Friday, 8 September 2006

Getah
Dari semalam nak cite pasal getah kan. Ok, sebenarnya nak cite pasal permainan lompat2 getah. Ingat tak masa kecik2 dulu, kita suka main zero pain (zero point). Ha… tu yang kitorang nostalgia kemarin. Mengimbas kembali istilah2 dalam permainan tu.

Biasanya permainan tu bermula ngan kita melangkah getah sambil sebut “zero pain”. Pastu, kita lompat getah kat lutut, pinggang, ketiak, bahu, telinga, kepala. Kalau mati kat mana2 bahagian, nak mula balik, kita tanya, ”mati kat mana?” Pastu, kalau main ngan budak besar, ada bahagian sejengkal, dua jengkal. Kalau ble lepas tu kira terror la. Lepas abis bahagian tu, ada ”ayus”. Part ni kita lompat masa getah tu digerakkan ke atas ke bawah laju2. Lepas tu, last sekali, kita ”timbang”. Kalau ahli dah mati, kita kena ganti timbang untuk sume ahli. Ingat lagi, kalau main timbang 10, bila ahlinya 5 orang, kena la timbang 50 kan. Siap2 senoneng lagi. Best nya main2 masa kecik.

Satu lagi permainan apa entah, tak ingat namanya. Yang tak ble kena getah tu. Tapi main ni, tukang pegang getahnya mencangkung. (”Zero getak-getak” ke?). Ada lagi satu main ”gunting”. Lebih kurang zero pain kot, cumanya tiap kali nak lompat tu, kita gunting getah tu ngan jari telunjuk n hantu. Eh, tu bukan sama ke ngan zero getak2? Aku pun da kompius. Dalam game ni ada part yang kita masuk celah aki, pusing 2 kali, silang kaki kanan, kiri, kanan untuk kuar dari lilitan tu. Timbang dia pulak, kita masuk celah kaki, belit sebelah kaki ngan getah dan un-belit kan berulang kali. Ha!!! Dalam game tak kena tu, ayus dia ialah dengan menggerak kan getah secara mendatar kat atas tanah. Ada lagi satu ayus, kita pijak getah yang tengah gerak cam ayus zero pain. Hihihi aku ingat2 lupa da permainan ni.

Lagi satu, main ”bina boni”. Yang ni, getah digerakkan cam ayus. Kita lompat2 dalam ayus tu sambil nyanyi:

Bina boni belai kengsi
Si majerin boca boci
A B C D......Z
(Katakan tersangkut kat huruf N)
Nangka nangka makanan (nama pemain)
Yes or no yes or no
You are kaki setop

Masa kaki setop tu pemain kena berenti dan masukkan getah celah kaki. Abis tu, pemain kena masuk dalam ayus dari luar. Ada lagunya, aku da lupa lak. (anyone ingat?) Pastu, aku da lupa…

Teringat dedulu, sape yang ada getah banyak, kira best la. Kadang2, satu getah yang dipasang tu, sampai 2-3 lapis. Getah tempe tak best sangat. Getah warna warni lagi best. Susun ikut kaler. Jaranglah kami ada getah ni. Tak mampu nak beli. Ada ke lagi bebudak main getah sekarang?

Kereta dan Getah

Abang dah tebal-tebal muka baru nak terfikir?!
Hehehe Sebenarnya kami terpengaruh ngan Yayu yang mengatakan tak perlu bayar apa2 masa kete kancil kena langgar itu ari. Sume claim insurans third party.

Citenya, kancil itu telah disondol oleh sebuah lori di persimpangan Seri Bengkal bertraffic light di Jalan Kluang. Makanya, lepas urusan polis, kete tu dihantar ke bengkel Yon Huat (bior aku tulis terang2 supaya lenkali jangan hantar sini lagi tapi sebenarnya betul lah kot kena bayar tu, hihihi).
Dua minggu kendian, ari Isnin lepas, kete dah siap. Yang bestnya, kete tu asalnya pernah kena sondol gak tapi buat sendiri, so tak sembur balik. Just ketuk dan simen jek. Memang buruk, nampak menggerutu dan sedang mengarat. So, bila kali ni kena sondol, ble la kasi cantik boot tuh.

Jadi kisahnya, nak amik kete ni, kena lah bayar 300 untuk kos documentation bagai. Dia kata untuk kos peguam, JPJ, polis dan segala. Mintak kat pelanggar, mati2 dia taknak bagi. Dah kena saman pun aritu. Padan muka. Tapi, 300 tu, kalau tak kena langgar, aku dah ble buat da boot tu jadi cantik la. Macam2 bleh buat. Beli baju raya pun ble 6-10 pasang. Bukan kancil tu sengaja nak kena langgar kan. Tak pepasal kena bayar.

Makanya dengan konfidennya aku bertekad, kalau nak bayar gak, kita adu kat tribunal tuntutan pengguna la. Dulu aku selalu tengok MHI pasal tribunal ni. Walaupun 300 tu tak banyak sangat la kan, tapi kan hak pengguna kan. Kononnya lah. Jadi selepas beberapa kali kawtim, bos dia bagi kurang 250. Tu pun atas budi bicara bagi pihak ngan kerani dia, bukan kitorang yang merayu. Siap ugut2 nak jumpa kat tribunal lagi. (Yayu, tu yang Ayun malu tu).

Sekali semalam, jumpa la bos dia. Terus dia tanya, berapa ada? Hubby cakap la 50 je. Kalau gitu, bagi 100 la. Tu pun I dah tolong banyak, da sembur kete lagi. Hello, tolong, kalau one way ok. Ini tolong tapi insurans nanti bagi duit maaa. Itu bisnes brader, bisnes…

Memang la betul hubby ada 50 dalam kocek. Aku ada 50 lagi. Aku memang tak bagi bawak duit, nanti tercair, ngan duit sekali cair. So, dan dan tu jugak kami bayar. Malas dah nak cite. Syukur gak la kan, dari 300 ble dapat sampai 100 jek. Anggap takde rezeki. Bahagian yang kami enjoy2 time office hour. Eh, kan memang tak keje? Nak sedapkan ati, bahagian yang ponteng kelas la tu.

Dapat kunci, check2, hubby da check da ari Isnin ari tu ngan Man. Aku la tukang double check. Best2. Da cantik pun belakang kancil. Tinggal bonet depan je da karat bintik2. Dulu tukar pun bukan ori punya, tak sembur lak dekat setahun. Memang la karat dari dalam. Macam jerawat! Datang idea jahat, kalau orang langgar dari depan lak??? Eh... mintak dijauhkan segala malapetaka. Amin.

Baru nak jalan, seat pemandu lak loose. Takleh tahan, terbaring ke belakang. Panggil pomen, tengok2, giginya da haus. Dia suruh datang kedai dia (bukan bengkel tu) esok, kasi tukar. Free ok. Oppss terlupa, masa aku masuk kete tu, ternampak la kalkulator kesayangan ku. Macam tak percaya. Da 2 tahun aku ingat dah hilang. Dua semester aku mengajar tanpa kalkulator yang penuh sentimental value tu. Sukanya. Mesti ada terselit kat belakang tu. Masa pomen tu bukak, baru jumpa. Tengkiu!

Pastu, kitorang ingat nak test dulu, kot2 la ada masalah dalaman kan. Nak gi Tongkang Pecah pun ye, nak beli betri tepon. (Yayu, sekarang dah ble tepon henpon, betri baru plus dapat free kredit 5 inggit semalam). Sebelum kuar jalan besar tu, aku ingat nak duk belakang sebab nak dengar apa2 yang strange kat belakang. Mulanya ingat nak menyelit jek ikut dalam, sekali, hubby suh ikut luar je. Bila aku bukak pintu, ada bunyik. Eh eh cuba lagi, ada lagi dan lagi dan lagi. La... rupanya ada benda yang macam skirt (betul ke? Ala... yang cover bahagian bawah tu, kale grey tu) termeleding sket dan terkena pintu depan. Tu yang bunyik bila bukak pintu belakang. Rasanya benda tu jadik gitu masa diorang tolak body tu sket. Ingat terkopek gitu je, takde kesan. Tak kisah pun. Memang perasan benda tu terkopek. Terus masuk balik bengkel. Suruh dia tampal. Dah terlanjur betulkan kete, biar semenggah kan. Pomen yang sama tadik kopek sume benda tu, dia lalukan kat api welding tu untuk baiki meleding tu. Kendian dia tampal balik. Sibbaik pomen yang ni baik. Siap mintak maaf lagi. Ok, I don’t mind.

Pastu, kami terus ke Tongkang Pecah. Ok je. Balik tu, hubby bawak Waja, aku bawak kancil. Selalu kalau jalan kat bandar je, tak pernah pakai seat belt. Tapi, semalam aku pakai la jugak sebabnya, aku drive tu tanpa lesen ok. Lesen da mati sebulan lepas. Saje taknak renew sebab aku bukan bawak pun. Ble tak renew 3 tahun. Tapi cam tak ble je takde lesen. Susah gak kalau2 emergency kan. Bagusnya, apa2 hal aku takyah drive mcm aritu, kena drive dari Rembau sampai BP gara2 banyak songeh. At least, kalau polis lalu sebelah, taklah aku kena tahan kan. Kalau kena tahan, dah la tak pakai belt, takde lesen lak, kan da tak berbaloi keuntungan 200 tadik? 200 ble renew lesen 6 tahun tu. Tapi sekarang dah takle renew lama2 kan? 5 tahun kot maksimum. Dekat 2 jam gak urusan amik kete ni. Balik umah da kul 12 pm.

Maghrib, tengah nak mandi, baru aku terfikir seperti berikut:
Kete Yayu aritu eksiden dalam sebulan lepas beli, under warranty ngan Perodua. Dia antar repair kat Perodua. Memang la tak kena bayar pape.

Lepas Isyak, hubby balik dari surau,aku bagitau la apa yang aku pikir tu, dan ayat pertama di atas adalah dialog dia. Hehehe At least kita da berjaya kurangkan 300 kepada 100. Walau pun abang mampu nak bayar, 200 tu bukan sikit tau. Kita buat duit raya lah ek? Ke, abang nak belikan baju raya lagi???

Sekian la episod kali ini. Lenkali, kalau kena langgar, mintak duit documentation and handling tu siap2 ngan pelanggar ok. Bajet dalam 300 la.

Thursday, 7 September 2006

SPA dan Getah

Takde kena mengena pun tajuk ni. Pertamanya aku bukan nak cite pasal aku gi spa, urut atau sauna. Tapi semalam aku gi interview untuk kali ketiga untuk post yang sama kat JPA. Dua minggu sebelum interview ni aku dah mula study segala macam bajet dan RMK9 termasuk la perlembagaan. Sambil tu recall balik soalan2 masa 2 interview yang lepas. Kot2 dia tanya lagi, senang la aku nak jawab.

Ari Selasa aku da plan nak tidur awal sebab plannya nak bertolak dari sini awal pagi. Tak nak tumpang umah abang ipar atau sesiapa. Nak senyap2 jek. Kalau bagitau, pastu tak berjaya, banyak lak soalan2 mengguris ati. Da biasa gitu. Sekali, baru ingat, malam Selasa ada CSI, takleh la tido cepat. Sampai jauh malam aku study, takleh tido pun. Kul 2 pagi, kejut hubby. Siap2 sume, kul 2.45 bertolak.

Sepanjang jalan, aku da weng semacam. Tak tido kan. Berenti kat stesen minyak, siap muntah2 lagi. Aku memang gini. Kalau tak cukup atau terlebih tido, memang pening dan teruwek2. Tu pasal la, aku takut tak tau nak beza nanti kalau aku pregnant ke. Sama je. Pagi2 mesti pening2, loya2. Sampai Seremban, lalu Labu, baru aku boleh lelap. Tupun tak nyenyak, tido2 ayam. Mana leh tido bebetul, aku ni co-pilot yang bising. Laju sket je aku da bang beng bang beng. Kalau tengah tido dalam kete pun, aku boleh kira berapa hubby motong lori.

Sedar2, da sampai Bandar Baru Bangi. Kitorang memang suka lalu jalan dalam ikut Bukit Mahkota kalau dari Nilai. So, memang langsung takde tol la. Singgah Masjid Al-Hasanah, da kul 6.45, cecepat solat dan bersiap. Teringat, aku selalu baca blog Rasanubari, selalu sebut masjid nih. Dulu masa hubby keje kat Hitachi sekejap, pernah gak jenjalan kat area BBB ni. Kul 7.30, gi breakfast dulu. Teringat Bob Lokman dalam AF ada cakap, kalau nervous, sebelum nyanyi, perut takleh kosong atau terlalu penuh. Makan roti kosong ngan teh o kat kedai mamak kat seksyen 8. Pun teringat Rasanubari.

Aku sengaja taknak datang on time. Sebelum ni, selalu datang sebelum masanya, asik dapat no. 1. Nak try dapat nombor lain lak. Kul 8 baru gi Putrajaya. Perasan, kat signboard sume perkataan Parcel dia tutup. Agaknya sebab nak tukar istilah yang ke Malaysiaan sket. Hubby tak ikut naik sebab tak jumpa parking. Henpon takleh call out, pesan kat hubby, kalau da siap nanti aku tepon kat public phone, atau datang dalam masa 2 jam.

Naik terus ke tingkat 6. Tengok, da giliran pertama. Aku nombor 5, bilik A. Tengok gak, setiap orang calon yang kuar masuk bilik A. Ada yang pakai jaket JTM lagi. Kompiden bleh dapat le tu kalau pakai baju tu. Lamanya nak tunggu sorang2 kuar. Tapi aku tau, kita kat luar memang rasa lama, tapi orang kat dalam rasa sekejap jek. Purata, sorang 20 minit la. Aku ni, kalau tunggu interview memang butterfly in the stomach la. Last2 tak tahan, aku gi toilet. Nak termuntah bagai. Tengok2 gak kalau ada yang kenal. Sebelum ni ada gak yang kenal. Sekarang, agaknya batch aku sumer dah keje best2, aku je yang masih tak start2 lagi. Sampai giliran, aku pun melangkah. Dalam pada tengah jalan tu pun aku da rasa cam nak pitam. Sedar2 aku da kat depan pintu. Ketuk 3 kali, masuk, bagi salam bila tengok dua2 Melayu dan Insya Allah Islam. Sebenarnya masa tunggu tu, aku da survey, camne orang2 ni ketuk pintu. Ada yang ketuk sekali, dua kali, tiga kali. Aku dengar, yang ketuk 3 kali punya cam sedap, aku pun ketuk 3 kali la. Hihi.

Masuk2 je, lepas duduk, dia tanya datang dari mana, bila datang, datang dengan sape, dan keje kat mana. Aku pun jawab ngan jujurnya. Pastu cam biasa, dia suruh perkenalkan diri in English. Da tau da. Kalau dia cakap Melayu, cakap Melayu, kalau dia speaking London, kita pun speaking London la. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau, mengucap. Hehehe

Aku pun cakap la background. Tak sempat nak cakap pengalaman keje, dia da tanya dulu. Aku pun cakap la apa yang betul. Dia tanya, first time ke datang interview ni? Aku jawab la, untuk post ni da kali ke-3. Wah, minat betul ke? Dia tanya. Aku jawab je sebagaimana yang diajar oleh kakak ku. Tau tak jawatan ni keje macamana? Kompem la aku tau. Siap aku bagi tau lagi, cawangan2 nya ada kat mana. Banyak yang dia tanya tapi, tak tanya pun pasal technical. Takat tanya, ingat tak frequency spectrum ngan apa dia SHF. Senang bebeno.

Lupa nak cakap, pengerusinya lelaki tua, ahlinya pempuan dalam tengah atau akhir 30-an gitu. Baya2 Kak Shila kot. Tak tau la kalau awet muda ke. Pempuan tu tanya pengalaman, lelaki tanya isu semasa. Memula dia tanya ada baca2 apa2 pasal isu semasa? Aku cakap la yang paling terkini, bajet, RMK9 sambil2 berharap dia tanya pasal teras misi nasional yang aku dah khatam tu. Sekali dia tanya apa kaitan bajet ngan RMK9. Aku pun gorang la. Dia kata, bajet tu, jangka pendek, RMK, jangka panjang; 5 tahun. Oooo ok. Penat aku cite ngan isi2 dan contoh2.

Kendian dia tanya rukun negara, aku sebut la, tapi ngan lajunya. Dia kata, oppps, slow2, nak jadi pengajar takleh cakap laju2. Aku pun sebut satu persatu. Dia tanya, apa yang aku paham tentang keluhuran perlembagaan? Hihi, aku memang baca pasal keluhuran perlembagaan ni pun, tapi terlupa la pulak nak cakap isu semasa berkaitan perlembagaan negara. Dia tanya, macamana nak buktikan kita faham prinsip ni. Aku cakap la jangan langgar undang, hormat undang2. Dia kata, bukan undang2, kita cakap pasal perlembagaan. Aku cakap je, hormat pada perlembagaan je lah. Rupanya dia nak cakap pasal isu Artikel 11 tu. Jangan pertikaikan perlembagaan negara atau membantah. Oooo ok lagi. Sibbaik aku tau apa dia Artikel 11 tu. Cuma, ingat dia tak tanya soalan yang agak sensitif.

Huhahuha, last2 dia cakap la pasal risiko kalau dapat keje ni, kalau kena hantar memana bleh ke, jauh2 ngan suami. Jawapan standard aku la, boleh kalau da tanggungjawabnya gitu, tapi, kalau boleh, biarlah area Johor, paling jauh pun Melaka ke. Aku cakap la pengalaman setahun aku duk Terengganu lepas kawin. Gitu je. Last sekali bila dia kata itu je. Aku pun buat la sket rayuan sebagaimana yang diajar Yayu, tapi dia kata, kalau ada rezeki, itulah risiko nya. Aku pun kuar. Eh, sempat salam pempuan tu. Hehehe.

Kuar je, tengok jam, rasa macam sekejap, rupanya dekat setengah jam. Betul la telahanku tadi. Straight je aku turun. Cari2 public phone, takde pun. Try cari hubby kat parking lot, takde. Lepas 15 minit, baru tanya guard kat mana ada public phone. Dia kata, “kat situ”. Sebenarnya kat C2. Maknanya kat bangunan blok 2 Parcel C ni. Interview tadi kat blok 7 kot, yang ada Maybank tu. Aku pun menapak ke ”situ”. Tepon2, hubby lepak kat masjid. Alhamdulillah. Siap study lagi. Tak sampai 10 minit kendian baru sampai. Nak terus balik ke, nak enjoy dulu tenangkan fikiran? Mana2 la. Gi jenguk Alamanda jap. Parkingnya 2 jam pertama RM1. Tak sampai 1jam15minit, da kuar. Penat la. Tak selesa plak tak tido ni. Pening semacam.

Balik lalu jalan yang sama, singgah Nilai 3 nak tengok peralatan kedai. Tengok2, survey harga 'makbapak' patung yang kat kedai baju tu dan segala hanger serta rak. Da nampak harganya, ok lah, taklah mahal sangat. Ingat nak singgah Seremban plak. Tepi jalan tu pernah nampak satu kedai besar jual benda2 nih. Sampai situ da lapar banget, tak singgah.

Dari Nilai 3, gi Mydin kat bus stand Nilai. Hubby nak beli mesin potong rambut. Sudahnya, dekat RM50 gak abisnya. Aku beli barang jahitan ngan weighing scale. Raya ni nak buat kuih/kek. Tinggal cari penyukat cecair je. Cari yang ada scale ‘ml’ ngan ‘cup’. Ada yang salah satu je. Takde yang dua2. Chef kata, cup dalam resipi bukan cawan yang buat minum kat umah tu. Itu ada yang besar, ada yang kecik. Kena ikut standard. Oooo.

Pastu, da tak singgah memana lagi. Da lapar, ingat nak makan kat Seremban, sekali teringat pesan pak mentua ku, jangan makan kat N9 atas sebab yang tak dapat dijelaskan di sini. Tahan dulu, nak singgah Melaka. Masuk Melaka aku da ngantuk, bangun2 da dekat Tesco. Hubby ajak makan kat situ, tak larat la. Kat situ prosedur nak beli makan dia cam kat Jusco. Ada kupon bagai. Leceh. Baik takyah. Makan jajan je la. Singgah solat kat Alai, kat surau yang aritu pernah singgah memalam. Perasan, surau atau masjid kat Melaka sepanjang jalan ni, bebetul kat tepi jalan.

Pas tu, terus jalan balik. Sampai rumah lebih kurang kul 6 pm. Very exhausted. Tertido sebelum Maghrib. Hubby beli makanan kat pasar malam je. Gitu lah kisah ngan tajuk SPA. Eh, pasal Getah tu, lenkali la. Ni pun da panjang. Tetiba tengah jalan balik semalam borak pasal ’getah’ nih.

Arini gi amik kete kat bengkel. Nanti la cite...

Saturday, 2 September 2006

Baca Ayah Kita Bos. Ada satu entry TokRimau pasal Kawamichi. Tak sangka, sebijik sebijon dengan kisah aku disapa produk Aowa. Memula dia bagi freegift, mug. Pastu, bagi kupon, bukak2, dapat voucher RM1000. Sama la ngan Tok, orang tu buat2 terkejut. Tak sangka ada voucher sampai 1000. Pastu dia tepon bos dia la, tanya ada sedara mara staf Aowa ke? Hehe toksah cite la. Baca je Ayah Kita Bos, tukar produk Kawamichi kepada Aowa. Sama je cite. Memang produk dia mahal ya amat. Purata RM2000 satu. Mahal la bagi aku kan.

Minggu depan aku gi kursus Keusahawanan Prosper-Siswazah kat Delta Inn Shah ALam. Katne? Ala, belakang McD seksyen 3 tuh. Bangunan Wisma MAIS. Kursus tu 7 hari, duk service apartment, free je. Bayar RM50 untuk proses je kot. Sumer ditanggung. Bawa badan ngan idea perniagaan je. Aku da ada draf Rancangan Perniagaan (RP). Buat cam ETR dulu masa diploma. Pegi ni nak dapatkan motivasi. Kalau da semangat, baru boleh jalan. Aritu dah semangat berkobar2, tu yang siap buat draf tu. Sekarang da luntur sikit lepas cuti2 seminggu ari tu. Insya Allah, kalau tak keje gak sampai akhir tahun ni, ber'usahawan' la aku. Amin...

Sambil2 ni, baca2 pasal RMK9 bagai. Hafal segala 5 teras misi nasional. Ada jalan lain.

Tuesday, 1 August 2006

Ari Jumaat malam aku tertengok satu telemovie kat tv2. Tajuknya Memoir Pencanting Batik. Peh! Tak puas ati tul aku tengok cite tu. Gini aku cite…

Pelakon utama, Aida Rahim/Radzwil ngan Badrul Muhayat. Alkisahnya, Aida ni ada bisnes batik. Dia dah menjanda ngan 2 orang anak, sorang pempuan, sorang lelaki. Badrul ni plak keje pomen motor kat itu kampong. Entah camane (aku tak tengok dari awal, terlepas 30 minit) punya ngorat, Aida ni nak kawin ngan Badrul. Padahal, Badrul ni sengkek, penipu dan buaya. Sebenarnya dia nakkan anak Aida ni. Anak2 Aida ni pun membantahlah mulanya, tapi Aida ni nak gak kawin. Hak dia la kan. Maka, kawin la diorang ni.

Lepas kawin, diorang duk kat rumah Aida. Besar aku tengok umah dia ni. Batu + kayu. Tepi tasik/sungai. Lepas kawin, Badrul ni mula la kacau anak Aida ni. Tapi, tak berjaya wat pape lagi la. Depan Aida, anak dia tunjuk la tak suka ngan bapak baru ni, tapi Aida boleh2 nak backing laki dia. Dah la gitu, yang aku meluat tu, boleh Badrul ni mengadu2 cam bebudak kat Aida ni bila anak dia melawan dia. Eeee memang getik tul. Tak gentleman langsung. Meluat tul aku.

Badrul ni plak, bukan tau pasal bisnes ni. Tapi dia da meyakinkan Aida untuk bagi dia uruskan bisnes batik dia. Yang Aida ni pun b*ng*ng gak, tak usul periksa. Sesenang je bagi laki dia amik bisnes tu. Anak pempuan dia pun da kuar rumah, dihalau dek Aida ni, duk umah makcik sedara dia.

Da senang tu, tetiba, Badrul ni balik bawak bini muda. Baru kawin lagi. Bawak duk kat umah tu lagi. Kalau baik takpe, boleh pempuan tu suruh Aida ni masak, basuh baju sumer. Kalau aku la…

Tak lama tu, bisnes ada masalah, tak bayar gaji. Badrul ni nak tutup kilang batik dan nak bukak bisnes lain. Bini muda ni lak mengapi2 lagi. Tengah gaduh2, Badrul tertolak Aida, jatuh tangga.
Akhirnya, Badrul ni kena tangkap, Aida lumpuh kaki, anak pempuan dia abis belajar bisnes dan bukak balik bisnes mak dia. Tak best la sangat endingnya, tapi yang aku nak cite sebenarnya pasal kejengkelan Badrul tu dalam cite ni. Sabar je la...

Tuesday, 25 July 2006

Sambung lagik.

Selain tu, keje kitorang kat ladang ialah bakar buah sawit. Sedap tau. Lepas makan tu, gigi, mulut, sumer kale oren. Baru betul, apa kau rasa? Oren? Eh, ini bukan keje. Aktiviti sampingan. Selain ladang kelapa sawit, abah juga ada kebun sayur. Sebenarnya tanah tu asalnya tanah rezab, kira macam tanah lebih la, kat tepi jalan. Sekali, masa nak masuk letrik kat kawasan ni, TNB beli la tanah tu untuk pasang tower pencawang. Ala… yang pernah tumbang tu… Tapi, walaupun tanah tu da dijual, kitorang dapat la bercucuk tanam kat tanah tu lagi. Kat kebun abah ni, ada kolam ikan. Mulanya dulu abah bela ikan. Ntah camane ble tak menjadik plak. Eh, abah ada lagi satu kolam ikan kat belakang paya dekat umah. Aku ingat lagi, lepas je bajak korek kolam tu, malamnya aku ikut abah, naik motor, ngan cahaya lampu motor, abah bukak laluan air dari paya untuk mengalir dalam kolam. Pastu, abah lepaskan ikan keli ngan haruan. Aku memang suka makan ikan air tawar ni. Yummmmy.

Kolam kat kebun tu pulak ada 2 kot? Aku tak ingat la. Tapi aku sentiasa menjauhi kolam tu. Takut lemas. Kat kebun tu, abah tanam pokok lada, jagung, pisang, koko, kopi dan lain2 sayur lah. Aku ada berposing kat kebun nih. Ada lagi kot gambar tu. Paya pun ada gak kat kebun tu. Best nya mandi paya…Ada gak yang tanam kopi besar2an. Abah tanam sikit je. Bila da masak tu, kitorang petik la reramai, pastu pecahkan dan jemur. Dah tu, jual kat Wak Mail depan rumah. Dia ni kira buyer la. Sekarang ni jadi buyer besi buruk plak. Hihihi. Jangan tangkap dia plak. Koko pulak tak jual. Makan sendiri je. Bukan bijinya, isi buahnya. Pun sedap gak. Selain tu, lada, pisang pun kitorang jual. Kekadang, lepas kutip lada, aku gi umah cikgu Jamidah (cikgu tadika aku), jual kat dia. Kekadang dapat singgit, kekadang 50 sen. Cukup la buat belanja sekolah seminggu.

Kekadang tu, kitorang bukak meja depan rumah, jual pisang ngan lada. Jual rambutan pun pernah. Aku tau, memang susah abah nak membela anak2 dia. Time tu, abang2 aku kat U. Sama la cam aku, mengharapkan scholar or loan je. Aku ok lagi, bleh lagi mintak kat abang kakak. Diorang time tu, entah camane. Time cuti semester je, kena tolong potong buah lagi. Kesian abah.

Ooo ada satu lagi aktiviti best kat ladang, iaitu MENIMBA!!! Aktiviti ni boleh aku lakukan bila abang2 aku balik la. Yang paling aku ingat, kitorang gi menimba kat lot 7. Lot ni, ada paya. Memang susah kalau nak potong buah kat lot ni. Kalau buah jatuh ke paya, kena angkat bawak naik atas. Aku tengok Explorace baru ni, mengeluh peserta tu angkat setandan kelapa sawit. Kalau la dia tau…

Menimba ni boleh dilakukan dimana mana paya yang ada lubuk ikan. Kira abang aku ni terer la mengesan lubuk ikan ni. Bila da kesan tu, kitorang empang kawasan tu. Lepas empang, ambil gayung, baldi or apa2 lah, timba la air keluar dari kawasan lubuk tu sampai kering. Tak semestinya kering kontang la. Asal tak bertakung lagi je. Masa ni, ikan2 keli ngan haruan ni akan menggelitik la kuar dari lubuknya. Tapi aku tidak la diberi autoriti untuk menangkapnya. Nak kena sengat? Walau pun da senang nak tangkap ikan tu, kena berhati hati gak. Yang aku ingat, time menimba kat situ, memang dapat ikan keli yang beso2. Peh! Goreng pun sodap. Ada banyak lagi operasi menimba ni dilakukan, tapi aku jarang ikut kot. Dah la pompuan, kecik lagi. Entah2 menyusahkan je ek.

Selain menimba, ada juga aktiviti menjaring. Ini lagi puas la dapat banyak ikan. Pun dilakukan di paya. Ada sekali tu yang aku ikut, diorang ni reramai termasuk abah dan jejiran la. Kitorang pegi kat satu tempat yang dipanggil ‘Kalbat 2’. Ha… kira macam pembentong la. Penggunaan bahasa inggeris dalam bahasa melayu, macam communication ngan komunikasi… Kalbat 2 ni merentasi jalan besar Kota Tinggi-Desaru. Kitorang sebut tempat ni ‘kat belakang’. Tu maknanya kat belakang umah orang depan umah aku la. Kalau kat ‘depan’ maknanya kat simpang masuk kampung aku la.

Ok, operasi ni berjalan beberapa hari. Aku tak ingat plak. Sebab, hari pasang jaring tak sama ngan hari kutip ikan. Aku assume, hari ni pasang jaring, esok tu kutip ikan la. Untuk operasi ni, air paya tak ditimba. Maka kenalah kami mengharungi air paya tu. Kalbat ni di panggil kalbat 2 sebab ada dua batang kalbat yang besar. Kalau ada 3, mungkin namanya kalbat 3. Kalau satu je? Mungkin dipanggil nama kalbat sipolan. Kat tempat aku ni, paya pun ada nama tau. Ada paya Taha ( paling besar dan meriah tiap kali takde air atau sebelum ada paip air ), paya Ajis. Sebenarnya Taha dan Ajis tu nama anak jiran aku. Mungkin nama tu diambil sempena diorang yang menjumpai paya tu satu masa dulu. Lagipun diorang ni antara anak peneroka yang tertua kat situ. Logik la kan. Ada lagi nama lain, aku tak ingat.

Operasi tadi ni, memang mendatangkan hasil yang lumayan. Berkilo2 jugak la dapat ikan keli, haruan. Siap ble jual kat ‘depan’ lagi. Yang syok tu, aku dapat join sekali mengharung paya tu. Diorang pasang jaring kat dua2 kalbat. So, kira pegi kalbat lain, balik lalu kalbat lain plak.

Selain menjaring kat paya, aku pernah ikut abah menjala. Ha… yang ni tak dibuat kat sini, tapi kat kampong, kat Mersing. Aktiviti ni selalu dilakukan masa cuti sekolah. Tiap kali cuti sekolah, abah akan antar kami bertiga balik kampong. Senang la abah nak buat keje kat ladang, takyah pikir nak jaga kami yang degil ni. Aktiviti ni lebih mencabar sebab kali ni bukan jala kat paya kecik, tapi kat sungai. Masa tu sungai tak berapa dalam. Sebab tu selalu kampong tu banjir. Tapi menjala tu masa air laut surut la. Kalau tak, hanyut la aku. Seronok sangat mengharung sungai ni. Takdela dapat banyak ikan pun. Best main air je. Jauh gak kitorang jalan dalam sungai tu.

Itu antara aktiviti aku masa kecik, sepanjang abah menjaga kami 3 beradik. Ada banyak lagi xtvt selain ni. Lain kali aku cerita lagi.

Pelakon, pengacara Hani Mohsen telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah.
Sejak sebulan ni, aku selalu tengok Roda Impian. Baru semalam tengok dia. Baru minggu lepas episod misteri. Jelaslah, ajal maut di tangan Tuhan. Tak tunggu tua ok...

Mak kandung, mak tiri dan mak mentua

Malam tadi tetiba teringat nak cite pasal emak. Sebetulnya 22 Julai lalu, genap 20 tahun aku kehilangan emak tercinta. First time, tahun ni, aku terlupa nak baca Yasin pada malam tersebut. Ampun mak...

Aku ada 3 orang emak seperti di atas. Dari aku lahir, sampai umur 7 tahun, aku ada mak kandung. Sejak itu sampai umur 11 tahun, aku takde emak. Kemudian aku dapat mak tiri sampai sekarang. Dan terbaru, aku dapat mak mentua pulak pada umur 25 tahun. Kalau dikira, paling lama aku bersama mak tiri la ek???

Aku tak ingat sangat macamana rupa arwah mak. Gambar memang ada, tapi aku tak tergambar secara life. Yang aku ingat, arwah pernah kerinting kan rambut kat rumah. Ada nyonya hair stylist datang umah dan buat rambut mak. Hihi. Masa tu, sume tak nak dekat sebab bau bahan tu kan busuk. Sekarang ni, bila da besar, aku suka lak bau kedai rambut. Bau hospital pun aku suka. Sape ek, pernah cakap, arwah mak aku ni garang. Patut la aku pun garang. Lagi yang aku ingat, masa tadika, setiap pagi, sebelum gi sekolah, mak akan buatkan susu dalam botol.Eh, teringat masa kecik dulu, kaki aku pernah kena timpa tin susu. Sakit ooo. Aku juga pernah kena minyak panas kat perut. Masa tu mak da takde. Aku tengah goreng keropok, tetiba minyak tersimbah ke badan. Sibbaik da takde parut. Aku pernah accident, jatuh basikal. Opsss tu bukan cite pasal arwah mak.

Setakat itu je ingatan aku. Mungkin aku kecik lagi, so, tak banyak kenangan ngan mak yang aku ingat. So, takleh la bercerita tentang pengorbanan mak membesarkan aku ek. Alhamdulillah. Cukuplah pengorbanan dia mengandungkan, melahirkan dan menjaga aku dari kecik sampai sekolah.

Yang panjang sikit nak cite ialah kisah sepanjang aku tak beremak lebih kurang 5 tahun. Pada masa tu, abah lah yang melakukan semua tugas sebagai emak dan abah sekaligus. Ontok-ontok, getuk, lempeng pisang, lempeng gula merah adalah antara makanan yang aku pernah makan sepanjang tempoh tu. Ontok-ontok ni sedap. Dibuat dari tepung. Diuli ngan gula dan ibu roti (mauripan). Kalau uli malam, esok pagi baru ble goreng. Selalu abah buat bentuk macam cucur badak (bujur). Aku rasa,aku je yang makan kuih ni. Kalau aku bawak bekal ke sekolah, kawan2 lain pun tak pernah tengok. Ada sekali tu, entah macamana, kuih ontok2 ni terjatuh kat kantin. AKu tak perasan mulanya. Budak2 sume bising la, kata ada ta*k. Bila aku tengok, aku buat tak tau aje. Hihihi. Malu nak ambik.

Tempoh abah menjaga aku tu, yang tinggal kat umah, aku dan 2 lagi kakak ku. Yayu dan Ita. Macam 3 dara pingitan. Yang sedihnya, kami ni pempuan belaka, dan takde sape yang boleh mengajar kami menjadi wanita sejati. Ye lah, sepatutnya, time tu dah tau mengemas rumah, belajar masak. Ini tak. Sumernya abah yang buat. Kakak yang sulung ada gak duduk situ lepas dia grad. Pas tu dia dapat keje kilang, da tak duk situ. Tapi tiap kali dia balik, habis la kena marah sebab tak lipat kain. Menimbun macam bukit. Nak pakai, main amik je. Hihihi.

Aku rasa, tempoh tu juga la yang dah membentuk identiti aku sekarang. Pendiam, low confident, tapi garang tau. Jangan memain ngan aku.

Lagi, kat tempat aku, kes ponteng sekolah memang biasa. Selalunya bagi alasan, jaga adik. Masa tu, orang potong kelapa sawit 3 kali sebulan. Blok aku selalunya antara 5- 7, 15-17 dan 25-17hb. Jadi, ada yang pergi ladang suami isteri. Kalau anakkecik, tu yang tinggalkan kat umah, anak yang lain jaga dan tak pegi sekolah. Aku tak pernah lah. Cuma kalau cuti Jumaat Sabtu, kitorang ikut abah gi ladang. Naik motor abah, aku duk kat tangki, yg lain duk belakang. Hihihi. Aku pernah ada masalah, takleh duk belakang sebab nanti selipar aku tertanggal. Abah, sebelah tangan pegang handle, sebelah pegang sabit. Panjangggg sangat galah sabit tuh. Keje kitorang kat ladang tu, survey, pokok mana yang ada buah masak, kutip buah peroi dan buat penyapu lidi. Nak tau buah masak, tengok kat bawah pokok. Kalau ada buah peroi, tengok la atas, mesti ada buah masak. Kalau da terlebih masak, kekadang, buah peroi lagi banyak jatuh dari yg lekat kat tandan. Tu yang malas tu. Lepas potong, buah tu duhantar ke tepi jalan da di tanda jumlah dan nombor rumah. Selalu abah tulis pakai pensel beso kale biru+ merah. Sebelum tu, tandan kena potong pendek. Penyapu lidi plak, kitorang buat sekali sekali. Selalunya masa prawning (orang sebut broning) iaitu potong daun pelepah. Keje ni dibuat beberapa hari sebelum hari potong supaya senang, tiba hari potong, terus potong buah je. Keje prawning ni memang leceh. Kekadang buah sawit tu menyorok jauh, so banyak la pelepah yang kena potong. Stop sat.

Friday, 14 July 2006

Semangat! Semangat! OK aku tengah bersemangat nak update this blog. Nak sambung cite jalan2 itew. Antara matlamat utama aku nak gi Penang yelah untuk makan char kuey tiaw (CKT) yang kebabom sedap kat situ. Takde makna la kan pegi sana kalau tak makan makanan feveret kan.

Ok kami bertolak tu kol 3 petang, singgah isi minyak kat hentian Rawang kot. Pastu singgah lagi kat Tapah, beli jambu dan tak singgah lagi dah. Perjalanan waktu petang memang best sebab redup jek. Pemandangan pun best waktu rembang2 senja. Sampai Nibong Tebal kul 8 malam. Mula nak makan luar je, sekali, nak masak plak. Yayu kata kat situ banyak kedai mamak je. So, gi kedai, beli sardine ngan sayur sket. Sampai umah Yayu, selipar aku putus plak. Sibbaik bawak kasut lain, tupun tumit tinggi. Ok la dari takde kan.

Sampai2 jek, aku terus masak. Sebarang je la, dengan apa yg ada je aku masak. Siap mandi sumer, baru makan. Then, tido. Pagi2 lagi da bangun. Konon nak gi seawal mungkin. Lagipun Yayu nak gi keje kan. Siap2 sume, kol 8.30 baru gerak. Pas amik IC yg Yayu tolong potostet kan, terus jalan. Yayu kata, terus je, jumpa roundabout amik kul 12. Jalan tak sesak tak jugak lengang. Banyak lori je. Tetiba sampai satu traffic light ngan papan tanda ke Bukit Mertajam belok kanan. Ah sudah. Husband ku ini memang dengar je cakap aku, tapi bila da sesat, aku gak yang salah kan… Tengok kat map memang dekat la gi Bkt Mertajam ikut itu jalan. Rupanya jalan tu gi ke pekan nya. Tujuan sebenarnya bukan dekat pekan. Maka tanya la orang kat stesen minyak. Selalu kan orang keje stesen minyak ni kan orang tempatan, mesti tau punya. Sekali tertanya mat Hindustan gaknya, hampeh tak tau. Aku ni kalau da macam sesat je, memang malas nak memandai. Baik berenti tanya orang. Lepas tanya 2 stesen minyak baru jumpa arah sebenar. Jumpa gak roundabout tersebut, cumanya kali ni amik kul 3 la plak.

SO, sampai la kami ke UiTM Pulau Pinang Kampus Bukit Mertajam. Bong Bang Beng Bong, kul 10.30, selesai la urusan tu. Sebenonya adik ipar aku tu takyah ikut pun takpe. Husband aku je yg jumpa orang yg sepatutnya tu. Dia tak tengok pun keadaan adik ipar tu. Buat tambah sakit kaki dia je jalan jejauh. Ni pun lepas checkup minggu ni macam terkopek je tampalan kaki dia tu. Banyak sgt bergerak agaknya.

Oleh sebab siap pun awal, jadi la plan nak melawat abang ipar ku plak kat Yan. Lebih kurang kul 12 gitu, sampai la umah dia di Kampung Pisang. Aku pernah pegi sini sekali dulu masa tak kawin lagi. Masa gi dulu padi baru lepas tuai kot. Sekarang ni padi tengah nak menguning. Aku ingat pokok padi ni tinggi, rupanya paras lutut jek. Masa kecik2 dulu pernah la jugak ikut nenek tanam padi, tak pernah lak ikut menuai. Syok o masa tanam padi tu, air banyak. Boleh tangkap anak haruan. Merah2. Pastu mandi kat tali air. Yiiiha!

Sampai umah tu, abang ipar ada, biras pun ada. Off course la, umah mak dia kan. Tapi selalu tu kalau pegi sana, abang ipar tu takde. Dia keje kat luar. So, lunch kat situ. Best makan beras dia. Pas makan konon nak terus jalan. Tapi cam biasa la. Famili husband aku ni kalau pasal melengah2 ni memang terror. Dari asal kul 3 nak gerak, membawak ke pukul 6. Kalau abah, jangan harap nak lambat cenggitu. Famili aku jenis sharp. Aku rasa lah. Hik hik.

Husband sempat tido lagi. Tak pe lah, dia yang drive kan. Lepas Asar, konon nak jalan. Husband kata, kul 5. Aku pun mandi la siap2. Kat situ, panasnya tak tau nak cakap. Pasang kipas pun macam tak rasa. Lepas mandi, sekejap je da peluh balik. Aku siap mandi je, tengok2, husband kuar ngan adik beradik dia. Ntah gi mana ntah. Eeee da kul 5 dah ni. Sebenarnya nak balik cepat ni bukan apa. Adik ipar aku ni 2 orang sekolah lagi, da 3 ari ponteng. Esoknya ada ujian bulanan. Bukannya dekat nak sampai ke tenggara Johor tu. Makan setengah hari.

Ropanya diorang gi cari durian. Huh! Makan durian dulu. Minum2 dulu. Akhirnya kul 6 baru bertolak balik. Da dekat nak kuar tol Gurun, tersalah masuk simpang plak. Jumpa jalan baru. Takle nak u-turn. Jauh gak baru jumpa simpang. Ooo kat kilang Modenas ropanya. So, patah balik, terus kuar tol.

Da tu, satu hal pulak minyak tak isi lagik. Kuar kat Sg Dua, isi minyak, da Maghrib. Singgah beli CKT. Yayu kata, CKT kat sini mana2 pun sedap je. Tapi dia bungkus dalam plastic, camne nak makan ek? Makanya, singgah R&R Juru, solat n makan. Memang sedap, tapi tak puas. Seco’et jek. Lenkali mesti nak pegi berdua ngan hubby. Baru ble jenjalan cari makan bebetul.

Pastu tu, terus tak berenti2 lagi. Jauhnya rasa. Da dekat2 KL baru aku tertido. Tu pun, kuar je tol, aku da bangun. Kuar kat Duta, masuk balik kat Sg Besi-Nilai. Lalu Elite memang jauh pun. Dekat sejam. Lalu situ baru setengah jam. Sampai Nilai kul 12.30.

Pikir2, decided to teruskan perjalanan ke Kota. Kami antar sampai Semenchu, esok balik bawak kete iswara. Bebila baru antar kete balik or sesape dtg ambik. Dalam kul 2, bergerak dari Nilai. Takle tido. Sempit gilo. Ari tu pegi sama gak 6 orang tapi kurus2. Da lepas Taib Andak baru ble tido. Sekejap jek. Sedar2 da sampai AT5. Penatnya!!! Sampai da kul 6.15 pagi. E’adik terus siap2 ke sekolah. Aku terus boom! Tido. Konon nak bangun lagi, sarapan. Sekali, alarm pun tak dengar. Tengok2, ha??? Kul 12??? Alamak, malu lak tido sampai tengahari kat umah mak mentua. Hikhikhik.

So, tolong2 masak, lepas makan, solat, terus balik. Straight je balik lalu Kluang. Kul 6.30 petang, sampai semula ke rumah sewaku syurga ku. Ada keje lagi. Baju nak basuh 4 trip!

Thursday, 13 July 2006

OK, arini nak cite beberapa peristiwa berlaku sepanjang 4 bulan tak update. Antaranya journey ke Penang minggu lepas. Opss sebelum tu nak cakap pasal bola World Cup sket. Aku takde sokong mana2 secara specific la masa musim bola aritu. Tapi, sepanjang sebulan tu, aku tido bawah! Walau kengkadang tak tengok pun bola kul 3 pagi tu. Tapi, kalau takleh tido ke, aku tertengok lah. Yang paling kau ingat, aku tengok game kontroversi Portugal-Holland la. Seronok aku tengok sensorang.

Tapi yang tak syok nya, masa final la. Time second half dah nak abis, hujan lebat la pulak. Bukan takle main sebab padang basah, tapi service not available la plak. Oleh sebab siaran tv lain pun memang hampeh kat umah aku yg kononnya atas bukit nih, maka terpaksalah kitorang naik atas gak, tengok tv kecik. Dapat la tengok kat tv5 Singapore. Kejap terang kejap gelap. Da last2 tu, hilang terus. Tengok la tv RTM, pun sama, hilang2. Tensen tensen. Sia2 la tido kat bawah sebulan tengok hampir sumer perlawanan, tetiba time final jadik camtu. Tak lama pastu, hujan pun reda, aku pun try turun bawah balik dan dapatlah tengok dari stadium estero.

Habis pasal bola, sambung balik pasal journey tu tadik. Tujuan asalnya nak antar adik ipar aku yg nak mendaftar di UiTM Bukit Mertajam. Sejak tau dia dapat kat situ, kitorang da plan macam2. Kiranya, sebulan lebih sebelum tu dah plan. Memula nak naik van, bleh bawak ramai2. Kalau ble sumer nak ikut nih. Teringat time aku mendaftar masuk ke UiTM Shah Alam 1997. Takde sape yang antar. Aku ngan akak aku yg memang tgh study kat UiTM gak, naik bas express, bawak 2 buah beg besar untuk mencapai cita2. Langsung takde plan nak menghantar aku. Sedih gile la masa tu. Husband aku just antar sampai stesen bas Larkin jek. Kitorang naik bas malam. So, pagi2 tu, kawan kakak aku ni jemput kat Pudu. Lepas daftar tu, diorang bawak gi Giant USJ kalau tak silap. Kat situlah aku beli bantal ngan baldi dan segala benda lah. Duit pun bukan ada. Sibbaik makan tanggung kan. Seminggu pastu, abang kau kawin, so time tu family busy la ngan majlis tu. Nangis gak kau masa kakak aku balik. Biasa la kan, sensorang jek, takde kawan2 masa sekolah dulu. Memang aku tau, kawan2 masa tu sume nak masuk U. Apalah sangat ITM tu masa tu kan. Kira sumer yg aku jumpa tu kawan baru la. Ada takde, kawan husband aku la. Ramai kawan2 sekolah dia yg satu course ngan aku. Tu jelah yg aku kenal masa tu.

Da melalut la plak. Seminggu lepas kami plan nak gi Penang tu, adik ipar aku tu accident. Kena langgar naik motor. Maka, plan pun berubah. Tak jadik pergi. Nak bagi dia rest, so masuk semester depan. Tapi, bukan semudah itu. Kalau tak daftar sekarang, automatik tawaran gugur. Kena apply lagi sem depan. Bukan senang plak nak dapat, kan. Da dapat ni pun da kira bersyukur la. Ramai lagi kat luar tu yg tak dapat. So, husband pu sibuk la uruskan penangguhan ni. Memula ingat nak mintak tangguh daftar jek. So, takyah la pegi, kan. Sekali tu kena daftar gak kat sana. Diberitahu ari Jumaat, kul 4 petang. Tak sempat nak memahami hakikat arahan tersebut. Maka, ari Sabtu,1 Julai, malam kami bertilak ke Nilai, umah abang hubby dimana adik tu duduk. Esok tu, sepatutnya mendaftar, tapi da cakap nak datang lambat sket. Pihak kat sana pun suruh datang ari lain sebab ari ni mesti sibuk budak daftar secara normal. So, ari Ahad tu, kami gi ke Shah Alam yg memberitahu suruh daftar tu. Jumpa Pendaftar, dan dia suruh gi Penang. Yuran yg da dibayar ble di carry forward.

Habis urusan kat situ, seperti yg dirancang, kami pegi ke Pasar Tani. Yang pegi 7 orang; aku, husband, In, Ila, Ulin, Nana, Sapit. Memang nampak macam bawak rombongan. Kat situ cam biasa, aku bali popia basah n makan laksa. Diorang sumer makan laksa, mi kari n mihun sup. Sume memuji sedap. Ada rasa la. Nostalgia tul bila gi Shah Alam ni. Pas tu, terus gi KL. Tujuan utama nak ke Kompleks Kraf Jalan Conlay. Ada misi yg perlu dilakukan di sana. Kat situ ada pameran Kraf nusantara. Lama gak kat situ. Da penat sumer, kami pun menuju balik. Sempat singgah BB Bangi, beli sate Samuri. Singgah lagi kat Nilai 3. Sampai umah da Maghrib. Penat weh...

Esok pagi2 aku ngan husband gi taklimat Prosper PUNB kat Wisma UOA II Jalan Pinang. Kul 7.45 da bertolak. Antar Kak Ngah gi keje kat Kajang sebab pakai kete dia. Sampai sana terus parking kat Aquaria nyer parking, rm 6 sekali masuk. Huh, cekik darah! Eh lupa, malam tu, husband ngan parent antar adik, In ke Pudu plak. Tak penat ke suami ku ini? Sambung, habis taklimat tu, ada test lak. Kul 12.30 gitu, balik Nilai semula. Sampai tu, makan dulu, mandi tukar baju sumer, kul 3, zoom... bergerak ke utara. Eh, penat la. Sambung nanti jap ek.

Wednesday, 12 July 2006

Ok ble sambung balik. Diorang main masa tu sampai rubber set. Memula set pertama Chon Wei da menang 21-18. AKu pun confident la dia ble menang punye. Tapi, biasa la, juara dunia, takkan seenang jek nak bagi orang lain menang kan. So, masa set kedua, dia kalah 18-21. Tengok mata je dah tau yang perlawanan ni memang seimbang.

Bila masuk rubber set, maka mulala tangan aku da menggigil. Tak nak tengok! Yelah kan. Dahlah setiap servis ada mata, bukan senang lak nak avoid mistake. Akup un mula tukar2 channel bila Chong Wei da ketinggalan. Bila masuk 13-20, korang pikir apa? Aku da pikir, tutup tv je lah... Da tertinggal 7 mata, lawan dimata akhir, takleh buat silap langsung. Kata Hasbullah, dari segi logik, nampak mustahil, hanya 'magic' (or miracle) aje yang boleh menjadikan Chong Wei juara. Tapi dalam badminton, apa aje bleh terjadik. Aku cakap kat hubby, tak mungkin, hubby kata, mungkin yang...

Bila Chong Wei dapat mata ke 14, aku still kata tak mungkin. Mana boleh dia tak buat silap. Mata akhir bang, mata akhir. Hubby tetap kata, mungkin. Mesti boleh punyer. Sekali lagi Lin Dan buat silap. Mata ke 15. 15-20! Lagi, 16-20. Lagi, 17-20. Masa nih, pengulas da macam hilang akal. Mungkin kah ChongWei melakukan magic kali ini? Penonton da gegak gempita. Yelah, kat umah sendiri kan. Lin Dan da mula tension. Masuk 18-20, 19-20, sumernya kesilapan Lin Dan sendiri. Aku still tak percaya Chong Wei boleh melakukan. Tapi bila dia dapat mata ke 20. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah! Terror nya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau guna sistem lama, aku masih boleh yakin setiap pemain ada peluang. Tapi dala sistem sekarang, macam tak logik. Aku ulangi, Lin Dan dimata akhir, ulang, mata akhir. Tak kira sape yg serve, asal Chong Wei silap jek, kalah la maknanya. Dia tertinggal 7 mata!

Tapi, apa saja boleh terjadi dalam badminton. Macam bola sepak gak lah. Tak semestinya juara dunia 4 tahun lepas mesti masuk final, kan...

Ok sambung balik. Dalam kedudukan 20-20 ni, mata dibawa kepada 22. Dari sudut psikologi, Chong Wei punya kelebihan. Lin Dan da habis tertekan dah. Tapi, Lin Dan mendahului ngan 21-20. Tu pun macam boleh diragui sebab bulu tangkis tu nampak masuk, tapi penjaga garisan nampak kuar. Sekali lagi, sebarang kesilapan dari Chong Wei akan meranapkan impiannya mencapai hatrik. Tapi Chong Wei pantas menyamakan kedudukan kembali terikat 21-21. Membawa permainan ke mata 23. Pastu, baru Chong Wei leading dan terus memenanginya selepas bulu tangkis yg Lin Dan sangka keluar (cam masa mata ke 21 tadi), rupanya masuk.
Masa tuh Chong Wei terus melutut, terbaring dan memegang kepala. Aku kat umah ni, rasa cam mimpi, dia apatah lagi, kan??? Sukanya!!! Lin Dan plak terus campak raket dia. Huhuhu, malu lah tu, kalah kat gelanggang lawan.

Tiba masa penyampaian hadiah, penonton bersorak, ada gak yg boooo Lin Dan. Malu lah dia, kan... Pas penyampai hadiah tu kalung kan medal tu, Lin Dan terus bukak. Masa nak dipakaikan topi ke amende tah (stail orang sarawak la), Lin Dan tu tak nak, dia pegang je topi tuh. Aku baca kat paper, replika cek pun dia campak jek. Tak pro langsung. Aku ingat bertentangan ngan agama ke. Tapi tengok pemenang beregu China tu ok je pakai topi tu, siap gelak2 lagi.

Ok itu lah kisah badminton Malaysia Open 2006. Bukan awal bulan Jun la, tengah, 18hb Jun. Patut la orang tak ambik pot, tengah demam bola. Aku tunggu gak ulangannya. Selalu la bukak tv1, kot2 ada, tak bagitau. Sekali ada gak. Masa tu aku tgh tunggu nak lawan bola tengah malam. Kat info tulis bukan ulangan badminton tu. Sibbaik aku bukak tengah game penentuan yang best giler tu...