Gathering kami telah berjalan dengan jayanya pada hari sabtu hingga isnin yang lepas. Memang fenat ya ampun la kan. Kondisi rumah telah kembali ke asal. Lepas sumer orang balik, kami terus mengemas. Tak tunggu2. Dah siap sumer, terus terbongkang.
Jumaat, 23 Januari 2009
Balik kerja, abang terus beli ayam 2 ekor. Aku lak, masuk rumah terus menyingsing lengan. Abang cuci ayam, aku lak siang bahan2. Settle sumer dah kul 9pm lebey. Ada raje lawak pulak. Sungguh tak best ar minggu nih. Tapi tengok sampai abis gak. Abis raja lawak baru kami gerak. Singgah makan pulak. Kali ni lalu hiway.
Sampai at5 dah kul 1.30am. Terus je titon.
Sabtu, 24 Januari 2009
Pagi lagi kami dah bangun. Lepas sarapan lontong yang abah beli, kami pon bersiap2 nak bertolak. Prung prang preng prong, kami bergerak lebih kurang kul 9.30am. Singgah beli pasu dan pokok bunga kertas kat kota. Lalu Kluang pulak. Dekat nak sampai parit raja, singgah lunch nasi ayam. Tapau sket untuk yayu ngan abang epet.
Tak lama kami sampai, yayu ngan abang epet pon sampai. Petang sket baru abang tp, kak uni ngan ita sampai. Malam tu, lelaki2 membakar, pempuan2 menggoreng. Sedap jugak ayam yang aku perap tuh. Ngeeeeeee... Tido lewat malam nih. Angin kuat. Kalau tido kat luar ni memang best, tapi banyak nyamuk la pulak.
Ahad, 24 Januari 2009
Pagi sarapan nasi goreng ngan jemput2. Pas sarap, terus masak lunch, tomyam campur. Best arrrr kul 12pm dah siap sumer. Kul 3pm, kami kuar gi cari bahan untuk makan malam nih. Balik tuh, terus bersiap pegi umah mak iti. Mak iti is adik abah. O ala... dekat bebeno rupanya umah dia dari umah aku nih. Tak sampai setengah jam. Tempat keje aku pon lagi jauh. Umah dia kat punggur darat. Short cut ikut rejo sari, dah sampai. Pegi tu ada urusan sket. Sempat gak dihidangkan mee apa tah. Aku kasi nama mee goreng berkuah je lah. Pastu jumpa pokok cengkih. Jakun tul. Siap ambik gambo lagi. Kul 6pm lebih, kami pon balik.
Sampai umah, terus aku membuat sos seamboat. Lepas maghrib, kami pon mula makan besar. Hehehe memang macam makan besar orang ciner jek. Makan steamboat. Nyum nyum dah tak payah gi johny's dah pasnih hihihi.
Lepas makan2, kak uni pulak nak balik. Lepas derang balik, kami pon susun barisan la apa lagi. Ermmm memang fully occupied ler umah aku harituh. Dapo je yang takde orang. Nampaknya kena beri prioriti pada projek loteng dulu lah. Tokleh beli dining table lagik. Kang orang datang, nak sumbat katner? Aku ni, beli kete pon pikir orang yang nak naik, beli rumah pon pikir orang yang nak datang. Kalo ikut hati, takde maknanya aku beli AH tuh. Baik aku sambar city ke, civic ker. Takpe lah. At least biler tiba masa ramai orang, kuar gak ayat ni
...sibbaik ada kete AH ni, leh isi ramai2.
Sedap gak ati aku. Yelah, aku duk kulu kilir bawak badan AH yang kosong tu 60km sehari. Gunanya, masa2 macam nih lah kan. Tah apa aku mengarut nih.
Sama macam rumah jugak. Kalau ikut kan kami berdua ni, boleh je penuhkan semua dengan perabot. Korang datang, tido je bawah kusi ke, bawah meja ke, dalam kabinet dapo ker. Tapi idak ler aku sekejam itu kan. Walaupun aku tak sediakan katil yang empuk setiap orang sebab tak muat, tapi takde lah yang sampai tido tak beralas toto, kan? Lagi nak komplen aku asik beli toto jek. Hehehe selimut je belum abis beli. Aku assume rumah aku panas, tu yang tak perlu selimut hehehe. So, target projek loteng ialah sebelum raya kot.
Okeh, abis part tuh.
Isnin 25 Januari 2009
Hari ni tuan rumah buat perangai. Aku bangun lambat! Ngeh ngeh ngeh. Sibbaik adik beradik jek hihihi. Tengkiu kepada kakak2 ipar ku yang sudi menjadi chef :). Tak lama lepas sarap, derang pon mula bersiap nak balik. Memula sekali ita, pastu abang epet, pastu abang tp. Last sekali yang paling jauh, yayu. Jauh sangat la kuantan tu pon.
Siap berkemas, dah kul 3pm gitu, abang ajak kuar gi bpmol. Tapi, lepas je makan, abang pon terus tertido. Aku pon, dah tengok tu, join la sekali. Bangun2 dah kul 5pm. Hahaha yang best nyer, lepas asar, kami pon kuar.
Memula gi summit. Lepas solat, gi makan kat seri kenangan. Sajer je nostalgia kan? Pas makan baru gi bpmol. Hati nak jenjalan soping, tapi penat nyer!!! Huhuhu kamek terlupa. Ingat iron lady, ropanya lembik.
Apakah akibat kepada tidak cukup tido dan penat ituh? Ya... badan aku dah panas, otot2 dah sakit, pergerakan semakin slow dan otak pon ada block sket. Simptom2 demam kekdahnya. Esok nak mc lor. Patutnya sekarang lagi aku dah gi klinik, tapi banyak tanggungjawab kena settle lor. Takpe, petang nih aku gi klinik nur okeh? Kalo malam, kul 9 baru dia start operasi. Sempat ar gigil2 aku ni kang. Huaaaaaa! Tak nak demam!
Wednesday, 28 January 2009
Kehadiran = 26 Orang
Friday, 23 January 2009
Pendidikan Seni
Aku rasa la kan, kalo cikgu pendidikan seni aku time darjah 6 tengok la benda ni kat rumah aku, mesti dia nangis terharu punyer lah. Sebab apa tau? Sebab aku sungguh tak berseni lorrr. Bukan takat tak berseni, kerja seni pon aku tak buat. Alerrr kan aku pernah citer, aku kena 'jotos' dan menjotos sebab tak buat kerja seni sebab aku cuti eksiden jatuh basikal dulu. Banyak plak tuh, mana aku mampu nak buat. Sampai aku terpaksa ponteng setiap hari isnin untuk mengelak daripada masuk kelas pendidikan seni. Akibatnya, aku banyak ketinggalan dalam pelajaran. Padan muka aku. Kerana seni, huru hara hidup ku ketika itu. Sebab tu aku ingat benda ni sampai bila2.
Hehehe walau pon benda alah kat atas ni bukan lah kerja yang memerlukan tangan berseni, tapi kira masuk kategori seni hiasan dalaman jugak lah kan. Okeh, itu jek. Banyak kerije.
Chow cin cau bandung!
Thursday, 22 January 2009
Update lah Sikit, Daripada Takde...
Pelik nyer rasa biler tak update beberapa hari. Weekend tu lain lah. Memang takde line. 2-3 hari ni hidup ku huru hara semula. Huru hara at opis jek. Aku ni asik huru hara jek ek? Macamana aku tak huru hara, bos kecik dah jadik ex bos kecik. Bos kecik baru masih blur. Biler kedua-dua nih takde, gi kursus, aku lah yang kena. Tapi biasalah tu kan. Sekurang2 nya aku dah belajar banyak perkara. Lain kali, kalo aku berada di tempat diorang, takde lah aku blur lagi. Begini lah nasib menjadi rakyat biasa yang tiba2 boleh jadik wakil rakyat. Hehehe apa yang aku mengarut ni tah.
Errr takde mende aku nak update benonya. Petang nih adik ipar ituh nak datang untuk settlekan urusan rumah sewa dan ppd esok. Pastuh dia balik la esok. Hopefully takde siapa yang akan mempertikaikan. Kalau ada pon, ada aku kisah? huhuhuhu
Okeh, itu ajer setakat nih. Sebelum tu aku nak tayang koleksi ku ini. Baru 2 tahun nyer koleksi nih. Kot sampai pencen nanti, tak tau lah beso mana lemari aku nanti. Selain ini, aku ada satu lagi hobi mengumpul. Nanti aku bongkar stor tuh carik benda alah tuh. Tak kisah la kalau hobi aku nih cikai ke apa kan. Orang kumpul botong minyak wangi mahal2 kan? Ala... at least aku ada jugak. Ko ada? Huh paranoid ke aku nih? Aiman tak kisah.
p/s psssssstttt aku nyampah la cara bercakap marlia dalam spakiu tuh. mesti ker cakap ngan slang gitu? ker aku jeles sebab tak geti speaking london cam dia ek?
Monday, 19 January 2009
Ada Masa Mata
Apa ke benda tuh? Sebenonya, ni lah lagu tok ti yang aku dah suker. Lagu oleh em nasir, lirik oleh errr @ samad kot. Satu, lagu dia macam bouncing2 gitu. Ala... standard lagu em nasir la kan. Pastu lirik dia simple tapi besar ertinya. Suka lor... Ok, jom kiter pergi ke track no. 4. Layannn...
Ada Masa Mata
Ada masa masa
Bukan dengan mata
Nak menilai rupa
Mana cantik molek dan manis
Tetapi itu kerja hati
Melihat dari pekerti
Ada masa masa
Dari sisi sama
Masih tetap jua
Pandangan boleh berbeza
Asal kan saja di hati
Sudi cuba memahami
Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidak lah kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga
Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti juga aku
Bila mengenali dirimu
Jangan kunci pintu hati
Lepas pandang sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri
Aku suka part yang aku highlight tu. Sendiri mau ingat la!
Projek D. I. Y.
Kan arituh aku beli kayu kayan kengkonon nak wat projek diy kan. Kendian abang pon beli la alatan tangan sket untuk merealisasikan impian ku ituh. Maka, ari sabtu, kami pon mula kan projek. Ecececeh... macam projek mega jek. Dan, inilah hasilnya.
Tapi lom digantung lagik. Dan malas nak wat caption. Tengok je lah ek.
Anugrah Juare Lagu Yang Tak Pernah Kiter Dengo
Hehehe sori ler peminat fyzal tahir ek. Walo pon sumer orang bersorak bagai nak, tapi kan, aku rasa, dalam 3 lagu yang menang tu, lagu anak sedara husin je yang aku pernah dengar. Apakah kerana aku tidak lagi mendengar radio erra? Sampai aku terkompius antara fyzal tahir, mit uncle husin ngan fyzal husin. Ngeh ngeh ngeh. Apa2 pon, ajl semalam adalah ajl paling keliru bagi ku. Performance memang la meletup setaraf konsert. Tapi, lagu nyer tu yang erm erm erm...
p/s ok, aku frust sebab lagu bukti tak dapat masuk ajl :(
Friday, 16 January 2009
Lentera Timoor
Lepas bunga lantana, jumpa pulak dengan satu lagi perkataan eksotik melayu. Hehe bagi orang lain tak eksotik la kot. Aku je rasa perkataan yang jarang guna ni eksotik. Lentera ni kira macam lampu la kan.
Tengahari tadik kengkonon aku nak gi duplicate kunci. Pindah bilik, kena la tukar kunci kan. Derang cakap, kedai kunci terdekat is kat bus stand. Alerrr situ kawasan parking berkupon kan. Sekejap je pon buat kunci tu. Membazir je kalo gores kupon tuh. So aku pergi k4 je lah, parking free. Lagi pon aku ada agenda lain kat sana.
Sampai k4, aku pon terus la gi kaunter khidmat pelanggan. Aritu aku pegi tapi takde nombor kad mesra. Kali ni aku dah carik dalam email, baru lah boleh mintak kad. Benonya kad mesra realrewod aku tertinggal kat kaunter k4. Dah seminggu, masa kat kelantan nak isi minyak baru aku perasan takde. Huhahuha, ada pon kad aku. Banyak gak kad orang lain yang dalam tupperware dia tuh. Masa dia nak carik tu aku cakap la, kad aku jenis kad mesra real rewod. Dia cakap, realrewod ke mesra? Aku jawab lah yang sama. Eeeeee hangin pulak minah tuh. Ye lah, kalo dia carik dalam kumpulan kad kaler merah tu, komfem lah tak jumpa. Mestilah kena carik dalam kumpulan kad kaler oren tuh kan. Ok, takpe, ari Jumaat, aku maafkan.
Dah dapat kad, baru lah aku pegi kedai hardware untuk duplicate. Mahal singgit kalo kunci soleks ori tu ek. Kalo coleks tu 3 hengget je. Pastu ternampak pulak kayu 1 x 1/2 inci. Terus beli 2 batang. Ada projek sket. Best nyer.
Dah settle kat situ, aku masuk k4 lagi. Susah betul nak carik kedai kaset/cd kat bp nih tau. Kalo ada pon, kedai ca ya alip nun, cd pon cd bahasa dia jek. Tetiba terselit la pulak album ni kat dalam k4 tuh. Hehehe terus beli. Dulu beli album dia yang lepas pon kat k4. Subang Jaya. Yang sebelumnya lagi kat k4 gak. JB. Murah singgit dari biasa. Dah tu, terbeli la benda2 lain.
Balik tu masuk kete je, terus bukak cd nih. Ermmm ok gak. Jenis2 lagu dia dulu2 jugak. Banyak unsur lagu ciner. Pastu ada pulak yang kuar perkataan 'insya Allah' dalam lagu tuh. Lagu joget pon ada bunyik2 lagu lama dia.
Now, nak ulang 10x dulu. Lama2 suka la tu.
Wira Jaya Negara
Apakah perbezaan antara Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng? Ya... mereka bukan anak beranak.
Dan sorang lelaki, sorang pempuan. Tapi kedua-duanya pemain badminton negara.
Thursday, 15 January 2009
Kontot jek...
Lawak pulak tengok drama neh. Aku ni dalam pada kutuk2, tapi layan jugak hiks. Saper tengok spakiu angkat tangan? Takde lah. Dah si melisa tu kat balkoni tingkat atas, patut cakap lah
" Lisa, baik2, jangan turun! "
Ni tak. Lagi di suruh turun.
" Lisa, apa kau buat tuh? Turun lah! "
Karang betul2 dia terjun kang, saper yang susah?
Hihihi.
Wednesday, 14 January 2009
2 Kaki
Salah satu daripada masaelah pendengar sinar pagi ini ialah
"Masalah saya, boifren saya ni anak kacukan. Tinggi dia 6 kaki 6. Saya pulak, cuma 5 kaki 2 jer. Kalau berdiri tu, kira paras bawah bahu dia jer."
Masalah ker? Bagi aku takde lah masalah aper. Tak kisah lah tu. Cuma reaksi si SY tu lah yang aku tak tahan
"Ala dek, orang lain 2 kaki je, tak heran pon?"
Ermmm... loyar buruk!
p/s untuk rekod peribadi: sijil sampai hari ini.

