Semalam abang bawak balik bubur lambuk 2 bungkus. Fuh! Tak yah masak. Baru ingat nak goreng mee. Sepanjang bulan puasa ni aku rasa cam takde rehat jek balik keje. Sampai rumah, kalo tak masak aku mengadap mesin jahit. Lepas buka gi sembahyang 'rehat2'. Hihihi ada orang cakap, tak de jumpa lagi tarawikh lebih express dari surau parit jambul ni huhuhu. Kul 9pm dah abis 8 rakaat. Balik tarawikh terus ngadap mesin lagik. Paling cepat tido kul 10pm. Kalo mesin ok (baca:mood ok), drag ke pukul 11pm. Pastu pepagi nyesal tido lambat sebab ngantukkk lor... Biler siang2, azam malam ni nak tido cecepat, tapi tak jugak. Abis, baju raya aku tak siap lagi!!! Huaaa tensi nyer. Takat baju je dah siap la 4 lai. Tapi kain nyer lum pasang getah lagik. Ada 2 kain lagi lum jahit. Sembat tangan ngan bawah baju ada lagi 2 lai. Kesimpulannya baju raya aku 6 pasang. Hehehe macam bebudak lak baju raya bebanyak nih. Yang lebih2 tak sempat siap tuh aku bawak ke raya aji je lah. Kalau ikut pengalaman tahun lepas, baju raya 4 pasang dah ok. Tu pon ada yang berulang pakai. Oleh sebab aku cuti sampai raya ke 5, confirm cukup lah tuh. Sakan!
Oh, lupa nak cite, semalam malam hujan sangat lah lebat beserta ribut (menurut cite abang la, aku langsung tak sedar). Sepanjang jalan gi keje banyak pokok patah dahan. Sampai opis, 2 bijik pasu besar pemeluk berisi tanah dan pokok setinggi aku, tumbang dan salah satu daripadanya pecah lagi. Maknanya memang kuat lah ribut tu kan. Nape aku leh tak sedar ek? Alasan di perenggan pertama boleh dipakai kot.
Satu lagi yang lupa nak cite is pasal kerepek raya. Kat opis aku ni ada rombongan gi kilang kerepek tau. Jumaat lepas. Tapi aku tak ikut. Sebaliknya aku gi jugak kilang kerepek, tapi ngan opismate. Jumaat tu ex-kb aku ajak gi ngan kj. Haiyaaa ini orang batu pahat pun tak tau katne kilang yang glemer tuh. Memula kj ajak gi azharfud, takmo gi noorayikin sebab jalannyer kecik. Pastu teringat pulak azharfud tu tepi jalan besar dan susah nak parking. So kami gi noorasyikin la pulak. Nak gi noorasyikin tu lalu salleh gak, tapi aku pernah pegi situ dulu, bersepah2. Tak best. Kami gi tu naik vios. Bila nak motong kancil, ex-kb aku tu teragak2, muat ker muat ker? Hehehe jalan tu laluan aku setiap hari la. AH pun leh motong lori hantu, takkan vios tak muat potong kancil plak kan...
Kat situ aku beli kerepek yayu je sebab aku dah janji nak dating ngan abang petang tuh. At least aku leh survey2 dulu kan. Kalau dulu rasanya kedai ni banyak kerepek berbanding kuih biskut. Tapi sekarang dah terbalik kut. Biskut raya punya lah banyak. Eee memang banyak giler lah. Macam2 pesen. Dan yang penting, semuanya nampak menyelerakan. Sebagai jalan selamat, aku memilih untuk tidak membeli biskut2 ituh. Nak makan kalu, gi je beraya umah orang. Hehehe. Aku suka kuih apa? Paling suka sekali kuih goyang aka kuih ros. Kedua kuih sarang semut. Ketiga kuih semprit. Keempat dodol. Kelima maruku mak. Keempat errr dah.
Balik dari situ, kami singgah rumah kak ita. Saje je lah nak tengok dan bayangkan apa yang dia cite2 kan tu. Umah dia kat taman jasa yang aku kunun tak jadik beli dulu tu. Kat senggarang. Tapi yang kak ita beli tu 2 tingkat. Memang besar betul umah dia. Puas ati lah. Sesuai lah dengan anak 7 orang kan...
Belah petang, jumpa abang kat noorasyikin. Beli kerepeks ngan kuih sarang semut yang aku suka tuh. Dah makan pun malam tadik. Nyum nyum.
Jumaat lepas jugak, abang gi pulang kunci rumah sewa. Time abang datang tu makcik gedik takde. Tapi, time nak balik, dia balik pulak. Cis cis cis. Siap kasik pisang salai plak tuh. Apa aku nak buat ngan pisang tuh ek? Kalo ikut kan memang lah suka makan pisang salai nih. Tapi... Kalo kasik kat bakal penyewa baru dia aci tak? Kasik dia impress ngan kebestan bakal landlord dia. Abang nak bawak balik kampung jek. Ermmm sedekah kat surau pon ok. Hiii aku ni memang teruk tau. Aritu dia kasik keropok lekor la durian la, macam2, sumer aku tong sampah kan jek. Huhuhu sungguh kejam. Tolak rezeki ke nama nyer? Ah, pedulik apa aku. Dah, dia still sms n calling lagi, mana aku tak hot. Malam tadik, bagi sms, rindu lah sayang. Uwekkkkkkkkkkkkkkkk tak pepasal batal pose kang. Kalo cite pasal makcik gedik tu lebih2 kang kurus lak pose aku. Ignore je lah. Dah takde kena mengena. Oh, lagi satu, dia tak pulangkan deposit setengah bulan ngan deposit api air tau. Rugi lah bil api air kami tak sampai 100 pon walau 3 bulan tak bayo. Tapi deposit setengah bulan tu RM180 tau, leh wat duit raya. Kalo aku tak halal kan (saje tanya, tapi memang tak halalkan pon) camne ek? Tak pe ke?
Semalam, bangun pagi, abang cakap sakit dada. Alamak! Ingat biasa2 jek. Kendian abang gi klinik. Dr check2, cakap normal je. Cuma, maybe otot2 tu terkejut. Aritu kan pindah2 keje berat, tetiba berehat. Kena lak tido sejuk2. Kalo mak tau ni, mampos kena marah. Sedang kan angkat barang kecik2 pon mak tak kasik. Dah setahun eksiden tu, tapi mak still tak kasik wat keje berat2. Tapi aku? Sian dier... Pagi ni dah ok. Alhamdulillah.
Petang semalam tilam dah sampai. Masa order tu dia cakap yang kami nak tu murah sikit, takde jahit (apa ke nama jahitan tu, time buat beg form 3 dulu ada buat. alaaa yang ada span, pastu jahit atas dia tu). Pastu kena order dulu kat kilang. Sekali biler sampai, dia kasik yang ada jahit 7 inci. Rege kalo kat sunli tu 400, tapi kami bayar harga yang lebih murah. Yeay! Marketing bagus lah kedai 497 tuh. Rasanya dia malas nak order kot, tu yang dia kasik je tilam yang sedia ada dalam stok. Plus dia janji nak bagi sebelum raya. Agaknya kilang tak sempat hantar sebelum raya kot. Lantak lah. Yang penting tilam tu nampak mahal dan best. Aku saje beli tilam foam sebab tilam spring ni kalo cikai2 nyer mesti lama2 rasa spring dia. Kalo vono memang la sedap tido (hehehe camne lah aku tak kuat tido, tilam best...), tapi rege plak 2 kali ganda. Takpe lah. Bukan selalu pon orang pakai tilam tu. Sesekali je orang datang.
Oh, hari ni last aku keje sebelum raya. Esok aku dah cuti. Cuti menjahit namanya. Nak kemas rumah lagi. Kelmarin dapur aku dah siap. Dah ambik gambo, tapi kemre tak bawak. Boleh? Lagi pun, tingkap masih lopong, tak best ar nak letak gambo kat sini. Nampak janggal jek. Balik kampung ari Sabtu, singgah beli blind kat kota kedai arituh.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa yang pernah, sedang dan akan singgah blog ni. Maafkan juga seandai kiranya ada kata2 aku yang menyinggung perasaan atau membuatkan rasa meluat dan menyampah. Kalo tak suka jangan singgah. Kenapa singgah kalo tak masuk? Eh macam lagu pulak. Nak masuk ke mana plak dalam blog ni kan? Okies, itu jek. Hati2 di jalan raya!


Thursday, 25 September 2008
Sakit Dado Den
Wednesday, 24 September 2008
Gegirl Keliru! Dilema Di Malam Raya
Ramai orang kawin lain negeri, mungkin pernah mengalami kekeliruan semasa memasak di malam raya (hari2 lain pon kekadang berlaku gak). Aku turut tidak ketinggalan dalam kes ini. Eh, ke aku sorang jek yang alami cenggini ek?
Aku kan kawin satu negeri, satu daerah, satu zon kan. Tapi aku berdarah banjar, suami ku berdarah jawa. Dan walau pun aku berdarah banjar, mak tiri aku berdarah malbari jugak. Makanya di sini, kalo soal memasak memang la lain2. Memang lah lain tangan, lain rasa makanannya. Sedangkan jiran sebelah rumah pon masak lain dari kiter kan. Tapi, cara memasak tu yang mengkompius kan aku.
Kalo kat umah mertua, derang masak lodeh, sayur tu di potong beso. Kat umah mak, potong kecik2. Tak pepasal kena bebel sebab potong kasar2. Kat umah mertua, sangai kelapa kerisik lite2 jek. Tak sampai coklat kaler nyer. Kat umah mak, kerisik mesti coklat2. Ia memberi kesan terhadap kaler rendang tuh nanti. Kat umah mertua ketupat 'ganal2' dan agaks lembiks. Kat umah mak, abah yang buat, comel macam anak2 nyer (hihihi relevan ker?) dan agak kental.
Apa masalah nyer? Takde masalah pon. Itu time baru setahun dua kawin lah. Sekarang dah tau, takde lah masalah nyer. Apa lah yang aku mengeradau nih...
Bisik-Bisik
Kasut2 raya ku. Kasut keje sebenonya. Macam lah nak beraya ke mana.
Kenapa aku suka kasut kaler nih? Aritu kaler ni jugak.
Ni sandal pertama aku tanpa penahan celah jari. Ni mesti kaki aku akan ke depan nanti. Tapi, oleh sebab design dia ala2 klasik, aku pon beli.
Tajuk entry semalam sebenarnya ada kena mengena ngan tajuk arini. Ada pon kat parit raja tu ada satu restoran baru, bisikbisik restaurant and cafe namanya. Kenapa dia pilih nama tuh ek? Masuk situ takleh wat bising kot?
Semalam kami berbuka di situ. Kawan2 abang la ni punya plan. So, balik keje semalam, aku terus mandi siap2 nak ke situ. Alah, tak sampai 5 minit pun dari rumah aku. Sampai kat situ, ramai nyer orang. Dah gaji kan. Bonus lagi.
Dah time buka, kami pon makan lah kan. Adusss sedey nyer. Nama je buffet, tapi takleh nak menambah. Sebabnya, ramai sangat orang dan makanan sudah pon licin pada round pertama lagi. Agaknya dia pon tak expect orang leh ramai hari tu. Makanya, kami balik dengan rasa frust lah jugak. Cam tak berbaloi gitu. Huhuhu sungguh kuciwa. Dah lah tak kenyang, takde pulak makanan lebih untuk moreh or sahur. Pagi tadi sahur telor mata je. Sedap jugak! Eh, bukan makan nasik lauk telor mata tau. Makan telor mata ngan sos cili jek. I like! Kalo cicah sos tomato mesti aku nostalgia zaman kanak2. Pon sedap jugak.
Ni lah sup tulang merah yang aku war-warkan ituh. Ketuk2 sikit, kuarlah isi tulang tu. Fevret ku...
Selepas selesai digigit oleh ku. Bersepah pinggan ek. Tak senonos nyer makan.
Ayam percik biasa jek yang ada.
Errr ni gambo kat kedai kerepek kat simpang parit raja. Aku ambik gambar ni sebab feremfuan tu selamba jek 'merasa' kerepek itu di khalayak ramai. Tau lah uzur kan, tapi sorok2 la sket. Dua orang plak tu yang buat tuh. Hehehe mak saper lah nih.
Tuesday, 23 September 2008
Pssst...
Alamakkk dah dekat kul 5pm tapi lum update blog. Leka baca blog seseorang. Apa nak cite ek? Semalam balik lambat sikit sebab minggu ni aku bertugas. Kena check keselamatan, pintu kunci, lampu, ekon dan kipas padam. Tak lah lambat mana. 5.15pm dah punch out. Balik2, terus nampak katil double decker kat luar. Sunli ni memang tau. Nak hantar barang main suka ati mak bapak dia jek. Dah cakap takde orang kat rumah pon dia hentam letak je kat depan. Kalo 497 tu bagus. Nak datang tanya dulu, biler. Dah siap pasang mintak sign 'received'. Ker sunli tu tak amalkan iso 9002? Rasanya 497 tu pon takde gak, tapi still bleh maintain relationship yang baik dengan customer.
Pastu, aritu kami beli tilam ngan 497 tu pon pakai order mulut je, takde bukak sale order. Dia takde stok, so kena order dulu. Tak bayar deposit bagai. Bayar biler dah hantar nanti jek. Alah... bukan kami nak lari ke mana pon. Lagi pon aritu kami bayar semua cash kan. Nak kawtim pon senang. Tapi sofa dia tak banyak pilihan. Rasanya kena carik sofa kat bp lah kot. Sunli nyer design ok sebab kilang dia buat sofa, jadi bleh mintak apa yang kiter suka. Cam 497 kilang dia buat set katil. Tu yang kami ubah2 design katil kami arituh sesuka ati. Tapi, berdasarkan pengalaman, takmo lah nanti sofa ku dicampak di luar rumah tengahari buta kan. Sape nak curik? Manusia... mana kiter tau. Pulak tu kena bawak masuk sendiri. Huh! Tak koser. Cam aritu, tv kabinet tu kami angkat berdua. Nak terberi aku dibuatnya. Berat nak mampos!
Ok, sambung cite katil. Petang tuh kami sempat pasang katil tuh. Alih sikit almari tu kot lain sebab tak muat nak solat jemaah 2 orang. Lepas alih tu bleh la solat 3 orang pon. Nak menyenangkan orang.
Semalam abang beli makanan buka kat bp. Akhirnya dapat gak beli sup tulang merah. Tahun lepas aku takde langsung gi bazaar kat bp tuh. Lepas raya plak, batupahat letak gambo tulang tuh kat blog dia, lepas raya. Setahun aku tunggu nak mendapatkannya. Kesimpulannya, ok lah jugak. Lagi sedap lagi sup biasa kot. Sambal merah tu pedas sangat ler. Pastu abang beli ayam percik. Alerrr tutup plak gerai ayam percik madu hakim tuh.
Ermmm dah, abis idea.
Nak tambah sikit. Aritu, time kemas2 buku ke dalam kabinet, terjumpa la kad2 raya lama. Ada sekali tu aku kasik 5 kad raya sekali gus. Ada kepada sahabat, kawan, teman, abang dan kekasih. Huhuhu saje. Pastu aku mintak ler jugak kad raya kad abang. Nak tau apa jawabnyer?
"Yang, abang ucapkan selamat hari raya..."
Huh! tak best langsung!
Monday, 22 September 2008
Weekend Yang Singkat

Orang baru belajo photoshop hahaha
Dah masuk hari ke-22 rupanya kiter berpuasa ek. Setakat ni lum tinggal tarawikh lagi. Kalo tak dapat kat surau, wat kat rumah jek. Aku mula kenal tarawikh ni pon agak lewat. Bukan la kenal tu maknanya baru tau. Tau dah lama, cuma membuat nya tu je baru jek lagi. Aku mula buat tarawikh ni time kat asrama semejay dulu. Time tu kan ala2 wajib gitu kan. Pulak tu buat 20 rakaat kalo aku tak silap. Jenuh nya nak abis. Time tu jugak waktu prep sekejap sangat. Suker! Stress tau gi prep nih. Stress biler tengok kengkawan pulun study. Aku ni dah la malas study, terpaksa buat2 rajin jugak. Tapi sebenarnya lebih kepada mengarang surat cinta hehehe. Tapi prep petang memang study betul eh. Eh, apa kes nyer tadik? Ooo pasal tarawikh. Kekdahnya time tu buat tarawikh kat asrama jek. Balik kampung, hancus. Langsung takde. Abis sekolah, masuk asrama jugak, tapi memang tak pernah nyer aku gi buat tarawikh ni. Entah ler, tak dapat hidayah lagik kot? Hampeh betul la aku zaman study kat kau-aku-t-m dulu. Biler dah keje kat situ, baru lah datang ilham nak gi tarawikh.
Tahun 2003 aku buat kat surau seksyen 7 bawah (area jalan turmalin). Tahun 2004 kat surau sura tengah. Masa tu aku ngan kak Yan gilir2 bawak kete gi surau yang jauhnya lebih kurang 200 meter je dari rumah sewa kami. Hihihi malas tul eksesais. Tarawikh kat sini memang best sebab imamnya hafiz. Kalo tak salah aku ada cite pasal dia baca surat al-Qadr tu best sangat part min al fishahr. Tahun 2005 pon aku wat kat sini gak. Selipo aku hilang kat sini waktu tu. Sape la main sarung jek selipo aku tuh. Tahun tu jugak abang ada datang sana. Puasa tahun pertama kawin. Kendian, tahun 2006 aku tak keje. So, buat kat bukit perdana. Time tu best jek pose tak keje. Tapi sibuk menjahit baju raya ngan langsir.
Tahun 2007, tahun lepas, aku tarawikh kat surau ilpmersing. Weekend buat kat surau parit jambul (tempat fevret sekarang). Dan tahun ni pernah kat masjid at5 dan masjid kau-thm (semalam). Tahun lepas ada gak gi masjid pintas puding tuh. Tapi awal2 pose arituh makcik gedik tu cakap dia ada gi situ, terus aku tak pegi. Masjid tu ok, tempat wuduk dia ada kat tingkat atas. Ok, dah abis kes tarawikh.
Sabtu lepas abang mengecat bilik tido kami dengan kaler hijau epal. Aku suka epal hijau. Ni kira hijau epal masak la. Cat se layer dari pagi sampai ler kul 4.30. Lepas Asar kami kuar ke bp. Kali ni pegi summit. Senang nak carik kasut kat situ. Banyak pilihan. Memula gi booking order kat P. Carik2 kasut, jumpa yang berkenan kat kedai baru. Glemer nama kedainya. Beli satu kasut tutup depan bukak belakang ngan satu sandal. Pastu gi nagoiya beli kain kotak2 nak buat bantal ngan alas meja. Pastu gi store. Pilih2 frame, tak sedo dah kul 7pm. Tengah beratur nak bayo, tengok2 dah kul 7.10pm. Alamak, dah buka. Terus letak frame, gi buka dulu. Dah lama aku tak makan p ni habis. Salu mesti ada lebih sekeping bawak balik. Abis berbuka, gi solat kat atas. Ooo dah ada pintu la tempat wuduk dia. Aritu kan aku tak suka solat kat sini sebab tempat wuduk dia terdedah. Lain kali dah boleh la.
Abis tuh, sambung bayo frame. Sibbaik dia tak susun balik. Kalo tak, jenuh nak memilih lagi. Pastu, turun bawah pulak. Pusing punya pusing, terbeli la baju melayu abang. Jumpa pon kaler oren yang tak nala. Dah dekat2 nak krim tapi masih nampak oren. Terbeli jugak tshirt abang ngan fil. Aku lak, tengok2 handbag. Cantik2 la design polo tuh. Tapi lupakan dulu lah. Abis kat situ, turun kat supermarket pulak. Banyak lah jugak ter shopping. Balik dah kul 10pm. Sampai rumah dah 10.30pm. Pas mandi2 baru wat tarawikh ngan abang.
Ahad pagi, celik2 mata, abang tengah nak mengecat seken layer. Huaaa tak cukup 8 jam lagi la. Hehehe macam baby tak cukup tido pulak. Aku kan kena jaga suara. Cari makan maaa. Mesti la ikut petua ct nurhalija. Dalam ngantuk2 tu, bangun lah jugak. Eh, lupa nak cite. Aku suka sangat sabtu pagi. Sebabnya? Sebab ada fullamak carta sms sinar! Ah, best betul la layan carta tuh. 3 jam tu kira layan nostalgia lah. Masyuk tul lah. Ahad pagi tak dengar carta era tu pon tak per.
Abang abis mengecat tengahari, aku abis mengemas. Lepas solat, kami kuar ke ayer hitam. Konon nak carik blind. Ngan nak carik pasu dan bunga. Singgah perabot lagi. Beli katil double decker. Gi kedai lagi satu, beli tilam pulak. Dah, cukup lah tu setakat nih. Kalo takat couple datang ngan anak 2 orang kira dah ada tempat tido yang proper lah. Persediaan untuk raya nanti. Dah tentu lah derang balk muo akan singgah umah kami kan.
Kat ayer hitam, takde pon blind. Pasu dan bunga memang banyak, tapi tak kena ngan selera aku haritu. So, just beli sarung kotak tisu ngan pemegang peti ais garfiled. Pemegang peti ais tu asalnya untuk seat belt, tapi kira masuk lah juga kat peti ais tuh. Kedai tu tengah promotion buy 1 free 1. Dah beli pemegang tu, tak tau nak beli apa. Tu yang beli je sarung kotak tisu tu. Comel lah jugak. Balik tu beli barang mentah, terus masak nasik ayam. Ulin pun datang. Ingat nak antar je rumah dia, sekali dia tengah kat bazaar, tu yang terus datang tuh. Dekat2 nak buka, suh abang gi anto nasik ayam kat jiran lama, cikgu kamal. Dia ingat dah start 'ngunjung'. Sebenonya nak pulang pinggan dia. Lenkali nak kasik apa2 kat jiran, bungkus dalam plastik or poliserin jek ek. Lepas maghrib gi anto ulin, terus gi masjid ito. Ok lah (baca:laju lah) jugak tarawikh kat situ. Balik tu baru iron baju. Iron untuk 6 hari. Termasuk hari isnin lepas raya. Hehehe dah tau, nanti raya sakan, mesti balik raya tak larat nak iron baju. Aku lak cuti Jumaat nih. Baju raya baru siap 2 pasang. Dah basuh pon. Tinggal 5 pasang kain jek. Baju dah siap cantum sumer. Huaaargh!!! Larat ke nak jahit malam nih?
p/s hanginnya aku ngan toyolta sebis nih! aku dah gi report bulan 6. dia cakap kalo hq approve, takyah bayo sebab under 1 year warranty lagik. sampai ke sudah dia tak call2, tepon tak angkat2. sekarang biler kiter yang call dia, dia cakap hq dah approve, tapi kena bayo laks sebab dah bulan 9. wachaaaa!!!!!
Friday, 19 September 2008
Bosan Nyer Hari Ini
Cushion cover yang aku jahit kelmarin. Langsir tahun lepas, baru tahun ni siap cushion cover nyer.
Gerobok (dah lama tak sebut) baru. Abang cakap, kalo aku ilang, tau lah nak carik katne.
Sipi2 dapo aku. Lambat sket la aku tepek gambo penuh sebab lum siap sempurna lagik.
Cushion untuk tengok tivi :)
Semalam balik tarawikh, mamat belengging datang nak tukar engsel yang berkarat. Mamat tu memang suker belengging tau. Aritu masa anto lemari tu pon dia belengging.
Semalam buka nasik je. Aku masak sambal sotong ngan kailan ikan masin jek. Lepas tarawikh sempat jahit kain sikit jek. Abang la sibuk 'tolong' kemas dapo. Susun cawan2 pinggan2 segala. Cam kena beli rak pinggan lagi satu jek? Karang orang datang nak kena bukak kotak2 pulak cari pinggan. Nampak gaya macam tak jadik je aku nak kirim pinggan kat jepun tuh. Baik lah 2 riban tu aku guna wat beli mesin jahit juki. Sakit ati aku jahit guna mesin sekarang ni. Satu nyer, benang sekoci asik terkeluar jek. Akibatnya jahitan belah bawah tak cantik. Asik nak kena bukak pasang bukak pasang sekociii jek keje nyer. Silap ari bulan, sampai tahap ilang sabo, terabur benang2 aku campak. Penat tau! Tiap2 ari gaduh ngan mesin jahit. Ermmm menarik jugak tuh. Kalo ada mesin jahit tuh, senang ler aku nak jahit langsir. Dah berangan nak beli langsir lepas raya nih. Langsir tahun baru. Untuk sementara waktu, aku beraya dengan langsir lama. Sape2 nak datang tu, mintak mahap la ek. Kena duduk kat bawah jek. Aku mementing kualiti dalam berbelanja. Untuk itu aku kena tempah sofa lepas raya supaya dia leh concentrate membuatnyer.
Petang nih nak singgah beli kerepek kat noorasyikin. Sepanjang jalan balik, aku kira ada 6 kilang kerepek. Kedai kerepek ada la dalam 10 gitu. Sediakan aje ongkosnya. masaklahnya aku kalo beli, suker. Tapi bila dah abis raya, kerepeknya tak luak pon. Jadi, kali ni kena berhemah. Beli berpada2 dan beli untuk parents je lah. Yang banyak nyer nak belikan yayu. Banyak tuuu...
Thursday, 18 September 2008
Wired Infra Red Control For Estro Decoder (Infra Red Remote Control Receiver & Extender Nama Sebenar Diberi Oleh Manufacturer)
Sabtu lepas, kami singgah kedai elektronik depan ofis lama abang, ofis yusin. Konon nak tengok2 je, sekali terus terbeli. Beli apa? Alah, apa ke nama nyer benda tu. Harap je minah karen, tapi nama benda tu pon tak tau. Takpe, aku kasi nama dia wired infra red control for estro decoder. Sukati aku je. Meh aku jelaskan.
Estro ni kan ada output yang boleh sambung kepada 2 tv kan. Maknanya, kalo kita pasang pada 2 tv, kalo nak tukar channel, kiter kena gi kat depan decoder tu untuk tukar. Kalo tv kedua tu duk kat tingkat atas, decoder lak kat bawah, kena turun bawah baru leh tukar channel. Sangat tidak convinient kan. So, with this device, we are enable to change tv channel kat kedua-dua tv. Kekdahnya, alat ni diletak kat tv yang takde decoder, bersambung pada aerial input. Dari situ, kita tarik cable aerial ni ke aerial input tv pertama. Tu yang jadi nama dia wired tuh. Kat decoder plak, ada sebijik tranceiver yang perlu dilekatkan pada depan led (yang menyala bila kita tekan2 remote control tuh. Dan disambung pada 2nd output decoder (1st output gi ke tv pertama). Kesimpulannya, bila kita tekan remote menghala ke device ni, isyarat tersebut akan dihantar melalui aerial cable tu terus ke tranceiver dan decoder pon akan buat la apa yang kita tekan tu. Kalo kuatkan sore, dia kuat la 2-2 tv (sebenarnya dia kuat kan kat decoder tu, tv nyer sore leh kuatkan guna remote tv ek), kalo tengok info, 2-2 tv pon tengok info. Dan proses in berlaku vice versa (kalo kita tekan remote kat depan decoder) sebab benda sebijik tadi tu kan tranceiver. Cumanya, tranceiver tu takleh dilekatkan betul2 direct kat depan led tu. Kena ke bawah atau ke tepi atau ke atas sikit sebab kalo direct gitu, decoder tu pulak tak leh baca isyarat controller sebab tertutup dek tranceiver tuh. Ini melalui try and error lah. Tokei kedai tu siap ajar satu persatu lagi cara nak pasang.
Kisahnya tv kat rumah tu ada 2 je. Yang kedua tu pulak kecik cinonet jek. Point aerial yang telah sedia, ada 3. Satu kat hall, satu kat tengah dan satu lagi dalam bilik. Memula aku nak suh abang tarik cable tu ke ruang tengah. Aku kan, suka gosok baju kat situ, takyah la aku jerit2, abang, apa jadik? berita apa? dah menang belum? time tengah gosok baju tuh. Sebabnya, volume tv tu telah ditetapkan takleh kuat2 (boleh, tapi dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan rumah tersebut). Aku pulak gosok baju dengan membukak kipas selaju tidak. Harus la tak leh dengar suara kat tv tuh. Pastu dari dapo pon leh nampak tv tu kan. So, ari Ahad tu, abang pon panjat ler bumbung nak tarik cable tuh. Alahai... kontraktor elektrik ni pon kan, nak buat conduit tu bio lah straight, baru lah cable leh masuk senang je. Ni, dia buat selekoh 90 darjah you! Dari selekoh tu pulak, ada la dalam 2 kaki gitu baru jumpa point. Camno? Akhirnya misi tersebut gagal. Siap tuang minyak masak lagi nak kasi laluan tu licin, namun gagal jua untuk membelokkan cable tersebut. Adeh! Last2, tarik masuk kat bilik je lah. So, sekarang ni, tv tu duduk dalam bilik la pulak. Hehehe. Nanti nak beli cable lagi, tarik kat dapo plak. Kot2 nanti boleh pindahkan tv tu kat dapo, best jugak. Next time okeh?
Oh, harganya RM75 sahaja. Kalo ada yang beli benda yang sama tapi lebih murah, aku ingin menyatakan sekali lagi, aku memang tak beli benda2 murah nih huhuhuhuhuhuhhuhu... Keji.
p/s Kalo nak yang wireless punya pon ada, tapi rege 2++ la.
Eh, boleh ke sambung lepas p/s? Sukati aku lah kan.
Semalam balik keje aku singgah beli udang dan sotong. Semangat nak memasak nih. Sampai2 rumah, dengan berpakaian lengkap, aku terus memasak. Takleh bukak2 sebab tingkap takde langsir/blind. Aritu dah pasang langsir lama, tapi terpaksa bukak rail sebab pasang kabinet tu rapat gak ngan tingkap. Baru nak mula, abang call.
"Order order"
Kan tiap2 ari kami buka beli je kan. So, arini turn abang beli, tu yang dia suh order tuh.
"Aler... orang nak masak la. Tak baca blog la nih"
Ade ke communicate guna blog, apa kesss...
"Aler, abang dah beli air tahu ngan bubur ayam."
"Okeh, takpe, dah, balik balik."
Makanya siaplah aku memasak sambal udang dan sayur kailan with oyster sauce (kasik nama gempak sket). Pastu, tak jadik goreng telo ngan ikan kering terubuk sebabnya abang kan dah beli bubur ayam, sure dia tak makan nasik punyer.
Pastu, jerang air, buat dadih. Tak buat kapucino sebab ada separuh lagi honeydew punyer dah bukak. Tengah aku menuang ke dalam bekas comel tu, baru teringat, aku tak letak gula lagi. Gula buah tu pun tak taruk. Hehehe tuang balik dalam periuk. Siap.
Malam, sempat jahit sepasang baju je. Kain dia tak sempat jahit. Abang tu lah sibuk nak susun frame. Sibbaik beli majalah bulan ni ada panduan susun frame berlainan saiz. Sangat membantu. Kami nak gantung gambo konvo je. Tapi gambo konvo aku ada satu je. Konvo diploma nyer gambo aku tak ambik pun kat fssr. Takde duit. Tapi konvo abang ada 3. Makanya, banyak gambo abang je lah. Huh! Giler kuasa.
Pagi tadi sahur lauk yang aku masak tadik. Okeh, nak tido jap. Kroh kroh kroh...
Adusss...
Petikan dari harakohdaily hari ini;
Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: "Lagi turun lagi baik."
Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan US$92 setong.
Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas.
Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: "Tunggulah lain kali.
Huaaa!!! Time naik tak tunggu2, surprise sampai sesak satu mesia kat stesen minyak. Bila turun bleh plak tunggu lain kali. Coba baca baris ke-3 dan relate kan dengan baris ke-4. Minyak mahal, petrolnas banyak income, subsidi kena kurang, kerejaan jimat sket. Ok, fine, rakyat bayo minyak mahal (dah terima hakikat dan dah tak merungut). Minyak murah, petrolnas kurang income, subsidi kekal. Ok, fine, rakyat still bayo minyak mahal, tapi kerejaan bagi subsidi kurang. Kerejaan jimat banyak (or untung?). Patut time minyak banyak, petrolnas banyak income dan kerejaan banyak income jugak la subsidi kena tambah. Baru lah dinamakan perkongsian kekayaan negara. Sendiri punya misi nesyenel pon boleh lupa ker??? Hmmm... derang ni ingat derang leh hidup selamanya agaknya. Derang ni ingat derang tak mati agaknya. Derang ni ingat derang tak kena soal di akhirat nanti agaknya.
Ibu ku Seorang Pembohong
Mudahnya, ctrl-C dan ctrl-V!
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya
memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8
kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu
untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang
anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.
Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa
makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan
lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak, ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu
berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak
gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai
ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan
menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara
persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul
1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan
bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat
menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian
peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan
ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan
kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental
itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat
menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN
IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa
bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi
dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu
supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya
tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan
cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun
tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual
sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang
bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu
menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu
berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran
ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari
tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu
yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya
ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara
orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima
berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.
Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di
katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat
tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya
sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi
terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air
mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di
saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan
seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis
nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta
menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Wednesday, 17 September 2008
Air Tangan

Kalo di kira2, dekat sebulan jugak aku cuti masak. Sejak puasa memang lah langsung tak pernah. Rindu lak nak makan sambal udang ngan sayur kailan. Daripada aku komplen2 makanan tak sedap kat bazaar ramadhan tu, eloklah aku mula memasak petang nih. Ye laaa aritu bukannya aku malas pon. Dapo tu yang tak sesuai untuk memasak. Dapo lama dah bungkus dalam kotak. Dapo baru sayang nak guna sebab lom siap sempurna ruang daponyer. So, petang ni, menu berbuka nasi putih ngan sambal udang dan sayur kailan. Side dish, otak2 la apa lagi. Penuh lagi freezer tu ngan otak2 kempas. Pastu kalo rajin nak masak dadih. Oh, sedapnya makan dadih sejuk2 tu waktu buka. Nak wat dadih kapucino. Kendian nak goreng telo dadar ngan ikan kering terubuk. Pastu nak wat air teh o mango. Ramai dah orang yang datang umah aku tanya2, air apa nih? Hehehe sungguh enak air itu, kan?
Semalam petang, balik2 tu abang tutup mata aku. Hihihi macam drama swasta pulak. Terus dibawaknya aku ke dapo. Taraaa! Siap pon dapo aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
1. Satu pintu takde sebab tak fit. Puncanya, laci tu beso, jadi takleh masuk la pintu sebelah dia.
2. Pintu kaca yang aku mintak tu tak ikut spec aku la pulak. Aku nak kaca transparent. Dia kasik frosted punyer. Camne nak menunjuk2 pinggan kat dalam tuh kan? Lum beli pinggan tapi kabinet dah stand by hikhikhik.
Itu je lah masaklah nyer. Tadi abang dah komplen, next week dia pasang pintu tu sekali ngan tukar kaca. Malam tadi terbengkalai lagi baju raya aku. Kemas dapo sampai tahap sedia untuk memasak lah kiranya. Baju raya baru siap sepasang lor... Malam ni kena gigih siapkan at least sepasang. Kelmarin aku jahit sarung kusyen. Dah setahun aku beli kain langsir tu, baru kelmarin siap sarung kusyen yang sedondon dengannya. Dah nak beli langsir baru dah pon huhuhu. Kalo leh siap lagi 3 pasang baju pon dah kira ok. Sebabnya, aku mintak cuti dari 26hb September ( Jumaat untuk kemas rumah dan siapkan baju raya lagi ) sampai 5hb Oktober. Maknanya sampai raya ke 5 la. So, kalo baju 4 pasang tu dah kira ok lah. Kalo lebih lagi baik. Alah... pasni jadi baju keje jugak. Watpe beli lemari beso2 kalo takde baju kan.
Hari ni ada presentation untuk final project proposal. Student yang aku jadi supervisor nyer turn kul 8.30am tadi. Aku pun gi lah. Pastu ada satu group lagi, tapi aku ingat kul 3pm ni turn dia. Rupanya dah lepas kul 11am tadi. Dahhh aku tak gi lah. Kesian derang. Esok ada satu group lagi. Kena gi nih...
Kawan aku kat japan tu dah nak balik bulan 12 nih. Patut dia balik lagi setahun lebih. Dah bohsan katanya,tu yang dia ajak laki dia balik. Patutnya sambung lagi setahun lagi. Isy, tak seronok ker dia kat sana? Tiap ari shopping pon tak syok ek? Kekdahnya, aku dah cakap kat dia kirim pinggan biler dia nak balik sok. Alamaksss camne nih? Nak pinggan tu kerrr tak ek??? Duit bonus? Nak beli sofa dulu. Pikir 88x dulu okeh...

