Monday, 28 September 2009

Sebelum Cuti Hari Raya

Hari Rabu sebelum raya, suasana di opis dah pon lengang. Masuk kelas, nampaknya, kami 2 orang je yang datang, puan. Balik ler, gi tido. Jangan kan student, kami yang pengajar ni pon dah mood raya dah.

Sebelum tengahari, aku ajak member keluar. Nak gi carik tudung kat bin obod. Puas aku carik kat bazaar, takde pon kaler yang aku carik. Time keluar tu, kemain lagi lebat hujan. Singgah dulu kedai pakaian tradisional melayu. Kalo nak pakai tudung awning2 tu, kat sini ar murah2. Masuk bin obod, wallaaa banyaknya tudung bawal bling2. Tudung trend 2007 pon ada, derang lelong murah2. Tapi, tak best ar kan. Orang sekarang pakai matahari, nora danish, sulam tangan sumer kan. Manjalara pon dah out of date sket. Apatah lagi ezora kan. Wah wah sumer nama tudung aku hapal tau.

Lama la jugak aku membelek tudung2 tuh. Namun, takde pon kaler yang aku cari. Ada, tapi, batunya pulak batu ezora. Tak cantik la kan. Tapi, jumpa plak untuk baju raya ke seterusnya. Actually yang aku cari tu tudung untuk raya pertama. Dah jumpa yang lain tu, beli je lah. Batu nora danish. Sila imagine eh.

Kendian, pikir2, katne lagi ada jual tudung2 nih. Try pegi area pasar tuh. Ada satu kedai kecik je, tapi baaaaaanyak tudung. Pon takde kaler tu, tapi ada kaler lain. Beli lagi. Batu ketupat huhuhu. Kat situ, aku menurunkan ilmu menelek batu tudung ni kat member tuh. Kemain suka dia. Salu tu, asal nampak bling2 je. Now, dah pandai belek sebijik2. Jangan tertipu uolsss.

Dari situ, patah balik ke bus stand. Katanya ada kedai bertajuk alamanda. Aku pon tak pernah pegi. Ooo kat sebelah kedai sukan tuh. Tak banyak sangat tudung dia, tapi boleh la. Pon tak jumpa tudung raya pertama kuh. Kendian, terus balik opis. Dari hujan lebat, sampai la panas terik kami keluar soping. Boss takde, dah balik kampung beraya hikhik.

Balik opis pulak, member ajak pegi kuarters, beli kek serawak. Seperti biasa la, kek kak timah. Rupanya dia ada buat banyak. Konon takmo pergi la. Sekali, kak ita plak call dari sana. Kirim je lah. Aku beli yang dipotong 3. Kalau seketul besar tu rege rm65. Yang potong 3 tu dia jual rm22. Aku beli 2. Satu, jenis biasa. Dua, jenis tampal2 seperti gambar di bawah. Cantik. Dah tau rasanya cemana.


Hari khamis tu pulak, seperti yang aku cerita kan, aku tak jadi balik kampung. Hari jumaat, kononnya nak tunggu cherry kat rumah, kendian baru balik kampung. Sekali, nenek pulak jatuh sakit. Timbang sukat gedebuk gedebak, kami decided to pegi parit yusof dulu sebelum balik. Derang kat kampung pon timbang sukat jugak samada nak bawak nenek ke hospital atau tidak. Pukul 12.30pm, tengok gaya macam cherry belum nak sampai, kami pergi muor dulu ah. Kang cherry sampai, senang, ada alasan nak balik hikhik. Sekali, baru sampai sharp sri gading, orang courier tu dah call. Kami pon patah balik ke ito.

Dah ambik cherry, betul2 masuk waktu. Nak jumaat kat ito ke, pintas puding ke, parit jelutong ke, sri gading ker? Memula dah belok kiri hala ke pintas puding, sekali, berubah fikiran pulak, nak ke sri gading. Pusing balik hala ke bp. Manyak fenin lorrr. Sudahnya, kami singgah masjid sri gading, sebelah asrama sharp tu. Aku tunggu ngan nana dalam kete.

Sambil2 menunggu tu, tengok gelagat orang. Ada satu tu, pakcik ni bawak 3 orang anak. Dia parking depan kete kami. Memula dia dah keluar, tapi tak tutup tingkap. Dia patah balik, start kete dan naikkan tingkap dia. Semi auto tingkap dia tu. Masa tu tengah khutbah lagi. Kendian, time orang dah tahiyat akhir, datang satu innova ni. Tergesa2 dia masuk masjid. Tapi, aku rasa komfem tak sempat masuk nyer sebab dah nak salam dah. Aku follow je nengok dia. Bila dah salam, dia masuk kat kaki lima masjid menuju ke belakang. Tak sampai seminit, orang kuar, dia pon sama2 kuar dan terus pecut innova dia hikhik. Dua kebarangkalian. Dia malu nak solat zuhur time orang ramai2 dan solat di rumah/opis. Atau dia tak solat terus. Hopefully dia pilih yang pertama.

Pakcik yang bawak 3 anak pulak, ambik kabel jump start tu, bukak bonet dan start kete dia guna kekdah jump start kot, tapi jump kat bateri sendiri kot? Ada 3 orang budak yang menunggu bapak derang pon melihat scene tersebut dengan muka kagum hihi.

Dari masjid, kami terus ke muor. Sampai2, rupanya, baruuu je derang bawak nenek ke spital muor. Tak sempat jumpa. Katanya, doktor kat kampung tu dah check dan katanya kurang air. Ingat nak terus balik. Sekali, encik hairul nak tunggu berita pulak. Tunggu la situ sampai nenek jumpa doktor. Sudahnya, tak kena tahan, tapi kena masuk air 2 botol. Nak tunggu masuk air, lama la pulak. So, lepas asar, kami pon beransur. Jauh lagi perjalanan nih.

Tengah jalan, jumpa eksiden.


Sampai kota, betul2 masuk waktu berbuka. Terus pegi bazaar dekat kipmart. Beli air jagung (yang sepatutnya air keladi, orang tu silap bagi) dan ayam percik. Berbuka dalam kete. Ramai jugak yang buka dalam kete kat situh. Orang semenchu pon ada. Ada yang siap bawak jag air teh lagi. Agaknya dia memang plan nak buka kat kota kot.


Lepas maghrib, pusing2 dalam kipmart cari tudung lagi. Takde jugak. Kena buat decision lagi. Nak balik dan esok kuar lagi soping tudung raya pertama ku, atau sekali harung je beli malam nih. Sekali harung. Terus ler kami ke kedai kemboja. Ok ok, tahun depan takyah pening2 nak carik tudung raya. Kat kota ni, berlambak2. Dari satu kedai kemboja ke satu kedai kemboja, akhirnya, kedai hujung sekali baru aku jumpa tudung raya pertama ku. Beli sekali tudung untuk emak dan mil. Sekejap je. Tak sia2 buat keputusan untuk sekali harung.

Sampai semenchu, terus makan mihun goreng. Sebelum tido, buat terawih sekejap. Demikian lah kisah balik raya tahun ini.


Nama Saya Cherry!


Kisah bermula pada 3 September 2009. Selepas membuat survey berbulan2, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menempah benda ni. Asik survey jek, biler nak belinya? Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Ye tak? Maka, aku pon suh suami ku membuat tempahan menggunakan nama beliau. Senang sket, opis dia dekat ngan rumah. Payment pon guna cc beliau juga. Senang sket, boleh bayar bil terus dari akaun simpanan beliau.

Keesokan harinya, begini status tempahan tersebut. Ok, fine.

Tempahan diterima

Kalau ikut piagam pelanggan mereka, 7 hari dah boleh dapat. Tapi, selepas 7 hari, status di atas masih tidak berubah. Why oh why? Lalu encik hairul pon call la derang. Ada masalah payment rupanya. Mereka suh kami call bank untuk open payment. Biler call bank, rupanya, untuk pembelian >rm700, mereka memerlukan confirmation dari kiter. Masaklahnya, derang dah request dari bank pada 3hb. Sepatutnya bank yang call kami. Ni, kami yang call bank. Pulak tu, mana kami tahu yang kena wat confirmation tuh kan. Alaaa, kiter tau la awak takleh caj kiter sebab kiter bayar bil cash, takde delay2. Saper suh kasik cc kat kiter, kan?

Akhirnya, pada hari sabtu, status sudah bertukar kepada ini pula.

Alamak, 28hb bermakna lepas raya. Tak dapat la sebelum raya eh? Uhuksss keciwa. Sampai la ke hari khamis sebelum raya tuh, masih lagi takde progress. Pasrah je lah. Dalam pada tu, aku beli benda ni dulu. Seploh hengget je. Tetikus sekarang ni dah boleh guna atas permukaan transparent eh. Pastu ada butang double click pulak. Bagus2.


Benda yang sama berwarna hitam, harganya rm35++. Kenapa aku punya seploh hengget?

Hari khamis, sedang kami bersiap2 berkemas2 nak balik kampung, dapat call, esok derang nak hantar. Aiyak? Aku nak balik kampung dah nih. Cemana? Kalo tak esok, maknanya lepas raya la kan. Errrrr kiter postpone balik kampung nak? Nak buat macamana. Dah dapat isteri yang tak begitu sabar kan. So, kami postpone la. Hari ni leh rehat2.

Esoknya hari jumaat, dekat2 pukul 1pm baru dapat call. Dia dah sampai bandar u. Terus berdesup kami ke ito. Dari jauh nampak lori nih.

Kendian nampak orang nih. Dia suh cepat, sebelum jumaat.

Sign2 sikit.


Tak sabar nak bukak.


Posing dulu.


Mentara encik hairul solat jumaat, kiter bukak ler kotak dia.


Ambik gambar dia.


Taraaaaaaaaa! Hai, nama saya Cherry!


p/s ini entry pertama menggunakan cherry!

Sunday, 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Maaf Zahir Dan Batin.

Thursday, 17 September 2009

Curtain

Aku ni dah macam si limah ngan si lijah dalam drama rendang tokwan kat radio sinar tu lah pulak. Balik keje je, jenguk2 rumah sebelah, tengok langsir derang tukar baru tak hihihi. Semalam aku nampak ler, langsir dia dah ada day curtain. Sebelum ni ada selapis je night curtain kaler pink. Kali ni day curtain nyer kaler merah gitu. Night curtain dia, tah tak nampak la pulak. Nanti kiter tengok time baraan raya ek. Kepochi la pulak menjelang hari raya nih.

Kenapa aku kepochi plak nih? Sebabnya, aku pon dah pasang langsir baru ku itu huhu. Hari Ahad lepas la aku suh suami ku pasang. Tak sabo lerrr. Lagi pon terlanjur dah pinjam tangga ngan jiran sebelah, buat ler apa yang patut sekali harung. Dinding lorong ke dapur pon dah siap cat. Biler dah siap sumer, baru lah boleh buat2 berlakon ala2 terkejut tengok rumah sendiri huhuhu. Memang dah pe’el semula jadi, takleh buat apa keskeskes.

Belah malam pulak, gigih ‘kawen’kan curtain dengan sofa. Jahit sarung kusyen la pulak. Kalo aritu, aku kata cikgu pendidikan seni aku mesti menangis tengok frame aku kan? Kali ni aku rasa cikgu kemahiran hidup pulak yang meraung2 tengok sarung kusyen aku. Siap peluk2 kaki lagi. Masa form 3 kan kami kena buat 3 projek untuk kerja kursus kemahiran hidup. Satu, projek buzzer elektronik. Dua, folio. Tiga, beg kain. Aku nyer beg punya la selebet. Orang lain sumer letak span seluruh beg. Aku plak, letak span kat poket jek. Sedih tau. Takde duit nak beli span. Eh, apa kena mengena dengan sarung kusyen aku? Tah?

So, rumah aku dah siap sedia untuk berhari raya. Yeay! Sila lah datang beraya ke rumah ku uolsss.












p/s sila kutuk dalam hati eh. kalo tak aku kecik ati. memang ada kecacatan di situ, tapi aku malas nak repair uhuks...

Wednesday, 16 September 2009

Aku Bukan Jawa Laaa...

Semalam aku masak ayam kari bungol. Apa ke buruk beno nama lauk ko nih asia? Memang dah gitu namanya pon. Lepas masak, terus aku kasik disclaimer, “Abang, rasanya lauk ni masin kot. Macam terlebih taruk garam tadik.” Jalan selamat kihkihkih. Jawapan beliau, “ Takpe, gula susah nak dapat kannn.” Tah, apa kaitannya tah. Sindir lah tuh.

Sekali, masa buka, eh eh, sedap ek bang? Isy isy isy, macam kari bungol yang mak masak ek? Tak sangka la pulak boleh sedang elok plak rasanya. Aku ingat dah terlebih garam dah.

Sejak minggu lepas, suami ku dah sibuk suruh aku masak untuk balas munjung. Malas nyer laaa. Dah ler ari sabtu tu berjalan tak hingat, pagi ahad tu pulak dah penat2 kemas rumah. Last2, aku cakap, kalo tak masak rendang lodeh bagai tu boleh tak? Buat soto je boleh tak? Sibbaik boleh. Hello! Aku bukan jawa ok. Orang banjar takde munjung2 nih. Eh, ke ada? Tak kisah la. Yang penting aku tak pernah amalkan.

So, tengahari tu jugak aku suh suami ku pi beli ayam segala bagai. Dari pukul 2pm lagi aku dah kelentung kelentang kat dapo. Sebenarnya tak masak banyak pon hihi. Kasik jiran sebelah kiri kanan depan belakang jek. Eh, mana ada rumah depan rumah. Time buka, alamak… kurang masin la pulak. Takpe la. Kurang masin boleh tambah garam. Kalo dah termasin, satu hal plak nak tambah air, nak tunggu didih lagi. Tak pon, kena kopek kentang plak. Maka, sorry ler jiran2 ku.

Sebahagian daripada bahan2. (Takmo dah kasik resepi. Macam bagus jek)

Tumbuk2 kan dia

Packing timeee

Ready for delivery. Eh, sorry jiran yang lain sebab tak dapat kasik. Sendiri mau ingat ler...

Monday, 14 September 2009

Tak Update, Sebab...


Sorry folks(gini ke eja dia?)! Banyak benda nak citer. Sempat upload gambar jek. Nak menceceh, tak sempat. Berderet2 draft. Kat opis, still offline. Kat rumah, ngantuk. So, tak tau biler leh update. Good night, sleep tight!

Beli Kerepek Dan Shopping Raya

Update seadanya saja. Tak sempat nak edit2.

Hari Jumaat, balik keje, kami dah berjanji nak jumpa kat kedai kerepek. Macam tahun lepas.



Tak beli banyak pon. Belikan yayu pon tak banyak. Banyak nyer untuk mil je la. Aku beli kerepek ubi pedas basah dan kering, popia gulung sira pedas (macam baru jek), jajan bika dan kuih semprit. Untuk mak, aku beli kerepek ubi masin, pedas basah dan kering. Setahun, satu je aku beli biskut. Tahun lepas dah beli sarang semut. Kali ni nak try semprit plak. Balik kampung mesti mak buat kuih raya. Kuih wajib setiap tahun, tempeyek, kuih goyang, maruku, suji dan makmur. Semalam abang bawak balik batang buruk pulak. Eh, dahan rapuh eh nama baru dia. Nak makan macam2 kuih, pergi je beraya rumah orang hehe.



Balik dari kedai kerepek, singgah param kat simpang parit raja darat. Bahaya la tempat tu. Gerai2 kat tepi jalan parit botak tu je. Kete banyak. Kendian singgah pulak bazaar raya parit raja. Survey je dulu. Nak membeli, tak sempat. Dah dekat pukul 7. Macam2 ada di situ. Baju macam2 pesen. Sabtu pagi, aku jahit butang dan hook. Leceh jugak menjahit benda alah tu. Asik nak tukar benang jek. Nak lenjan benang hitam sumer kang, buruk la pulak.

Siap sumer, kami kuar lagi ke bazaar raya. Nak cari baju raya suami ku ngan tudung ku. Umak aiiiiii panas nyaaa macam dalam oven. Peniaga2 tu pon aku tengok macam kuih bangkit dah. Masing2 berlengas jek. Ada budak tu siap bungkus air batu dalam sapu tangan, tepek2 kat muka. Kesian… demi sesuap ketupat. Sudahnya, tak beli baju pon. Nak beli tudung, baju pulak tertinggal. Kang tak matching plak. Panas betul tempat tu. Kena pegi memalam kot.Dari situ, kami terus ke bp pulak. Memula pegi k4. Beli brooch jek. Tak macam bazaar raya pon? Macam bazaar raya cino plak. Banyak jual tshirt2 plak. Baju melayu pon tak jumpa.

So, kami terus kan ke pasar malam. Beli kebab ngan air tahu jek. Buat sahur. Waktu berbuka, kami pergi ke seri kenangan. Lepas buka, maghrib kat surau jalan kenangan.





Sepelaung je dari restoran tuh. Kendian, meneruskan misi ke bp mall pulak. Jumpa pon baju raya yang agak sedondon. Adoiyaiii… memang penat biler membeli baju ngan suami ku. Boleh tahan ‘ceweret’ nya. Sampai tercangkung aku kat celah2 seluar tuh. Balik rumah pulak, nak kena test2 pulak. Bukan kena la. Aku yang over excited bukak plastic biler balik soping. Pas mandi baru wat terawih. Ingat boleh ngelat?!?