Tuesday, 16 March 2010

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Dah lebih setahun, masuk tahun kedua dah, bayang buluh di sudut rumahku masih tinggal bayang. Pasu besar tu pon dah bersawang. Belah dalamnya pulak, tah macam2 benda dah masuk. Mentang2 lah dia gelap je dalam tu. Tah2 haiwan2 peliharaan pon ada dalam sekali.

Hari sabtu lepas, encik hairul keje lagi. Eeeeee ni apa kes ni? Hujung minggu pon kena gi keje nih? Takde book off ker? Isy, tak de maknanya book off. Ko kasik la cuti 100 hari setahun pon, takde nya dia nak cuti de. Tiap2 tahun, 15 hari masuk gcr memang komfem. Pastu, kalau boleh 15 hari gak dia carry forward ke tahun depan. Eh, tak cuti langsung ker? Apa tak cutinya. Cuti tahun lepas2 yang di carry forward tu la yang digunakannya pon. Bijak berbelanja betul. Yang terbakar begitu saje pon dia buat tak kisah je. Cuba lah kalau boleh ditransferkan cuti tu kat anak bini, kan ke best, ek? Takde lah aku berjimat cermat sangat ngan cuti aku. Kadang tu, time student cuti sem ke, kan boleh cuti2an, kan? Aku paksa cuti pon tak mau nya dia. Jawabnya, abang lagi sayang cuti daripada sayang ayang. Ceh!

Jadi, hari sabtu lepas, aku tak ke mana2 uhuks. Sedih tau. Bosan giler. Biler dah bosan tu, enzim malas pon datang la. Boleh, dari pagi ke petang tu aku cuma makan 4 ketul karipap pusing jer? Giler punya kedekut.

Sampai satu tahap, aku dah tak tau nak buat apa, aku pon masuk bilik jahit. Bismillah. Tarik nafas, hembus, tarik, hembus. Ok, yah! yah! Buat regangan. Kuatkan semangat, mari menjahit! Aku cucuk plug dan onkan suis. Zassssss siap cantum sepasang baju. Ada gak benda berpekdah yang aku buat.

Lebih kurang pukul 6, encik hairul ajak keluar. Yeay! Aku dah hepi2 dah. Mesti nak ajak pegi pasar malam ni. Aku pon siap2 la. Sekali aku tengok dia bawak gergaji ngan pisau. Aiyok? Nak gi mana nih? Gi ambik buluh. Dalam hati, oh, mesti sekejap je kan. Bukan nak ambik banyak pon. Sampai di tempat kejadian, aku pon buat survey. Nak yang ni, yang ni ngan yang ni. Senang je, kan? Main tunjuk2 je.

Tengok la tu. Pisau siang ikan aku gak yang dibawaknya. Mana pegi parang tah.

Jangan pegang buluh tu, nanti miang.

Dah siap tebang, aku tolong gergaji mengikut panjang yang dikehendaki. Ehhh betul eh. Bukan berlakon tau.

Macam sama je? Tak siap2 ker? Siap tau. Aku potong sepotong je. Pastu dah berlakon, "abang, penat, sakit kaki, dah berpeluh." Gergaji pakai tangan, tapi kaki yang sakit. Sakit sebab menyangkung.

Siap semua, dah pukul 7pm. Jom balik dulu. Dah berpeluh2. Sampai rumah, dah malam. Nak keluar balik dah tak sempat sebab malam ni ada meeting taman pulak. Eee aku rasa taman tu dah macam opis kerajaan dah. Tiap2 bulan ada meeting pengurusan. Ni, bulan depan ada sambutan maulidurrasul lagik. Macam2.

Akhirnya, dapat lah aku memiliki beberapa batang buluh. Nampak gaya macam takde puteri buluh betong yang mengikut.

p/s nanti dah siap varnish baru aku tepek gambarnya, okeh?


Monday, 15 March 2010

Atas Nama Cinta

Ok, anggap la korang tak kenal aku. Aku nak citer sikit pasal nama anak ni. Diceritakan oleh kawan aku yang ramai anak meningkat remaja. Katanya, kalo ko nak letak anak tu, walau pon nama nyer cukup best maksudnya, fikirkan sama kesan jangka masa panjang. Wah gitu! Tak terfikir lak aku, nak letak nama kena fikir sejauh itu. Setau aku, asalkan masuk dalam senarai nama2 baik dalam buku nama-nama islam yang kulit kaler pepel tu, dah ok lah.

Kenapa dia cakap cenggitu? Dia kata, aku dah nampak dah pada anak aku. Nama yang diberi bermakna erkkk lebih kurang panglima perang ke gitu lah. Masa budak tu lahir, mesti lah kiter fikir, ermm nanti dia dah beso sok leh masuk ke medan perang dan berjihad, mati syahid blablabla. Kot gitu lah kan yang kiter fikir kan, kan?

Sudahnya, kata kawan aku, sekarang ni, anak dia selalu la berperang ngan dia. Ko nak anak berperang sangat, kan? Ambikkk terpaksa berperang ngan mak dulu kekdahnya.

Pastu dia citer, ni bukan anak dia ar. Anak orang lain. Dikasik nama, bermaksud lemah lembut. Harapannya, dah beso esok, jadi lah wanita yang sopan santun, lemah lembut, wanita melayu terawal ke kan. Sudahnya, anak tu betul2 lemah, lembut dan lempun. Kalau orang jawa sebut, kelemerrr gitu. Haaa tak ker lari dari matlamat asal, kan?

Daripada contoh di atas, aku dah terfikirkan nama aku. Nama aku bermaksud, cahaya ubat. Kalau dalam buku cakap, sama ngan nama isteri firaun. Isteri dia baik, kan? Tapi, dia takde anak jugak, kan? Tu yang dia ambik nabi musa sebagai anak angkat, kan? Eh, tu dah citer lain. Ni pasal makna nama kiter. Bukan la nak salahkan mak bapak yang bagi nama ni. Lagi pon nama aku diberi atas gabungan nama mak dan abah aku. Nampak sangat anak kesayangan, kan? hihihi.

Tapi, aku belum boleh berfikir lagi, apa kesan nama aku tu terhadap diri ku. Nak kata aku keje bagi ubat / pharmasist, tak pulak, ek? Mungkin kah aku telah menjadi ubat atau penawar kepada orang lain? Penawar rinduuu pada mu seorang...


Sunday, 14 March 2010

Reunion - Pros & Cons

Rentetan dari muka buku. Mesti korang pon tengah giler ber reunion dengan kawan2 lama, kan? Tak kisah lah kecil2an di kedai makan, atau besar2an di dewan hotel, tujuannya satu, ingin mengeratkan kembali silaturrahim.

Masa reunion ni lah juga masa untuk mengimbas kembali cerita lama. Kalau kawan2 seuni, ceritanya tentang kolej, rumah sewa, lecturer2 dan kerjaya. Kalau kawan sekolah, cerita asrama, secret admirer dan cikgu2. Dengan kawan sekolah kekadang tak cerita sangat pasal kerjaya, sebab nak menghormati kawan2 lain yang mungkin tidak bekerja. Jadi, secara keseluruhan, pro nya aktiviti reunion ni ialah, dapat retrieve memory lama, bertukar2 fikiran disamping bertukar2 bisnes kad hehe. Jangan ko promote mlm kat situ sudah la.

Baru2 ini, sorang kawan memproposekan satu gathering ala reunion untuk kawan2 sekolah rendah. Yang bermakna juga kawan sekampung. So, encik hairul tak masuk dalam ini pelem, ok? Beliau akan datang sebagai suami seseorang je. Tu pon kalau dia nak ikut la.

Awal2 lagi aku dah bagitau kat derang, kalau takde aral, insya Allah, aku akan datang. Tapi, subject to term & condition. Apakah? Ingat ko diva ke nak bersyarat2 bagai? Orang dah ajak tu pon kira untung tau?

Bukan la. Bukannya aku berlagak diva ke hape. Aku tak kisah pon korang nak bergather2 kat tepi pantai nan indah tu. Aku suka lokasi selatan tanah air tu. Plus, aku pon yang mula2 sekali pilih tarikh tersebut. Sedang elok la tu. Cuti besdei agong. Semua orang cuti. Bukan cuti umum yang panjang, menjadikan kurang kebarangkalian aktiviti bersama keluarga. Ye lah. Kalau kita buat time cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, ada jer, adik kawen la, sepupu bertunang la, femli gathering la. Jadi tarikh tu dah just nice dah.

Konsep pon aku suka sangat. 'Redah pot luck' methodnya. Takde nak booking2 bagai. Pantai tu tempat umum. Saper cepat dia dapat. Takde tempat sangat, kiter bentang je tikar kat gigi air tu. Yang penting, nak gossip2 pakai mulut. Takyah nak parking mulut kat mana2. Sambil berlari pon bleh gossip. Sambil mandi laut pon bleh.

Kiranya perancangan tu dah cukup haul dah la. Tunggu masa je. Jadi, apa masalahnya? Tak tau la masalah ni relevan pada aku je ke, atau turut dihadapi oleh orang lain. Eh, bukan masalah sebenarnya. Cuma dilema yang memberi kata dua kepada ku, samada nak join the gathering or not. Derang kata, alah, tu kan kisah lama. Masing2 pon dah ada femli masing2. Ke, ko masih ada hati kat dia? Ceh! Siot je kan? Tak kosser aku. Kalo aku masih ada hati, takde le dilema ini dan dah tentu2 lah aku excited nak pergi kiah oiiiiiiiii ekekekek.

Kata kawan ku,

"Alah not, ko pergi je lah. Buat2 tak tau je. Dia dah beriya2 nak join ni."

Buat masa ni, aku hanya mampu berkata,

"Ko kena pilih, nak jumpa aku ke, nak jumpa dia." Hahaha.


Friday, 12 March 2010

Kisah Bergambar Blur


Mari kita salahkan jurugambar kerana tidak menukar setting kamera ketika mengambil gambar2 ini. Sebenarnya gambar2 ni diambil dengan setting khusus untuk capture gambar makanan, tapi, oleh kerana terlebih excited dan hendak cepat, langsung terlupa nak tukar. Eh? Tapi, siapakah jurugambar itu? Bukan kah penulis ini juga? Ya, tetapi yang lebih banyak, encik suami. Isy, tak kenal la saper penulis tuh.

Apa berlaku ni? Kenduri kesyukuran kah? Atas sebab apa? Eh, nak bersyukur kena bersebab ker? Bukan kena sentiasa ker? Ya lah kan, kalo dah sentiasa, takkan hari2 nak buat kenduri kesyukuran kan. Mesti lah ada pencapaian hebat seperti berjaya menurunkan 10kg berat badan dalam tempoh setahun ker kan (siapa lah tu hihihi).

No lah. Bukan kenduri kesyukuran. Bukan juga doa selamat. Jauh sekali lenggang perut, apatah lagi cukur jambul. Cuma yasinan peringkat taman jer. Tahun 2009, rumah kami takde dalam senarai jadual giliran. Mungkin sebab kami dah buat pada hujung tahun 2008 dengan inisiatif sendiri. Alaaa yang open house dan house warming sekali kononnya tu. Tetapi, untuk tahun ini, rumah kami berada di tempat kedua carta tersebut. Hah? Terkojut den. Macam tak bersedia lah. Walau bagaimana pun, oleh kerana mempunyai seorang suami yang aktif dan sporting merangkap setiausaha jkk3I25 taman, ku akur dengan kehendaknya.

Eh, ko mimpi apa buat entry dengan ayat tersusun indah nih? Hihihi sebenarnya aku tercabar bila mendapat tahu yang adik ku dapat A untuk bahasa melayu dalam spm nya. Terus rasa macam, wah! Terel ar ko dik. Lalu ingin mengasah semula bakat mengarang. Boleh? Sat gi aku tulis dalam ayat matematik pulak sebab aku juga tercabar kerana adik aku dapat B untuk matematik. Wah lagi! Akak bersalah dik, kerana under estimate diri mu. Eh, B untuk maths tu kira ok lah kan? Mesti genetik tu turun daripada kakaknya nih kehkehkeh. Student aku ni pon puratanya dapat G tau! Lain la kalo aku dok kat rumah dan buat tuisyen untuk dia ke kan. Kalo dapat B, memang aku pelangkung je.

Berbalik kepada yasinan tadi. Selepas ditimbang kilo gedebak gedebuk, akhirnya aku, ya aku memutuskan untuk ia diadakan pada hari khamis malam jumaat. Kenapa tak buat hari cuti, sabtu ahad? Ok, mengikut tradisi dan amalan yang dituntut, kita baca Yasin ni pada malam jumaat, kan? Jadi, di situ je dah dapat markah lebih. Kalau Jumaat, kira macam neutral. Buat pon ok, esoknya cuti. Tapi tak dapat la point malam jumaat tu.

Sabtu ahad pulak memang aku reject sebab akan mendatangkan penat yang luar biasa. Sebabnya, kalo dah cuti, mesti aku akan gigih nak masak itu masak ini. Pastu mesti pil datang. Bila dah datang tu, mesti dia suh jemput mak sedara sepupu sepapat yang berhampiran. Bila dah beramai2 gitu, elok2 aku nyer kenduri tak sampai 3 jam, boleh jadi sampai 3 hari. Ye lah, orang yasinan dah balik, femli dah tentu lah stay lagi semalam dua. Atau sekurang2 nya esok baru balik. Tak ke aku kena berkenduri lagi pagi tu nak memasak sarapan? Pastu masak lagi tengahari la, petang la, malam la. Huiiiii takde dalam perancangan ok. Lain la kalo aku memang plan nak buat macam open house ke, bbq ke. Setakat yasinan ni, takyah tunggu orang ramai pon boleh buat.

Isyyy tak best nyer... Kenduri kendara tak kecoh2, rewang2, gossip2. Weiii ko ni nak baca Yasin ke, nak party buih? Kat situ je dah kumpul dosa semangkuk. Tu belum lagi sesi menyakitkan ati aku lagi tu. Ha, ni nak cite la ni. Aritu kan, masa mil wat yasinan kan, ada orang tanya, aku dah solat ke belum? Aku ni punya la lurus, jawab, tak boleh. Terus aku kena,

"Mokteh ni asik cuti solat je, bila laaa tak cuti nyer tah?"

Gulp! Bukan, bukan budak kecik yang cakap. Dan aku ok. Takde sesi drama berlari masuk bilik menghumbankan diri ke atas tilam dan meraung.

Yang aku tak ok, bila orang cakap,

"Eh, sempat ke ko nak buat yasinan hari kerja?"

Apasal tak sempat pulak? Takat buat air, potong semangka, goreng karipap, potong kuih je.

"Oh, ko takde anak, boleh la."

$%$#%$@^^?$?%?^?&?#! Ni memang betul punya mencarut versi binatang yang haram dimakan dan disentuh.

Dah, abis dah mengata? Huhuhu tak insaf langsung walo pon rumah telah dihujani rahmat malam tadi hihihi.

Jadi, petang semalam, balik keje, aku terus memotong buah semangka merah sebijik. Beli kat pasar malam bandar u semalam. Kaler sikit punya menawan, tapi rasa, sedang2 aje. Tak tawar, tak manis. Bukan manis buah, sebab manis buah semangka bukan cenggitu. Kendian buat air setong. Tong ke? Tak kisah lah. Janji bekas yang besar dari cawan dan jug tu, kira tong la. Air yang dibuat ialah air perisa mangga bertajuk sunquick.

Kemudian, aku menggoreng donut. Alaaa sekarang ni dah senang. Beli je frozen punya. Tinggal campak dalam kuali je. Tu pon ada yang beralasan takde masa nak buat yasinan. Masa tu ada, pengurusan masa tu yang takde. Balik2 alasan ada anak kecik, susah. Besok, betul2 anak ko menyusahkan ko pulak, baru padan muka. Macam tak biasa kat opis buat jamuan, tinggal makan jek. Benda susah kalau kita fikir susah, selama nya la akan susah. Cuba jadikan benda tu senang. Huh! Ni nak sound saper tah? Entah.

Sebelum maghrib, makanan pon sampai. Kami order nasi tomato dan mee kari. Sekali pakej ngan pinggan mangkuk serta cawan. Dan khidmat cucian sekali hehehe. Kebetulan, air pulak tak kuar. Selamat laaa. Tah, cemana la orang tu cuci agaknya. Eh, watper nak pikir kan dia plak ek? Dia bisnes la, bukan buat khidmat kemasyarakatan.


Mee dan aksessorinya.

Karinya.

Siap sedia. Gambo nasi tak sempat nak ambik. Alah, nasi, rupa macam nasi la kan?


Sebelum tetamu datang.

Kali ni dah selesa sikit ar porch ni. Mengambil pengajaran dari kes yang lepas. Tetamu makan di bawah cahaya warm light yang romantis. Sekarang dah ada lampu yang terang dan kipas yang laju.


Lebih kurang pukul 9, yasinan pon bermula. Aku pon makan sensorang kat dapo. Dengar suara macam tak ramai. Sekali aku jenguk kat luar, fuiyoh! Siap berlapis2 lagi derang duduk. Cukup ke makanan nih??????????

Ramai lorrr.

Eh, aku ada buat tema ker? Ramai pakai baju biru neh? Tuan rumah pon baju biru gak.

Jemput2 sila2.



Siap makan kat celah2 meja lagi. Nak wat camner, banglo aku baru siap draft dalam visio hahaha.

Aik? Moto pon masuk dalam ini pelem?

Dan akhirnya.

Yang tinggal.

Selesai satu tanggungjawab sosial ku huhuhu.

Moral :

1. Buat bajet yang lebih baik
2. Beli tikar sendiri
3. Boleh order nasi tomato dengan katerer ini lagi
4. ...

Wednesday, 10 March 2010

Out-stationphobic

Semenjak kerja kat tempat sekarang ni, aku macam fobia lak kalo di arah pergi keluar stesen. Soalan aku yang pertama, naik apa? Bukan apa, dah biasa pergi sendiri ke mana2, tiba2 kena naik kete jabatan, macam patah kaki plak aku rasa. Kalau pergi balik hari takpe la, kan? Boleh gak driver tu tunggu. Kalo berhari2, dia akan balik dan datang semula untuk menjemput kita balik. In between tu? Kena la duduk kat tempat tu jer.

Macam masa gi sepang tahun lepas, kerja nya sepatutnya abis ari ahad, tapi aku dah siap ari jumaat. Kalau aku naik kete jabatan, mesti aku kena tunggu sampai ari ahad, sebab pergi beramai2. Tapi, bila pergi sendiri, aku boleh balik dan2 tu jugak. Takkan aku nak panggil driver datang jemput aku jam 10 malam tu, kan? Besoknya pon macam tak patut jugak sebab ada kelik yang yang belum siap keje lagi. Sudahnya, aku balik je dan diam2 je lah. Apa? Claim? Claim tu apa?

Kalau pon tak kegawatan ekonomi, boss aku sangat la particular bab tuntutan perjalanan. Aku tau la dia mematuhi perintah am bab B dengan telusnya, tapi kalo dah menyusahkan staf, tidakkah ia akan menjejaskan produktiviti? Sebelum ni, katanya, kalo pergi kursus, memang takleh bawak kete sendiri. Urusan kerja baru boleh, tu pon, bergantung. Kalau driver free, kena naik kete jabatan jugak. Daripada aku menyusahkan diri turun naik admin semata2 nak dapatkan kelulusan kenderaan, baik lah aku diam2, pergi je naik kete, buat je keje tanpa banyak soal. Anggap la tu bahagian yang aku curik2 masa berblogging tu. Beliau patut bersyukur dapat staf macam aku ni tau.

Masalah besar yang sebenarnya, driver tu macam hampeh! Kalau time balik tu, selagi boleh dia akan pastikan kiter sampai malam. Tak mau nyer dia sampai petang pukul 5. Sebabnya, dia boleh claim ot. Wa*(&()^(*%(%! Pernah, kami naik bas, boleh? kitorang nak makan, dia takmo berenti kat rnr? Nakkk jugak makan kat luar highway, lalu dia masuk melaka. Kalo dekat2 tol tu takpe lagi. Ni dia pergi banda hilir sinun. Dan selepas itu, dia tak lalu hiway balik. Terus je dia lalu jalan dalam. *(&(*%&*%^*$**! Pa'kal la naik bas. Kalo naik kete tu, komfem aku dah suh kuar hiway dan bayarkan tol sendiri. Tensen gue.

Kalau kat hq, atau masa kat tempat keje lama, ko nak pergi mana2 pon, pergi lah. Nak naik kete ke, kapal terobang ke, lantak ler. Janji keje ko siap. Sampai sekarang pon kawan aku kat sana masih senang bergerak dengan kete sendiri. Dia keje dengan kerajaan uthmaniah kah? Malaysia jugak, kan? Aku bukan lah nak sangat dapat keuntungan dari tuntutan itu, cukup lah kalau aku dapat bawak kete sendiri dan balik modal minyak tu. Senang aku nak pergi ke mana2 tanpa menunggu driver. Yang hampagas itu.

Tapi, ada, staf yang lagi suka naik kete jabatan sebab dia tak pandai drive atau takut memandu jauh2. Staf atasan lagik tau. Tak pon, ada yang lagi suka, takyah penat2 drive, tido je dalam kete.

Sekarang ni, kesan kegawatan ekonomi dah pon terasa. Sebenarnya ada cara nak berjimat. Seperti turunkan rate perbatuan tu menjadi separuh ke. Masih ok lagi. Kete aku boleh je 15 sen/km. Kalau bagi rate separuh tu pon dah boleh cover tol sekali sebenarnya. Jadik lah, kan? Balik modal. Haihhh.

Jadi, keluar stesen dah jadi fobia bagi aku. Bukannya fikir pasal kerja yang nak dibuat tu, fikir pasal kenderaan nak pergi tu. Jalan paling mudah, pakai je duit sendiri. Duit gaji banayak2 nak buat apa, kan? hehehe. Kalau duit tu tak dibelanja kan, macamana ekonomi nak pulih? Berjimat cermat lah anda di jalan raya. Pergh! Boss mesti sayang aku lebih pasnih :P .

Emas dan Rampok!

Akhir-akhir ini, sana sini aku dok dengar citer orang invest dalam pasaran emas. Sotkabo pon ada tulis pasal ni. Masa gi mebeng itu ari, ada la jugak aku ambik brochure pasal kijang emas tu. Saje la nak tau, mahal ke kalo nak beli?

Tak, aku minat, tapi tak bersedia lagi nak beli. Sebabnya, aku rasa emas tu macam sesuatu yang attractive, sama seperti duit. Dengan kata lain, aku takut hilang atau kena curi hihihi. Ye lah, kan kalo kes2 rampok dan ragut tu orang selalunya curi emas, kan? Kang tak pepasal kena beli peti besi atau pon bukak safe deposit account plak.

Tapi, adakah emas itu didaftarkan ke atas nama pemiliknya? Maknanya kalo kena curik pon, takleh jual kat kedai emas pon. Kena tunjuk ic bagai baru boleh jual. Isy, sedangkan kereta bergeran pon orang boleh curik, ini kan pula emas 1kg. Plus, kalau pun ia tak laku di pasaran secara standalone (mesti bersama ngan sijil), mungkin ada geng bas sekolah gelap yang membeli emas2 sedemikian, kan? Sedangkan ic pon boleh diklon, ini kan pula sijil emas. Pendek kata, aku tak berapa nak yakin la aku cukup cermat menjaganya.

Dan hujah ku ini diperkuatkan lagi dengan kisah yang berlaku kepada abang kawan opismate aku. Dia kata, kelmarin, rumah abang dia dirampok oleh 4 orang perampok. Menurut cerita kawan aku ni, semua duit dan barang kemas telah dirampok habis. Kira semua barang berharga la.

Aku tanya, kena ikat ker? A'ah. Memula abang dia takmo kasi/tunjuk tempat dia simpan barang berharga tu. Tapi, perampok tu ugut nak rogols anak dara dia. Camno????? Biar lah harta hilang, asalkan anak selamat. Isy, jahat betul la perampok tu. Orang kaya2 ni kenapa suka simpan duit banyak2 dalam rumah, ha? Nak beli apa? Ke, akaun bank dah penuh sangat? Tak kisah la dia nak buat cemana pon. Yang penting, akibat daripada itu, aku terus tertutup hati nak ambik tau pasal emas kijang dinar segala bagai nih. Baik lah aku beli kpf je. Takat perampok indon aku rasa dia tak tau sangat kot cemana nak cash kat duit dari sijil saham. Ke aku dah underestimate derang?

Simpan duit dalam bank ber atm card pon bahaya juga. Kawan aku kat dungun dulu cite, masa dia duk kat dungun tu ada perampok masuk rumah dia siang2 buta. Bila cakap takde duit, dia siap suh pegi bank lagi, gi cucuk duit. Siot betul. Kad kredit pon boleh buat cenggitu ek? Kot la dia suh kita kuarkan cash dari cc ke kan? Mintak2 la perampok2 bungol2 dan tak terpikir sejauh itu ek?

Dah, simpul la sendiri.

Tuesday, 9 March 2010

Oblong (Bujur)


Aku ni, kalau bab makan, memang lah cepat terpengaruh ngan blogger. Tah kalo blogger tu, perasan la kot bila aku makan something selepas dia blog pasal makanan tu. Sebabnya, aku tak berapa berani mencuba makanan2 baru. Takut tak sedap. Macam spring potato, tako tao dll tu, semuanya berasal usul dari blog juga. Aku pernah tengok benda tu. Pernah tengok kawan2 makan, tapi selagi takde report dari blogger, macam tak sah kesedapannya. Mungkin sebab aku percaya kat lidah blogger2 kot hihihi.

Petang semalam, sampai2 je rumah, aku terus kuarkan ayam. Niat nak masak ayam masak merah. Ceh! Pandai ker? Sambil2 menunggu ayam tu defrost, aku lepak kat dapur sambil memasak di 'dapur nombor 2' hihihi. Tak lama tu, encik suami balik bawak rangka. Oh, aku tak pernah bagitau ek? Aku sukaaa sangat makan rangka. Tu pasal la agaknya badan pon tinggal rangka je hihihi. Dulu aku suka makan megi sup tulang. Orang cakap, patut la kurus macam tulang. Maka, berangka ayam la kami petang semalam. Best2.

Abis tu, masak ayam masak merah tak? Tak jadi ler hehehe. Nak makan bubur ayam tak? Kedainya bukak. Nak nak nak! Sebenarnya hari jumaat yang pil datang tu aku dah menyuarakan hasrat nak makan bubur ayam, tapi tak dapat. Alahaiii ingat lagi dia rupanya.

So, lepas maghrib tu kami keluar. Erkkk macam lum lapar lagi. Apa kata kita tapau je? Orait. Sesampai di kedai bubur ayam, nampak stall burger bukak pulak. Dah lama stall tu tutup sejak kedai bubur tu diubah suai. Aku pon, apa lagi, nak berger oblong! Tq catz kerana menginduce keinginan ku untuk menerai berger ini. Jadi, beli bubur ayam 1, berger oblong 1.

Ini lah berger oblong yang dibungkus dengan aluminium foil. Sos nya sedappppppppppppppp. Tapi semakin lama semakin pedas. Phew! Berdesing telinga aku. Tak kisah lah pedas pon. Yang penting enak.

Camne nak cakap eh? Sos dia manis2 pedas black pepper. Bestttt sangat.

Bubur pun aku makan juga.

Ini namanya makanan ruji yang simple tapi enak.




Monday, 8 March 2010

Entry Rojak Mamak


Apakah persamaan di antara kereta dan bilik mandi? Dalam konteks aku, perhatikan contoh ini.

1. Ermmm dah lama tak hujan. Tengok langit cerah je. Baik aku basuh kete. Kete pon dah berkilat kilauan, kita pon kuar berjalan2 dengan kereta. Dan hujan pon turun dengan lebatnya. Mari kita basuh kereta beramai2!

2. Bilik air tengah tu jarang digunakan. Jadi, membasuhnya juga tunggu orang datang dan gunakan. Baru lah berbaloi membasuhnya. Tapi, bila tunggu2, takde orang datang pon? Habuk pon dah melekat. Cacing kering pon dah ramai terkorban, jadi, ku basuh la juga bilik air tu. Takyah tunggu lama la. Kadang tu tak sampai sehari, dah ada orang datang. Pandai eh? Datang time bilik air dah wangi jek. Jadi, kalo rasa nak suh orang datang, rajin2 la basuh bilik air. Dan kalau takmo kasik orang datang, biarkan ajer bilik air tu kegersangan hehehe.

Persamaannya? Fikirlah sendiri.

Khamis minggu lepas, BIL jatuh motor. Kat depan taman g@ding, depan pur@kencana tu. Terlanggar lori. Pergh! Ngeri bunyi nya, bukan? Takde la, sikit je. Tak kena tahan wad pon. Jadi, kami pon pergi lah merescue beliau. Sesampai di sana, aku menghantar dia ke PKU dan encik suami membawa motorsikal itu. Terpaksa 'kepak' (e for lebar) kan mud guard sebab dah terkena karburator (tah ye ke tak nama benda tu karburator). Dibimbangi, jika dibiarkan akan membocorkan bahagian2 lain, sekaligus tangki minyak pelinciran. Tah, apa kaitannya, tah.

Lepas hantar dia ke pku, aku terus balik. Aik? Encik suami tak sampai lagi? Hihihi tak leh bawak lelaju motornya. Lepas maghrib, encik suami pergi mengambil adiknya di pku. Lalu mereka pergi makan dan terus ke rumah tukang urut. Aku? Aku menghirup sup kambing yang sangat enak. Dah tengah malam baru lah encik hairul balik bersama2 adik beliau. See, baru aku basuh bilik air tu weekend lepas, dah ada orang datang.

Esoknya, balik keje je, tergezut aku. PIL datang! Adeh deh. Dah macam dalil cinta lak, datang tiba2 cenggini. Sibbaik la rumah tak sepah. Kenapa mereka datang? PIL ni sebenarnya dah melalui 3 pengalaman anak jatuh motor secara besar2an. Dan ke 3-3 nya adalah warded. Pertama, encik hairul dan adik beliau yang sama itu, jatuh di simpang kilang semencu. Masa tu kami di semester ke 2 diploma, dan adik beliau baru lepas spm. Kejadian berlaku semasa encik hairul ingin mengejar bas kilang yang sudah meninggalkan beliau. Kami keje kat kilang pne pcb masa cuti tu hihihi. Lalu beliau membawa motor secara rempit dan terlanggar kereta. Oleh kerana encik suami yang menunggang, pemboncengnya lah yang melambung. Dan patah lah kaki adik beliau itu. Beliau pula, hanya cedera ringan. Ringan tak ringan la. Bagi kekasih, itu dah dianggap berat juga hihihi. Tapi, kalau dirawat sebagai pesakit luar, kira ok lah kan.

Akibat daripada kejadian itu, adik beliau telah terlantar di hospital jb selama erkkk tak ingat. 2 bulan kot. Dan terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke, entah, mana tah pada bulan jun tahun tersebut. Oh, lupa. Dan kejadian itu berlaku ketika PIL sedang berada di pulau langkawi!

Kejadian kedua, berlaku ke atas adik beliau yang belajo kat itm penang tu. Pon berlaku semasa beliau menunggu spm. Pada masa itu, beliau bekerja sebagai pump attendant di syell nilai. Dekat pekan nilai yang ada syell menghadap2 2 buah tu. Kejadian berlaku waktu tengahari semasa beliau pergi membeli lunch. Dilanggar oleh sebuah lori besar. Pengsan dan dibawa ke hospital seremban.

Pada ketika kejadian, aku tidak bekerja dan akan menduduki peperiksaan mtest. Lepas aku abis exam je, terus kami pergi ke spital somban itu. Aku rasa, mil macam dah trauma dah. Kalau dengar je anak dia eksiden, mesti dia ingat cedera teruk sebab setakat ni memang ada sejarah mungkin berulang. Ni, ada sorang anak tengah tunggu spm, mesti mil sentiasa berdebar2, ek?

Untuk kes kedua ni, pon agak teruk juga. Kulit kaki terkoyak. Ewwwww, ngeri. Lama jugak la mil duduk kat rumah ngah untuk menjaga anak nya itu. Akibat daripada itu, adik ini juga terpaksa menangguhkan pengajian nya di itm penang. Ada, aku pernah cerita dalam entry yang lepas. Cer ar carik entry bulan jun atau julai 2006. Tengah musim worldcup masa tu.

Dan kes ketiga menimpa anak kesayangan mereka yang tall dark and handsome itu. Hehehe suami ku itu lah. Ni sure sumer dah tau camne citer nya kan? Nak dipendekkan cerita, untuk kes2 ini, biasanya anakanda sendiri yang akan menelefon mil meyampaikan berita itu, untuk menggambarkan ke'ok'an mereka. Kalau orang lain call tu macam, eh, anak aku tidak sedarkan diri kah? Padahal, patah riuk segala tu huhuhu. Jadi, bila bil jatuh kemarin tu, mil pon datang la nak komfem kan. Derang ni konon takmo mak risau, tapi, hati ibu, kan? Dan kedatangan mil tu hanya sempat berjumpa dengan anaknya selama sejam sahaja kerana, pada pukul 7pm, anakanda beliau sudah pon berangkat naik bas ke rumah ibu mertua, isteri dan anaknya di sinun. Sebenarnya dia jatuh tu masa on the way balik dari membeli tiket bas tu lah hihihi.

Jadi, dah abis dah sesi melawat anak yang sakit. Tinggal yang tak sakit je lah. Apa nak buat? Dah lah aku dah biasa tak masak ari jumaat kan. Sudahnya, aku tak masak pon. Kami keluar makan kat pinang sebatang je. Dalil cinta lagi?

Pagi sabtu pulak, aku bangun agak awal dan memasak nasi goreng. Wowwi! Encik hairul plak, kuar beli sarapan roti canai. Mana nak dapat suami macam tu? Sangat memahami hasrat setempat. Menerima aku seadanya hihihi.

Selesai makan, encik hairul pergi ke opis. Ada kerja hari ni. Aku? Nak buat apa? Nak masak lunch, baru pukul 9. Tak lama, PIL pun balik. Eh, bukan balik. Derang gi balik parit yusop. Takde mende nak buat kat rumah aku pon. Aku pon terus lah mengganti tido yang belum selesai hehehe. Dalil cinta lagi?

Tengahari, encik hairul balik sekejap. Aku lunch nasi goreng tadi je.

Petang, kami keluar ke bp. Mujur lah aku cepat 5 minit. Kalo lambat, dah tutup dah kedai alfa tuh. Lain kali ingat, dia tutup kul 6.

Kendian pergi k4 pulak. Tak masuk k4 pon. Pegi bankislam je, bayar cc. Ngan beli magazine. Impiana dan Solusi. Dari situ kami ke pasar malam. Macam biasa, beli kebab, dan tahu panas. Dan spring potato. Eh, lupa lak aku nak ceritakan rasa spring potato tu. Ermmm rasa dia macam wedges, tapi versi nipis. Alaaa kentang kan. Nak rasa apa pulak. Takkan rasa kedondong pulak, kan?

Dah terlanjur dekat ngan masjid, kami maghrib di situ je. Tiba2, ternampak PIL. Laaa jumpa kat sini pulak. Ni kali kedua kami terjumpa PIL di waktu dan tempat yang tidak disangka2. Derang dah nak balik kota dah. Oleh kerana dah jumpa kat situ, derang tak singgah la lagi rumah kami. Lagi pon ada misi yang belum selesai.

Lepas derang balik, kami ke bpmol pulak. Takde benda sangat yang dibeli sebab aku terasa miskin. Nanti2 aku ceritakan la sebab musabab kemiskinan itu. Huuu sedih dalam gembira. Biasanya aku takde lah terasa bila gaji masuk awal. Tapi kali ni, aku sangat terasaaa!!! Tapi tak pe. Ini semua demi masa depan yang lebih gemilang ngehngehngeh.

Balik tu, melayan cerekarama yang heboh diperkatakan itu. Takde lah kena batang hidung sangat. Sipi2 pipi je. Aku ok apa?

Hari Ahad, kononnya nak rajin masak ayam masak merah. Sekali, teringat pulak, ada jemputan kawen. Yey! Lepas zuhur baru kami pergi. Kat dewan jubli intan jek. Siapakah mempelai itu? Haaa ada kena mengena sipi2 je ngan aku. Kawan seinduksi encik hairul. Tapi yang pempuan tu ialah pelanggan batik ku suatu ketika dulu. Tah, dia ingat aku ke tak tah.

Balik dari jemputan, kami berkebun pula. Dah lamaaa sangat aku tak melayan laman depan rumah tu. Remember? Aku kan merajuk pokok aku kena timbus dek kapal korek parit tu kan. Sungguh pun demikian, ada gak 3-4 pokok heliconia yang survive dalam kejadian itu. Dah beberapa kali gak la kuar bunga. Tapi, lantak ko lah. Luka hati ku belum sembuh.

Apakah yang aku kebun kan? Satu, aku trim rambut serai. Abis daun serai tu aku cantas. Dah kemas sikit aku tengok. Rimas. Pastu aku pindahkan semua heliconia yang dalam pasu balik ke tepi parit semula. Puas ati aku. Biar lah dia tumbuh membiak di situ dengan jayanya. Sebenarnya aku tau, pasu tu dah tak mampu menampung akar2 dia. Tengok daun je dah tau. Tak sempat tinggi, dah mati. Sekali bila aku kuar kan pokok tu dari pasu, hah! Kesian aku tengok akar tu macam terpeleot gitu. Ok, aku dah memerdekakan mu. Sila lah membesar dan berbunga yea? Aku dah hilang sabar dah. Ye lah, aku tunggu bunga yang versi panjang ke bawah tu kan. Tak besar2 pon pokoknya. Mudah2an dengan langkah ini, ia pandai membawa diri (akar tu la). Cepat berbunga tau!

Ada nyanyi2 kat bpmol. Rasa macam kenal? Ni bukan farazila bini si syam kamikaze tu ke?

Ambik gambar perantin dari jauh jek.

Sosak dado den, kata pasu tu agaknya.

Taman heliconia. Selamat maju jaya uolsss (pokok2)


Menyahut Seruan Izan (patutnya azan, kan?)


Kepada izan, tengok, akak dah menyahut seruan mu untuk memakan spring potato hihihi.

Aku mula perasan benda alah ni selepas diwar2kan oleh budak izan tu di dalam blog nya. Ada persoalan di sini. Kenapa aku tak pernah link kan blog beliau ek? Seingat aku, aku ada warning dia, jangan letak link aku dalam blog dia, tapi aku lupa, adakah dia juga mewarning yang sama? Kalau tidak, sila beritau ek. Sebab, kalau tidak, aku boleh tulung menaikkan rating beliau juga melalui blog ku huahuahua bajet blog popular ke nak tulung2 kawan. Sendiri punya pon nyawa2 ayam. Takde la. Kot lah dia mintak credit ke kan. Ha, izan, ko dah bersedia ke nak masuk ke dunia glemer? Keh keh keh.

Baik lah, kali pertama aku nampak spring potato ni kat pasar malam pesta, tapi buat2 tak paham je. Jual mahal konon. Kali kedua aku nampak kat pasar malam putrajaya aka pasar tani precint 2, kan kan kan? Aku pendengar setia sinar :) .

Selepas itu, aku pun teringin nak makan spring potato ini. Maka, pada hari sabtu yang lepas, aku pon menerai membelinya. Ada beberapa perisa ditawarkan, iaitu black pepper, bbq, sweet corn dan entah, lupa la pulak. Alah, sama macam perisa kerepek ubi parit raja ni jugak la. Dan aku telah menerai, haaa cuba teka. Betul lah tu. Betul la apa yang korang teka tu. Bab memandai2 ni memang korang terel, kan? Ekekek. Isy, mahap ler ek. Tetiba lak mood nates. Takyah lah di concern kan sangat apa perisa spring potato yang ku pilih itu. Dah selamat masuk perut ku pon.

Ok, camne kekdah derang menyepringkan kentang itu ek? Hmmm boleh jadi tajuk projek akhir student aku neh. Yang aku nengok, derang menggunakan kekdah manual. Jadi, dalam kes ni, aku nak suh derang wat secara automatik. Amacam? Alaaa dah macam2 benda dah yang derang auto kan. Takat kentang ni, no hal punya lah, kan? Opsss jangan tiru ek.

Selepas digoreng, budak perempuan penjual spring potato itu melalukan mayonis, sos dan serbuk perisa ke atas kentang itu. Jadik la dia berperisa serbuk perisa itu. Erkkk ok lah. Perisa bbq la. Dah, terpaksa aku pecahkan rahsia tadi demi kesinambungan ayat tadik. Huh!

Dah, sila lah telan liur melihat spring potato yang enak dimakan panas2 ini yek? Taraaa...

Ada nombor tefon kat plastik tu. Saper2 nak, kena tefon aku dulu. 25%.

Sebelum dimakan secara berduet di tepi masjid.

Dah abis. Nak lagi!

p/s ni versi kecik, rm2.50 secucuk. kalo versi beso, rm3.00 secucuk.

Friday, 5 March 2010

Hati - Hati Di Lebuhraya

Terbantut idea aku nak sambung entry pasal ptd itu ari. Sebabnya, baru teringat, eh, suami id kan ptd kan? Huhuhu bahaya bahaya. Sorry ek id.

So, kiter cerita pasal benda lain la pulak. Ermmm apa ek?

Cerita pasal kawasan kemalangan. Masa balik dari putrajaya aritu, aku singgah kat senawang untuk menurunkan seorang kawan di sana. Sebelum keluar tol senawang tu dia cerita pasal kemalangan sekeluarga pengasas produk 'apa herbs' tah aritu. Ingat tak? Alaaa yang 7 beranak naik bmuu tu.

Berita yang aku dengar kat radio cakap, derang on the way nak balik melaka dari ipoh ke haper tah. Di awal pagi. Kete bmuu tu pon baru lagi katanya. Tentang kemalangan tu, kata kawan aku, berlaku sebelum exit senawang. Kira antara exit pd ngan senawang la.

Kalau saper2 perasan, jalan kat situ agak lebar. 5 lane kalo tak silap aku. Memang best la kan. Tapi, kalau saper juga perasan, jalan tu juga tiada lorong kecemasan. Lane paling kiri tu mati gitu jer. Ada la divider kecik co'et.

Kisah citer nya, semasa kejadian, ada sebuah lori (rosak kot) sedang park kat lane paling kiri tu. Dan mungkin la juga driver tu dah ngantuk, dia tak sempat nak potong lori tu. Mungkin lori tu pon baru je berenti. So, dia pon langgar la lori itu.

Jadi, kesimpulannya, berhati2 ketika melalui jalan itu. Lagi pon ada macam selekoh kat situ, kan. Jalan2 lain pon hati2 juga lah yea.