Tuesday, 29 December 2009

Langkawi 2009 : Hari Keempat - Kota Mahsuri, Dataran Lang

Hari keempat, isnin ialah hari terakhir kami di awana. Pepagi lagi kami dah kuar ke cable car. Sajer mencuba nasib. Member yang semalam tu kata, petang dia dapat naik. Sampai sana, hmmmpphh sama jugak. Takpe lah. Sekurang2nya kita dah mencuba. 2x. Tu namanya takde rezeki.

Lepak2 dulu main2 ngan rusa ke pelanduk ke kancil tah, aku tak tau beza. Kasar nyer bulu dia? Macam berus sabut.

Dari situ, kami terus ke kota mahsuri. Ohhh takde lah jauh sangat. Masuk rm5. Galeria semalam pon rm5 gak. Memula masuk tengok video 7 minit. Lerrr kenapa la letak pelakon tak berapa nak lawa tu jadik mahsuri. Potong betul.

Makam mahsuri. Dia islam eh? Bleh la sedekahkan fatihah ek?

Perigi mahsuri. Aku tengok sumer orang basuh muka ngan air perigi ni. Aku pon ikut la jugak hihi.

Mesti ke kena bergambar ngan baldi?

Depan rumah cik pandak, bapak mahsuri la katanya.


Selepas ini, kami pon balik untuk check out. Ok, boleh lagi. 2 backpack yang asal. Tapi dah gemuk sikit ar begnya.

Pas check out, terus lah kami ke kuah. Belum boleh check in. So, kami tinggalkan beg kat front desk jek. Terus gi jeti. Beli tiket balik esok. Jam 1.30pm. Kendian, jalan2 dataran lang. Kata orang, kalo tak pegi sini, tak sah lah ko datang langkawi. Mandai jek.

Panas berdenting tahap gaban waktu nih.







Ok, sah tak pemergian aku ke langkawi?

Langkawi 2009 : Hari Ketiga - Jalan Keliling Langkawi

Hari Ahad dah boleh jalan2. Bersedia je lah dengan energy full bar. Lepas sarapan, kami terus memulakan misi roda2 kotaraya.

Tengok tu, banyak bekalan dalam beg tuh.

Terus menuju ke cable car. Ooo dah banyak stesen minyak sekarang. Keyhepsi pon ada on the way ke sini.

Manusia punya lah ramai. Tapi kaunter, lengang. Rupanya, kereta tak jalan. Angin kuat sangat. > 70km/j.

Tak dapat naik kereta, ambik gambar je lah.

Encik hairul jumpa kawan kat sini. Kawan sama2 ke dubai itu ari.

Sibbaik laaa aku pernah naik cable car ni dulu. Kalo tak, harus aku bertunggu tangga kat situ menantikan angin berenti rehat.

Tak jauh dari situ, ada air terjun dan telaga tujuh. Meh tengok apa yang ada kat sana?

Muka ceria walo di hati terluka. Bukan luka haper, penat la weiii panjat tangga 400 meter. Serik ler. Akibatnya, kaki aku sakit sampai la balik ke rumah. Asid laktik dah terkumpul di betis ku uuuuuuuuuu

Dah sikit punya tinggi ni pon baru sampai sini? Tah ada 7 tingkat kot air terjun nih.

Pemandangan gunung machincang (kot?)

Holoh holoh holohhh

Sempat la encikhairul menerjun tiruk kan dirinya ke dalam telaga tujuh pertama itu. Best nyer... macam sejuk je tengok air tuh


Ambik gambar platform cable car dari jauh je lah. Kat sini pon jumpa kawan yang jumpa kat cable car tadik. Derang nak tengok kalo2 kereta dah mula jalan, nak patah balik ke sana.

Ni baru separuh jalan ke telaga tu tadi. Nak turun, rasa rugi, dah separuh dah. Nak naik, mak oiii hongeh lerrr

Selesai mandi manda, kami teruskan perjalanan mengelilingi pulau. Kali ni nak cross ke belah kanan pulau. Tengok kat peta macam takde pape. Rupanya banyak kampung kat kiri kanan jalan. Takde la ngeri sangat nak lalu situ. Gambar ni dah dekat2 kompleks kraf. Cantik nyer air laut nih.


Aku rasa kalo kompleks ni letaknya dekat ngan umah aku, takde maknanya aku nak pegi. Tapi dah nama pon pelancong, kan, maka aku pergi la jugak.

Ada muzium perkahwinan.



Cantik2 hiasan batik ni. Nyaris dah nak terbeli. Selamat duhit aku.

Hiasan semata

Selepas itu, kami terus cari makan. Tengahari. Tapi dah pukul 3pm. Terjumpa pantai pasir hitam. Wah, sini pon tempat membakar duit nih.

Lepas makan, teruskan lagi ke kolam air hangat. Ker sebelum makan ek? Tah lah. Alahaiii air panas sungai gersik pon lagi panas dan besh la. Derang tengah wat bilik2 jakuzi kat sini. Mesti sok kena bayar singgit kalo nak masuk tuh.

Kendian, kami ke galeria perdana pula. Kat sini takde gambar sebab aku adalah kedekut nak bayar 2 hengget untuk bawak masuk kemre. Masuk pon kena bayar, ambik gambar pon kena bayar gak. Ingat aku tak bayar duti dan cukai eksais ke beli kemre tu?

Aku pun satu, jujur sangat, cakap ada kemre. Dahhh kena tinggal kat pintu masuk. Aku cakap, kemre tu betri dah nak kong, camne nak ambik gambar? Memang dah kelip2 dah. Ponnn dia suh tinggal kan jugak. Siap cakap tu, tu boleh idop lagi. Dusy!

Masuk kat tempat lain, kuar nunnn kat tempat lain.

Macam pelik je rupa aku ngan helmet separuh tu ek?

Akhir sekali, kami singgah idaman suri. Tengok2 dulu. Akhir akhir sekali, singgah di kuah. Komfemkan bilik yang dibooking esok. Dan survey barang lagi. Beli ceklat dan sudu sesikit. Akhir akhir akhir sekali, makan mee rebus yang, rasa macam mee bandung, rupa macam rojak.

Eh, tak akhir lagi ler. Balik tu singgah beli gamat.

Esok, sambung jalan2 dan shopping.

Langkawi 2009 : Hari Kedua - Beras Terbakar, BBQ Dinner


Hari kedua di langkawi ialah hari kerja encik hairul. Dia present petang, lepas pukul 5. Pagi opening dan key note. Tengahari, dia ajak jalan2 sementara menunggu ke pukul 5. Aku pon terus bersiap2. Kunun nak ambik angin kat cenang jek. Angin haper nya kalo dah panas terik cenggitu. Elok ler kiter melebarkan langkah. Tengok kat peta, ada 'mahsuri memorial'. Bukan, bukan makan mahsuri. Terletak dekat ngan airport. Aku pon cadang kan ke sana. Sampai lepas airport, non ado pon memorial nya. Musykil aku. Terlajak jalan, terjumpa papan tanda beras terbakar. Eh, kiter gi je lah ke sana.

Oh, dekat jek ngan airport. Pusing 3-4 kali, rupanya kena masuk celah2 kedai.

Ni je tinggalan beras terbakar nya.

Kisah dari gambar. Zaman legenda

Zaman kegemilangan

Zaman malapetaka

Zaman pembangunan

Terletak di depan rumah encik Ku.

Tak pepasal rumah ni terpaksa cantik sebab ada tapak beras terbakar tu kat depan umah dia.

Takde kena mengena pon rumah ni ngan beras terbakar nih

Baca sejarah lebih kurang


Kat sini pula, dikatakan selalu berlakunya duit hangus terbakar. Memang tempat menghabiskan duit pon hehe

Dapat la hasil sikit kat sini.

Balik dari situ, encik hairul terus mempresent kan dirinya. Balik dari tu, terus terjun kolam. Kat sini lah baru jumpa ngan kawan yang baru kawen aritu. Alaaa yang minggu lepas aku pergi kenduri kawen tu. Dia pon join konferen nih. Sambil2 hanimun gitu.

Pemandangan senja


Malam tu ada dinner. Aku ingat macam siri yang lepas, dinner yang formal, ucapan2, menari2, baru makan. Rupanya santai2 bbq dinner. Aku rasa sesiapa yang lalu boleh makan kot. Takde 'majlis' pon. Makan jek sampai pengsan.

Esok, jalan sakan.