Friday, 7 November 2008

Jalan2 Jumaat

Tengahari tadik, buat pertama kalinyer aku keluar berjalan2 ngan kengkawan opis . Selalunya, atau boleh dikatakan 99% dari hari Jumaat dalam masa 6 bulan aku kat sini diisi dengan tido di bawah meja. Ada lah jugak aku tak tido, sebaliknya aku melayan blogging.

Kami kuar 12.30pm. Sangat berdisiplin tau. Apa tak nyer. Kuar sekali ngan KJ dan ex-KB tuh. Kami kuar berempat, naik kete KJ. Kami terus tuju BPMall. Lalu bukit perdana. Owh! Mula la tu nak nostalgia tuh. Syahdu je tadi lalu tempat tuh. Sampai sana, terus park kat basement, kendian terus gi makan. Aku makan ayam percik rasamas. Makan yang set ngan fries, ngan roti bawang puteh yang panjang dan aku tak larat makan ngan coleslow. Kenyang gilos rasanya. Tapi sedap sangat. Tak pernah lagi makan kat situ ngan abang. Salu lalu pintu belakang dia je kalo nak masuk atau kuar bpmall tuh. Pernah makan sekali kat jasko tebrau city.

Lepas makan kami gi jenjalan. Ada promotion kete honnda. Derang ajak test drive next week, leh dapat free gift. Menarik tuh. Aku suka jer test drive nih. Nak beli lum tentu, so test jek la. Tengok rege sivik, yang 1.8 tuh kira affordable jek. 2.0 pon kira masuk akal lagik. Mula la ni berangan.

Kendian gi tengok laptop soni. Alahai, dah berbelah bagi lak antara soni ngan del. Masaklah sekarang, del punyer aku lum tengok ngan mata kepala sendirik lagi. Pastu baca kat site dia, ada beberapa komen negatif gak pasal del tu. Keypad panas la, kaler kat site ngan real nyer tak sama lah. Soni pon ada yang komen takleh pakai software pirate la, nanti dia salu hang. Karang last2 aku beli eser je kang. Hihihi. Dengarnya tosyiba pon ada kuar yang kaler kali tuh. Aku ni judge the laptop by its kaver je kan? Tapi orang cakap tosyiba nyer kaler kali luar dalam, tak macam del, belah luar je kaler kali, dalam kaler silver jek. Soni pon luar dalam. Tapi 3-3 ni kira performance ok sebenonya. Kalo dah gitu, kiter tengok rupa la pulak kan. Setakat nih dah kenan soni vrn cr-353 tuh. Owh! Sungguh menawan qolbu. Nak kaler pink ke gold?

Eh, dah melalut berangan plak. Pas tengok laptop, kami tengok cadar laks. Kan semalam baru cakap. Pasifik masih sale laaa. Best best best...

Jap gi nak gi bp lagi. Kali ni dating ngan abang laks. Jom johny's!

Berita Terlatest

Nenonenoneno raje petera diarah bebas ai es e oleh mahkamah tinggi. Tak sia2 abang zahid/zaid (?) resign.

* baru ni la nak tengok wiki apa ke bendenyer habis kapus tuh. Oooooooooo

Sepakat Membawa Berkat

Suami ku itu sangat suka wat seprais. Pastu buat2 terkejut ala2 dia pon turut seprais. Nyampah. Tengok jelah gambo kat bawah nih. Bila zaman tah aku setuju nak pasang awning secara berjemaah ngan jiran sebelah nih tah. Memang lah ianya lebih cantik kalau dijamakkan ngan rumah sebelah tuh. Tapi kannn... takde dalam bajet lorrr. Huaaa takleh lah sopping2 cenggini.

Jiran punya tuh dah siap pasang minggu kenduri kami lagi. Dia pasang kat belakang umah sekali.

Tetiba balik pd aritu tengok dah ada.

Think positive je lah. Dia takut aku kena hujan biler bukak pintu pagar tu kot. Bole laaa... Sayang jugak dia kat is3 dia yang kuat merajuk dan garang nih ek. Hikhikhik

Thursday, 6 November 2008

Batik


Semalam dapat kain, malam tadik dah potong, arini tengah jahit mata lalat. Aku kalo baju yang bukan aku pilih ni memang tak sayang sangat. So, leher pon jahit mata lalat jek. Takde tulang belut okeh? Anyway, time kasih la kelab ek. Walau pon corak nyer very the classic dan bukan nyer ori batik painting, terpaksa lah aku menyiapkan nyer jugak. Nak pakai masa hari Q 20hb nanti. Aku ni dah lah boikot batik print nih, terpaksa pakai plak, rasa macam meludah ke langit jek rasa. Uhuk uhuk...

Nak Pergi Mana Ek?


Gambar ni memang takde kena mengena dengan tajuk. Aku sebenarnya teringin nak gi jenjalan lor. Cuti2 mesia. Tapi kan, aku bukan nak cuti2 yang korek2 pasir pantai atau berenang2 dalam kolam. Bukan jenis cuti2 snorkeling atau mandi laut. Time kat pd arituh, aku tengok ramai betul orang ari sabtu. Kolam renang tu kira penuh la ngan manusia. Aku terpikir, boleh pulak derang ni gi cuti2 kat pd ni dalam masa 2 hari weekend nih ek? Datang ari sabtu, ahad balik. Balik tu kalo dekat takpe. Kalo jauh? Penat. Esok tu dah keje. Pendek citer nyer aku takleh lah membayangkan gi bercuti pada hujung minggu cenggitu. Nak gi kalo, at least 4 hari cuti. Kena ambil kira hari bertolak dan balik juga. Takmo lah pegi bercuti konon untuk berehat, tapi berakhir dengan penat. Tu pasal la aku sangat jarang pergi bercuti.

Lantaran itu, aku kena berfikir semula tentang perkara ini. Dah lama sangat tak kuar dari batu pahat ni berdua. Jadi, dah tiba masanya untuk kami plan (baru plan tau) untuk ke mana2. Oversea, lum dalam fikiran lagik. Kalo boleh takmo la duit abis atas jalan jek kan. Masaklahnya, aku takmo cuti2 kat pantai, gunung, bukit atau tasik. Aku nak pergi shoppinggg!!! Macam banyak duit la pulak bunyik nyer kan? Tak tak tak banyak pon. Aku bayangkan, cuti kat pantai, ngadap laut doplohpat jam. Pastu mandi2 sket. Pastu? Rasa tenang tengok matahari terbenam? Huhuhu sungguh la not me. Bukan aku nak shopping apa benda pon. Cuma nak cuci mata jek. Kalo dapat gi langkawi ker... leh gak top up pinggan ke, periuk ke, sudu ke, senduk ke. Kalo gi kb, leh gak beli batik banyak2, tudung ezora ke, bella ke, nora danish ke, toto ke, pinggan ker, periuk ke, apa2 lah. Aci tak kalo aku gi kl jek? Banyaaaaak tempat bleh shopping kan? Paling penting gi jalan tar lah kan. Pastu cuci mata tengok barang hiasan rumah ker. Isy, orang kl dah muak dah agaknyer benda2 nih. 3 bulan lebih tau aku tak gi kl. Bosan ar asik bpmall jek. Karang square one tu bukak pon mesti balik2 kedai yang sama jugak. Huaaa nak gi mana nih???

Esok nak pekena johny's la. Baru bukak kat belakang telecom. Baru tak baru lah.

Accessories

Dalam kursus arituh ada gak diselitkan bab2 protokol. Menurut penceramah tuh, untuk acara rasmi dan formal, kita bleh pakai 5 unit (tah apa ke penjodoh bilangan yang sehsuai) aksesori jek. Sorry kalau aku tersalah bab acara tu. Tapi yang pasti 5 unit tu memang betul. Tapi malam tu penceramah tu tak ler ikut protokol. Bukannya kursus tu formal pon. Tapi kan, dia nak juga tunjuk yang dia mematuhi prookol tuh. Siap pusing belakang nak tunjuk yang dia pakai pin jek kat kepala menggantikan brooch. Kami kat belakang ni dah tersengih2. Saper nak cakap? Shu pon tanya," errr rantai tu?" "Rantai tak nampak," kata dia. Dia terlupa yang sejak dia datang, benda pertama yang catch bijik mata kitorang ialah rantai panjang aras pinggang dia tuh. Huhuhu kan dah malu...

So, aku pon nak check diri sendiri gak. Walau pon lum ada acara sedemikian, bleh gak aku jadikan panduan di masa depan kan. Jom tengok, aksesori apa yang aku pakai;

Brooch mestilah pakai kan. At least 2 mesti nampak, satu kat bahu, satu kat leher

Tangan kiri aku kaler silver. Kat jari ada 2 bentuk cincin. Satu cincin tunang, satu cincin booking (hehehe saje2 beli time study dulu). 2-2 emas putih, bukan platinum laaa gua sengkek maaa

Tangan kanan kaler gold. Di jari sebentuk cincin risik, di pergelangan tangan seutas gelang nikah

Cincin risik. Sempoi jek. Kalo kawin lambat mesti aku mintak lagi mahal ek?

Satu lagi di tangan kiri, kaler silver gak. Jam hadiah besdei ke 22. Aluminium, sama ngan jam abang, tapi jam abang tajuk swatch. Beli ngan gaji pertama abang keje hitachi ek?

Kalo masukkan brooch kat leher dah 7 unit. Dah tak ikut protokol dah. Nak tambah? Aku ni jenis tak teringin nak beli barang kemas. Lepas kawin cuma beli anting2 jek. Tu pon sebab orang cakap kalo tak tindik, nanti dah mati jadik apa tah, aku pon dah lupa. Rantai memang tak pernah ada. Sebelum ni aku pakai rantai silver, zaman2 study dulu lah. Lepas putus, aku tak pakai apa2. Tahun lepas aku pakai rantai pearl. Bukan ori pon. Orang bagi balik aji. Lepas putus time btn arituh, terus kosong leher ku. Pernah gak abang ajak beli rantai. Ye lah, kengkadang time raya tu ada gak orang cerita2 pasang barang kemas nih kan. Tapi aku ala2 takde perasaan jek. Remember? Aku mata duitan, bukan mata emas? Huhuhu...

1 Kecelakaan, Pokok 2, Bongkok 3,

Eh eh, kenapa nih? Simpang bandar u depan sekolah

Agak2 idup tak? Aku memang dah tau dah simpang tu memang bahaya. Memang selalu motor main masuk je walau pon ada kete lori kiri kanan. Kena ada trafik lite nih. Ada jejantas untuk pedestrian jek. Sebelum tempat ni ada selekoh. Arituh ada satu kete dari depan terlebih bearing, termasuk lane aku. Kecut perut say...

Sebaldi kecik air untuk menyiram pokok

Serai ni macam layu di hujung mekar jek

Sebelum ni pucuk nih ketot jek. Now dah panjang. Dah nak kuar daun dier.

Asalnya yang aku tanam part yang yang serabut belah kanan tu. Kan nampak macam tak bernyawa jek kan? Tetiba dia tumbuh 2 sekaligus. Haaa jangan tengok orang takde mata...

Alahaiii hidup la buluh oiii. Makin hari makin tunduk je aku tengok.

Lily. Tak berapa suker bunga nih. Kesian dia kan?

Anak2 pokok bendi gajah. Saper2 nak boleh lah datang. Aku nak sepokok jek. Kalo lebih2 aku cantas jek.

Abang main tabur je benih dia, mana tak melata tumbuhnyer...

Pondok berbelang. Aku ingat memang kayu tu warna tu sebab derang pakai kayu terpakai. Ropanya derang cat. Hihihi apa relevannya kaler belang2 tuh ek?

Ni la pokok limau purut yang aku citekan tuh. Kan sememeh (macam 'memey' bunyik nyer hiks) je rupanya kan.

Memula aku pikir, cemana la nak lap kat bahagian bawah cermin tu? Dah berhabuk sket. Ooo rupanya besi bulat tu ala2 vakum untuk menetapkan kedudukan cermin tu. Maknanya cermin tu boleh diangkat dengan cara menyeretnya ke tepi. Kalo ke atas memang takleh angkat. Ooo jakun nyer...

Semalam pulak, kat satu jalan, ada sorang pakcik (or apek) nak melintas. Dia ni bongkok tau. Bongkok 3, 90 degree gitu. Dah tua, so aku assume pandangan dia pon dah agak kabur. Time tungu nak melintas tuh, dia boleh pulak berdiri atas jalan. Bayangkan kereta, motor yang laju2 nih, tetiba ada pakcik bongkok 3 kat tepi jalan, ngeri lak aku rasa. Yelah, bila dah bongkok tu, mestilah separuh daripada badan dia, dari pinggang ke kepala dah ke depan sikit. Nak tengok kiri kanan pon kena angkat kepala sket kan. Kesian aku tengok. Bahaya pon iyer. Uisyyy bahaya bahaya.

Wednesday, 5 November 2008

Cadar?

E'eh, cemana aku boleh terlupa bahawa sekarang nih aku dah boleh memiliki cadar beropol2? Bukan kah salah satu spec katil yang aku pilih ialah bukan jenis platform aka japanese style supaya aku bleh pasang cadar beropol dengan bergayanya? Ada jualan hebat ke sekarang? Tau je lah aku ni. Kalo gi soping2 tuh, balik2 tuju area cadar, henbeg, cadar, henbeg. Bukan membeli pon. Saje suka tengok. Apesal la henbeg aku ni tak nampak buruk ek? Takleh nak justify keperluan untuk membeli yang baru. Ngeee... Cadar pulak baru je pakai yang baru time masuk rumah baru arituh. 2-2 yang baru dah pakai. Apa alasan aku nak beli yang baru?

  1. nak yang design ropol. selama ni semua fitted.
  2. nak yang plain pulak.
  3. nak sarung bantal plain macam2 kaler untuk matching kan dengan semua cadar2 lama. Sebab nyer, kalo macam sekarang nih cuma ada 2 bijik sarung bantal jek dalam 1 set tuh. Kalo letak 4 bijik dah kena campo2 sarung.
Selain daripada itu, ada beberapa projek menyusahkan diri sendiri yang mesti dibuat dalam waktu terdekat
  1. top up kekabu dalam kusyen gabak.
  2. buat kusyen untuk katil sebab aku tak suka guna bolster. campak dia kat bilik belakang!
  3. jahit kepala langsir munge2. bila nak mula???
  4. jahit baju seragam batik, wajib pakai 20hb nov!
  5. jahit baju opel. nak pakai raye haji.
  6. ni lagi satu menyusahkan diri, ronda2 carik lampu berdiri.
  7. carik tempayan ala2 tempayan orang dulu2 letak air basuh kaki tuh.
  8. tebang buluh. kena baca2 dulu ker?
  9. carik pasu nak tanam pokok limau purut. buruk je rupa dia duk tepi paip depan umah tu ngan polybag. sian ko.

Testing!

Takmo bagitau sebab apa aku membuat ujian nih. Biar sorang jek yang tahu ek. Jangan bagitau kat orang tau!

Badi dan Kurus

Sorang kawan aku ni, ct namanyer, memang la kena badi orang mengandung. Kursus minggu lepas tu kira 3 kali dah dia sebilik ngan orang pregnant. Kalo aku tu, harus dah stress tuh. Dia lak, lum kawin pon.

Kelako lak dengar radio pagi tadik. Sinar. Ada sorang ni anto sms, masalah dia ialah;

... Seblom nih dia kurus. So, dia makan la sesuatuh nak naik berat badan. Masaklah nya sekarang, dia asik nak makan jek. Tu lum masaklah lagi. The main problem is, gusi dia sakit sebab asik ngunyah jek. Now, dia dah takleh makan. Hihihi ada pulak.

Aku ni jenis pemakan, kalo kena pada masa, tempat dan makanannya. Time raya arituh, memang la aku yang mula2 sampai dan last balik. Apa kata orang? First in last out? Gitu lah. Tapi bile time keje, memang la aku kurang makan. Atau boleh aku katakan malas makan. Kalo dah sarap, malas nak lunch and vice versa. Cemana nak naik berat badan ek? Kalo nak harapkan weekend, baru nak naik, ari minggu dah turun balik. Camno?