Masa isu kebangkrapan felda dibangkitkan oleh pihak yang satu lagi, koop belum umumkan dividen. Ya, felda ialah nama besarnya, koop pula melabur pada anak2 syarikat felda. Jadi, kalau lah felda bangkrap, maka koop sebagai pelaburnya haruslah lebur sama.
Tapi, hakikatnya, tohmahan itu hanyalah berdasarkan kepada duit tunai yang dikatakan menyusut berbanding tahun lepas. Tetapi aset tetap adalah meningkat. Ye lah, macam duit kita juga. Kalau beli kete, beli rumah, memang lah duit abis. Tapi, harta bertambah. Sama lah juga kesnya dengan felda. Pada tahun 2009 mereka telah membeli beberapa hartanah antaranya di bandar baru bangi yang dijangka akan didirikan hotel, apartment dan restoran pada masa hadapan. Alah! Kurang2, cakap lah felda rugi ke, tak untung ke, baru lah logik. Mana ada tiba2 bangkrap. Contoh macam sime, mas (suatu ketika dulu), mereka semua mengalami kerugian, bukannya bangkrap.
Isy, aku memang sensitif bab2 felda nih. Walau pun aku tak bekerja untuk felda, atau pun tinggal di felda (lagi), tapi, beradanya aku di sini pada hari ini adalah atas titik peluh hasil daripada tanah felda. Setiap anak felda pasti pernah melalui pengalaman masuk ladang, potong buah, angkat buah, 'broning', kutip buah peroi, makan biji sawit bakar, mandi paya, raut lidi penyapu, menimba, memancing dan pelbagai aktiviti lagi, semuanya di tanah ladang itu lah. Tak tau lah orang lain, tapi aku pernah juga berhujan di dalam ladang bila mana hari dah nak senja, tapi buah sawit belum habis di potong sedangkan esok lori dah nak kutip dan abah terpaksa menyiapkan juga keje dalam hujan. Ah, memang syahdu kenangan itu. Apatah lagi bila mengenangkan abah yang kurus (saiz2 aku je) terpaksa mengangkat batang sabit besi yang berat dan panjang.
Habis, macamana lah aku tak sensitif?
Balik raya aritu, kami ada tanya abah tentang hasil sawit sekarang. Ye lah, sejak tanam semula, baru 2 tahun ni kot peneroka dapat menikmati semula hasil dari sawit. Kalau tahun lepas, felda cuma membayar secara purata, seribu lima ratus sebulan, tahun ni, mereka dah mula membayar mengikut jumlah hasil sebenar. Adalah tambahan lagi beberapa ratus sebulan. Setakat mak abah berdua je, memang dah ok sangat lah tu kan. Cuma sekarang ni, adik aku sorang tu tengah belajo kat kolej key el em yu. Berapa tah agaknya belanja dia sebulan ek? Aku wonder la jugak berapa yang abah bagi kat adik aku tu bulan2? Ermmm aku belajo dulu, pandai2 la kawtim adik beradik. Dapat lepas bayar yuran tu pun dah cukup baik dah. Uhuksss sedihnya...
Ok, habis dah mode sedih. Sebenarnya aku nak bagitau fakta, dalam 'bangkrap2' felda tu, dapat jugak dia kasi dividen 10% dan bonus 4%, kan? Kalau tak bangkrap agaknya, mesti leh dapat sampai 100% ek? Uisyyy kayo makcik...
Jadi, sempena bulan ni gaji aku dah tak potong epf, aku ingat, aku kena lah mendivertkan potongan epf tu ke channel yang lain. FIL pun dah banyak kali suh aku, (aku ok, bukan encik hairul) buat loan untuk melabur di sinun. Ni yang tengah pikir nih. Abang2 dan kakak2 ku, takpe ke kalau orang menggunakan kuota share keluarga kita secara berlebihan? Tak macam nak bolot harta kan hihihi...
Friday, 24 September 2010
F3LDA Yang 'Bangkrap'
Raya Marathon 1431H : Episod 7 - Cikgu R0hana
Aku rasa, sejak sekolah, sampai lah sekarang, ada 2 nama cikgu yang sentiasa bermain2 di bibir encik hairul. Satu cikgu r0hana, dan satu lagi cikgu najib. Kedua2nya adalah cikgu sekolah v0kay beliau. Sampai kan masa lepas grad dulu, bila dapat offer kpli, dia beria2 nak pergi sebab nanti bila dah jadi cikgu, dia nak jadi warden, macam cikgu najib. Huh! Sampai begitu sekali obsesnya terhadap cikgunya. Kalau bercakap pasal cikgu r0hana pulak, aku bayangkan, itu lah cikgu paling best sekali dalam dunia.
Tahun lepas, siap kami nak pergi terjah lagi rumah cikgu r0hana ni time raya. Tapi tak dapat contact. Dia tak angkat telefon. Masa tu encik hairul dah suspen, takut apa2 terjadi pada cikgu kesayangannya itu.
Dan sebelum puasa aritu, cikgu r0hana ada telefon dia. Lama tu derang sembang. Sebelum tu derang dah berkawan di fb dah.
Jadi, pada hari raya tahun ni, aku pun cadangkan supaya dia ajak kawan2 pergi beraya ke rumah cikgu r0hana. Takde plan2 pun. Cuba2 je kot2 ada yang free. Maka, pada hari khamis raya ke tujuh, kami pon pergi ke jb. Dapat respon dari 2 orang sahaja. Jadik lah.
Kami bertolak sebelum tengahari. Singgah dulu rumah kak zela kat pasir gudang. Siap mil bawakkan bekal lagi. Makan kat sana. Lepas makan sikit2, kami terus ke taman p3rling. Berbekalkan alamat diberi, kami pun terjah ke sana. Member dah sampai dulu.
Masa kami masuk tu, ada parent cikgu. Dengar suara je cikgu dah kenal. Dan bertemu lah encik hairul dengan cikgu kesayangannya. Sempoi je cikgu nih.
Aku? Oleh kerana rumah cikgu ni penuh dengan barang2 english style, aku pun melilau lah mata menengok keliling rumah dia. Kami dijamu dengan laksa johor dan makaroni goreng.
Thursday, 23 September 2010
Raya Marathon 1431H : Episod 6 - Pekan Nenas & Kulaijaya
Raya keempat, aku balik eto5 pulak. Aritu balik raya pertama sekejap jek.
Hari raya kelima, kami pergi beraya lagi. Raya keempat tu kira rehat la sekejap. Kami pergi 1 kete je, 8 orang. Kecoh betul budak2 nih. Mula2 pergi pekan nenas, rumah cik as. Cik as ni adik fil. Wife dia cik ani, muda setahun dari kitorang. Kami sampai situ lebih kurang kul 12.45 tengahari. Sempat makan nasi. Dekat2 pukul 3pm, kami beransur ke kulaifornia pula.
Next, ke rumah pak ndak. Selalunya, setiap tahun kami pergi sini, mesti dia masa rendang cili api. Tapi tahun ni takde pulak. Tapi, sempat lah juga dia masak2. Makan nasik lagi.
Kendian pergi rumah cik man pulak. Oh, derang ni semua adik fil. Fil anak sulung. Yang lelaki2 semua dok johor. Yang pompuan2 semua duk kl.
Kat rumah cik man tak makan nasik dah. Dah sendat perut. Makan kuih raya je.
Kemudian, kami ke rumah abang ani pulak. Tadi cik as, nama pompuan, tapi lelaki. Ni, nama pompuan, tapi lelaki. Abang ani ni pulak sepupu encik hairul, anak mak long. Juga merangkap cikgu sekolah kami dulu. Dulu abang ani ni ngajo kat sekolah semencu, tapi dia tak pernah la ajar kami. Masa di awal percintaan, sungguh indah hidup kita dan kemesraan mu membangkitkan kasih sayang... betapa rela ku berkorban untuk mu... tetapi mengapa dengan tiba2 engkau membenci ku... hingga kau tergamak tidak sudi lagi memandangku... oh di mana sumpah setia mu dahulu oh sayang... seandainya suatu hari nanti hidupmu tak bahgia... itu lah balasannn sumpahan janji palsu mu...
Eh, dah melalut plak. Masa awal2 percintaan dulu, encik hairul selalu lah juga lepak kat rumah sewa abang ani (rumah kilang). Kat situ boleh la kami bergayut di telefon berejam2 hehehe. Isy, kenapa abang ani tak memberi nasihat 'sekolah2 tak elok berkapel' ek?
Kat rumah tu, kami dijamu dengan mee goreng. Adehhh terpaksa kasi sumbat juga. Dah pergi rumah tu, tak logik lah kalau tak pergi rumah abang yus. Adik abang ani. Dekat2 situ jugak. Pergi rumah abang yus, dapat idea nak buat lanscaping. Insya Allah, minggu depan kalu free akan aku usaha kan tanah yang sekangkang kera itu.
Eh, pernah tak aku cerita pasal tanam pokok durian? Aritu, sehari sebelum puasa, kami ni kononnya nak tanam lah pokok durian yang dibeli. Aku beli pokok durian tu kat kota. Masa nak pilih baka mana yang nak dibeli tu, kami tanya2 lah kat tokei tu tips2 nak menanam pokok. Mulanya aku ingat nak beli durian d101 ngan d24. Sebab kononnya macam glemer je kan gred tu. Sekali dia cakap, gred d24 tak sesuai di tanam di tanah negeri johor. Tah, katanya jenis tanahnya tak sesuai. Dia lebih sesuai ditanam di negeri pahang, area raub bentong mentakab sana. Ohhh gitu pulak ek? Dan, dia rekemen d13. Katanya, d13 ni pokoknya cantik, rimbun. Isy, tak terpikir pulak aku nak menanam pokok durian yang cantik. Setahu aku, asalkan buahnya sedap, ye sudah. Sebenarnya banyak lagi gred pokok durian yang dikahwinkan ni, tapi aku beli yang d101 ngan d13 tu je lah buat masa nih.
Dan pada satu hari di hari sebelum puasa tu, kami pun pergilah ke tanah kami tu. Siap bawak air sebaldi nih. Sekali sampai sana, hampeh! Mana tanah kami??? Jalan pun dah penuh lalang, tanah apatah lagi. Memang tak jumpa batu tanda tu. Nak redah kang, keluar si ekor pendek tu ke, tak ke naya? So, tak jadi lah kami menanamnya. Lain kali lah ek.
Eh, dah lupa dah, apa asal usul cerita tadi. Oh, lanskap. Maka, selepas makan2 kuih, minum2 teh, kami pun pulang semula ke rumah. Pas antar derang, kami balik eto5 semula. Besoknya baru balik semencu semula.
Raya Marathon 1431H : Episod 5 - Ronda Kampung
Pagi2 takyah susah2 masak sarapan sebab kak ngah siap bawak ketupat rendang banyak dari kontan. Tapi, aku dah plan nak buat jejemput, buat lah juga sikit.
Dah siap sarap, siap2, terpaksa tunggu satu kereta dibaiki pulak. Sempat lah tengok konsert 1 ct nurhalija. Ngah dah jalan dulu sebab dia nak ke rumah nenek dan mak long.
Kami mulakan ronda raya hari ni dengan rumah atok sedara. Adik beradik ngan atok belah fil. Neneknya pulak sepupu ngan nenek belah mil.
Rumah kedua ialah kakak kepada mak tok (arwah nenek belah fil). Rumah ketiga, erkkk dah lupa siapa, tapi masih boleh bayang la suasananya.
Hari ni barulah riang ria beraya. Perasan tak iklan avanza kat sinar? Dia sebut tempat duduk 1A, 1B, 2C, 3A dan 3B. Kalau orang tak tau, memang la macam takde makna apa2. Tapi bagi pemilik avanza, aku faham maksud tersirat di sebaliknya. Gini. Nombor 1, 2, 3 tu mewakili seat row. 1 untuk seat depan, 2 untuk tengah dan 3 untuk belakang. Seat untuk driver 1A dan yang disebut 'tempat jue kat 1B macam biasa' pula untuk sebelah driver. Kenapa dia sebut 2C, tidak 2B? Sebab row kedua boleh muat untuk 3 penumpang. Sementara row ketiga dia sebut 3B sebab row ketiga sesuai untuk 2 orang. Memang boleh masuk 3, tapi tak selesa. Lagi pun, ada 2 je seat belt kat row ketiga tu. Jadi, kesimpulannya, kapasiti avanza ialah 7 orang. Soalannya? Siapakah nama isteri pemandu? ngehngehngeh...
Time ni derang belum guna lagi nombor tempat duduk. Masa raya ke 5 tu kami berjalan 1 kereta 8 orang, nak cakap apa2 pon, dengan mak abah pun derang panggil dengan nombor seat. Contoh: 2C kena turun, macamana 3B nak turun kalau 2C tak turun? dll... Lawak ok...
Rumah keempat takde orang. Tapi, bila call, derang balik. Mentara tunggu tu, lepak2 depan rumah. Depan rumah ni ada ladang tebu. Dan rumah burung.
Lepas rumah ni, terus ke rumah tok man, adik nenek belah mil. Jumpa ngah kat situ. Kemudian, masa untuk balik. Lalu parit maimon. Ini rasanya parit pertama yang aku jumpa, bernama pempuan. Dah lalu situ, tersinggah pulak rumah entah, aku pun dah lupa siapa. Jumpa balik ngan tuan rumah nombor 4 yang beraya ke sini.
Teringat pulak lagu kegemaran aku nih hihihi...
Dari situ, kami terus menuju pulang. Masih sesak di parit sul0ng dan parit yani. Masuk kat parit yani, potong ikut olak batu. Ohhh lenkali ingat eh, depan peladang, belok kiri. Kendian belok kiri, kiri dan banyak lagi belok2 (komfem tak ingat). Singgah solat di parit khalid ke haper tah, banyak sangat dengar nama orang sampai aku pun dah tak ingat. Tiba2 je tembus kat simpang olak batu, dekat2 hiway plus. Kat ayer hitam, dah kurang jem, walau pun polis masih menjaga simpang 4 itu.
Nak sampai rumah, jauh lagi. So, kami singgah makan di kluang. Ramai orang kat kedai makan.
Tahukah anda, ada sebuah kelab yang bernama, kelab pengumpul setem numismatik dan barang antik johor? Masa tunggu makanan kat kedai makan tu, aku terpandang lah papan tanda warna biru nih kat seberang jalan. Dari jauh nampak la kelab pengumpul setem n*******tik dan barang antik johor. Apakah yang ******** itu? Dah... tak pasal2 semua terpaksa menguji kehebatan mata masing2. Last2 pergi tengok, rupanya numismatik. Apa tu? Numismatik tu ialah bahasa greek bagi duit/syiling. Kiranya dalam kes ni pengumpul duit lama la. Oh, ada ek? Sibbaik ada broadband. Kalau tak, sepanjang jalan nak balik la terpaksa memikirkan, apa ke benda lah numismatik tuh huhuhu.
Dah sudah makan, kami terus balik. Sampai rumah aku terus zzz... Bukan waktu dah sampai rumah je, dari kete lagi sebenarnya aku dah zzz.
Tergolek Dokkk *Updated with 'crime scene photos'
*UPDATED!
Ku sangka kan cerita ini hanya menjadi buah mulut student sahaja, rupa2nya ada saksi besar yang lain. Husband kawan aku yang berada di surau menjadi saksi kejadian itu. Dari jauh katanya dia nampak aku berlari dan tiba2 hilang. Hihihihihihi.
Pagi tadi, tiba2 kak bahi tanya, dengar2 cite asiah jatuh eh? Ha? Ko jatuh? Dah tersebar lak cerita aku jatuh huhuhu...
Dan sesampai je aku di tempat kejadian pagi tadi, bebudak ie yang melihat aku berdiri di tepi parit itu menegur, puan... baik2, jangan lalu situ hahahaha...
Dan masa yang tidak dinanti itu pun tiba bila mana aku menuju ke kelas budak yang menolong aku semalam.
Kami ingat puan dah mc tadi... (sebenarnya derang suka la kelas takde bila aku cuti)
Masing2 bercakap mengenainya. Salah sorang nya berkata, sibbaik bukan kat longkang tepi surau tu puan... situ lagi dalam.
Memang. Longkang kat situ dekat 2 meter dalam. Kalau aku jatuh sorang2, saper nak kuarkan???
Akhir sekali, aku tanya kat budak yang tolong aku tu...
H.ilman awak nampak ke masa saya jatuh tuh?
Saya nampak dari puan berlari2 lagi puan.
Alah, saya ingat takde orang nampak...
Ramai puan. Kan ramai budak2 ie kat tepi tu puan...
Errr tapi cemana ek gaya saya jatuh? Comel tak?
Memula puan macam nak tersungkur, pastu terus terjatuh dalam parit. KAKI KE ATAS.
Hah? Ye ker? Tak comelnya...
Berikut ialah kronologi kejadian...



Raya Marathon 1431H : Episod 4 - Balik Kampung
Hari raya kedua, kami balik kampung di muo. Bertolak lebih kurang jam 11 pagi, melalui kluang, perjalanan adalah lancar. Pada mulanya. Tetapi, bila sampai di kluang, menghala ke ayer hitam, kenderaan mula bergerak perlahan.
Time ni dengar lagu balik kampung...
Balik kampong ooo balik kampong ooo balik kampong... hati girangggg...
Tapi memasing hati sebu jek hahaha. Dah tido bangun tido bangun 3-4 kali pon tak sampai2. Time ni lah juga, kuar ayat...
Ni kalau naik mootor dah lama sampai...
Kalau boleh kete tu nak ditransform jadi motor. Tapi lepas dah tak jem, takmo dah naik motor. Panas.
Bila dah macam ni, mula la timbul idea2 mencari jalan alternatif. Roger2 orang di jalan bp, pon sesak di tengah bandar. Jadi, kami masuk ke jalan yong peng. Oh tidak!!! Silap perhitungan. Terlupa bahawa di yong peng ada exit plus hiway. Jammed di ayer hitam ni pun sebab exit plus hiway. Maka, kami tersekat lagi di yong peng. Dah lepas tu, sangkut lagi di parit yani. Kemudian di parit sul0ng. Sampai di kampung lebih kurang jam 4 petang. Kalau tak jammed tu, sempat pergi balik dah.
Dan akibat jem juga, kami terpisah dengan kete yang dinaiki pil. Fil cakap nak ikut jalan olak batu (kat banting ada olak lempit ek? olak tu apa ek?). Tapi kami tak tau. Derang pon sesat2.
Tak lama kat rumah nenek, lepas asar terus ke rumah mak long. Jumpa pil pon kat umah mak long. Lepas maghrib, ke rumah kak long idah. Sepelaung jek.
Sementara kami di rumah kak long, mak long siapkan dinner untuk kami. Baik punya anak buah. Mula2 mak long tanya, nak makan dulu ke, nak pegi rumah kak long dulu? Anak buah yang baik ni boleh cakap, kami pergi rumah kak long lah. Sementara tu, boleh la mak long siap2 kan makanan. Boleh?Lauk simple jer, tapi sedappp. Tambah pulak ada sambal belacan siap ngan kulit limau sekali masuk. Boleh nanges...
Budak bertiga ni tengah kemaruk tudung syria. Aku try pakai, pelik giler. Macam alien.
Abis makan, kami terus balik paghit ghaje, sementara pil sekereta gi umah nenek dulu. Tak sampai sejam kemudian, ngah pulak sampai dari kontan. Time pil sampai aku dah zzz...
Oh, rumah ku syurga ku...







