Friday, 23 October 2009

Selamat Pengantin Baru, Shue!



Akhirnya, kawan ku ini sudah berkahwin dengan jayanya. Weekend lepas, aku gi kl sebab nak pegi kenduri kawin dia ni lah. Ada beberapa sebab kenapa aku wajib pergi kenduri dia.

1. Dia datang kenduri kawen aku dulu. Tapi versi umah semenchu la. Time tu kiranya kami antara yang paling awal kawen. So, sumer bujang2 lagi. Derang datang beramai2 dari kl tau. Dah lah kasik hadiah microwave oven dan periuk nasik. Tak ke rasa bersalah kalo tak buat kunjungan balas? Dia pulak jenis semua kawan kawin mesti pergi walo di utara selatan timur barat. EH, actually ni sebab kecik je kerana kenduri kawan2 yang lain pon banyak yang kami tak pergi. Sebab yang lebih konkrit ialah...

2. Dia ialah kawan se batch aku dalam pekerjaan ini. Sama2 lapor diri kat jpm, kendian sama2 masuk jpk, sama2 pegi bukit tinggi, sama2 dicampak ke ilp (aku mersing, dia kl), sama2 masuk ci@st (satu bilik pulak tu), sama2 gi induksi (pon sebilik) dan btn (pon pon sebilik gak) dan sama2 duk department ppp kat jpk sebelum aku pindah ke sini. Eh cop! Yang pegi bukit tinggi tu pon sebilik jugak hihihi. Pendek kata, kira roomate kedua ku selepas encik hairul ar kalau dikira sejak aku dah kawen hehe.

Ok, itu je sebabnya. Lain la kalau aku tak pergi, kan. Kena la carik lagi banyak alasan. Ni dah pergi pon nak kasik tunjuk sebab kenapa pergi pulak. Apa kes?

Selesai ber hu ha hu ha (encik hairul la yang hu ha hua ha sebab kawan2 yang datang sumer kawan2 uitm batch derang. geng jpk aku tak nampak bayang?) kami terus je balik. Tak larat ler nak jenjalan lagi. Aku memang takleh enjoy2 sangat ari ahad sebab ari isnin akunya kelas kul 8am. Subjek baru, banyak kena kais pagi makan pagi. Jadi, dari au5, kami terus menuju ke selatan.

Yang dulu datang bujang, sumer dah berkawen. Kecuali yang baju biru, semuanya geng uitm batch encik hairul. Aku menempel sebagai 'awek ayun' je ketika itu. So, kenal gitu2 je lah.

Kecuali yang hujung kiri dan kanan (kot?), semua pon batch derang gak. Oh, apa kaitan dengan pengantin? Pengantin adalah se batch ngan derang arrr. Aku senior sket hehe.

Balik tu, teringin pulak nak makan mee bandung. Kata, kan nak makan makanan kegemaran kan. So, kami masuk tol ayer keroh dan pegi muar. Dekat ngan jasin, ada road block plak. Panjang ar jugak. Menyusahkan betul. Sampai muar, terus gi abang sayang. Hampessss! Derang tengah nak tutup sebab ada baraan pulak di rumah. Rasa nak nangis jek. Dengan perasaan hiba, kami pon balik la. Huuuuuuuuu kempunan lagik.

Tapi, jangan kecewa sangat. Ada lagi tempat nak makan mee bandung sedap kat muor tu. Seperti di parit bulat. Pernah makan kat situ sekali, tapi dah lupa, sedap ke tidak. So, kami singgah ler di situ. Oh, kalau nak tau lokasinya, dari muar ke bp, ada 2 jambatan yang tak pernah siap bertahun2 lamanya. Ada lencongan di situ. So, kedai ni terletak sebelum jambatan yang kedua itu.

Makan punya makan, ermmm sedap. Pedas lagik. Sebelum balik, kami beli perencah mee bandung dia. Ini sudah bagus. Tak payah susah2 nak datang sini lagi. Hopefully rasanya sama seperti makan di kedai. Sampai rumah lebih kurang jam 9 malam. Penat hoh.

Thursday, 22 October 2009

Peragut Wanita Mengandung Itu

Ingat lagi tak kes ibu mengandung yang diragut kat ayer hitam kemudian meninggal itu ari? Ingat kan? Kan katanya peragut tu dah ditangkap kan. Kononnya kes selesai kan? Pastu kan kononnya budak tu asalnya budak banang kan? Apa ke benda banang tuh? Banang tu ialah satu taman perumahan kat area opis aku ni hah. Kiranya ramai ar opismate aku yang duk situ. Masa nak tangkap budak tu memang ada road block kat depan opis aku ni.

Apa point yang ingin disampaikan di sini? Ok, apa perasaan uolsss biler tau penjahat sudah ditangkap? Feh! Lega. Kan? Kira boleh menarik nafas lega la kan?

Hello!!! Orang batu pahat sekalian, sila tarik nafas tak berapa nak lega semula. Kenapa? Kerana entah macamana punya siasat tah, tiba2, budak itu sudah dibebaskan la pulak. Takde bukti ke haper tah. Ya uolsss. Lelaki itu sudah bebas di bumi batu pahat ini semula. Jeng jeng jenggg...

Aku pon tak paham. Bukan ke aritu derang cakap budak tu yang tunjukkan tempat dia campakkan beg wanita yang diragut itu kan? Cemana boleh takde bukti pulak nih? Haiyaaaaaa... Atau, sebenarnya, bukan budak tu yang ragut, tetapi orang lain dan kiter sebenarnya tak sepatutnya menarik nafas lega sejak dulu lagi.

Meh kiter gosip2 lagik. Dengar citernyer lagi, eh eh dah rupa gaya kepochi plak aku nih. Bukan apa uolsss, nak suh korang berjaga2 nih. Gini, dengar citer, budak ni dok ngan femli tau. Mak abah atuk nenek ke gitu la. Pastu, derang citer, mereka, ya mereka satu femli ni didakwa (oleh orang ramai) melakukan siri rompakan secara berjemaah tau. Katanya, nenek dia pukau, derang anak beranak yang bolot itu harta benda orang lain a.k.a rompak. Kira macam femli bisnes gitu ar. Tah, tu derang citer. Kalau derang tipu, aku pon tipu korang gak la hahahaha.

Astaghfirullahal'azim...


Lipat T-Shirt Secara Pantas

Dulu, masa duk bukit perdana, suami ku pernah citer, dia pernah tengok video cara lipat t-shirt. Tapi dia tak ingat caranya. Itu dulu la. Long time ago. Pastu semalam, sorang member aku letak video orang jepun lipat t-shirt ni kat fb. Aku pon, ingat, mesti ini video yang suami ku ceritakan dulu. So, balik semalam, aku pon yo yo o la cerita kat dia, alaaa teknik yang abang pernah citer kan dulu tuuu. Tapi, dia langsung tak ingat yang dia pernah citer kat aku benda tu dulu. Ceh!

Oh, aku terlupa, banyak memory dia yang hilang selepas jatuh motor dulu. Ini salah satu daripadanya kot. Tapi, bab karnaugh map yang belajar masa dip dulu, tak pulak dia lupa ek? Aku lak yang dah lupa. Siap leh ajar aku lagi.

Makanya, petang semalam, dengan poyonya, aku pon buat la video lipat t-shirt versi melayu untuk tatapan korang. Selamat beramal!



Kisah Tertunda Hujung Minggu Yang Lalu

Kan betul adik cakap. Berdua dengan muuu pasti lebih baik...

Tak sampai sejam pon encik hairul balik semalam, tetikus itu sudah dijumpai. Tak hilang ke mana pon, elok je duduk kat bawah meja kopi tuh. Serius! Aku dah tengok kat bawah tu aritu, memang tak nampak. You complete me lah abang hihihi...

Weekend lepas, aku pergi kl. Orang tak duduk kl, kalau sesekali pegi kl, memang cenggini. Kalau boleh, semua soping komplek nak pegi terjah. Tapi, masa tak mengizinkan. Dapat pegi 1-2 tempat tu pon dah kira nasib baik. Nasib baik ke kalo duit abis eh? Oh, tidak tidak. Tak abis banyak. Seketul lebih sikit jek.



So, hari sabtu tu, kami keluar rumah lebih kurang jam 12 tengahari. Memang niat nak lalu jalan dalam jek. Takde nak kejar apa2. Boleh cuci2 mata melihat pemandangan kampung. Memula pergi makan dulu kat bukit pasir. Kalau boleh, jalan2 kali ni nak makan makanan2 kegemaran. Selesai makan, kami terus bertolak melalui muar, melaka dan negeri 9. Sempat singgah gerai2 kraftangan buluh rotan kat tabuh naning. Mahal la jugak. Murah lagi kat nilai 3.


Papan tanda ke mana nih? Apa ada di tiang dua? Kubur?

Sampai rembau, tanya kat suami, bleh singgah rumah kawan tak? Sebenarnya takut nak tanya sebab sebelum tu dia nak singgah rumah sepupu kat muar, tapi aku takmo. Sekali, dia kata ok. Aku pon berdesup terus tepon kawan tuh, izan namanya. Ha ok ok giant, mcD, ok ok. Kompiden giler aku jawab macam tau je rumah dia katne. Alah, paling jauh pon, kalo sesat kat senawang tu, jumpa pilah. Sebelum nak jumpa pilah, dah tentu2 jumpa bukit putus dulu. Takkan sesat nyer. Oh, aku ada satu entry mengenai sesat nih.

Bila dah lepas pedas, izan call balik. Eh kak, ko tau ker giant tu kat mana? Ehehe alaaa mesti ada papan tanda kan. Aku, kalo takat cari tempat ni, ko kasik alamat je pon aku boleh jumpa la. Hahaha berlagak tuh.

Dah sampai mcD dekat giant, izan pon dah tunggu dan kami pon follow. Sebelum nak sampai rumah dia, nampak papan tanda arah jalan klinik dr sukhilmi. Saper2 yang baca blog vp tau lah ni kot. Ropa2nya, klinik baru dia ni sepelaung jaclyn victor je ngan umah izan nih.

Sampai2 je kawasan umah dia, wahhhhh ada security lagi. Wahhhh ada pancuran air berirama sentosa. Wahhhhh jakun di situ. Tak lama pon aku kat umah dia. Tapi sempat la aku wat lawatan ibu mertua. Siap naik tingkat atas lagi tau. Bilik pengantin je aku tak masuk hihihi.

Dari rumah kawan, kami terus keluar tol senawang. Sempat singgah rnr seremban. Kendian, terus lah ke ikea. Boleh? Jauh tak jauh la kan. Demi nak membeli lampu melodies, aku sanggup. Tapi apakan daya. Lampu melodies sudah naik harga lorrr. Aritu aku beli rm19 sebijik. Now, rm26.90 la pulak. Penat je aku belek katalog 2010 dia. Kalau ikot katalog baru tuh, regenya masih rm19. Jadi, kiter tunggu tahun depan la baru beli kot.

Dalam pada tu, takkan nak balik dengan tangan kosong? At least, nak la sebijik dua benda. Sudahnya, bukan sebijik, berbijik2 benda aku hangkut. Best best. Dari sana, kami terus patah balik ke nilai. Memula ingat nak tido umah abang tp, sekali dia balik ipoh pulak. Arituh dah sekali pergi derang takde. Takkan nak kedua kali pulak, kan. Lagipon, aku nak makan poktek kat bukit mahkota yeay! Isy isy isy sedap nya poktek kat situ. Kali ni tak pedas melampau. Yang peliknya, aku order telur dadar. Dan telur dadar itu sangat sedap walaupon rupanya kureng. Apa dia taruk dalam telur tu tah? Yang pasti, aku belum serik makan di situ. Good job hana! Eh, sukati aku je. Tah2 hana tu nama kucing tokei kedai tu kot. Lantak pi lah.

Kapal yang pecah itu.

Tengok ler ropa telur dadar tu, tak cantik pon. Tapi kenapa rasanya begitu enak? Telur apa nih?

Sampai rumah ngah, ada ulin ngan ila. Kawan ila yang aritu duk sesama tu dah duk kuarters/hostel. Aritu ila ternampak ada orang berdiri kat belakang rumah memalam. Tu yang dia suh ulin datang sana wat teman. Tapi memang bahaya la duk situ sengsorang. Dah la jiran sebelah tu orang myanmar. Keliling tu pon memang ramai foreigners. Tengok je la waktu terawih, derang je yang banyak. Aku pon dulu main tawakal jek duk situ. Sibbaik tak sampai sebulan aku dah dapat pindah. Sekarang ni, macam tak percaya pulak yang aku dah duduk bersama suami ku dan bekerja.

Aku pernah bekerja dan duduk asing, setahun. Aku pernah tak bekerja dan duduk sama, setahun setengah. Aku pernah bekerja semula dan duduk asing, hampir setahun jugak. Kemudian, duk sama semula, 3 bulan. Kemudian, duk asing balik, 3 minggu. Dan sekarang, barulah rasa betul2 stabil. Huh! Biarlah aku tak naik pangkat cepat2 pon. Tak larat dah nak berpindah randah lagi.

Hari Ahad tu, kami keluar rumah kul 11.45am. Gi hantar ulin kat komuter batang benar dulu. Kendian terus ke sini.


Kat mana nih? Macam pasar jer? Memang betul la. Tapi bukan pasar, tetapi jalan pasar. Watper gi sini? Alaaa nak cari door bell jer. Arituh aku dah beli kat kedai kok xin tu. Tak sampai 3 bulan aku rasa, dah kiok dah. Hampes betul. Pastu, nak beli benda alah adaport tu. Eh, bukan aku baru beli ke aritu? A'ah, memang baru beli, tapi sama jugak. 2 bijik suis dia dah kong. Memang tak berkualiti betul. Dah lah tak banyak jenama buat benda alah tuh yang aku jumpa. Tapi kat sini, banyak pilihan. Dan aku telah memilih yang sama macam abang tp punya hahaha. Yang kat bilik belakang tuuu. Aritu dah belek2 kat umah dia, macam best. Ada 3 soket 2 pin kat bawah. Dan boleh cuci mata jugak kat sini. Eh, apa makna cuci mata? Tah? Maksud aku, tengok macam2 benda ar kat sini. Baru ku tau pe benda yang dijual di sini. Best ar. Aku sangat suka tempat nih. Hahaha apa punya jiwa daaa. Orang suka ar gi pavilion ke, klcc ke, kan? Memang kompem minah karen. Dulu pernah pergi sekali masa nak beli komponen untuk buat final projek diploma. Sejak tu tak pernah pergi lagi. Pasnih, sini adalah salah satu tempat soping yang akan aku senaraikan setiap kali turun kl. Nak soping apa? Tah? Ikan pon ada jual kat sini hihi.



Wednesday, 21 October 2009

Hidup Tanpa Tikus



Hari ni masuk 3 hari aku takde mouse. Puas dah aku cari keliling rumah, tah mana dia sorok tah. Macam tikus gak pe'el nyer. Dah lah aku ni terkial2 kalo guna touchpad nih. Aku tengok encik hairul tu, laju je guna touchpad nih. Kebergantungan terhadap mouse yang tinggi kot. Tapi aku tau sebab, kenapa aku tak jumpa mouse tuh. Biasa arrr, ayat cinta standard, berdua lebih baik hihihi. Kerana, dah 3 hari jugak la aku takde, eh, encik hairul takde. Dia gi kontan. Tinggallah aku sensorang.

Eh, tak jugak sensorang sebab abang epet datang. Dia kena jaga exam kat kluang seminggu. Sekolah ada kasik bilik. Tah, bilik warden ke haper tah. Tapi kosong. Bosan arrr kan. Datang umah aku leh gak tengok tivi. So, sejak khamis lepas dia datang. Jumaat dia balik mersing. Isnin aritu dia datang lagi, sampai esok.

Kesian dia. Ari isnin aritu dia abis keje tengahari. Sekolah, kan. Nak tunggu aku balik kul 6 tuh, dia tido kat 2 masjid/surau. Satu kat kluang. Satu kat rnr simpang parit botak. Dah la rnr tu ala2 jek. Kotor lak tuh. Jadi, esoknya aku kasik kunci pintu belakang.

Pagi Selasa tu pulak, hujan lebat. Dalam 6.25am gitu, abang epet kejut aku. Aku biasa banguun 6.35am. Rupa2nya, kete dia takleh start. Aku ni ngan mamai2, nak ambik kunci kancil, terambik kunci rumah. Sibbaik ada jumper kat kancil. Biasanya, kalau dah ada pengalaman, kiter memang akan beli jumper tu. Sepatutnya AH pon patut ada benda tu satu tau. So, aku undur kancil dan kami buat jump start. Fuh! Sibbaik idop. Petang semalam, dia pergi cas bateri kat kedai tayar silverstone. Kena tunggu 2 jam. Jadi, untuk membunuh masa, satu parit raja tu lah dia round. Setiap kedai dia masuk, katanya hihihi.

Malam tadik, katanya, encik hairul nak balik. So, pukul 8pm gitu, aku call la, dah sampai mana? Boleh? Dia tak jadik balik malam ni sebab penat? Bukan masalah penat tu yang bikin hangin. Masalah tak bagitau tu. Ye ye lah aku ni ingat dia sampai kul 10pm. Nyampah! :P

p/s kiter tengok apa buah tangan yg dia bawak balik...

Tuesday, 20 October 2009

Puisi Dalam Filem Ada Apa Dengan Cinta

Tiba2 terlintas puisi yang dibaca dan dinyanyikan Cinta dalam filem AADC. Suka dengar cara dia sampaikan puisi tuh, especially part yang dia nyanyi...

bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat seperti berjelaga jika ku sendiri...

Suka filem ini!!! Enjoice!



Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........


Fakta

Seumur hidup aku 30 tahun, dan sepanjang hampir 5 tahun aku berumahtangga, belum pernah sekali pun aku beli alat untuk pregnancy test. Dan bermakna juga aku tak pernah membuat ujian itu. Ada orang, dah berpuluh2 kali wat test tu walau pon negatif. Aku ni, tengok benda alah tu pon tak pernah huhuhu. Sebab, period aku tak pernah lewat!!! Punctual dan setia macam aku jugak ek hihihi. Tetiap bulan, tak sempat nak test, 'dia' dah kuarkan keputusan siap2. Kalau awal, memang selalu lah. Jadi, aku pon tak pernah berasa berdebar2 sebab period tak datang2. Agaknya la kan, kalo tetiba period aku datang lewat 2 hari je pon aku dah gelabah kot. Tapi entah, bila la agaknya tu... :(

Monday, 19 October 2009

Gothika

Aku rasa la kan, channel axn tuh dah tayang da vincci code tu banyak kali dah. Kalau dia tayang ari jumaat, biasanya ada ulangan ari sabtu dan ahad jugak. Tapi setiap kali aku tengok, setiap kali tu jugak la tak pernah abis. Kalau tak tengok intro, tak tengok ending. Minggu lepas pon aku tak dapat tengok sampai abis jugak sebab dak nurin tu nak tengok kartun. Tapi kali ni aku dah tengok dari mula, so dah dapat ikut la jalan citer nya. Memang citernya macam citer angel and demon ar. Kena follow dari mula baru bleh paham. Nampak gayanya, memang aku kena carik dvd citer tu lah kot. Ok, dah abis membebel.

Jumaat lepas pulak, ada citer gothika. Aku memang tak pernah tengok citer nih. So, jumaat malam tu cuba lah tengok. Pon sama jugak, tak tau hujung pangkal. Hari sabtu, kebetulan aku terbukak tv kul 10am, citer tu pon baru nak start, so, aku layan ar sekali lagi. Best best best. Cemana citer nya?

Lebih kurang gini la...

Watak2: Halle berry ni ialah seorang psikiatris (kot gini ke ejaannya?). Dia sedang merawat penelope cruz. Suami dia pon psikiatris gak. Boss dia kot. Opismate dia yang ensem bernama pete. Derang ni tak percaya kepada hantu dan paranormal. Jadi, kalo pesakit2 tu citer pelik2, memang ler derang tak percaya. Si penelope cruz ni pon dah malas nak citer sebab bukannya si halle berry ni nak percaya pon.

Pada hari itu, halle berry ni nak balik rumah ke nak pegi mana tah, memalam dalam hujan lebat. Tengah jalan, ada lencongan, so dia kena lalu satu jambatan putih. Tiba2, muncul seorang budak pempuan tengah jalan. Dia cuba mengelak dan terbabas, tapi takde pape. Dia pon pergi kat budak pempuan tu dan konon nak tolong. Tiba2...

Dia dah berada di dalam tahanan hospital tempat dia kerja. Kira dia plak dah jadi pesakit. Rupa2nya, dia dituduh membunuh suami dia di rumah (pada hari yang dia jumpa budak tu tadik. balik2 rumah terus dia bunuh laki dia). Dia pulak langsung tak ingat kejadian tersebut. Yang dia ingat, dia jumpa budak pempuan tuh. Dan, seperti dia sebelumnya, kawan dia pon tak percaya la biler dia cakap dia jumpa budak pempuan tu sebab dianggap macam paranormal la. Derang tak jumpa pon budak pempuan. Tapi, dia ternampak gambar budak tu kat opis sorang doktor ni. Rupanya budak tu anak doktor ni, disyaki mati membunuh diri.

Dipendekkan citer, satu hari, dia dapat keluar dari sel dan masuk ke opis saper tah. Dia terjumpa keratan akhbar mengatakan ada sorang budak pempuan disyaki mati jugak. Dan ketika itu juga, dia nampak penelope cruz sedang dirogol. Biler dia pergi ke sel penelope ni, dia nampak penelope ni dan seseorang yang bertattoo anima sola. Tapi, derang tak percaya jugak. Esok tu, penelope bagitau kat halle yang lelaki yang rogol dia tu cakap, lepas ni adalah giliran dia pulak.

Pada satu hari yang lain, hantu budak pempuan ni datang pukul dia. Siap baling2 dia kat dinding ar. Cctv pulak tunjuk dia yang membanting diri sendiri. So, derang pon pergi la nak selamatkan dia. Time ni lah dia cuba melarikan diri dari hospital itu. Lari punya lari, akhirnya, sorang guard yang jaga kat control room ni kasik kunci kete dia dan dapat lah halle ni lari.

Dia pon balik ke rumah dia. Dan dia pon terjumpa la kesan darah pembunuhan suami dia. Kiranya time ni la baru dia dapat ingat balik apa yang berlaku. Rupanya dia bunuh laki dia dengan kapak. Lepas bunuh tu, dia berendam kat bath tub. Masa tu lah hantu budak pempuan tu kuar dari badan dia. Rupa2nya, masa dia nak tolong budak tu kat tengah jalan tu lah hantu tu masuk dalam badan dia. Pastu, dia pon menangis2 la, why me why me? Sambil tengok gambo laki dia. Sebabnya, derang takde masalah rumahtangga pon. Tetiba, ada setitik darah menitis di atas gambo itu. E'eh, dari mana datang darah nih? Hidung aku tak berdarah pon? Dia pon teringat gambo tu diambil di satu rumah di erkkkk lupa plak nama tempat tuh. Kira macam rumah percutian ke gitu lah kot. So, dia pon pergi lah ke sana.

Kat sana, dia pergi ke bangsal ala2 stor kot. Tetiba dia ternampak macam satu penutup lurang di atas tanah. Dia pon bukak ar dan ada satu bilik bawah tanah. Dia pon turun. Dan dia menemui satu handy cam. Dia pon replay ar apa ke benda yang di rakam. Ropanya, laki dia lah yang merogol budak pempuan itu. Kot. Aku tak perasan saper pempuan yang dalam video tu, tapi kalo ikut logik cerita, memang hantu budak pempuan tu lah hihi. Tiba2, muncul budak pempuan yang sorang lagi yang dalam sotkabor tu, tapi masih hidup. Rupanya belom mati lagi. Dan tiba2 jugak, muncul sorang polis, kawan baik laki dia. Tah, aku pon tak perasan cemana dia bleh muncul. Halle berry kena tahan lagik.

Kononnya, macam dah abis ar citer ni sebab dah tau yang laki dia sebenarnya yang jahat. Tapi, doktor yang bapak budak pempuan yang hantu tu citer plak, dia ada mimpi anak dia terbakar macam dalam tatto anima sola tu tadi. Halle berry pon macam pelik la, cemana mimpi doktor tu boleh sama ngan apa yang dia lihat pada badan lelaki yang rogol penelope tu tadi? Kendian, baru lah dia faham, kenapa hantu tu salu tinggalkan mesej 'not alone'. Dia bagitau kawan dia, pete, tapi pete tak percaya hantu. Dia nak bagitau la kat polis yang kawan husband dia.

So, polis tu pon datang la ke sel dia. Dia pon bagitau, mengikut ilmu psikologi dia, maksud not alone tu ialah, bukan laki dia sorang je yang buat keje tu, tapi ada partner in crime jugak. Cemana ciri2 partner itu? Orangnya diabaikan oleh ibu bapa, suka menganiayai binatang bla bla bla. Polis tu cakap, profile tuh macam sepadan dengan ku jek? Tapi, aku tak suka menganiayai binatang!!! Muahahahhahaha dan tanduk pon sudah keluar. Rupa2 eh, polis tu lah partner laki dia. Sejak remaja lagi derang dah buat keje nih. Masa belasan tahun lagi derang pernah bunuh budak pempuan. Maka berlaku lah adegan kejar mengejar di situ. Akhirnya, polis tu mati terbakar. Dan pete pon datang. Dan selamat. Setahun ke dua tahun kendian, penelope cruz pon dibebaskan.

Hahahaha aku suka ar cite nih. Tapi aku tak suka sinopsis yangaku tulis nih ahahha. Kalau aku tak pernah tengok dan baca sinopsis ni, komfem tak faham dan tak teringin nak tengok kot huhuhu. Lantak ler. Sukati aku la. Saper suh baca hihihi.


Nak Takut, Takut Lah, Tapi...

Lorrrrrr ada orang salah faham ker? Aku bukannya maksudkan akunya tu sakit la. Tapi ada sumthing jer. Nak kata sakit, memang akunyer tu sakit tiap2 kali nak period. Takde kena mengena langsung arrr. So, lupakan saja.


Ok, sambung balik apa yang terjadi ketika berjumpa doktor. Masuk2 je, aku pon terus la cakap, batuk n selesema aku tak baik2 lagi. Ni dah masuk 2 minggu. Minggu lepas saya dah datang. Yang aku pelik tu, doktor tu boleh cakap, minggu lepas doktor 'tu' tak bagi antibiotik. Hari ni saya bagi antibiotik. Bukan ke dia jugak minggu lepas tu hek? Lantak ler. Actually, last week dia tanya, hingus aku kaler apa. Aku cakap putih. Tu yang dia tak kasik antibiotik tu. Kalau hijau baru dia kasik. Tapi now memang dah hijau2 sket. Dia cakap, maybe aku alah habuk kot. Entah.

Sebelum keluar, dia kasik mc. Sebelum dia kasik mc, aku pon cakap, errrr ada lagi satu. Saya nak check saya punya ni sebab macam ada something la. Dia suh baring dan bukak br@. Aiyokkk macam nak pitam aku rasa. Punya la takut. Pastu, doktor pon tekan2 check2. Bila tiba kat sumthing tu, dia tanya, ini ker? Nak tau apa dia cakap?

Oooo ini jerawat ni. Dia kat kulit je nih.

Aku pon, oh? Tapi, kenapa dah lama?

Takde apa2 ni. Special cyst jek.

(Apa tuh? Ke aku salah dengar?)

Takde apa2 lah ni.

Takut jek?

Nak takut, takut la, tapi takde apa2.

Boleh, dia cakap cenggitu? Aku pon terus bangun dan keluar.

Hihihihihi. Gitu je kisahnya. Lega rasanya. Aku je lega. Encik hairul suh pegi klinik lain pulak. Alerrr kena takut lagi la ek? Tapi, kalau jerawat, kenapa tak sakit dan tak keluar2 pon? Pastu, sampai bila dia kat situ eh? Aku baca kat internet, kalau cyst, dia macam biji anggur, lembik dan boleh bergerak2. Aku nyer ni sebesar biji saga jek. Dan permanent. Dan memang terasa di atas kulit jek. Ok ok, jerawat. Dengar cakap doktor.

p/s terima kasih kepada yang prihatin dengan kesihatan ku.


Friday, 16 October 2009

K.E.B.A.L.


Ingat lagi kempen kebal dolu2? Sekarang dia panggil kempen reben pink eh? Tah, aku pon tak tau sangat. Yang aku tau, tiap2 bulan kena check sendiri. Tu pon kengkadang terlupa gak. Takut pon iyer jugak. Ye lah, kiter ni kan sihat walafiat kan. Kalo tetiba ada something ke haper kang, tak pepasal jadi takut.


Tapi, beberapa bulan yang lepas, sebelum puasa gitu, tiba2, aku rasa ada something di dada ku. Suspen toksah citer la. Awal2 tu, asik piiiiiiiiiiiiikir jer. Sampai takleh tido pon pernah. Tapi, nak pegi check ngan doktor, takut pulak. Bukan takut ngan doktor, takut apa yang difikirkan tu benar.

Mula2 tu aku ingat nak diam2 jek buat takde apa2. Tapi, nak sorok cemana, kan? Dah tentu2 encik hairul akan tau jugak kihkihkih. Sejak tu, dia pon sibuk la suh aku pegi klinik. Tapi tak tau nak pegi klinik mana. Klinik kesihatan ke, klinik swasta ke, klinik pakar ke, klinik wanita ke (ada ker?), klinik lppkn ker? Yang aku pulak, takut. Dah tentu2 la aku pikir the worst kan.

Dalam pada berfikir tu, aku terpikir jugak, cemana kalo apa yang aku pikir tu betul. Buatnya kena bedah ke haper ke aiyokkkkkkkkkkkkkkkk takut lorrr. Encik hairul pulak cakap, kan ada insurans, leh cover. Memang ler dari sudut kewangan dah lepas dah. Tapi, dari sudut diri aku sendiri? Camne? Pastu, mula la, why me? Why??? Pastu, remind balik, adakah aku salu makan benda2 yang menyebabkan risiko tersebut? Eh, memang kekadang tu ada curik2 makan kulit ayam. Huaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Aritu pulak, aku tertengok rancangan apa kata wanita. Dia jemput azean erdawati dan cerita pasal kes dia lah. Menurut beliau, memang beliau seorang yang menjaga kesihatan, tak tinggal senaman setiap pagi, jaga makan segala, tapi tetap kena jugak. Menurut nya lagi, maybe sebab gaya hidup beliau yang selalu stress lah yang menyebabkan beliau menghidap penyakit itu. Dengar cenggitu, lagi la aku takut weiiiii. Tu dia yang jaga makan dan senaman tu. Aku ni? Jangankan senaman, makan pon main belasah ajer. Tambah la lagi aku takuttt.

Dari sebelum puasa, membawak ke puasa, aku masih tak pergi klinik lagi. Last2 aku cakap kat suami, kiter pergi lepas raya je lah. At least, time raya nanti, kot la kalau betul, takde la aku berhari raya dalam duka kan. Nak raya sakan2 gak.

Abis puasa, masuk raya. Sampai ke hujung raya dah nih, aku tak terpergi2 jugak. Minggu pertama naik keje tu, suami ajak gi ari jumaat, aku ada audit stor. Minggu lepas pulak, kan aku ada gi klinik dan dapat mc tu kan? Pon aku tak tanya kat doktor apa2. Padahal tinggal bukak mulut jek. Balik rumah, konon petang nya nak pergi klinik kesihatan parit raja ni, tapi aku dah terpengsan lepas makan ubat plak. Memang ada dengar suara encik hairul kejut, "kata nak pegi klinik, jom la bangun." Ponnnnn aku buat2 tido jugak. Eh, bukan buat2 tido. Memang tengah tido, tapi malas nak bangun. Kononnya dengan tido tu, kira selamat la kan.

Hari, aku pergi klinik lagi. Selesema dan batuk yang minggu lepas tak baik2 lagi. So, aku ajak suami pergi klinik. Boleh je pergi sendiri, tapi takut jadi cam minggu lepas, tak tanya doktor jugak. Buang karen betul. Makanya, lepas kelas kul 9.30am, encik hairul ambik aku dan kami ke klinik nur lagi. Siap daftar sumer, aku pun menunggu la kan.

"Abang ikut masuk tak?"

"Tak yah la, ayang kan dah besar."

"Alaaaaa takut la. Dah berdebar2 nih." (kalau laaa aku pergi ni sebab nak check pregnant ke tak, kan ke best ek?)

Tiba giliran aku, Forty, Norasaiyah B.T M.D. A.S.P.A.N. Room one.

Apa punya sistem daaa. Sebut nama kau pon tak geti.

Aku pon masuk jumpa doktor. Doktor yang sama ngan minggu lepas.

Dup Dap Dup Dap...