Petang jumaat, in datang umah beraya bawak sate yang sama, dari jamuan ito. Makan2 lebih kurang. Kang malam nak makan sate lagi. Lepas isyak, derang balik, kami pon pergi ke jamuan raya opis aku. Sampai2, baru baca doa pembukaan.
Buat majlis kat dewan besar ni memang la tak begitu sehsuai. Dah la memang sedia bergema, tambah plak gema suara budak2 berlari menjerit, satu haper pon tak dengar. Tau2, terdengar pengarah nyanyi lagi bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaaaa...
Actually, derang buat sekali majlis perpisahan untuk staf yang akan berpindah. Jenuh la menunggu sorang2 berucap. Orang dah lapo nih. 29 orang ok, bukan sedikit. Umpamanya separuh dari pengajar akan pindah. Camno tuh? Yang pasti, aku akan semakin sibuk dan menyibuk la tahun depan. Lupakan dulu bab tuh.
Ada gak acara sampingan seperti pakaian beragam kanak2. Boleh? Aku di suruh jadi juri? Musykil di situ. Hentam je lah. Janji agak2 comel dan menarik, aku kasik menang. Sebelum selesai, acara memberi duit raya. Boleh lagi sekali? MC tu cakap, ambik jajan, kendian salam atuk tu ambik duit raya. Atuk dipanggilnya pengarah aku tuh huhuhu.
Selain itu, ada juga acara untuk orang dewasa iaitu menganyam ketupat. Aku pon apa lagi, ajak la encik hairul tu join sekali. Sekali, abis juara bertahan pon tewas di tangan suami ku itu. Kehkehkeh tiap2 tahun orang tu je menang. Sekali datang orang baru, terus tumpas kihkihkih. Syabas bethi! Peraturannya, buat ketupat bawang dalam masa 2 minit. Aku sempat buat 2 bijik setengah je. Tu pon sebab neves, yang first tu tertanggal. Ceh! Tak ngaku kalah tuh. Kiranya average orang buat 3 bijik la. So, juaranya dapat buat berapa?
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.