Tuesday, 6 January 2009

Clubbing

Ewah ewah... abang dah pandai clubbing nampak. Tapi clubbing cara kampung je la. Sabtu lepas, derang yang lelaki ni pakat2 kumpul duit buat bbq kat pondok jaga derang tuh. Dari Jumaat malam lagi derang dah standby kan tong deram untuk membakar tu nanti. Kemain lagik. Tak ajak orang, tapi suh orang buat air.

Hari Sabtu, sebelum tengahari, kami keluar ke bp. Pengap je aku rasa duk rumah cuti2 nih. Ewahhh aritu konon tak tahan duk rumah sebab panas. Takde la... aritu kan aku dah pegi shopping traditionally. Shopping batik, tudung, mangkuk segala bagai kan. Ni nak gi shopping moden la pulak.

Memula gi k4 dulu sebab nak beli minyak masak yang kononnya seblas hengget tuh. Sampai2, non ado kekdahnya. Dah abes lorrr. Pusing2 lebih kurang, terus la kuar. Pegi bpmol la pulak. Ermmm pasni nak try gi keluangmol pulak. Dah bukak dengar nya. Boleh la orang bp makan epal beso pasnih ek. Aku ni kalo gi keluang ni satu je lah masaklah nya. Biasa la... nostalgia gitu.

Memula makan p dulu. Dah kenyang baru masuk pasifik. Ada pkad sale la pulak. Tapi benda yang aku beli takde kena mengena ngan pkad pon. Beli baju ngan suar keje abang, suar dan kasut aku jer. Sebelum balik, haus pulak. Ngengada. Macam la kat bpmol tu takde air nak dibeli. Nak jugak air tahu pasar malam. So, patah balik ke pasar malam pesta. Beli sikit makan malam untuk aku. Kan abang ada bbq malam ni. Pas tu terus balik.

E'eh, siaran axnbeyond tu ada cite xfiles la. Dah tertengok sekali, terpaksa la ikut sampai abis. Best best. Tengok citer ni, teringat kawan aku si ana. Dia memang suka cite ni. Yang paling aku ingat kitorang tengok vcd xfiles movie kat bilik kolej seroja 1. Apa kabo tah minah nih. Dah lama tak jumpa. Sejak grad rasanya tak pernah jumpa. Tapi tau la dia kat tnb muor. Kot2 dah pindah.

Selain tu, oleh kerana aku cuti panjang, banyak jugak la drama tv yang aku dah terminat. Antaranya, laila majnun dan 2 x aku mencintaimu. Yang jadi best tu sebab lagu untuk laila tu lagu search laila namamu teratas. Bercakap pasal drama ni, aku memang ikut cite kumilikmu. Malam ni ar cite nya. Yang jadi aku ikut cite ni sebab aku suka zizan nin tuh huhuhu. Aku mula minat dia time cite rafflesia dulu. Masa tu nama dia adam haris. Sekarang ni makin banyak lak dia berlakon ek. Selain tu, aku jugak follow awan dania, mertua vs menantu dan pepaya. Opssss pepaya aku tak follow eh. Tah pape je citer tuh. Baru2 ni aku suka gak tengok gelora di hati sara. Jalan citer bagus, tapi lama2 jadi nyampah lak tengok jee berlakon. Kaku kayu jek. Nampak sangat berlakon.

Ok dah.

Monday, 5 January 2009

Cuti Cuti Mesia 2008 Part Two

27hb Disember 2008

Pagi kami gi sarap kat psk. Aku makan mihun sup, abang makan mee goreng. Manis sungguh mee ituh. Lepas makan, pusing2 lebih kurang, kendian terus ke pengkalan kubor. Ramai orang, parking kat luar jek. Nanti lalu kastam jalan kaki lor. Kat sini aku beli top up pinggan korel aku. Nyesal lak beli sket jek. Tapi takpe la. Tahun depan beli kat langkawi plak. Carik yang kak ngah kirim, takde plak. Design tuh dah tak kuar kot. Atau terlampau laris sampai habis stok. Survey rege mangkuk apa ke nama nyer tah lupa pulak (yang macam periuk tuh... eh, memang periuk pon), yang sedondon design ngan pinggan tuh, rm499. Derang cakap, mana2 duty free pon sama je rege nyer. Ok, tahun depan plak. Apa lagi yang aku beli ek? Toto ngan pakacawan kot. Ooo ngan mangkuk apa tah tak tau nama. Sesuai kalo buat triffle. Pastu beli sudu sket.

Selesai sumer, kami pon melenggang kangkung kuar ngan 2 bijik toto dan seplastik mangkuk. Orang kastam tanya, apa tu? Mangkuk. Ok. Dia tak mintak tax pon hehehe. Selesai kat situ, kami pon balik. Pegi kbmall yang kembo ngan bpmall tu pulak. Jalan punya la jauh, makan kat keyefsi jek? Errr aku tak tau la nak makan apa kat sini. Kalo setakat nasi goreng paprik, kat mana2 pon ada. Nasi kerabu? Ermmm tak gemor la. Selesai makan, kami pon balik.

Belah malam, kami kuar ke wakaf che yeh pulak. Banyak bangunan baru sekeliling dia. Masa aku sampai tu baru nak bukak. So, kami makan la dulu. Abis makan, baru jalan sikit, mata dah ngantuk. Penat nyer jalan. Akhirnya, cuma dapat selai blouse ngan kain batik. Tengok tudung, dah banyak sangat, jadik tak best pulak. Balik hotel terus tido.

28hb Disember 2008

Pagi ni kuar awal sket. Semalam dah dapat satu surat cinta. Kali ni sarap kat restoran kat bawah hotel jek. Oh, kami duk hotel cikai je. Tu pasal takde brekfes. Hotel yang sama kami duduk kira2 2 tahun lalu. Lepas sarapan, terus la aku terjah psk. Datang pagi2 leh tawar banyak. Pusing punya pusing, last2 pegi kedai yang dulu salu pegi jugak. Ingat lagi makcik tuh kat kami. Dapat la rege dulu. Sekarang, anak makcik tu dah kawin dan dia serahkan kedai lagi satu kat anak dia. Laki dia pon ada kedai jugak kat situh.

Settle kat situ, dah tengahari. Lepas check out, kami makan dulu. Pegi sini mesti makan udang galah. Murah pulak kali nih. Kemudian, kami terus ke pengkalan kubor. Aik? Betul, kami gi sana lagi sebab aku nyer mangkuk tu ada sompek, tak perasan semalam. Huh! Marah la bang. I redha. Sekejap jek kat situ, dapat tukar, settle la. Hujan dah mula hari ni. Selesai kat situ, kami gi rantau panjang pulak. Jammed lah juga kat dalam tuh. Hujan pulak. Patut la banjir kat situ arituh. Hujan sikit pon air dah bertakung dalam 'rumah sesat' tu. Memang macam rumah sesat pon pasar tuh. Kat sini beli baju2 jek. Kedai tutup kul 6pm, kami pon keluar. Memang tak jumpa la pinggan kak ngah. Tak tau la, kat langkawi ada kot.

Dari situ, kami terus bergerak balik menuju ke kuala terengganu. Lalu jalan baru, ikut peta. Ok jugak la aku dalam membaca peta nih. Kami lalu pasir mah, mache (lalu uitm jugak) dan kuar kat setiu kot. Jalan persekutuan laluan 4. On the way, 2 kali kami berenti kat tepi jalan. Sekali baca doa akhir tahun, lagi sekali doa awal tahun. Sepanjang jalan, hujan. Kira satu harini hujan je lah. Rupanya nak mula banjir semula.

Singgah makan kat setiu. Kat mana tah, permaisuri kot. Sampai kt dah kul 10 lebih. Kebanyakan hotel cikai, penuh. Yang kosong cuma hotel sederhana dan cikai abis. Tengok katil pon macam tempat projek jek huhuhu (ya, derang suh gi tengok dulu sebelum check in). Memula gi serimesia. Peak rate dia dah nak sama ngan 2 malam kami kat kb. Sebelah dia ada felda residence. Manyak best ooo kalo duk hotel baru nih. Sokong ar produk felda. Untung2 dividen tahun depan 20% wahahaha. Rate ngadap bandar, rm166.50, ngadap laut rm19+. Errr sejak dah keje nih, jarang beno duk hotel bajet2 nih. Pernah ke? Paling bajet pon serimesia. Oleh kerana dah 2 malam tido bilik kecik, kami cuba la pulak serimesia. Tak berbaloi nak duk mahal2 sebab dah tengah malam. Kalo masuk siang2 ok lah jugak.

to be continued...

Cuti Cuti Mesia 2008 Part One

Panjang betul cuti aku. Dari 25hb sampai la 4hb. Ada la 11 hari kot. Naik lenguh badan aku. Apa taknya. Balik dari jenjalan, melengkor je keje nya. Tengok tibi jek manjang. Dahhh... setahun sekali je kan. Biler lagi nak berehat sepuas hati. Gi keje pon, walo pon takde keje, walo pon leh dengar redio, kena gak duduk tegak atas kusi. Mana nak sama ngan melepek atas sofa tanpa memikirkan masa depan kan.

25hb Disember 2009

Pada hari ulangtahun perkahwinan ini, kami memulakan perjalanan ke muadzam. Bertolak lebih kurang kul 11.30am, singgah makan nasi ayam dulu. Kendian kami terus kan perjalanan lalu ayer hitam, yongpeng, lam lee, chaah, maokil, labis, tenang dan segamat. Sampai segamat, kami singgah solat kat masjid segamat. Alalalala kecik je mesia nih. Tau tak saper yang aku jumpa? Bukan. Bukan mawi. Aku jumpa kawan seperjuangan aku, adiza. Dia ni kawan jpk aku. Dia kat wilayah tengah. Tapi tak lama lagi dia nak tukar keje. Dah dapat offer uitm pulak. Arituh masa induksi dia ada tanya pendapat aku pasal nih. Aku pon terus la, pegi pegi pegi! Bukan aku halau dia. Tapi aku rasa perkembangan kerjaya akan lebih baik kalo dia pegi. Kisahnya, adiza gi anto adik dia kawin orang segamat. Ooo. Tak lama aku sempat sembang sebab derang dah nak balik. Pas ni tak tau la biler leh jumpa lagik. Sebab tu kot aku dipertemukan dengan dia sekarang. Kemudian kami terus straight ke muadzam. Sampai umah kak uni pon dah kul 4pm kot. Kali ni ala2 lady's gathering la. Adik beradik pempuan je yang berkumpul. Yang best nyer gi umah kak uni ni ialah, dia salu masak ikan patin tempoyak. Nyum nyum sedap nyer.

26hb Disember 2008

Pagi ni kami rilek je cam takmo gi mana2. Dah dekat nak tengahari baru kami bersiap untuk meneruskan perjalanan. Kul berapa ek kami bertolak? Tapi yang penting waktu jumaat kami dah sampai sungai ulor la. Masa lalu bypass kuantan tu, mula la nostalgia. Dulu gini, dulu gitu, dulu dulu dulu. Sekali, tiba kat jabor, tersalah masuk jalan. Termasuk hiway la pulak. Lerrr tak dapat la sambung nostagia. Sibbaik hiway tu tamat kat sungai ulor. Cecepat carik masjid. Mentara abang jumaat, aku berjalan gi berkameh kat hentian. Jauh la jugak. Basah la jugak keti.

Solat jumaat di masjid sungai ulor

Selesai jumaat, kami teruskan lagi. Kali ni nak cari makan pulak. Kami pon berenti kat satu kedai makan tepi jalan. Sejak dulu lagi aku dah usha kedai ni tapi tak pernah singgah. Kedai gulai kawah. Dulu satu set rm5. Skang dah naik rm5.70. Kami ambik gulai satu jek, pastu share. Abis makan, jalan lagi. Singgah lagi kat geliga. Carik2 kedai yang aku pernah makan dulu. Lum bukak la pulak. Singgah je la mana2 kedai. Kebetulan plak nama kedai tu aziz satar. Agaknya nama dia aziz. Dah, dia jual satar, jadi la aziz satar. Perut dah kenyang, tapi beli jugak la buat ada2.

Gerbang negeri tganu

Beli kat warong aziz satar

Betul la, memang nama warung dia gitu

Aku bayang kan tempat ni besar macam bpmol ke, rupanya panjang

Lalu jek la

Seterusnya, kami lalu jalan lain kali ni. Kat dungun, kami masuk jalan ke jerangau. Kira lalu kuala berang la nih. Best jek lalu situ. Lengang jek. Jalan pulak waktu petang, redup jek. Tapi kalo malam takleh la lalu situ. Buatnya kete rosak tengah jalan, nayo. Huhahuha, kami selamat sampai di kota bharu tepat jam 8pm. Hujan renyai2. Terus cari hotel. Sibbaik ada kosong, walo pon bilik tu takde tingkap. Boleh la... daripada tido dalam kete.

to be continued...

Dilema

Kuuu wouwouwo diii dalam haaaaaa dilemaaaaaaaaa...

Aku ni suka tau membesar2kan perkara kecil. Kecil ke? Bagi orang lain memang la kecil, tapi bagi aku ianya teramat la sangat besar nya.

Gini, sebulan yang lalu, ermmm time aku nak gi sabak bernam arituh, in aka adik ipar aku, alaaaa yang baru kawin bulan 5 arituh tuuu, dia gi interview kat ito. Sebelum tu ada la dia mintak abang sahkan sijil2 dia ngan wife dia untuk apply keje kat ito. Masa tu aku buat don't know jek walau pon aku tau yang dia mintak keje di bawah kelayakan dia iaitu gred 17 atau spm la senang citer. In ni ada dip dari poli dan sekarang dah jadik engineer pon ngan gaji yang lebih kurang aku jugak. Sebelum ni dia dah banyak bertukar2 keje dan keje dia sekarang ni kira terhebat la bagi dia sebab dengan dip pon dia leh jadik engineer ngan gaji degree. Dan aku buat don't know jugak bila dia salu sebut pasal perkara di atas. In fact, masa aku tak keje aritu pon dia ada cakap, kawan dia yang hustler time sekolah dulu, yang pandai2 dulu, dah ada degree, pon keje cikai je sekarang. Dibandingkan dengan dia yang cuma ada dip la. Sebagai aku yang sensitif ni, dah tentu la aku terasa jugak sikit2. Memang la time tak keje dulu aku agak down. Dengar lak cenggitu, lagi la kecik ati kan. Pedulik la korang nak cakap apa.

Ok, dipendekkan cerita, beberapa minggu yang lalu, aku pon mendapat berita bahawa in berjaya dalam temuduga tersebut. Jawatan yang ditawarkan ialah juruteknik komputer gred p1t1 ft17 (kot). Oleh kerana dia background electric, tak dapat la dia lompat p1t9 seperti mana sepatutnya pemegang dip komputer. Ini bermakna, gaji dia akan jadi lebih kurang 1.1k selepas tolak kwsp. Kalo dibandingkan dengan gaji sekarang, dah terang2an la kurang lebih dari separuh kan. Dari sudut gaji tu je, aku dah tak sokong. Ye lah... dulu dia lompat2 keje pon sebab nakkan gaji yang lebih besar kan. Kalo dia bujang tu tak kisah la kan. Ni dah menanggung anak orang. Ok la, bini dia keje ngan gaji lebih kurang 1.1k jugak kat jb. Ok ok part tu aku tak kisah lagi. Pedulik la dia nak keje gaji kecik ke hape kan. Mungkin dia tengok abang dulu keje sorang, boleh je idup kan. Memang la idup, tapi dalam hati aku ni dia tau ke?

Sampai part tu aku boleh la terima lagi. Dia yang nak macam tu. Janji dia tak mintak duit aku sudah. Dan yang lebih penting duit laki aku huhuhu.

Haaaaaa tapi, yang aku tak leh terima sampai bila2 pon ialah...

















dia nak tumpang duk kat umah akuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak sukerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mencik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Masaklahnya, dia cuma cakap kat abang jek pasal nak tumpang tu. Apa, abang sorang je ke duk kat rumah tu? Tapi kalo dia tanya aku, dah komfem la aku membantah 200%. Nyibuk je. Apa masaklah aku kalo dia duk umah aku?

  1. aku rasa cam aku lak yang duduk rumah orang. tak selesa ok...
  2. aku takleh pakai baju seksi2. gilo ko opo...
  3. aku takleh duduk baring dengan apa gaya sesuka ati aku... alerrr leceh betulll...
  4. aku kena control2 kat rumah sendiri. apa kesssssssssssssss!!!
  5. tah2 aku kena bertudung lak 24 jam dalam rumah huaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! note: bini dia pakai tudung 24 jam kat umah orang tau. eh, apa kes aku kena ikut peraturan dia lak? Dia la yang kena outttt dari rumah aku kalo nak wat cenggitu.
  6. kalo abang outstation, camne?
  7. kalo femli aku datang camne? tak bestttttt...
  8. kalo weekend, bini dia datang??????? ewahhhhh buat macam hotel nampak? no no never.
  9. aku kena rajin masak? errr kena ke? pastu aku kena masak untuk dia sekali ke? kalo kuar makan kena ajak dia ke? kalo aku dinner fries ngan telur mata je boleh ke? kalo aku malas masak macamana? leceh la pulak nak pikir perut orang pulak.
  10. susah ar nak ber'debat' ngan abang camnih. kena bisik2 la pulak. huhuhu atau masuk bilik perbincangan yang kalis rindu kalis bunyi tu.
  11. aduhhh... pendek cerita, banyak la masaklah aku.
Abang kata, dulu, aku tumpang umah abang tp, bleh? Errr kak shila tu pompuan. Kalo adik pompuan nak tompang pon, mungkin aku pertimbangkan. Ni, dah la lelaki, laki orang pulak tuh. Dah comfem la selain orang ketiga, ada orang keempat pulak lagi. Huh!

Abang kata, dulu, aku tumpang rumah ngah, boleh? Aku duduk situ time orang tu dah tak duduk situ. Aku tak kacau privasi sesiapa okeh. Remember? Setiap kali ngah cakap nak datang, aku cecepat packing baju cabut balik bp.

Abang kata, kiter kena tolong menolong adik beradik. Ok, kalo tumpang seminggu ke sementara carik rumah sewa, boleh la kot. Tapi kalo lama2 atau paling worst sekali, selama2nya, ermmm... Ok, sementara bini dia dapat keje kat bp pulak. Biler? Dah apply? Dah ada interview?

Abang kata, dulu abang pernah duduk umah ngah 6 bulan, kak ngah ok aje. In pon pernah jugak. Ok, suh la in duk umah ngah kalo camtu. Boleh? Derang ada anak, mana sama lor...

Penyelesaian yang aku nampak setakat ini :
  1. Apply kuarters. Nak duduk sangat ngan adik beradik kan? Duduk la. Aku balik parit raja weekend je lalalala...
  2. Mogok. Yang ni senang. Memang akan aku buat. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu.
Apa harus aku lakukan? Tiada sesiapa bisa merubah pendirian ku ini. Muktamad.

Monday, 29 December 2008

Salam Ma'al Hijrah

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua!

Thursday, 25 December 2008

Happy 4th Anniversary To Us!

Alhamdulillah, 4 tahun sudah usia perkahwinan kami. Semoga dapat kami menemui hari ulang tahun seperti ini pada tahun2 akan datang. Semoga kami terus berbahagia dan bersefahaman serta dimurahkan rezeki. Amin.

Lagu background ni sangat menyentuh hati, lebih2 lagi time dekat2 nak kawin dulu kan? Hihihi sekarang abang dah garang sket. Aku dah semakin degil, katanya. Apa yang aku salu degil sepanjang menjadi isteri ni ek?

1. Suka lambat sembahyang dan selalu ngelat berjemaah. Kalo duit, nak banyak, pahala takmo banyak ek? Kena improve part nih.

2. Selalu ngelat ngaji sesama. Tapi baca yasin khamis malam jumaat tak de ngelat kan? Ni lagi la kena improve. Camne rumah nak sejuk camnih? Insap insap. Abang kena lebih kan doa part yang "Ya Allah ya Tuhan ku, bukakan lah hati isteriku untuk membaca al-Quran". hehehe.

3. Selalu meninggikan suara. Bukan setakat ah! jek, eh!, alah!, huh!, sumer tak boleh tau. Camne nak kasi turun suara ha???

4. Suka tuduh2. Haaa ni memang susah nak elak. Dah, 2 orang jek duk kat rumah. Kalo bukan aku yang salah, saper lagi kalau bukan seorang lagi tu? Okeh, pasni kiter salahkan jiran sebelah rumah. Tak pon semut2 kurus tu ke, kucing ker. Tak pon biawak tuh huhuhu. Okey kah?

Cukup lah 4 tu. Banyak tuuu... Lain2 aspek ok je kot.

Wednesday, 24 December 2008

Undurkan Masa

Okeh, kiter patah balik pasal weekend lepas la. Tak puas tengok gambo semata.

Hari Rabu hingga Jumaat lepas, abang pegi meeting kat melaka, meninggalkan aku sengsorang di rumah. Saper suh tak ikut? Bukan takmo ikut. Tapi time tu lah aku huru hara kat opis. Kb aku 'cuti rehat' time2 gitu? Boleh? Hiiiiiii dia tau ppl nak datang 22, 23hb, boleh dia cuti 23hb tuh? Pangggggggggg!!! Tunggang terbalik aku kat opis tuh. Nak terkucil pon ku tahan jebatttttttttt. Sedar2 dah petang, tak makan lagi. Kalo aku ni dah berpengalaman ke, ok lah kan. Boleh je aku buat benda tu. Ni baru 4 bulan. Ok, takmo bagi alasan. Tapi kan benda tu rutin setiap hujung semester. Sepatutnya derang dah tau lah apa yang perlu disediakan. Ni bila aku tanya, tak pernah tengok pon borang tuh, biasa kb yang buat. Kalo dia yang dah 8 tahun tak pernah tengok, aku yang 4 bulan ni nampak apa? Huhuhu sibbaik la aku ngan kak ita ada. Kalo tak, memang tak grad la budak2 tuh. Kak ita tu aku ingat ada la 8 kali kot turun naik 5 gi potostet. Mesin potostet ni pun satu. Time tu lah nak rosak. Heee geram! Sibbaik ada ari sabtu ahad, dapat la break sekejap. Tapi weekend tu pulak la nak balik kampung.

Sabtu, kami bertolak lebih kurang kul 11am. Sampai2 terus solat kat umah, kendian terus gi umah perantin yang jiran tuh. Pastu baru pegi rumah fendi. Kat situ pulak jumpa kengkawan di zaman sekolah dulu. Kawan abang la. Sembang sembang, borak borak, huhahuha, nostalgia nostalgia. Dah kul 4.30pm, baru lah kami bergerak balik.

Singgah beli pasu dulu. Kendian gi jb. Semalam tengok paper ada iklan epal besar tuh. Ada branch kat tesko ekstra ngan jusko bukit indah (baru bukak ari jumaat tu). So, kami singgah la tesko tu. Jauh la pulak kalo nak gi jusko. Sebelum sampai tesko, lalu kat ssf dulu. Singgah lagi. Aku kan selagi tak tau cemana keadaan kedai tu kan, selagi tu lah tak puas ati. Nakkk jugak pegi. Tu yang terbeli canister tuh. Seploh hengget je.

Lepas gi tesko kengkonon nak gi pisi fair, tapi macam dah malam. So, kami gi angsana jek. Pusing pusing sampai pening, kendian balik. Lalu jalan biasa. On the way, singgah pulak makan. Salu lalu situ, tengok jek kedai makan tu. Dah singgah baru tau. Best jugak makan2 sambil layan karaoke. Boleh tahan gak penyanyi nyer. Tapi yang last tu memang out la. Key pun salah, camno? Ada tu, 2 orang mamat ni, rupa dah brutal. Sekali nyanyi lagu set2 sofaz tuh. Mak aiii. Dah la lagu pon aku tak pernah dengar, lagu single dia duet kan. Har har harun betul la. Sibbaik ada yang nyanyi dangdut. Aku suka je lagu dangdut ni. Dia nyanyi pulak lagu yang aku suka. Cinta sabun mandi.

Kalau kaca bisa pecah, kayu juga bisa patah

Hihihi tak sangka aku suka dangdut ek? Lagu fevret aku bulan cinta sebenarnya. Huhuhu..

Hari Ahad tu pulak, tiba2 pagi2, abang mintak kemre. Nak buat apa? Tu tu tengok tu. Aku ingat apa ke benda la kan. Sekali aku nampak ekor dia jek. Huuuuuuu takmo kuarrrrrrrrrrr. Sambil2 basuh kete, abang pun slow talk ngan dia

Tempat ko bukan di sini. Elok la ko balik ke tempat asal ko.

Sopan betul la. Kalo aku dah ambik kayu jek. Heeeeeeeeeeeeeee besar macam buaya tau. Sebenarnya aku tak nampak pun biawi (nama sopan dia) tu. Aku nampak ekor je. Sekali tengok kat kemre, mak aiiiii beso nya perut dia. Macam baru lepas makan 3 ekor katak jek.

Hari Isnin, belah malam, abang ajak gi bp, nak jemput wife kawan dia kat bus stand. Katanya sampai dalam kul 9pm gitu. Kami pon makan la dulu kat johny's. Sekali baru nak panas sup stimbot, dia kata dah sampai pulak. Makan ler lelaju. Pergh! Licin ngan sup2 dia sekali.

Sejak geti tanam pokok bunga ni kan, tiap2 pagi dan petang, kena la aku menyiram. Semalam, tengah layan pokok tepi parit, fendi tu pulak lalu. E'eh, ko bukan baru bersanding ke kemarin? Bulan madu di taman wira jaya ek. Wife dia pon beli rumah kat situ, tapi fasa pertama la. Jalan 3 sana. Balik2 jumpa orang kampung jugak. Dah la deret rumah kami tu memang ramai orang kota jugak.

Test!

Test autopublish hehehe...

Virus Hej Ai Vi

Aku adalah salah seorang daripada individu yang diwajbkan menjalani pemeriksaan hiv sebelum dibenarkan berkahwin. Pemeriksaan dibuat sebelum permohonan kami diluluskan. Kenangan semasa membuat check up ni masih aku simpan dalam kotak kenangan kerana kes 'misi salamah'. Rasanya aku pernah cerita dalam blog ni dulu. Kalo ikut prosedur sebenar, pihak klinik takleh dedahkan result test tuh kepada bakal perantin. Kiter bagi envelop tu kat pejabat agama, kendian derang yang akan bukak result tuh. Kalo positif, bakal perantin akan diberi kaunseling. Tapi, mereka bukannya melarang perkahwinan. Mereka cuma menasihati. Lu pikir la sendiri...

Isunya sekarang, pemilik virus ini mempersoalkan hak mereka untuk berkahwin. Tapi mereka tidak pula mempersoalkan hak pasangan mereka untuk bebas dari virus tersebut. Ok ok aku berani cakap sebab aku sihat. Bagaimana pula dengan orang yang dijangkiti bukan kerana melakukan aktiviti tidak sihat? Tu berbalik kepada pasangan mereka la. Ko nak ke kawin ngan dia? Macam ayat2 dalam novel cinta,

"Lupakan lah aku. Kau berhak mendapat kebahagiaan dengan orang yang lebih sihat dariku. Aku rela berkorban. Aku bahagia bila kau bahagia."

Errr apa kaitannya ek? Lantaklah...

Monday, 22 December 2008

Banyak Gambar!

Pengantin baru, Fendi dan Lia. Selamat selamat selamat

Sempat la posing ngan perantin sebelum bernostalgia ngan kengkawan

Pokok fevret aku ni kat rumah jiran fendi. Geramnyer...

Yang ni perantin jiran seblok abang. Makan nasi beriani yang sedapppppppppppppp

Di jalan masuk ke felda paling ceria 2008, jumpa avanzy ni tergolek. Baru lagi kejadian nih

Akhirnya aku jumpa benda ni kat jb hihihi

Pilih je mana yang menarik di mata

Menarik di mata, tetapi manis ya ampunnnnn di lidah

Karaoke maut on the way balik. Happening nyer tempat ni walau pon kat kampung jek. Kat jalan ayer hitam - kulai

Hasil keras tangan ku. Tak gubah pon, main sumbat je bunga tu dalam pasu

Dah berjaya ditepek di dinding. Renyah nyer... Lum sempat nak deko

Terkini! Something new hehehe

Mentara takde benda nak letak ni, kiter hias2 dulu

Susun macam pasaraya pulak

Ok ok aku terpengaruh jugak ngan benda alah ni. Layannnnnnn

Special request from someone. Nakkkk jugak

Lagi benda luar jangka yang aku jumpa. Tapi memang best arrrrr kedai nih...

Hadiah dari student yang baik ati. Lelaki tau student yang kasik nih

Cenderahati dari perantin. Tengkiu fendi...

Tetamu kami minggu ini

Baekkkkkk punya landing. Atas kasut lagi

Biler ko nak kuar haaaaaa?

Aiyakkkk??? Sampai depan pintu? Dia pon baca blog aku ke? Kenapa singgah kalo tak masuk? Syuh syuh syuh!