Apa agaknya makna senonos ni dalam bahasa negara apa tah, bendera macam bendera melaka nih, ek? Maule?Sebenarnya jam ni yang dah tamat jangka hayatnya. Ni kira jam loceng paling lama idup ngan aku. Aku beli kat kompleks pkns masa degree. Sekali dengan jam ni, aku belikan encik hairul jam loceng yang jenis kunci, macam nenek punya dulu tu. Nyaringgg banget. Sajer aku belikan yang bunyi kuat sampai rumah sebelah pon boleh dengar tu. Kalo tak, tetiap pagi aku kena kejutkan dia. Apa, ingat aku bini ko? Eh, tu dulu la.
Perasan tak ada 4 level tuh? Maknanya bunyik loceng tu ada 4 level.
Memula dia bunyik tit tit tit tit.
Kendian tinininit tinininit tinininit tinininit.
Pastu bunyi yang sama seperti di atas, tapi lagi kuat.
Last sekali bunyi tininininininninininininininininininininit tak berenti sampai rasa macam nak campak je jam nih.
Eh, macam pernah campak je? Tu pasal la pendek hayat dia kihkihkihkih.
Bukan zaman sekarang orang dah tak pakai jam loceng ker? Kan henfon ada? Alarm loceng pon aku guna jugak, tapi jam ni tetap penting oh. Sebabnya, jam ni lah yang aku set kan pukul 4/5 pagi tu. Tujuannya, supaya, bila terbangun tu, aku boleh la berkata2, " ermmm baru pukul 4/5, boleh sambung tido lagi." hahahaha best tak?
Sejak jam ni rosak, aku terpaksa meminjam henfon encik suami untuk mengejutkan aku pada jam 4am. Tapi, kali ni lepas matikan bunyik alarm tu, aku kena setkan semula ke pukul 6.30am sebab henfon encik suami tu ialah back up. Kekadang alarm henfon ni bengong sket. Dia tak bunyik pon. Atau pon, dia bunyik, tapi aku tak dengar, atau termatikan dalam separa sedar.
So, kesimpulannya, aku kena beli jam loceng baru lah nampaknya.
Saturday, 9 January 2010
Tamat Juga Riwayat Hidupmu Wahai...
Friday, 8 January 2010
Konsert Bagaikan Sakti
Peluru Makan Tuan
Abang, biasanya kan, budak2, kalau mak ke bapak dia ajar atau suh apa2 kat rumah, dia selalu ngengada, manja2, takmo ikot. Tapi kalau cikgu kat sekolah boleh pulak ikut. Bukan ikot jek, siap ajak mak bapak dia buat sekali lagi. Dia lagi percaya cikgu cakap dari mak bapak dia.
Takyah kata budak2 la yang. Ayang tu pon, kalo abang ajak ngaji sama2, sembahyang sama2, selalu ngengada, manja2, takmo ikut. Cuba kalo ustaz cakap, ustaz suruh, boleh pulak ikot. Siap boleh ajak abang buat sekali lagi. Ayang lagi percaya ustaz cakap dari abang.
Terkena aku :P
Allah Memberi Untuk Kita Memberi
Ada orang kata, tak semestinya sedekah dengan wang ringgit. Senyum pun sedekah, kan? Aku senyum jek lah. Sedekah jugak. Aku dah bayar zakat, takyah lah sedekah lagi. Aku sendiri nak makan pon tak cukup, lagi nak sedekah kat orang. Betul ke orang yang aku bagi sedekah tu miskin? Tah2 berlakon jer. Abis la duit aku kalau asik nak sedekahhh jek. Siap potong gaji bagai. Sampai pencen cenggitu, kaya lah orang yang dapat tuh.
Aduh! Kalau la mereka tau, itu semua silap. Kasihan.
Aku ni dah macam peminta sedekah pulak ek. Takpe, ni kira dakwah jugak, kan?
Ada, dalam satu firman Allah swt, di mana Allah swt merayu kita agar memberi sedekah jariah nih, terjemahannya dimulakan dengan lebih kurang begini
"Sudilah apa kira nya..."
Kalau kita manusia ni kan, biasanya yang cakap cenggini kan orang yang nak memujuk dan merayu seseorang kan. Contohnya, sudilah apa kiranya adinda menerima pinangan kanda. Orang yang merayu ni biasanya akan merendahkan dirinya untuk merayu kan. Kita pon bila dirayu dengan kata2 itu, terus longlai, tak sampai hati nak tolak, kan. Boleh kita bayangkan, bagaimana, Allah swt merayu kepada kita ni, hambanya sendiri? Tergamak ke kita nak menolak/menentang?
Antara kelebihan memberi ialah, kita akan mendapat lebih banyak. Apabila kita memberi apa2 milik kita, ia takkan berkurang, malah bertambah. Ini kerana apabila kita memberi, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Tak payah la takut duit gaji kita habis. Duit tu pun bukan kita punya.
Ya, betul, senyum tu sedekah. Tapi, senyum pon ada 2 jenis. Pertama, senyum kerana gembira. Dapat duit bonus 3 bulan, senyum lebar jek. Kekadang angau pon kita senyum. Tu senyum kerana gembira. Kedua, senyum untuk menggembirakan. Yang ini senyum kerana nak memberi kegembiraan. Memberi kegembiraan itu lah sedekah yea. Ye lah, kadang kita hepi sakan, nampak orang pon senyum meleret je. Pastu bila orang tanya, ko ni kenapa, senyummm je majang. Alaaa senyum kan sedekah. Padahal sebenarnya syok sendiri jek Haih. Fikir lah sendiri.
Tentu semua orang pernah dengar, sabda Rasulullah, apabila mati seorang manusia, akan terputus daripadanya segala amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
Alah, dia takde anak, sebab tu lah dia kena ambik point sedekah jariah tuh. Takut dah mati nanti takde bekalan. Isy isy isy kiter tau ke dia beri sedekah jariah tu atas nama siapa? Tah2 dia sedekah tu atas nama mak dia yang dah meninggal ke, dengan mak2 dia sekali dapat pahala nya tau. Sekurang2 nya, daripada 3 perkara tu, dia dapat 1. Tah2, 2 sekali untuk perkara kedua. Ok lah kan. Daripada nak dapat kan yang ketiga tu, belum tentu kita sempat mendidik nya sampai jadi anak yang soleh. At least perkara 1 dan 2 tu boleh dibuat sendiri. Tiada syarat. Tak payah bergantung kepada anak tu. Tapi kalau dapat semua lagi baik. Syukur lah. Eh, betul ker pandangan aku ni ek?
Aku mengingatkan diri sendiri sebenarnya.

Thursday, 7 January 2010
Abah Ku Seorang Cikgu
Bukan sandaran dan tidak terlatih hihihi. Saper la anak muridnya tu eh?
Kan aku dah bagitau kan, adik beradik aku kebanyakannya jadi pendidik. Kak onnie cikgu sekolah menengah agama dan suaminya cikgu sekolah menengah, di muadzam shah. Abang tp bukan cikgu, tapi isterinya cikgu sekolah menengah di DJ. Abang epet cikgu sekolah arab di mersing. Eita (huh jangan tanya kenapa eita ngan yayu aku tak panggil 'kak' eita dan 'kak' yayu hihihi, takde jawapan) cikgu sekolah teknik di selangor. Yayu bukan cikgu, tapi keje di institusi latihan yang dikelilingi 'cikgu2' jugak dan suaminya, bekas pendidik. Now, pendidik sekali sekala kot. Sementara aku pula, bukan cikgu sekolah, tapi pendidik la jugak. Dan suami ku juga serupa. Jadi, bila berkumpul adik beradik, balik2 citer pasal sekolah, DG, ptk, pmr, spm, tanda kertas bla bla bla. Masakan tidak, dunia pendidikan tu pernah diwujudkan di rumah ku suatu ketika dulu. Ya! Abah pernah jadi cikgu lah!
Tu mukadimah jek. Ni baru nak citer. Aku benar2 mempraktikkan ilmu penulisan karangan yang diajar di sekolah. Mukadimah, 3-4 isi dan penutup. Ayat terakhir dalam mukadimah perlu ada hint kepada tajuk karangan yea adik2. Tapi salunya aku tak buat penutup pon hihihi. Lu pikey la sendri! Dan isi juga, selalunya tonggang terbalik, terkeluar tajuk hahaha. Praktik kunun. Piiirah!
Pada suatu masa, dalam tahun ermmm tahun bila tah, aku darjah 6, ada sorang kawan aku ni, mintak abah aku ajar dia matematik. Jiran depan rumah. Masa tu kan nak upsr kan. Pastu, abah aku pon ajar la. Dia datang umah. Kendian, adik dia pon join sekali. Tak lama kemudian, tersebar lah berita seantero pelusuk kampung yang mengatakan, cik sepan boleh ajar matematik! Wah ko! Actually, aku pon setiap hari, bila siap wat keje rumah matematik, aku suh abah check, supaya betul semua dan dapat bintang, seterusnya bleh dapat air susu kotak hehehe. Alaaa zaman tu susah nak jumpa mak bapak, abang kakak yang pandai mengajar kan. Mana ada tuisyen2 bagai nih.
Bila dah gitu, maka satu persatu lah datang bebudak datang ke rumah ku untuk belajo matematik. Erkkk memula jiran2 terdekat je kot. Pastu baru merebak sampai yang rumah jauh2 pulak.
Bila murid semakin ramai, ada pulak permintaan untuk belajar bahasa inggeris pula. Dulu abah sekolah inggeris. Boleh la ajar sikit2 bab sekolah rendah kan. Lama kelamaan, sambutan sangat menggalakkan. Dah macam pusat tuisyen dah rumah kami. Ada la dikenakan bayaran sikit. Tah, aku pun dah lupa berapa. Dah cenggitu, abah pon naik seronok la kan. Tapi, kemudahan pulak tak cukup. Buat permulaan, abah buat papan hitam kecik jek. Dia bercita2 nak ada papan itam yang besar macam kat sekolah tu. Maka, abah pon buat surat kat erkkk saper tah, pengurus ke, pengerusi koperasi tah, untuk mintak sedikit peruntukan untuk membeli papan lapis untuk dijadikan papan hitam. Aku masih ingat lagi ada satu ayat dalam surat tu,
"demi memartabatkan ketuanan melayu blablabla..."
Wah! Kosa kata baru tu, ketuanan. Aku pon tak faham masa tu hihihi. Abah aku memang bersemangat bab2 mintak peruntukan nih. Pernah masa azalina baru jadi ahli parlimen kitorang (sekitar tahun 2000 gitu), abah mintak mesin potostet untuk sekolah agama. Dapat tauuu. Siap dia simpan no henfon azalina lagi. Jadi, cikgu sekolah agama at5, sila hargai mesin potostet anda, okeh? Tah ada lagi ke tak mesin tu tah hahaha. Kot dah jadi besi buruk.
Lalu, permohonan itu pon diluluskan. Abah pon beli la papan lapis dan kayu border serta cat minyak. Abah buat sendiri tau papan hitam tu. Memang betul hitam tau, sebab abah beli cat kaler hitam hihihi.
Aduh, potong betul la. Selepas itu, aku dah lupa apa kesudahannya. Sebab tak lama kemudian, kelas itu pon ditutup. Kenapa ek? Ke masa tu bulan puasa, takde kelas, jadi, lepas raya murid tak datang balik dah. Kot gitu lah. Tak tau la kalo2 aku ni berimaginasi hihihi.
Entry ni sepatutnya dibuat pada hari guru ek? Tapi aku tak sabar ler nak tunggu 5 bulan lagi.
Kesimpulannya, kami satu femli adalah femli pendidik. Boleh ke kesimpulan cenggini?
Rupanya Dia Nak Beri Pelangi
Pastu, kekadang kita takde pon masalah besar atau ditimpa musibah yang dasyat, cuma belum dikabulkan permintaan. Kadang mintak tukar tempat kerja, nak dok sama ngan suami, sampai masuk anak 3 pon tak dapat. Kadang mintak diberikan zuriat, aku lah tu, sampai 5 tahun kawen pon tak dapat jugak. Kadang mintak kerja gomen, atau kpli, 5-6 kali interview, 7-8 kali mtest, pon tak dapat2. Kadang mintak pengarah naik pangkat dan ditempatkan di hq (hehe aku dan semua staff kot nih), sampai ke la masih dok maintain atas kusi kat situ. Kadang mintak itu, kadang mintak ini, tak dapat, tak berjaya, tak dikabulkan jugak.
Apa masalahnya? Nak kata tak berdoa, sehari at least 5 kali dah doa. Nak kata tak berusaha, cogan kata sekolah rendah, cita usaha jaya sentiasa jadi pegangan. Sampai ada yang, oh, apakah dosa ku ditimpa bencana sebegini? Baik ko bunuh saja aku ghazali, daripada hidup terseksa sebegini. Kalo ko ingin mati, aku pon tak ingin hidup, ajijah. Whatever.
Sebenarnya takde masalah pon. Allah kan Maha Adil. Dia beri kita yang ini, dia tak beri yang itu. Yang dapat pindah dok ngan suami tu mungkin takde anak. Yang banyak anak mungkin tak dapat keje gomen. Yang dapat keje gomen mungkin kena posting kat pedalaman sabah. Yang dapat kpli mungkin tengah mengandung, terus takleh masuk maktab. Yang pengarah tak naik pangkat dan pindah ke hq mungkin dia sendiri yang naik pangkat dan pindah ke hq hahaha. Pusing2 contoh tu jugak ek. Alaaa banyak lagi contoh, takkan nak tulis semua, kan. Baik aku tulis artikel kat majalah solusi je kalo cenggitu.
Ini semua soal rezeki. Pernah aku dengar, soal rezeki ni, Allah yang tentukan. Tapi, kalo kita berusaha lebih, rezeki kita boleh bertambah. Tak seperti ajal, kalo dah ditentukan jam tu, takkan terlebih atau terkurang walau sesaat. Kot gitu lah yang aku faham.
Begitu pon, walau macamana kita berusaha pon, kalo Allah tak perkenan, tetap takkan dapat. Rezeki tu bukan kau yang punya, ahmad albab yang punya. Eh, Rezeki tu Dia yang punya. Astaghfirullahal'azim. Main2 ko eh.
Itu dinamakan ujian. Mungkin kita tak cukup berusaha. Kasi lebih sikit lagi. Kalau pun cukup berusaha seluruh tenaga dan usaha kami, mungkin tak cukup berdoa, tak cukup molek amalan. Suka tangguh solat, malas mengaji al-Quran, tak bayar zakat, kedekut sedekah. Dan kalau pon masih tak mendapat juga, berserah dan tawakal saja kepadanya. Dia belum nak beri. Belum masanya. Belum cukup haribulan. Sabar, sabar, sabar. Semua kan ada hikmahnya.
Tapi, ada jugak yang dapat semua. Tak mintak pon dapat. Tak usaha pon dapat jugak. Allah kan Maha Pemurah. Dia beri pada semua, tak kira ko baik ke, jahat ke. Memang rezeki dia. Cuma bezanya, orang yang baik dikurniakan nikmat beserta rahmat dan berkat, orang yang jahat dapat nikmat semata2.
Jadi, kita yang tak dapat apa2 nih mungkin lah jeles, kan? Bila jeles tu, mula la sangka buruk, dia ada kabel fiber optik la, dia pandai mengampu la, atuk sedara sepupu dia orang kuat macam badang kat kementerian la, dia kuat main la hahaha (semua yang berkaitan contoh dia atas tadi). Haaa tu pon boleh jadi sebab kenapa kita ditangguhkan dari dapat apa yang kita minta. Hati busuk, buruk sangka, cemana nak jadi ibu yang baik kalo cenggitu punyer perangai?
Rezeki masing2. Kalau ada yang bertanya pada aku, kenapa? Why? Porke? Kiu? Shenme? Ko memang merancang ker? Korang tak bersedia lagi ker? Nak tunggu sampai bila? Rugi ko, nanti ko mati takde doa dari anak yang soleh. Sebelum aku jawab, cuba tanya dulu kat ct nurhaliza. Jawapan aku hampir sama dengan dia. Cuma abang 'K' aku masih muda :)
p/s2 belum, belum ada berita baik tu. tapi berita baik lain ngeeeeeee :). ni tak lain tak bukan pasal duit la ni. dasar mata duitan! dah itu rezeki aku.
Wednesday, 6 January 2010
Aku dan Fac3book

Mungkin ada yang tertanya2, aku ada facebook kah? Asik update blog jek. Macam tak layan facebook jek?
Boleh Blah Tak?
Awal-awal tahun lagi dah bikin panas hati. Citer nyer, ari isnin kan aku cuti. Kendian, semalam, seawal 8.15am lagi aku dah dapat call from the most irritating women in the world. Malas aku nak dengar. Dengar je suara aku dah tau. Terus aku letak. Opismate kata, semalam lagi dia dah call. Bila derang cakap aku cuti, dia tanya pulak, aku pergi klinik ker? Ke abiskan annual leave? Sejak biler pulak ko concern sakit pening aku eh? Orang abiskan annual leave hujung tahun la ngok. Sajer nak sebut perkataan dalam english supaya tak nampak kekemprohan. Piiirah!
Lepas aku letak, dia call lagi. Member cakap, aku dah keluar. Tak lama tu, call lagi. Member cakap, arini tak nampak pulak aku huhuhu. Sibbaik mendapat kerjasama erat dari rakan sejawat. Petang pulak, ada call lagi, tapi yayu hihi. Tak pepasal derang pon cakap aku takde hihihi.
Di pihak encik hairul, off course la dia tetap call. Aku je malas nak ambik tau. Tapi bila sekali sekala tau, berasap gak ar. Haihhh biler la ito nak tukar nombor tefon lagi. Kebetulan dia dapat nombor yang baru tukar aritu.
Apa agaknya yang dia nak cakap kat aku eh? Penat dia tulis skrip agaknya, tapi aku tak nak dengar. Lantak ko lah.
Meteor Garden vs Boys Over Flower

Masa orang sibuk2 giler tengok boys over flower, aku hanya terpinga2 sebab aku tak subscribe channel 3++. Nak lah juga buat comparison ngan meteor garden yang ku dah khatam 5 kali tu kan.
Sekarang ni dia tengah on air kat tv8. Tak pernah2 aku bukak channel tu sebab dia macam terasing dari channel2 free yang lain. Tu pon kebetulan, tengah bukak axn sambil2 tengok info, ternampak boys over flower. Jadi, aku pon tengok la.
First impression, san chai dia tak comel. Ok, aku bias kot sebab dah tengok meteor garden dulu. Keadaan mungkin sebaliknya kalo aku tengok bof dulu. Tapi, aku cuba jugak nak suka bof tu dengan menengoknya selama seminggu. Tapi, dia gagal membuatkan aku tertunggu2 pukul 8.30 setiap hari isnin hingga jumaat. Siap boleh tak tengok langsung pon takpe.
Jadi, apa perbezaan atau persamaan antara keduanya?
1. Satu Korea, satu lagi Taiwan. Dari segi jalan cerita memang la sebijik, tapi deliverance (betul ke perkataan nih?) dia berbeza. Bergantung kepada negara jugak.
2. Dua2 pon cakap mandarin. Kecuali bof dialih bahasa dari bahasa korea. Jadi, perasaannya tak sama.
3. San chai anak tunggal, errr saper nama pempuan bof tu ek? Tak kisah la. Dia ada adik.
4. Dao ming shi memang nampak kebudak2an, sementara tah saper nama hero tu tah pulak, nampak dewasa buat2 kebudak2an. Tak berapa nak comel.
5. Heroin bof tak secomel san chai. Muka dia macam dah matured. Dan tak rasa kesian sangat kat dia.
6. Kakak hero bof lagi cantik daripada kakak dao ming shi.
7. Parent heroin pon tak secomel dan sepoyo parent san chai.
Tu je setakat ni sebab aku tengok pon berapa kali jek.
Tuesday, 5 January 2010
Senarai Impian 2010

Terasa diri seorang loser kerana tiada azam tahun baru? Aku malas nak pasang azam. Niat dalam hati je lah. Perkara baik takleh menunjuk2 hehe. Tapi aku ada senarai impian untuk tahun ini. Ni tak kira azam la kan. Lebih kepada apo ko bondo rete yang aku nak kumpulkan tahun ini. Sungguh materialistik bunyi nyer eh? Kira angan2 la gitu. Kalo ada duit lebih, beli la. Kalo tak, tak kisah. Takde la sampai nak berhutang ke kan. Kete kat atas tu tak masuk lam senarai eh. Tu sekadar hiasan semata2.
Meh senaraikan.
1. Tambah saham KPF at least RM10k. Ni kira duit gaji sendiri la. Kurang2 sebulan kena simpan 8-9 ratus la ek? Purata 1k sebulan la kan. Insya Allah, kalau takde aral melintang, boleh la kot. Maybe lebih sebab rancangan aku nak keluarkan kwsp sumer dalam tahun ni. So, nak transfer sumer ke situ. Tu pon kalo takde kebocoran ler kan hihi.
2. Meja makan. Masih belum terdesak memerlukannya. Ari sabtu aritu sempat gi tengok kat kedai baru dekat2 chan tuh. Baru bukak dah sale eh? Cantikkk. Tapi tak beli pon. Tunggu dia sale raya kang. Salesperson dia pon cakap, time takde sale takyah beli la. Mahal amat.
3. TV LCD/LED/Plasma. Ni lebih kepada ketamakan. Dah ada 3 bijik tv pon tak cukup gak. Sorang boleh dapat 1 1/2 dah. TV sekarang ok lagi, cuma monitor nya dah memesong ke kiri pulak. Ada senget sikit. Apa guna ada suami yang belajar menservis radio dan tv ek? Hantar kedai alpha tu pon boleh apa. Sajer je kan. Alaaa kata angan2. Tak kena bayar pon kan.
4. Display Cabinet. Tak tau la nak letak kat mana. Dah sesak dah rumah tu rasanya. Tapi, tetap nak jugak. Abis, takkan nak biarkan set2 tembaga aku tu berhabuk je kat luar kan.
5. Extend kitchen cabinet. Ni memang dah lama plan, cuma macam malas nak pegi kedai tu. Tapi, kena ada perancangan teliti kot sebab bukan sikit pelaburannya. Macam dah tak muat jek kabinet sedia ada tu. Banyak beno periuk belanga. Keluasan tapak memang dah tak cukup dah. So, kena extend ke atas la pulak. Sibbaik aku tak pasang cornice lagi. Kalo tak, katner lak aku nak sambung. Atas siling? Pastu, kalau dah beli meja makan, nak deko2 ruang makan tu pulak. Selama ni macam terbiar je tempat tu. So, nak extend jugak cabinet sampai ke sini. Nak pasang display cabinet gantung plus cermin besar plus plus plus. Macam rumah besar macam banglo pulak ek.
6. Beli tanah. Dapat sekangkang kera pon jadik la. Kalo dapat tanah pertanian pon takpe. Bleh tanam pokok durian, rambutan, manggis, duku, langsat, dukong, dulang, belacan. Konon tanam keliling tanah. Besok dah kaya raya haji raya puasa sumer, baru buat rumah banglo 8 tingkat, sama tinggi ngan pokok durian yang ditanam itu. Tak agak2 punyer berangan nih.
Huh! Bunyik macam banyak duit je hek? Berangan tak kena bayar kot. Sekurang2nya dengan ada nya impian2 nih, aku akan berjimat cermat dan beringat2 biler nak menabur duit di hujung minggu tu kan.

