Wednesday, 1 December 2010
Pengalaman Masuk Asrama Part I
Tuesday, 30 November 2010
Baca Atau Tak Baca
Pernahkah Anda??
Fikirkan berapa banyak hutang anda..
Berapa lama dapat anda habiskan hutang..
Ade hutang mati bumi tak terima, langit tak terima... tergantung tengah-tengah...
"Bayar Hutang"
Bicara santai...
Program Bayar Hutang Ubah Hidup
&
Jejak Usahawan Berjaya!!!
"Lambang Kejayaan adalah PERUBAHAN"
Tiket Percuma
Your Success Is Our Goal
BACA atau TAK BACA
Itu Hak Anda
Tak baca tak apa, saya tak rugi apa-apa, mungkin Tuhan tidak memilih anda.
Jika baca lepas tu buang pun tak apa, saya tak rugi apa-apa, mungkin Tuhan belum nak makbulkan doa anda.
Jika baca dan lepas tu terus SMS or call saya, mungkin inilah masanya Tuhan mengizinkan dan ingin memakbulkan doa anda selama ini dan saya serta risalah ini hanyalah sebagai jambatan Tuhan.
Kerja Makan Gaji Pangkat Tak Besar Tapi Impian Besar
"Agak-agak lagi berapa tahun perlu kerja untuk mencapai impian yang besar tu? Ingat tenaga tu makin lama makin berkurangan."
Kerja Makan Gaji Berpangkat Besar Tapi Impian Masih Tak Tercapai
"Tak frust ke, pangkat besar, gaji banyak, orang sanjung, tapi realitinya impian hidup masih belum tercapai?"
Aku Tak Suka Duit
Pembohong namanya tu... bawak-bawaklah berubah, kesianlah kat orang yang anda sayang. Anda masih ada peluang untuk berubah.
Macam-macam la derang ni. Kelakar pun ada. Yang paling tak tahan tu, Lebih baik belajar tak tinggi, tapi ada kerja hahaha. Agak2 apa perasaan NC uth*m kalo dapat flyer nih ek?
Monday, 29 November 2010
Batang Buruk
Hah! Takde maknanya kuih ni ditukar nama. Suci dalam debu lah. Dahan rapuh la. Yang pakai nama asal jugak yang sedap. Raya haji tu ari encik hairul order kuih ni lagi. Aritu kan ala2 tak cukup je kan. Kali ni baru aku sempat mengambik gambonya. Pasni senang nak kenal kalau2 ada dijual dimana2. Raya tahun depan aku jadi supplier pulak hehe.
Errr blushing lak bila baca.
Friday, 26 November 2010
Bila Tailor Bertemu Fashion Designer
Thursday, 25 November 2010
Buku Drama Ala Komik
*Updated! Untuk memudahkan aku, baik aku taruk lagu tu kat sini.
p/s ya ampunnn... aku tengok lagu kepulangan kat video tu tahun 86. aku baru darjah 1 lor. patut la macam sayup2 je.
Kerja G0men. I Told You Oredi...
Ingat tak (lagi2 nak soh orang recall, macam orang dah takde keje lain nak ingat hal ko je) pasal kisah aku yang mogok semasa BIL nak start kerja kat uni tu awal tahun lepas? Alaaa yang aku dilema tak tau nak buat apa bila dia kata nak stay kat umah aku tu. Mesti ingat punya lah. Pe'el buruk aku memang korang ingat sokmo tsk tsk tsk.
Ok, memang dia keje kat ito masa tu dan tinggal di parit jelut0ng. Sebaik sahaja dia masuk keje, terus wifenya mengandung. Mula2 tu wifenya still kerja kat jb, tinggal di rumah sepupu. Tak lama kemudian, dapat jadi guru sandaran dan tinggal bersama. Ingat, yang aku citer pasal 2 jenis guru sandaran tu? Haaa yang tu lah. Rupa2nya, masa aku menulis entry tu, sebenarnya dia dah berenti pun. Tak tau lah samada dia berenti sebab dia mengandung, atau sebab takde cikgu yang bersalin untuk diganti. Tapi, bermula dari bulan ketiga kepregnantan, dia dah tak kerja dan duduk di parit jelut0ng itu. Setiap minggu, bil terpaksa berulang alik ke jb untuk bekerja part-time sebagai pengajar di ILS. Teringat masa baru2 kawin dulu. Encik hairul ada buat keje part-time as a guru tuisyen. Terharu betul.
Hujung tahun 2009, the wife pon bersalin. Tak lama lepas habis berpantang, dia dapat kerja kat klang valley. Sebelum tu, masa dia baru habis hari, aku ada lah berkunjung ke rumah mereka. Remember, masa tu bil is the sole breadwinner in the family. Bukan lah daif benar, tapi agak kesian lah aku tengok keadaan mereka. Akhirnya, BIL pun surrender jua. Dia pun mula mencari kerja lain. Dan, bermula bulan mei yang lalu, dia dah pon berenti keje di ito dan berpindah kerja ke klang valley. Masa tu baru lah dia cakap, F**** (nama anak dia) nak abah dia keje engineer jugak...
Point aku di sini ialah, ya, kerja gomen ni memang lah bagus, terjamin, stabil, boleh hidup, tapi, tengok lah juga apa kerjanya tu, dan macamana gaya hidupnya. Sebab itu aku menentang sekeras2nya masa dia nak keje kat ito dulu. Hehehe tapi macam menentang dari sudut takmo dia tinggal sama ngan kitorang jek? Ah, kira sama lah tu. Asalnya aku menentang dia keje, tapi bila dia dah berkeras nak keje jugak, terpaksa lah aku menentang tang tu pulak hihi.
Friday, 19 November 2010
Kumpulan 'Sweetheart' Kini Lengkap!
Semalam, aku telah berjumpa dengan kepingan terakhir jigsaw puzzle kumpulan sweetheart. Bukan lah berjumpa bertentangan mata. Jumpa kat fb je. Tapi, tetaplah aku rasa bahawa kami sudah lengkap hihihi.
Kan aritu aku cakap yang kumpulan kami terdiri daripada 4 orang, kan? Dan yang lagi sorang tu gagal dikesan kan. Errr orang kata, orang yang gagal ialah orang yang gagal mencuba. Eh, betul ke? Lantak la. Padahal, rumah kawan tu selang 4 rumah je dari rumah aku. Boleh sangat kalo nak bagi salam kat rumah dia kan. Tapi, belum ada jodoh nak bertemu. Tapi kali ni, selepas aku berjaya dikesan olehnya (dia yang request nak add aku dulu), aku perlu memastikan bahawa kami akan bertemu jua suatu hari nanti. Opsss geng yang single pun dah nak kawen hujung tahun ni. Boleh la kami bergathering secara percuma ekekekek. Boleh ek z. Ko memang nak jamu kami semua, kan?
Oleh kerana keterujaan yang melampau, pagi ini, sebaik sahaja aku online, terus kami berchatting hihihi. Sampai tak sempat kemas rumah member tu huhuhu. Yang tak boleh tahan tu ialah bila dia mengingatkan aku tentang kisah perkenalan kami dengan dua orang penpal suatu ketika dulu. Alaaa yang aku citer muka macam silamajid suaminya ustaz tu. Haaa yang tu lah.
Kisahnya, masa form 1, kawan aku ni satu sekolah ngan penpal silamajid nih kat sekolah arab kota. Jadi, bila berjumpa tu, mereka bertegur sapa lah kan. Yang lawaknya, penpal ni boleh panggil kawan aku ni dengan nama samaran yang kami gunakan untuk berkenalan itu ari? Nak tau apa namanya? Nama dia dalam kes tersebut ialah Azie. Ceh! langsung tebal muka member sebab tak pernah umur orang panggil dia dengan nama tu. Kalau boleh time tu dia nak menjerit, Nozie, tolong aku!!! Nozie tu nama samaran aku lah hahahaha... Adoiyaiii aku pun dah lupa aku ada nama samaran Nozie rupanya kuikuikui. Ekceli, dulu aku suka sangat tengok isteri endi lala. Cantik dan bundar matanya. Sebijik macam anaknya si shila tu. Namanya pulak, nozie. Tu yang ciplak nama dia tu huhuhu. Isy isy isy kalo ko tak cakap, memang aku tak ingat langsung la sidah oiii...
Tapi, ada satu kejadian kiut berlaku pagi tadi. Tengah kami bersembang tadi, anak dia tanya kat dia, tengah chatting ngan saper? Bila dia cakap cik as1ah, terus anak dia cakap, ha, betul2 nama bestfriend, as1ah - as1dah. Owh! So sweet tau adik ni. Eceh perasan adik tu. Padahal tahap makcik.
Sungai L@yau
Balik kota itu ari aku berkesempatan pergi ke l@yau. Tempat ni kiranya sebuah perkampungan f3lcra yang terletak di tepi sungai. Teringin sangat nak pergi sebab selama ni cuma ada kawan sekolah dari tempat ni. Derang sekolah menengah kat semencu. Tak dapat bayangkan macamana suasana kampung f3lcra. Katanya mereka2 ni etnik orang asli.
Jalan masuk ke situ lebih kurang 6km dari semencu. Jalan bertar, tapi kecik je. Sampai je di perkampungan derang, o alah... agak mundur di situ. Tapi kalau ada piring esterok tu, kira ok lah kot kan. Syukur lah aku duduk f3lda. Ada piring hitam lagik hehehe. Macam tak caya, mak sekarang pakai esterok biyon.
Okeh, tengok gambo je lah. Tak banyak pon.


