. Kalau korang tak baca pun aku tak terasa.

Kini, balik raya bagi aku dah takde feel dah. Sebab dekat sangat.




Thursday, 18 August 2011

Kisah Si Bubur Lambuk

Adakah aku orang pertama yang nostalgia di bulan puasa? Tetiap tahun aku perati, bila dekat2 nak raya, ramai yang akan tulis entry nostalgia berpuasa dan berhari raya di zaman kanak2 muda rumaja. Tapi memang betul pun, raya budak2 zaman sekarang tak sama dengan zaman kiter dulu2. Nanti besok derang dah tua pun akan kata begitu juga pada generasi muda mereka. Mesti lah derang akan kata derang dapat paling banyak sms pada pagi raya. Kiter dulu lawan2 saper paling banyak kad raya kan. Derang lak tang sms pulak. Tak pun wall saper paling banyak ucapan raya seperti ucapan hepi besdei. Eh, ada ke orang nak wish kat semua wall kawan2 dia ucapan hari raya eh? Tak kosser.

Cerita nostalgia aku ni takde kena mengena dengan puasa atau pun raya pada zaman dulu. Tetapi ada kaitan sikit dengan puasa tahun ini. Berkenaan bubur lambuk. Tapi aku bukan nak citer pasal bubur lambuk.

Masuk semalam, dah 3 kali aku dapat makan bubur lambuk free. Terima kasih la kepada rTim yang buat shooting kat sini. Tak pasal2 derang terpaksa masak bubur lambuk untuk mendemokan mesin pengacau bubur lambuk itu. Akibatnya, dapat lah aku makan bubur lambuk sebanyak 2 kali. Selalu derang buat sekali jek setahun.

Bila aku makan bubur lambuk, aku perati lah sebijik2 kekacang yang dimasukkan ke dalamnya. Ada kacang tanah, kacang kuda, kacang V (peace) hihi peas dan jagung serta lobak (mix vege la). Langsung aku teringat... *effect kabur dan beralun2...

Mula2 sekali aku teringat pasal kacang tanah. Masa aku kecik2 dulu, abah ada menanam pokok kacang tanah. Kat kebun belakang rumah cik yasin. Pada suatu hari, kami pun pergi ke situ untuk mencabutnya. Tak ingat pulak pergi ngan saper. Semasa pulang, hujan turun dengan lebatnya. Entah macamana aku yang kememeh ni boleh menangis sepanjang perjalanan pulang itu. Dalam hujan. Gaduh ngan yayu kot. Kan aku salu gaduh ngan yayu kan hihihi. Huuuuuuuuuuuuuu gitu. Sedang aku berjalan dan menangis dengan syahdunya, tiba2, aku terlanggar pokok. Durian kot. Kat belakang rumah cik asri. Tu lah, jalan tunduk lagi. Kan dah terlanggar pokok. Maka, makin kuat lah aku menangis HUUUUUUUUUUUUU!!! Ok, tak sedih sangat.

Kacang kedua yang aku terkenang2 ialah kacang kuda. Masa kecik2 jugak, abah selalu merebus kacang kuda. Kami suka. Pernah juga beliau melakukan cubaan menggorengnya, tetapi ia menjadi keras seperti batu. Kesian abah. Tetiba. Aku memang kesian bila teringat perkara2 yang abah lakukan semasa mak dah takde. 5 tahun tau. Tu belum kisah jurujual gores dan menang yang banyakkk menyentuh hati ku. Kesian abah. Lagi. Ok, tak sedih sangat jugak.


Satu lagi kekacang yang aku teringat2 ialah jagung. Eh, jagung kekacang ke? Lebih kurang la. Masa kecik2, abah ada menanam pokok jagung. Kat kebun bawah pencawang tnbi dekat simpang semencu. Jagung tu jenis manis naturally. Jadi, bila direbus, tak perlu lah taruk gula. Pada suatu hari, entah saper tah pegi taruk gula dalam rebusan jagung itu. Terus jadi tawar. Terus tak laku jagung tu. Sedih oh. Ye lah, kan kiter penat menunggu jagung tu berputik, membesar dan masak. Tetiba bila nak dimakan, ia jadi sedemikian rupa. Ok, pun tak sedih jugak Eh, aku ni nak cerita kisah sedih ke?



Dan kekacang terakhir yang aku terkenang2, ni kira yang paling tragis la bagi aku. Kisah pasal kacang tanah jugak. Masa kecik2 dulu, kami selalu beli kacang pedas. Alaaa kacang yang sira sambal tu. Pada suatu hari, kami menyuarakan hasrat ingin memakan kacang pedas ini secara banyak kepada abah. Lalu, abah pun pergi lah beli kacang dan cuba membuatnya. Sedih la pulak. Sementara tu, kami seperti biasa adalah bermain tak hingat dunia selagi abah tak panggil balik makan dengan jeritan si hen ma daaa takkan balik punya. Bila kami balik, kami terus lah pergi ke dapur untuk menyaksikan hasil kacang pedas yang abah buat. Tapi, alangkah runtun hati ku (eh, saper kami dalam citer ni eh? aku ngan yayu lah kot?) bila melihat abah sedang menumbuk kacang tanah. Abah nak buat sambal kacang!!! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih nyaaaaaaaaaaaa!!!

p/s tiba2 ada elemen hari raya di situ. sambal kacang=raya :)



Wednesday, 17 August 2011

Semak Semula SKT'

Semalam bizi. Konon nak buat entry ni semalam, sempena kiter dah melepasi separuh masa pertama berpuasa. Sekali petang bos suh ganti dia meeting. Huaaa baru ingat nak ganti tido!!! Ada dalam skt' ke tido di siang hari ni eh? Kena tambah ni hihihi.

Ok, kalau merujuk kepada skt' ku itu ari, macam takde penambahan dan pengguguran. Semuanya masih on track. Tahniah nozie! Tiba2.

Alhamdulillah.

Sebelum ni, kalau buat terawih, aku rasa 8 rakaat tu lama sangat. Apatah lagi 20 rakaat kan. Rasa macam selamanya huhuhu. Tapi sekarang ni (mungkin berkat keazaman yang tinggi), bila selesai 8 rakaat tu, aku rasa macam, eh, sekejap nyer? Pastu rasa macam tak patut betul selama ni aku balik selepas 8 rakaat, sedangkan makcik2 yang nenek2 tu pun larat buat 20 rakaat. Pastu bagi alasan, alaaa derang besok tak kerja, boleh la. Padahal derang bangun awal jugak walau pun tak kerja, kan? Sama je. Cuma untuk bermoreh bersama2 mereka tu... ermmm weekend boleh la kot. Tak larat nak jawab "saya duduk tamanwirajaya, makcik". Mana taknya. Bila aku jawab cenggitu, boleh dia cakap kat kawan dia, "taman permai la kakkk." Boleh? mana sama tamanwirajayayangbest tu dengan tamanpermai, kan?

Korang makan tak bila tak boleh puasa? Tak rasa bersalah ker? Aku kan, rasanya bila tak puasa, aku lagi puasa dari puasa. Sebab? Sebab aku tak sahur dan tak makan. Kan tu lebih puasa dari puasa? Kenapa tak makan??? Rugi oh. Sebab aku rasa, bulan Ramadhan ni ialah bulan puasa. Jadi, semua umat islam mesti berpuasa. Dan bila tak boleh puasa tu, kiter tetap kena puasa juga, cuma puasa tu tak sah la. Ok, ini bukan ajaran sesat ayahpin. Tak payah ikut. Ada ke syarat wajib makan bila tak puasa? Takde kot kan?

Minggu ni ofis aku didatangi artis hihihi. Kawan2 fb tau lah saper. Yang tak bestnya, aku baru ingat nak menjakunkan diri, mintak otograf, bergambar ngan beliau, sekali student aku cakap, "dia tak puasa puan." Ye ker? Tak baik fitnah. "Betul puan... saya nampak dia hisap rokok dalam van tadi." Kawan yang lain menambah, "mulut dia bau rokok...". Dibacking oleh kawan yang lain, "Dia musafir lah..." Ehhh nabi dulu naik unta, perang badar pun dalam bulan puasa tau. Ini naik van bukak ekon pun dah tak puasa." Oh, terharu aku dengar ayat tu dari budak yang memang terejal hahaha.

Pendek citer, aku tengok je lah dia shooting tu, tapi tak jadi lah nak jakun2. Artis... artis...

Tuesday, 16 August 2011

Percaya vs Yakin

Cuba fikir sejenak. Sama tak? Percaya dan Yakin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya percaya saya boleh melakukannya.

Saya yakin saya boleh melakukannya.

Macam sama, kan?

Tapi hakikatnya percaya dan yakin adalah dua perkara yang berbeza. Cuba baca kisah ini.

Sepasang suami isteri sedang membeli belah di pasar malam. Kereta di park di seberang jalan yang sibuk. Selesai membeli belah kebab dan tongkeng goreng tepung, mereka pun menuju ke kereta myvi pepel yang lagi best mereka. Sambil berpimpinan tangan mereka bergandingan menoleh ke kiri ke kanan ke kiri kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan kiri lagi kanan kiri kanan kiri kanan lagi kiri kanan ok ok tu nak menunjukkan punya lah banyak kenderaan sampai kena toleh kiri kanan berpuluh kali pun tak dapat lintas jugak.

Dan selepas beberapa minit, si suami pun dengan penuh yakin menarik tangan si isteri untuk melintas. Sementara itu, si isteri masih lagi menoleh ke kiri ke kanan, kot2 ada kete datang. Dalam kisah ini, si isteri percaya pada si suami yang menarik tangannya, tetapi dalam masa yang sama, dia masih tak yakin. Sebab itu dia masih menoleh kiri kanan lagi. Bukan tak percaya, tapi tak yakin hehe.

Tentu anda selalu mengalami situasi ini, kan? Bukan lah sebijik sama. Korang mana makan tongkeng goreng tepung kot. Tapi situasi percaya yakin tu mesti selalu, kan? Macam time nak melintas dalam kete pun sama. Sibuk la si isteri ni nak tengok2 jugak sampai si suami terpaksa suruh kiter baring sebab kacau pandangan dia. Sedih oh. Kita cuma nak menolong jer. Kan?

Adakah anda juga begitu?

Friday, 12 August 2011

Fullamak!

Dulu kan aku citer yang aku suka sangat dengar carta fulamak kat sinar setiap sabtu tu kan. Nostalgia gitu. Tapi sejak 2010 kot, aku dah jarang2 ambik port. Dengar, tapi takde lah terhibur sangat. Lagi la dia start pukul 9 kan huhuhu. Tapi bukan sebab dia start awal tu yang menyebabkan aku tak dengar lagi, tapi sebab lagu2 yang masuk dalam carta tu. Selain dah kurang rock kapak dan rock leleh, lagu yang tak pernah dengar pun banyak. Lagu yang tak berapa nak retro pun ada. Bosan seh...

Tapi beberapa minggu kebelakangan ni aku dah mula suka balik. Bukan sebab lagu2 nya dah best2, tapi sebab penyampainya dah tukar krill, mak banang dan mak neng hehehe. Takpe lah lagu tak sedap pun, janji ada komponen menghiburkan di situ.

Lagu Tak Nostalgia Yang Tiba2 Sedap : Istana Pasir Alleycats

Masa kecik2 time lagu ni release, aku tak pernah dengar. Baru setahun dua ni je dengar. Tiap kali dengar mesti dalam kete. Dan aku bercita2 nak taruk dalam blog. Tiap kali juga aku terlupa. Hari ni dengar lagi lagu ni dalam kete. Dan aku save betul2 cita2 tu. Akhirnya. Cuba hayati liriknya. Sweet jek.



Istana Pasir

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Riang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat di hati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini





Thursday, 11 August 2011

Puasa Di Lebuhraya

Dekat setahun jugak lah kerja2 upgrading jalan ayerhitam-bp tu tergendala. Aritu kemain rancak lagi dia memasang median dan membuat u-turn. Tapi, tak sempat siap lagi, median tu dah pecah. Ada 2 sebab. Satu, dia main tepek je batu/semen tu kat tengah2 jalan, so tak kukuh (bukan patutnya kena korek dulu ke?). Bila hujan lebat, benda tu pun pecah. Dah, air tak tau nak lalu mana. Dua, benda tu dipecahkan dek penduduk tempatan yang tak mahu u-turn jejauh sebaliknya lebih sanggup menyabung nyawa melintas kat depan rumah sendiri.

Entah, kerana berputus asa dengan situasi itu, atau pun masalah dalaman syarikat itu sendiri, tetiba aku terperasan yang takde perubahan pun berlaku dari sehari ke sehari. Terbengkalai lagi lah tu. Dengan u-turn yang separuh siap dan agak membahayakan. Dengan median yang dah lompong2 dan membahayakan jugak. Dengan penghadang plastik merah putih dan batu hitam kuning yang bersimpang siur di tengah jalan dan amat membahayakan. Alamatnya sejarah lama berulang kembali lah tu. Pernah sekali aku terjumpa eksiden kete terlanggar batu median tu. Kiranya dia langgar kat permulaan batu tu lah. Derang tak pasang signboard yang bintik2 tu lagi time tu. Selepas tu baru aku tengaok ada signboard tuh.

Dulu, sebelum projek median+u-turn ni, projek hiway ni pun kemain lama tergendala. Dari aku masuk diploma, sampai dah abis degree pun tak siap2. Bila dah siap, masalah best sangat jalan tu menyebabkan orang memandu laju dan banyak berlaku kemalangan. Timbul pulak projek median+u-turn ni untuk menyelamatkan keadaan. Ni pun entah dah berapa kali tukar kontraktor tah, tak siap2 jugak.

Tapi, beberapa hari yang lepas, dah bermula semula kerja2 ini. U-turn depan mekdi pun dah dilencongkan ke tengah pulak. Sebelum ni lencong ke tepi, macam dia nak buat u-turn dulu, baru besarkan tepi jalan. Yang ni dia guna strategi besarkan tepi jalan dulu baru siapkan u-turn kot. Hehehe mandai aku je. Dan pagi tadi baru aku nampak signboard2 sila perlahan, 50km/j dll. Aku tengah tunggu signboard 'harap bersabar. kesulitan ini demi kesenangan pada masa hadapan'. Belum pacak lagi.

Dulu jugak, aku lah antara orang yang mengalami kesulitan semasa penambahbaikan jalan dungun-kerteh-kemaman. Masa baca signboard tu, terpikir, entah ya entah tidak aku dapat merasa kesenangan tu. Tapi bila sekarang selalu lah jugak aku lalau jalan tu, ermmm ini lah jalan yang sulit dulu. Dapat jugak aku merasa kesenangan yang dijanjikan dulu. Hiks. Tah apa2 yang aku pikir ni.

Ok, nak cerita tu je. Kerja2 dah disambung semula. Sila gembira berhari raya walau pun jalan tak elok.

p/s tau, tajuk tak sesuai dengan isi hihi.