Selepas mendengar taklimat ringkas dan mendapat passport serta boarding pass, tiba lah masa untuk berbabai2an. Aku sebagai manusia hati kering, ala2 takde perasaan je hahaha. Bak kata ustaz penceramah itu ari, bukan nak pergi mati. Isy.
Tepat masa yang ditetapkan, kami pon berlepas. Bila aku cakap kat member aku nak naik gulf air, derang cakap, bagus lah. Nanti derang baca doa naik kenderaan. A'ah, awal2 lagi derang dah baca. Siap sadakallahul'azim lagi. Ye lah, doa tu kan dipetik dari ayat al-Quran kan.
Tak sempat nak lelap, dah dibagi makan. Belasah je lah. Nasi lauk kambing.
Abis makan, tak sempat derang kutip tray ni, aku dah tido dulu.
Bila bangun, tengok2 kami dah melepasi semenanjung india (ada ke?). Tido balik dan sedar balik bila derang nak serve makanan lagi. Dah dekat bahrain dah.
Tak lama tu, sampai lah kami di epot bahrain. Manama kot nama negeri ni.
4 jam jugak kami kat sini. Ramai orang2 paki+india bergelimpangan dengan pakaian ihramnya.
Kat sebelah bilik asap ni ada 2 biji pc. Sempat lah aku berblog sekejap.
Lebih kurang kul 6.30 petang (kat mesia dah 11 malam dah ni), kami pun berlepas dari bahrain ke jeddah pula. Perjalanan lebih kurang 2 jam kot. Lupa lak.
Sampai di jeddah, kami turun di terminal haji. Dengar citer baru tahun ni kot derang turun kat sini.
Dari sini, kami pun menaiki bas untuk ke madinah. Ada 2 bas. Oh, lupa nak cite. Rombongan kami seramai 54 orang. Masa nak naik bas tu, kami tengok dulu basnya dari luar. Yang satu tu kaler kuning macam bas sekolah. Yang satu lagi macam bas biasa. Terus aku pilih yang biasa tu. Padahal takde lah beza. Tah2 lagi teruk.
Sampai di madinah lebih kurang jam 3.30 pagi. Betul2 time subuh. Lepas mandi2, kami terus ke masjid. Owh... gini rupanya masjid nabawi.
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.